43

Romance Series 67817

Aniq seakan hilang semangat. Rumah gadis itu ditatap dengan tatapan sepi. Rumah itu sudah tiada seri lagi. Hampir setahun gadis itu menghilang tanp khabar berita. Laman media sosialnya juga sudah kabur dari pencarian. Aniq termenung kosong. Dipeluk bantal kegemaran gadis itu. Sebak mula menyelubungi hatinya.
"awak kat mana.. balik la.. saya rindu"luahnya sendiri. Wajahnya sudah ditumbuhi jambang nipis di raup kasar. kelihatan dirinya seakan tidak terurus. Tubuhnya yang tegap kini sedikit susut kerana rindu yang teramat terhadap gadis itu.
"You ada dekat mana.. Shafiq demam.. " ujar suara di talian.
"you bawa lah.. I sibuk" balasnya Sharmine selamat melahirkan anak lelaki yang kini sudah menginjak tiga bulan. Akan tetapi kehadiran anak kecil itu tidak langsung menarik perhatiannya yang lebih kepada bersendiri dan menyendiri.
"you.. anak kita demam.. you nak biarkan saja ke.. " tempik gadis itu.
"you boleh bawa dia ke klinikkan" ujarnya geram. Geram apabila ketenangannya diganggu.
" you sibuk apa.. sibuk teringatkan bini you yang dah lari ikut jantan lain.. " balas Sharmine.
"kau.. jaga mulut kau.. jangan nak biadap ya.. dia pergi sebab aku.. sebab aku bukan suami yang baik.. sebab kau.. sebab kau jadi orang ketiga dalam hubungan kami" tengking Aniq.
" Aniq.. you sedar tak apa yang you cakap ni.. I isteri yang melahirkan zuriat you.. ibu kepada anak you.. how dare you cakap macam tu dekat I.. perempuan yang you tatang..you sanjung.. tengok apa yang dia buat dekat you.. dia tinggalkan you juga.. I..I yang ada dengan you.. ada you hargai" Tengking Sharmine sinis.
"ahhh.. pergi mampos la kau"talian dimatikan serta merta. Aniq berbaring disofa. Dipeluk erat bantal gadis itu. Dia cuba memejamkan mata namun gagal kerana sekali lagi ketenangannya diganggu.
"abi nak jumpa kamu dipejabat.. sekarang"tegas Tuan Firdaus. Aniq mengeluh berat. Malas rasanya dia untuk menjejakkan kaki ke resort namun apakan daya dia terpaksa. Tanggungjawab dan amanah untuknya telah lama diabaikan sejak pemergian gadis itu.

"ada apa abi nak jumpa Aniq"soal Aniq malas.
"what's wrong with you..office tak masuk.. kerja entah ke mana.. operation resort berceramuk.. "marah Tuan Firdaus. Dihempas fail fail diatas mejanya kuat. Aniq yang berdiri dihadapan pemuda itu tersentak.
" jangan campur adukkan urusan kerja dengan peribadi Aniq.. Syarikat bagi Aniq amanah dan kepercayaan untuk uruskan resort tapi apa yang Aniq buat.. " leter Tuan Firdaus lagi. Matanya seakan mahu terkeluar dari sarangnya. Marahnya pada anaknya makin meluap.
"Aniq minta maaf abi.. " pintanya. Saat ini hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan pemuda itu.
" Shafiq.. demam.. kenapa Aniq tak hiraukan..Aniq.. dia anak Aniq.. tanggungjawab Aniq untuk jaga dan beri dia perhatian..tapi diabaikan dia.. apa nak jadi dengan Aniq ni" Leter Tuan Firdaus tidak dapat ditahan.
" Aniq tak pernah mahukan dia" ujar Aniq sinis. Matanya menatap ayahnya tajam. Entah kenapa perasaannya terhadap anak kecil itu tidak sama perasaannya terhadap Aqish. Waima anak itu bukan dari benihnya tetapi sayangnya dia pada Aqish seperti anak kandung.Tidak bagi Syafiq, lahirnya saja tidak dipandang walau sesaat.
"kamu jangan melampau Aniq.. itu zuriat kamu.. abi tak pernah ajar kamu berperangai seperti ini.. jangan jadi bacul Aniq.. hidup lah dalam realit.. kalau Adha yang kamu mahu kenapa dari awal Sharmine yang kamu nikahi.. apa saja alasan pernikahan kamu dan dia..jangan jadikan alasan untuk kamu abaikan tanggungjawab kamu.. dia tetap isteri kamu.. kalau Sharmine kamu mahukan dari dulu kenapa Adha kamu jadikan mangsa.. sekarang tengok.. kehidupan kamu tak terurus.. " Marah Tuan Firdaus.
"tapi abi juga cakap hari tu..suruh Aniq ikut kata hati.. Aniq ikut kata hati Aniq.. tapi sekarang.. Aniq sendiri yang ditinggalkan.. " ujar Aniq rengus.
" kamu yang salah tafsir maksud abi.. kalau kamu betul betul mahukan Adha kenapa tak kamu lepaskan saja Sharmine.. kenapa perlu ditahan hubungan gila kalian.. kenapa harus menyiksa diri.." ujar Tuan Firdaus seoktaf nadanya.
" Sebab dia tak boleh jaga Aqish sendiri.. dia tak layak untuk digelar seorang ibu lagi ibu tunggal.." Jelas Aniq.
" hah.. itu sahaja alasan kamu.. Aniq.. kamu memang mudah diperbodohkan.. Sharmine hanya gunakan Aqish untuk mengikat kamu.. see.. sekarang.. kamu ditinggalkan tapi dia tidak ditinggalkan.. abi benar benar kecewa dengan tindakan kamu dari awal pernikahan kamu dengan dia.. tapi apa abi boleh buat.. keputusan telah kamu buat.. Syafiq harus kamu berikan perhatian.. abi nak kamu tandatangan surat ni.. " selembar kertas putih dihalakan kearah pemuda itu. Aniq membacanya dengan teliti. Matanya hampir terbeliak.
"abi... " Aniq terkesima.
"itu permintaan dari dia.. " ujar Tuan Firdaus.
" mana abi jumpa dia.. sampai hati abi tak bagitahu Aniq kat mana Adha berada.. sampai hati abi rahsiakan dari Aniq... "nada pemuda itu sudah tidak tenang.
"abi tak tahu dia dimana.. tapi abi dapat email dari Adha semalam.. dan ini keputusan dia.. dia mahu kamu lepaskan dia.. "Aniq meraup wajahnya dengan rengusan kasar. dicekak pinggangnya sebentar lalu ditukar posisi berdirinya.Dia tidak statik sama seperti perasaannya sekarang. Ditongkat kedua tangannya ke meja ayahnya,direndahkan sedikit tubuhnya.
"no.. Aniq tak akan ceraikan Adha.. never.. abi bagitahu dia.. Aniq tak akan ceraikan dia..jadi minta dia simpan niat dia.." Aniq sudah tidak setenang tadi. Wajahnya tampak bengis.
" Jangan siksa dia Aniq.. " pinta Tuan Firdaus.
"siapa siksa siapa.. Aniq atau dia.. abi pesan tu dekat dia.. " ujar Aniq tegas sebelum beredar. Tuan Firdaus bersandar di kerusinya. Serabut kepalanya memikirkan tentang anak anaknya.

"Adha.. Adha... keluar kau... "tempik Aniq tatkala memasuki rumah isterinya. Hanya kedengaran rengisn nafas.Tiada sahutan dari sesiapa
sesiapa.
"Adha... !!!! kalau kau nak bermain dengan api.. silakan.. aku nak tengok sejauh mana permainan kau" tempik Aniq lalu beredar dari situ.

Pintu keretanya dihempas kuat. Semua mata tertumpu pada pemuda yang berjalan masuk kedalam rumah dengan berang.
"Ngah.. "panggil Zehra namun tidak diendahkan pemuda itu. Zehra tersentak.Tidak pernah ayah saudaranya tidak menyahut sapaanya. Ini adalah pertama kalinya dia diperlakukan begitu. Sharmine yang berada diruang tamu mengekori pemuda itu dari belakang. Pintu bilik yang sedikit terbuka ditolak gadis itu perlahan. Sharmine masuk ke dalam bilik mencari kelibat suaminya.

TAPPP

Pintu bilik dikunci dari dalam. Sharmine tersentak apabila melihat Aniq berada di belakang daun pintu.
" you.. kenapa ni" soal Sharmine gugup. Aniq menghampirinya perlahan lahan. Sharmine cuak. Dia cuba mengelak dari terus ditatap pemuda itu namun Aniq lebih cepat bertindak dengan memeluknya erat
"Shhhh....diam.. "Bisik Aniq ditelinga gadis itu.Sharmine menurunkan sedikit kepalanya tatkala Aniq berbisik padanya. Hembusan nafas pemuda itu mengenai leher jinjangnya.
" You.. kenapa ni" tanya gadis itu gugup.
" kau nak sangat jadi isteri aku yang didambakan.. aku nak kau puaskan aku.. layan aku" ujar Aniq sinis.
"you... " Sharmine cuak. Wajah puda itu seakan singa kelaparan. Bengis dan perengus. Leher gadis itu dikucup kasar. Sharmine tidak selesa. Dia cuba untuk melepaskan dakapan pemuda itu namun rasakan amarah pemuda itu lebih dari rasionalnya.
"you...lepaskan I" rayu Sharmine. Aniq tidak mengendahkannya. Tubuh gadis itu diratahnya kasar. Sharmine meronta mahu dilepaskan.
"kau nak sangatkan.. nah.. sekarang aku akan ikut kemahuan kau.. sini aku tunjuk cara suami melayan isteri macam kau" bentak Aniq sehaya dirobek baju gadis yang sudah terbaring dilantai itu. Sharmine menangis semahunya. Keinginannya bukanlah seperti itu.

Sharmine menyelimut tubuhnya dengan selimut. Tubuhnya yang bermandikan peluh bercampur mani suaminya membuatkan dia berasa jijik. Dipaling kearah pemuda yang sudah terkulai berbaring disebelahnya.
"you memang binatang Aniq... " Tempik Sharmine. Aniq yang terlena sebentar tadi terjaga. Dia bangun dalam keadaan berbogel turun dari katil lalu dicapai tuala dan menuju ke bilik air. Pekikkan Sharmine tidak diendahkan.
"Sial kau... kau memang binatang.." tempik Sharmine.

Aniq duduk dibalkoni biliknya sepertinya tiada apa yang berlaku. Dia tenang namun tidak gadis dihadapannya. Sharmine masih dalam esak tangis.
"kenapa kau buat aku macam ni" soal Sharmine.
"kau tanya diri kau.. apa yang kau dah buat pada aku dan kehidupan aku.. aku sebolehnya mahu ikut perjanjian kita tapi kau yang langgar semuanya.. " balas Aniq tanpa menoleh.
"apa aku buat? " soal Sharmine geram. Dari nadanya tampa dia benar benar berang dengan tindakan pemuda itu.
" apa kau buat.. heh.. " sinis Aniq lalu berpaling. Dihampiri gadis itu lalu dicengkam kedua pipi gadis itu kuat. Sharmine cuba melepaskan cengkaman pemuda itu namun tidak berhasil.
" kalau kau tak tamak dan ego.. Adha tak akan tinggalkan aku..dan mungkin kami sedang bahagia dengan zuriat yang dikandung Adha.. tapi kau.. kau.. punca semuanya... " ditrentap cengkamannya kuat. Sharmine mengerang kesakitan.
" kau dah melampau Sharmine.. " bentak Aniq.
"Adha.. mengandung? " soal Sharmine.
"ya.. tapi dia keguguran disebabkan kejadian tu.. semua tu berpunca dari kau.. kalau kau tak mengada ngada kejadian tu takkan berlaku" tempiknya.
"kenapa ku letakkan semua kesalahan atas diri aku.. sedangkan kau juga penyebab semuanya berlaku" Sharmine tidka daapt menerima segala tuduhan pemuda itu. Teresa dirinya tidak patut dipersalahkan sepenuhnya.
" kalau kau tak abaikan aku.. tak sakiti aku.. kehidupan kau mungkin lebih baik dari sekarang tapi kau yang dah rosakkan peluang yang ada.. kau yang beri dia harapan palsu..sekarang kau nak salahkan aku pula.. "tengking Sharmine.
"kalau aku tak terlibat dengan kau.. aku dah bahagia dengan Adha kau tahu tak.. kau yang seronok dengan Yusof..dah bunting kau cari aku.. aku kalau tak fikir tentang Aqish.. dan itu zuriat kawan aku.. aku tak akan bil tahu... aku pernah sayang kau macam mana aku sayang Adha.. tapi kau sia sia kan.. aku bantu kau sebab aku tak nak anak tak bersalah tu malh dilahir kedunia tanpa bapa..tapi kau.. kau ruin my life Sharmine..kau kongkong kehidupan aku.. aku pernah bagi kau peluang untuk aku lupakan Adha.. untuk aku terima kau kembali.. tapi kau.. kau curang dengan aku.. kau bergesel dengan jantan lain.. kau berdamping dengan jantan lain.. kau jangan ingat aku tak tahu Sharmine.. aku diam kan saja.. tapi bila hati aku dah tertutup untuk orang macam kau.. baru sekarang kau nak jadi isteri solehah.. pergi mampos dengan isteri solehah kau tu" marah Aniq
" sebab apa aku jadi macam ni.. sebba aku sayang kau Aniq.. sejak kita kawin.. aku layan kau dengan baik tapi kau buta kan hati kau demi Adha.. kau abaikan aku.. aku curang...aku cuma mahukan teman sebab kau tak bagi perhatian pada aku.. dunia kau Adha Adha Adha.. celah mana ada nama aku dalam hati kau.. celah mana.. kau salahkan aku curang sedangkan kau tak pernah nak fix hubungan kita.."tengking Sharmine.
"nak fix apanya lagi.. " Aniq menghampiri meja kerjanya. Dkeluarkan selembar kertas lalu dicampakkan ke muka gadis itu. Sharmine membungkam. Tangannya menggigil tatakala melihat kertas itu.
" kenapa diam.. aku dah agak.. Syafiq bukan anak aku.. siapa bapak dia yang kau dengan mudah minta aku jad pak sanggup untuk kali kedua.. " tengking Aniq.
" laporan ni palsu Aniq..kau tak percaya itu zuriat kau.. kau tuduh aku menyundal dengan jantan lain..!!" nafi gadis itu
"palsu?? kau ingay aku ni bodoh macam kau.. kau ingat aku ni bangang sangat ke.. dari awal aku dah syak itu bukan anak aku.. dan DNa pun memutuskan begitu.. kau nak apa lagi.. atau kau nak aku minta abi dan ummi tolong sahkan untuk kali kedua...!!" tengking Aniq. Sharmine terdiam
"aku ingat kau betu betul mahu berubah Sharmine.. sungguh aku menyesal dengan keputusan awal aku untuk bernikah dengan kau" ujar Aniq.
" ye memang Shafiq bukan zuriat kau.. dia zuriat lelaki lain yang mendambakan aku sebagai wanita.. " Sharmine cuba memprovok.
"jadi.. kalau itu yang kau mahu..kenapa kau tak nak bercerai saja tempoh hari.. kenapa kau jadikan Adha sebagai alibi kau" marah Aniq.
"sebab aku nak kau rasa apa yang aku rasa.. now.. aku rasa puas.. kau dan ummi kau dua dua bodoh.. " tawa gadis itu menjalar segenap ruang bilik. aniq yang berang tiba tiba menggenggam leher gadis itu kemas.Sharmine hanya tertawa.
"kau loser Aniq.. Adha isteri yang kau dambakan dah tinggalkan kau.. Anak kau dah mati.. apa lagi yang kau ada selain aku dan anak anak belaan kau.. "tawa gadis itu makin galak.
"Aniq..!!!!" tempik Puan Khlida dimuka pintu.Aniq melepaskan genggamannya kasar. Sharmine terduduk dikatil. Dipegang lehernya yang terasa sesak nafasnya.
"ummi.. "rengek Sharmine.
" Shar... apa yang kamu buat ni Aniq.. kamu nak bunuh isteri kamu ke.. "tengking Puan Khalida.Aniq hanya diam. Dia tahu andai dia bersuara tentang segalanya wanita itu tidak akan mempercayainya. Apatah lagi sikap Sharmine yang pandai mengadu domba akan merumitkan keadaan.
"Ummi.. ni.. "Sharmine menunjukkan keputusan Ujian Dna anaknya. Aniq terkesima. Berani benar gadis itu.
" Ummi dah agak.. kamu memang tak percayakan anak ini anak kamu kan.. " ujar Puan Khalida. Aniq terkesima. Seakannya Puan Khalids mengetahui sesuatu.
" sebelum kamu dapat keputusan ujian ni.. Ummi dengan abi terlebih dahulu buat ujian ni sebab dari kata kata kamu kami harus bertindak.. sebaik saja anak ini lahir ummi dah buat ujian tu dan keputusannya berbeza.. terang terang dia anak kamu.. " cerita Puan Khalida. Aniq kehairanan. Bagaimana ujian yang sama punya keputusan berbeza.
"tak mungkin.. Aniq sendiri yang hantar sample.. tak mungkin keputusan dia berbeza" Ujar Aniq tidak percaya.
"sudahlah Aniq.. jangan disebabkan dia kamu nak seksa Sharmine dan Syafiq.. " pujuk Puan Khalida.
" abi dah ceritakan semuanya.. Adha failkan penceraian kan.. lepaskan saja dia.. tak perlu tanggung biawak lagi" tegas Puan Khalida. Sharmine tersenyum sinis.
"Aniq takkan ceraikan dia.. "tegas Aniq.
"untuk apa kamu pertahankan gadis yang tinggalkan kamu sedangkan dia masih isteri kamu.. Sharmine.. yang menanti kamu.. ada kamu pandang.. sebelah mata pun tak Aniq.. Syafiq.. ada kamu belai dia.. sesaat pun tidak.. tengok diri kamu.. manusia kah kamu" tegas Puan Khalida.
" apa pun jadi Adha...takkan Aniq ceraikan.. " ujar Aniq.
"terpulang lah pada kamu Aniq.. jangan nanti sampai surat dari mahkamah minta kamu ceraikan dia sudah.. Ummi penat dah dengan kamu.. mana nak jaga aib kamu dean keluarga Shar.. ummi penat Aniq" nada Puan Khalida sebak. Sebak melihat kehidupan anak anaknya tidak seperti yang dia inginkan.
"Ummi.. maafkan Shar.. Shar bukan isteri yang baik untuk Aniq" Sharmine berbasi basi.
" tak Shar.. ummi yang gagal didik anak ummi dengan baik.. " balas Puan Khalida sedih.
" tapi Shar juga curang dengan Aniq sedangkan dia masih isteri Aniq"balas Aniq geram
" Shar dah ceritakan semuanya.. dia dengan lelaki tu sekadar kawan...disebabkan dia kesunyian dia cari teman diluar.. tapi kamu salah tanggap.. tuduh dia curang.. " Aniq meraup wajahnya geram. Skait hatinya dengan lakonan munafik dihadapannya.
"ummi percaya?" soal Aniq terkesima
"off course ummi percaya.. Shar takkan tipu ummi.. Ummi tahu dia memang sayangkan Aniq.. cuma Aniq saja yang butakan mata sebab perempuan tu " Sinis Puan Khalida.
" Adha ummi.. Adha.. nama dia Adha" balas Aniq geram lalu beredar meninggalkan dua wanita itu.

"Aniq.. " panggil Tuan Firdaus saat pemuda itu melintasinya. Aniq menoleh. Dihampiri lelaki itu yang sedang mendukung cucunya.
"Ya Abi.. " matanya menatap anak kecil didalam dukungan ayahnya. Anak kecil yang tidak berdosa itu di pertikaikan identitinya. Siapa ayahnya hanya Sharmine yang tahu.
" tengahari ada mesyuarat..pengarah urusan Firda Management yang baru sudah dilantik dan akan mula lapor diri hari ini.. abi harap kamu ada dalam mesyuarat tu.." ujar Tuan Firdaus sambil matanya menatap anak kecil didalam dukungannya.
"baik abi.. " balas Aniq. Matanya tidak berhenti menatap anak kecil itu.
"tolong pegang sekejap abi nak ke tandas" pinta Tuan Firdaus. Aniq terpinga pinga apabila anak kecil itu berada di dalam pelukannya. Anak kecil yang berusia tiga bulan itu lelap tidurnya. Tangan halus yang gebu itu dipegang lembut. Aniq tersenyum sendiri.
" siapa ayah kau.. " soal Aniq didalam hati. Aniq kaku saat anak kecil itu bergerak. Jarinua yang menyentuh jari halus itu dipegang kemas anak itu. Aniq tergamam. Perasaannya bercampur baur. Bagaimana jika anak itu zuriatnya.Hatinya mula gundah.

Share this novel

fadz
2024-10-22 12:57:15 

x de next chapter ker

Noraisah Nora
2024-10-02 12:39:35 

lamanya tak update......dah rindu dkt Adha n aniq

Zai Zai
2024-09-30 00:18:25 

bila nak up ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience