"siallllll... " gelas dan botol botol yang berada diatas meja kini bergelimpangan ke lantai dan hancur berkecai. Semua mata tertumpu pada pemuda yang seakan hilang kewarasan.
" sabar Aniq.. tak cun la buat perangai macam ni.. orang tengok malu dho" ujar seorang pemuda yang yang memeluk erat bahunya lalu membawanya beredar. Aniq hanya mengikut. Lirik matanya tetap pada skrin telefonnya. Ditekan konsol telefonnya berkali kali. Nombor yang di dailnya tiada jawapan. Airmata jantannya mula mengalir.
" Kenapa dia buat aku macam ni" luahnya. Matanya mula bengkak kerana tangisannya yang mengalir laju ke pipinya.
" aku dah bagitahu kau awal lagi tapi kau tak percaya.. nah sekarang tengok... kau juga yang sakit hati" ujar seorang pemuda yang duduk disebelahnya.
" Aku tak sangka dia sanggup tipu aku.. two years bro two years.. aku ditipu dia hidup hidup wan" Aniq menangis lagi. Bahunya terhinjut hinjut dek kerana tangisan. Pemuda itu menepuk sahabatnya dan cuba menenangkannya.
" aku tahu.. tapi hati manusia kita tak boleh jangka.. aku hati manusia tak pernah tetap. akan tetap berbolak balik.. anggap je dia bukan jodoh kau.. " pujuk pemuda itu. Aniq bersandar pada kerusi lalu didongak ke syiling. Dirasakan hari itu adalah ulang tahun kelahirannya yang paling menyedihkan. Sharmine, tunangnya yang diikat selama tiga tahun itu ditangkap curang bersama teman baiknya. Walaupun berkali kali sahabatnya cuba menasihatinya namun dia tidak percaya kerana sayangnya pada gadis itu melebihi segalanya. Apatah lagi gadis itu tidak menunjukkan apa apa tanda akan kecurangannya. Mereka yang bertemu di kolej lalu bercinta hingga berjanji mahu mengikat tali pertunangan kerana yakin dengan hubungan mereka akhirnya terputus dipertengahan. Aniq hampir hilang kewarasan kerana perbuatan gadis itu. Dia berdiri dianjung bilik hotel merenung malam yang makin gelap.
" Aku nak jumpa Yus.. aku nak tahu kenapa dia sanggup caras aku" ujarnya.
" Buat apa.. kau nak tumbuk dia.. nak pukul dia.. jangan jadi budak budak la Aniq.. lagipun dari awal lagi aku dah tegahkan.. Sharmine tu bukan perempuan yang layak untuk kau jadikan isteri" Tegas Wan. Aniq merenung pemuda itu tajam. Direntap kolar baju pemuda itu kemas.
" kau jaga sikit mulut kau.. Dia bukan macam tu" marahnya. Matanya seolah mengeluarkan bara yang marak. Renungannya amat menggerunkan. Amarahnya membuak buak.
" kalau dia perempuan baik takkan dia curang dengan kau.. takkan dia kantoi berdua duaan dengan Yus dalam bilik.. jangan jadi bodoh kerana perempuan Aniq." Tengking wan. Aniq melepaskan cengkamannya. Diraup wajahnya yang terasa rimas dan panas. Di melepaskan amarahnya dengan melontarkan jeritan yang kuat di balkoni bilik. Wan hanya menggeleng dan mencekak pinggang. Dia hanya memerhati sahabatnya itu.
" jom.. ikut aku" ujar Aniq tiba tiba.
" pergi mana pula" wan bergegas mengekori pemuda itu. Risau akan pemuda itu bertindak diluar batasan.
Aniq menuruni anak tangga lalu masuk semula ke dewan dimana majlis ulangtahunnya berlangsung. Majlis yang bertukar menjadi parti bebas itu mula membingit. Hidangan yang sudah mula bertukar dengan beberapa minuman keras menjadikan dia dan para tetamu yang lain sudah berada di alam lain. Aniq meneguk segelas demi segelas arak yang dihidangkan. Baginya dengan cara itu dia mahu melupakan gadis bernama Sharmine. Dia mahu melupakan kisah cinta bodohnya.
" maaf.. " ujar seorang gadis yang sedang mengutip gelas kosong dimeja.
" kau langgar aku.. kau kenal tak aku siapa.. aku anak owner resort ni tahu tak" tengkingnya. Gadis itu hanya menunduk. Dia berundur ke belakang perlahan lahan namun lengannya dicekak pemuda yang sedang mabuk itu.
"Adhawiyah... " dibaca nama yang tertera pada tanda nama gadis itu.
" ye saya.. saya minta maaf Encik..errr" gadis itu gugup.
" Aniq.. Tuan Aniq" ujar Aniq angkuh. Gadis itu mengangguk ketakutan. Aniq menggenggam kemas tudung yang tersarung dikepala gadis itu lalu gadis itu mendongak mengerang kesakitan.
" bila aku bercakap pandang aku.. " marah Aniq.
"maaf Tuan Aniq.. " gadis itu mula mengalirkan airmata. Aniq masih dengan amarahnya dan tidak terkesan dengan airmata itu.
" Aniq.. apa ni.. " Datang seorang pemuda menghampiri mereka. Dileraikan cengkaman pemuda itu dan ditarik gadis itu agar berdiri dibelakangnya.
" bro... bila sampai.. " dipeluk erat pemuda dihadapannya.
"aku baru sampai.. happy belated birthday brother.. umur kau dah 25 tapi perangai kau masih 5tahun" seloroh pemuda itu. Aniq ketawa kecil. Pemuda itu berpaling kearah gadis yang berdiri dibelakangnya.
" hai.. saya Haris.. Haris Irfan.. abang si senget ni.. anak sulung Tuan Firdaus.. " Adhawiyah hanya mengangguk.
" Adhawiyah.. saya minta maaf atas perbuatan adik saya.. dia mabuk.. dia tak berniat.. " tiba tiba badannya dari tarik dari belakang.
"hoi sesi suai kenal ke apa ni.. kau berambus.. Adhawiyah... bro.. jom have fun" ujar Aniq separa sedar. Haris melemparkan senyuman ke arah gadis itu sebelum beredar hilang didalam kerumunan manusia. Adhawiyah berjalan keluar dari dewan. Dia masuk ke ruang laluan pekerja dan duduk disatu sudut lalu menangis semahunya.
"Bunda... Adha takut" rengeknya. Dipeluk tubuhnya sendiri dab melepaskan tangisnya semahunya.
Adhawiyah mengemas dewan yang sudah tamat acaranya.
" adha.. Cik Lin cari" tempik sorang gadis dipintu dewan. Dia berlari anak mendapatkan gadis itu.
" kenapa Cik Lin cari saya" soalnya kehairanan
"entah saya pun tak tahu.. cepat.. nanti bising pula dia" suruh gadis itu. Adhawiyah akur lalu bergegas mendapatkan pemilik nama yang disebut tadi.
" tolong hantar pesanan ni ke bilik 1122" sebuah troli yang berisi makanan dan minuman di tolak kepadanya.
" tapi saya... " Adhawiyah tidak sempat menghabiskan kata katanya aku tubuhnya didorong ke luar.
" kita leak room service staff.. please... " rayu wanita itu. Adhawiyah terpaksa akur. Dia melepaskan keluhan berat.
" ot lagi.. esok dah la ada kelas pagi" rungutnya.
" lepas hantar room service tu Adha balik ya.. hari ni tak OT" tempik wanita itu. Adhawiyah menoleh lalu tersenyum.
" terima kasih Cik Lin" ucapnya. Pintu kayu itu dikuaknya. Ditolak troli makanan itu ke bilik yang sepatutnya. Sampai dibilik itu dirapikan pakaiannya dan diukir senyuman semanisnya sebelum diketuk pintu bilik tersebut.
"room service" ujarnya. Tiada sahutan. Diketuk lagi pintu bilik itu. Dia mula cuak kerana masih tiada sahutan.
" room service" ujarnya.
"Arghhhhh" kedengaran satu jeritan halus dari dalamnya. Adhawiyah mengetuk lagi berkali kali.. kali ini ketukannya kuat sehingga pintu itu dibuka dari dalam.
" maaf Encik.. " Dia tergamam. Wajah pemuda itu amat dikenalinya. Pemuda yang bersikap kasar dengannya ketika di dewan sebentar tadi. Dia mula resah.
" letak situ" pemuda itu memegang kepalanya. Kedengaran pemuda itu mengerang kesakitan. Adhawiyah mendorong troli lalu mengalihkan makanan yang berada ditroli tadi ke meja yang di pinta pemuda itu.
" Makanan Tuan Aniq dah siap.. saya keluar dulu.. kalau ada apa apa lagi Tuan boleh... " tiba tiba pemuda itu jatuh terjelepuk ke lantai. Adhawiyah cuak.
" Tuan... tuan.. Tuan Aniq.. " panggilnya. Ditepuk pipi pemuda itu berkali kali.
" tuan... " Adhawiyah cuba bangun untuk mendapatkan bantuan tapi tangannya di tarik pemuda itu. Dia kaget. Tangannya direntap kuat hingga tubuh mereka kini bertindih. Adhawiyah cuba bangun namun dihalang pemuda itu.
" kenapa kau tipu aku.. kenapa kau curang dengan aku.. apa yang aku dah buat sampai kau tipu aku. kau duakan aku.. apa salah aku" luahnya. Adhawiyah diam. Dia kaku. Sah pemuda itu separa sedar. Adhawiyah memaut bahu pemuda itu lalu bangun dari baringannya. Dipapah pemuda itu ke katil.
" nah air.. minum sikit.. Tuan Aniq mabuk sangat ni" ujarnya. Dia sua gelad berisi air kosong kepada pemuda itu. Aniq hanya memandang gadis yang berdiri dihadapannya lalu mengambil gelas dan meneguk air itu perlahan lahan. Gelas yang sudah kosong kini bertukar tangan.
" aku minta maaf pasal tadi" ujarnya. Adhawiyah tergamam. Dia menoleh dan berdiri dihadapan pemuda yang kelihatan sugul itu.
" aku minta maaf sebab aku dah berkasar dengan kau" ujarnya. Adhawiyah hanya diam.
" kau maafkan aku? " Soal Aniq lembut. Mata mereka bertentangan.
" hah.. urmmm.. ermmm" Adhawiyah gusar. Dia tidak tahu apa yang harus dia jawab.
" kau maafkan aku? " soal Aniq yang bangun dari duduknya lalu menghampiri gadis itu perlahan lahan. aku Adhawiyah ralat. Dia bergerak kebelakang perlahan lahan. Tapi pemuda itu makin menghampirinya lalu menghimpitnya ke dinding.
" ya ya.. saya maafkan Tuan Aniq" balas Adhawiyah gugup. Badannya mula menggigil ketakutan. Aniq memandang gadis bertudung dihadapannya. Dilurut tudung kelabu yang disarung gadid itu lembut. Dicium tudung itu.
" wangi" bisik hatinya. Matanya menatap reaksi gadis itu. Kelihatan gugup dan ketakutan. Entah apa yang merasuknya dirasakan seakan mahu menakluki gadis itu. Dirangkul pinggang gadis itu erat.
" Tuan Aniq.. saya dah habis shif.. saya nak kena balik.." jawab Adhawiyah gugup. Dia mengalihkan pandangannya kearah lain. Dia mula takut.
" shif kau dah habis.. ok la tu.. " ujar Aniq.
" apa maksud Tuan.. " soal Adhawiyah gugup.
" kau teman aku" pinta Aniq.
" tak boleh.. peraturan resort staf tak boleh bersama dengan guest apatah lagi dalam bilik" helahnya. Dadanya mula terasa sesak kerana bau arak dari mulut pemuda itu teramat kuat.
" resort ni papa aku punya.. takde siapa yang boleh halang dan tolak permintaan aku" ujarnya. Dicapai ganggang telefon lalu didail ke restoran. Pelukannya tidak dilepaskan. Matanya menatap wajah gugup dihadapannya. Adhawiyah cuba meleraikan pelukan itu namun makin erat pinggangnya dipeluk.
" hello..saya dari bilik 1122..Aniq Imran.. Adhawiyah.. saya perlukan dia untuk bantu saya.." ujarnya.
" ok terima kasih" ujarnya lalu diletakkan ganggang telefon itu lalu kembali memeluk erat gadis itu.
" supervisor kau beri keizinan.. so kau tak perlu takut" ujarnya.
" Tuan.. saya nak balik" rayu Adhawiyah. Airmatanya mula bergenang. Aniq seakan tidak selesa dengan tangisan itu. Dilepaskan rangkulannya lalu ditarik tangan gadis itu lembut. Di dudukkan tubuh genit itu ke sofa.
" teman aku makan.. aku tak nak makan sorang sorang.. " ujarnya. aku Adhawiyah hanya diam. Kedengaran esakan tangisnya masih berbaki.
" lap airmata kau.. aku nak makan tak senang dengar sokseksoksek" sinisnya. Tisu yang dihulur pemuda itu diambilnya lalu dihapuskan airmatanya. Aniq tersenyum melihat gadis itu seakan akur dengan perintahnya
" aku minta maaf pasal tadi.. aku sebenarnya serabut.. " ceritanya. Adhawiyah diam. Dia hanya mendengar
" Tunang aku curang dengan aku... dia curang dengan bestfriend aku pula tu.. " spaghetti didalam pinggan itu digulung gulung namun tidak dijamahnya.
" kau faham tak perasaan aku.. aku nak lamar dia untuk dijadikan isteri aku tapi dia curang dengan aku.. kau faham tak.. " luahnya. Adhawiyah memandang pemuda itu sayu. Dia faham akan perasaan itu. Dia juga pernah berada dikeadaan itu dimana sebulan sebelum majlis pernikahannya tunangnya memutuskan pertunangan mereka kerana sahabat baiknya telah mengandungkan anak tunangnya. Duka dihatinya mengambil masa bertahun untuk sembuh. Terasa sukar baginya kerana mereka adalah penghuni rumah anak yatim yang sama dan tunangnya adalah pelajar kolej yang sama dengannya. Setiap hari dia cuba mengelak dari bertemu dengan pasangan itu namun sukar.
" saya faham perasaab Tuan" balasnya. Mata mereka bertentangan. Aniq terkedu dengan cerita gadis itu. Entah kenapa hatinya seakan terasa seperti dirobek apabila gadis itu menceritakan akan kisahnya.
" kau boleh maafkan dorang?" soal Aniq
" hermmm.. apa yang boleh saya buat selain memaafkan.. saya yakin ada hikmah disebaliknya" ujar Adhawiyah.
" kuatnya kau" Aniq seakan tidak percaya gadis selembut itu punya hati yang cekal.
" hati saya tak kuat.. tapi saya yakin dengan Allah.. hati kita milik Allah.. hati kita Allah pegang.. apa saja yang Allah inginkan akan berlaku. kita hanya melakonkan saja" ujar gadis itu. Aniq merenung gadis itu. Dicuba mencari makna yang tersirat dibalik hati kecil yang baginya begitu rapuh untuk terus kuat. Namun gagal. Gadis itu tidak menunjukkan tanda tanda duka.
" Hari dah lewat.. saya balik dulu Tuan Aniq" pinta Adhawiyah.
" dah pukul 1.30 pagi.. kau balik naik apa" soalnya
" naik bas.. tapi kalau dah lewat macam ni.. saya naik teksi je" ujarnya.
" gila kau.. tak payah.. kau tidur sini esok aku hantar kau balik.. aku tak boleh drive malam ni.. aku mabuk " ujar Aniq
" eh tak pe tak pe.. saya dah biasa" Adhawiyah bergegas bangun dari duduknya.
" aku kata jangan jangan la" tengking Aniq tiba tiba. Adhawiyah mula gugup.
" saya kena balik.. esok saya ada kelas" jelas gadis itu.
" kau study lagi ke" soal Aniq. Adhawiyah mengangguk lalu menunduk. Aniq memegang jari jemari kecil itu lembut. Adhawiyah cuba merentap namum genggaman tangan itu makin kemas.
" bahaya kau balik sorang sorang malam malam macam ni.. kau tidur sini malam ni.. esok aku hantar kau balik.. kau jangan risau aku tak akan apa apakan kau.. " pujuknya.
" kejap" Aniq berlari ke katilnya lalu menyusun bantal untuk dibuat tembok.
" hah.. kau sebelah aku sebelah.. ok" ujarnya.
" saya nak balik" rengek Adhawiyah.
" kau jangan bagi aku risau boleh" nadanya mula tinggi seoktaf.
" kenapa Tuan nak risaukan saya.. tuan tak perlu risaukan saya.. saya dah biasa" ujar Adhawiyah
" kau boleh tak dengar cakap aku.. tidur sini je lah" Aniq mula tidak keruan. Tidak mahu gadis itu meninggalkannya. Entah apa yang membuatkan dia merasakan dia seakan selesa dengan gadis itu. Dia mahu gadis itu ada dengannya.
" tapi... " Adhawiyah seperti tikus yang takut akan kucing. Dia hanya diam apabila direnung tajam pemuda itu
" saya tidur dekat sofa je lah.. " ujarnya lalu duduk disofa panjang.
" tidur kat katil la.. sakit badan nanti" Aniq tidak mahu mengalah.
" saya tidur dekat sofa or saya balik" Adhawiyah memberi kata dua. Aniq akur. Diberikan bantal dan selimut kepada gadis itu. Lalu dipadamkan lampu. Adhawiyah cuba merejangkan matanya. Risau akan tindakan bodoh pemuda itu namun akhirnya tewas. Matanya tertutup rapat kerana keletihan.
Aniq masih berjaga. Dipandang tubuh yang terbaring disofa. Dia bangun perlahan lahan dan berjalan kearah Adhawiyah yang sedang asyik dibuai mimpi. Ditatap wajah itu semahunya.
" cantiknya" pujinya. Alis mata gadis itu dilurut lembut. Bulu mata gadis itu diusap usap. Hidung serta bibir merah merekah itu diusap lembut. Dadanya membuak buak mahu memiliki gadis itu.
" Sharmine... Ingat kau ada Sharmine " hatinya mengingatkan. Aniq terkedu apabila gadis itu bergerak gerak didalam lenanya lalu merangkul lehernya. Peluh jantan mula membasahi tubuhnya kerana jarak wajah mereka hanya kurang dari seinci. Jantungnya berdegup kencang. Dilepaskan rangkulan gadis itu dan dia kembali semula ke katilnya. Dia cuba memejamkan mata. Tiba tiba dia merasakan ada sesuatu bergerak gerak didalam selimutnya dan berbaring diatas batang tubuhnya. Diselak selimutnya alangkah terkejutnya dia melihat Adhawiyah kini berada sekatil malah berkongsi selimut dengannya. Dia bertambah terkejut melihat gadis itu sudah kehilangan tudungnya. Rambut ikal mayang yang panjangnya paras pinggang itu di belai lembut. Kecantikan gadis itu makin terserlah. Aniq makin tidak keruan.
" tenang tenang..Kau bukan spesis buaya.. Tenang tenang.. " dilurut dadanya yang mula berombak. Dialih gadis itu kesebelahnya. Diraup rambut yang menutup wajah gadis itu. Aniq bertambah tidak keruan.
" apa aku nak buat ni" Aniq tidak dapat menahan dirinya. Dia berbaring disebelah gadis itu lalu dipeluk gadis itu erat. Dia cuba bertenang. Akhirnya dia terlena didalam dakapan gadis yang dirasakan menghadirkan sesuatu perasaan yang yang sukar diungkapkan.
Share this novel
bila nak sambung ni
next