46

Romance Series 67724

Aniq segera meninggalkan kamar mahkamah. Langkahnya laju diikuti sahabatnya dari belakang. Sampai di kereta dilepaskan keluhan yang seakan menandakan lega setelah beban yang selama ini dipikul terlepas. Bahunya di tepuk lembut.
"aku yakin keputusan kau kali ini adalah yang terbaik." ujar Wan sambil tersenyum. Aniq hanya tersenyum.
"Aniqqqq....." Dua pemuda itu menoleh. Kelihatan Sharmine berjalan ke arah mereka dengan terburu buru. Di hempas beg tangannya ke arah tubuh Aniq yang berdiri dihadapannya. Aniq hanya membisu kaku. Dibiarkan saja tubuhnya di hentak berkali kali. Wan cuba menghalang namun ditegah Aniq.
"You bastard.. Jantan sial paling tak guna yang pernah I kenal" marah Sharmine. Banyak mata memandang mereka namun Aniq tetap kaku.
"stop Sharmine.. Ramai orang tengok.. Tak malu ke" Wan cuba mengingatkan.
"Nak malu untuk apa.. kawan you yang patut malu.. Ceraikan I kerana betina lain.. What the hell" marah Sharmine makin meluap.
"Dia bukan betina Sharmine.. Dia perempuan yang memang aku mahu jadikan dia teman hidup aku.. Pilihan hati aku" Aniq bersuara. Matanya merenung gadis dihadapannya tajam. Marahnya jika dihina Adhawiyahnya.
"see..disebabkan perempuan tu.. You ceraikan I.. I Harap you akan terima kifarah dengan apa yang dah you buat pada I" tempik Sharmine.
"kifarah??kifarah apa.. Atau Zirafah..??" Wan cuba menyangka. Aniq berlalu pergi meninggalkan bekas isterinya yang masih meluahkan rasa ke tidakpuasan hatinya. Kedengaran teriakkan geram gadis itu sayup sayup. Aniq hanya diam. Matanya melihat jalan yang sedang di laluinya. Wan mati kutu. Tidak tahu mahu di bicara apa lagi. Hanya lagu yang sedang bermain di corong radio kedengaran.

"apa.. Bercerai?.. Bila..?" soal Adhawiyah apabila berita akan penceraian bekas suaminya dengan madunya diwar warkan Hajar.
"dah tiga bulan lebih.. Kau tak tahu ke..? Dari cara terkejut ni confirm kau tak tahu.. Tapi itulah yang terjadi.." ujar Hajar.
"habis Zehra.. Shafiq.. Macam mana.." soal Adhawiyah lagi. Risaunya pada anak kecil yang menjadi mangsa pergolakan rumahtangga orang tuanya.
"Itu aku tak pasti. Mesti pada Sharmine.. Takkan dia nak bagi Aniq.. Tak mungkin.." Hajar cuba berandaian. Dahi Adhawiyah berkerut. Risau hatinya bukan kepalang.
"tak payah lah kau fikir pasal dorang tu.. Tahulah dorang uruskan kehidupan dorang.. Kau tu..makin serabut aku tengok.. Termenung sana.. Termenung sini.." leter Hajar. Adhawiyah hanya merenung rumput yang menghijau di tanah. Dikuis kuis rumput yang tidak berdosa itu.
"kenapa dengan kau.. Jangan kata kau masih merindui bekas suami kau tu..."Adhawiyah tersentak. Tekaan Hajar tepat. Dia mati kata.
"wei..takkan kot" Hajar tersentak akan reaksi Adhawiyah seakan mengiyakan. Di tepuk dahinya kuat. Keluhan kecil dilepaskan
"hari tu kau yang nak dilepaskan sekarang rindu dia pula.. Untuk apa kau bercerai kalau gila bayang akhirnya.. Move on Adha.. Kau boleh dapat yang lebih baik dari dia.." Adhawiyah memandang Hajar dengan seribu persoalan. Apakah sebegitu hina pemuda itu pada gadis itu. Apakah sejahat itu pemuda itu dimata gadis itu.
"kenapa..kau tak setuju dengan apa yang aku cakap.. Adha.. Aku dah berkawan dengan dia lama.. Lama dari hubungan korang yang kucar kacir entah apa apa.. Aku kenal dia tu dengan sangat sangat baik.. Ya aku tahu kau pernah jadi isteri dia. Kau kenal dia luar dalam.. Tapi aku sebagai kawan kenal baik buruk dia lebih dari kau.. Dia boleh jadi malaikat dengan kau tapi tidak dengan aku.. Kawan dia.. " Hajar cuba menerangkan. Adhawiyah hanya menunduk. Masih bisu.
"nasihat aku.. Kau lepaskan lah dia dalam hati kau.. Dia adalah kenangan.. Kau.. Cipta memori baru dengan kehidupan kau.." Hajar menasihatkan. Tidak semena mena airmata gadis itu menitis.
" Adha dah cuba kak.. Tapi makin Adha cuba.. Makin kuat rasa rindu tu.. Bau dia.. Suara dia.. Hangat tangan dia.. Seolah masih bersama dia kak.. Gila ke Adha kak" tangis gadis itu terhambur. Hajar memeluk gadis itu erat. Dia seakan rasa bersalah dengan keterlanjuran katanya. Apa yang dirasai gadis itu tidak mudah untuk dia hadapi.

Tuan Firdaus berjalan ke laman di mana Aniq berada. Cawan kopi panas yang di pegangnya diletakkan di meja.
"tak tidur la Aniq.." soal Tuan Firdaus. Berbasi basi agar tidak sunyi.
"belum lagi Abi. Mata tak nak lelap.." dalih ya. Sedangkan otaknya berperang dengan jiwanya.
"Zehra, Aqish dengan Shafiq dah tidur?" Soal Tuan Firdaus bertanyakan akan keberadaam cucunya.
"dah..Aniq dah tidurkan dorang tadi.. Tapi Shafiq tu.. Menangis tadi.. Rindukan mummy dia" balas Aniq.
"Aniq. Walaupun kamu dah Sharmine dah berpisah.. Tapi hubungan Sharmine dan anak anak takkan terputus.. Sharmine tetap ibu mereka.." Tuan Firdaus mengingatkan.
"Aniq tahu abi.. Tapi abi tengok dah hampir setahun kami bercerai.. Dia tak ada tanya khabar anak anak.. Walaupun sekali.. Apa yang Aniq tahu dia sibuk dengan dunia glamor dia.." nada sesal kedengaran di hujung bicara.
"Haris..ada kamu bawa Shafiq jumpa Haris.." Aniq menggeleng.
"Shafiq tu anak Haris.. Kamu kena bagi Shafiq kenal bapa dia sendiri.." ujar Tuan Firdaus.
"Abi.. Macam mana kalau Shafiq tu anak Aniq.. Bukan Haris" Tuan Firdaus terkedu. Tersentak dengan soalan tiba tiba anaknya.
"kenapa Aniq yakin itu anak Aniq" soal Tuan Firdaus.
"entahlah Abi.. Bila tengok Shafiq.. Aniq rasa macam darah yang mengalir dalam tubuh dia tu darah Aniq.. Bukan Haris.." Aniq berkata dengan yakin.
"kalau macam tu.. Buatlah ujian DNA.. jangan berteka teki.. Perlu sahih perkara ni.." Aniq mengeluh berat. Sukar baginya menerima kenyataan bahawa anak kecil itu milik pemuda lain. Zuriat yang di idamkan selama ini kabur begitu saja. Dia tidak mahu mengharap lagi kerana pengharapan itu terlalu sakit untuknya tapi dalam masa yang sama dia juga mahu tahu akan kesahihannya. Cuma apa keputusannya, dia seakan tidak bersedia untuk menerimanya. Dia pernah mengabaikan Shafiq setelah mengetahui anak kecil itu hasil hubungan sulit isterinya dengan abangnya. Andainya anak kecil itu zuriat nya dia akan rasa bersalah terhadap anak itu. Namun jika sebaliknya, apakah dia mampu menjaga anak kecil yang tidak berdosa itu. Dunia terlalu kejam untuk anak kecil itu. Aniq mendongak ke langit cuba untuk mencari jawapan dibalik taburan bintang di langit.

Puan Faridah menyusun hidangan tengahari. Dari tadi terukir senyuman di bibirnya. Gembira gayanya.
" nenek.. Kami dah balik" serentak suara Zehra dan Aqish kedengaran. Dibiarkan pelukan anak anak kecil itu tidak berbalas. Zehra dan Aqish kaku diperlakukan begitu.
"yang awak kenapa buat macam tu dekat cucu.. Kesian dorang.." soal Tuan Firdaus.
"dorang bukan cucu saya" Tuan Firdaus tersentak. Sungguh kasar kata kata isterinya yang sebelum ini terlalu memanjakan anak anak kecil itu tapi kini semuanya sudah berubah setelah dia sembuh dari dukanya.
"apa maksud awak bukan cucu awak.." soal Tuan Firdaus.
"yelah sorang anak yang mati bapa.. Sorang lagi anak yang tiada kena mengena dengan saya.." Tuan Firdaus tergamam. Isterinya kembali seperti dulu. Seorang yang ego dan sombong. Apakah masih ada dendam didalam hatinya.
"Aniq tak balik lagi ke.. Saya dah pesan suruh balik lunch dekat rumah.." Puan Faridah mengomel sendiri. Tuan Firdaus memimpin tangan cucu cucunya menuju ke bilik tanpa mengendahkan omelan isterinya.
"hello Aniq.." suara Puan Faridah di talian.
"Aniq dah sampai ummi.." suara pemuda itu menjengah pintu rumah agam itu.
"ingatkan Aniq tak balik.." Puan Faridah lega melihat anak terunanya berada dihadapannya.
"dah ummi suruh balik.. Takkan Aniq nak ingkar pulakan.."Puan Faridah tersenyum gembira.
"aishh..lain macam hidangan hari ni.. Ada apa apa yang istimewa ke" soal Aniq kehairanan melihat hidangan hari itu seakan menyambut hari yang istimewa.
"kita ada tetamu" ujar Puan Faridah.
"siapa.."belum sempat Aniq menyoal, Tuan Firdus menyoal terlebih dahulu.
"Adalah..duduk lah dulu kejap lagi sampai lah tu..." Aniq dan Tuan Firdaus saling berpandangan. Apakah percaturan yang perlu mereka hadapi kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience