45

Romance Series 67724

"Aku nak kau cari Aniq.. Macam mana sekali pun aku tahu kau bagi aku keberadaan dia.." Ujar Sharmine. Sampul surat berwarna coklat bertukar tangan.
"dalam tu ada gambar sorang perempuan.. Aku nak kau siasat tentang dia.. Keberadaan dia. Pekerjaan dia.. Dan yang penting perihal kehidupan dia.. Semua aku nak tahu.." Ujar Sharmine. Lelaki di hadapan hanya menangguk sebelum berlalu pergi.

"saya tahu saya bersalah.. Saya dah kecewakan awak.. Saya dah buat awak derita.. Saya mungkir janji antara kita.. Saya mungkir janji untuk saya jaga awak dan takkan buat awak derita lagi.. Maafkan saya walaupun saya tahu perkataan maaf tak layak untuk saya.. " Ujar Aniq sebak. Adhawiyah tidak menoleh walau sesaat. Matanya tetap menatap laut biru.
" saya tahu saya tak layak untuk diberi peluang kedua... Tapi saya mohon untuk peluang kedua bagi saya tebus semua salah saya.. " Ujar Aniq. Adhawiyah masih diam.
" saya tak memaksa.. Saya cuma berharap.." Ujar Aniq sebelum dia pergi meninggalkan gadis itu sendirian.

Aniq memandang syiling yang di terangi cahaya lampu biliknya. Tangan yang diletakkan di dahinya digeser perlahan. Sesekali kedengaran keluhan kecil dari mulutnya yang terkunci dari tadi. Matanya yang dari tadi bergenang di pinggir tebing matanya mengalir perlahan dengan tidak semena mena.
"Aniq...kalau kau betul betul sayang kan rumahtangga kau dengan Adha.. Kau kena perjuangkan hingga kau dapatkan dia semula.. Takkan kau nak lepaskan dia macam tu saja..?" soal Wan. Dia risau akan keadaan sahabatnya dari tadi tidak bangun dari baring ya. Tidak dijamah apapun dari siang tadi. Dia tahu pemuda itu sedang bercatur dengan kehidupannya.
"macam mana aku nak berjuang kalau belum sempat senjata aku angkat.. Bendera putih dah berkibar.." Ujar Aniq sebaya di kesat air matanya yang mengalir dari tadi.
"peluang kedua..? Untuk apa.. Untuk saya jadi boneka lagi? Awak.. Saya dah penat.. Saya betul betul penat...saya tak mahu apa apa dari awak sekeluarga.. Saya cuma mahukan kehidupan yang tenang dan aman.. Awak balik la.. Hidup awak akan bahagia dengan Sharmine.. "Kata kata gadis itu terngiang ngiang di minda nya. Langkahnya yang mahu meninggalkan gadis itu bersendirian terhenti tatkala dia mendengar tepikan dari gadis itu.
" tapi saya mahukan awak.. Bukan Sharmine.. Saya mahu awak di sisi saya.. Bukan dia" ujar Aniq. Adhawiyah berjalan menghampiri pemuda di hadapannya.
"untuk apa.. Awak.. Tolong.. Saya merayu.. Lepaskan saya dari genggaman awak.. Ya memang saya mahu berada dalam genggaman awak sebelum ni sebab saya rasa awak manusia yang boleh bahagiakan saya tapi saya silap.. Genggaman awak makin menyakitkan saya malah dalam diam saya mati tanpa awak sedari.. "Ujar Adhawiyah tenang.
"jadi..betul lah surat cerai yang abi bagi tu dari awak?" soal Aniq. Adhawiyah mengangguk perlahan mengiyakan kata kata pemuda itu. Seakan rebah ke bumi. Kaki Aniq terasa hilang. Mata mereka bertemu, namun kali ini pandangan mata redup itu terasa lain. Aniq seakan mencari cinta dan rindu didalam renungan gadis itu namun tidak berjumpa. Redup ratapan gadis itu semakin menyiksa jiwanya. Tatapan kosong atau penuh rasa kebencian tidak dapat ditebaknya.
"awak nak saya buat apa untuk saya tebus kesalahan saya" rayu Aniq. Sebak mula menyelubungi jiwanya. Adhawiyah mengeluh berat. Di alih pandangannya ke arah lain. Tidak sanggup dia menatap wajah pemuda yang penuh pengharapan di hadapannya.
"lepaskan saya.. Kita bina kehidupan dengan cara kita sendiri.. Andai kita berjodoh.. Maka tetaplah kita berjodoh.." Ujar Adhawiyah lembut.
" tapi sampai bila untuk saya tunggu.. Saya takut awak yang berubah..." nada Aniq sedikit tegas.
" percaya pads Allah.. Semuanya aturan Allah.. Kita hanya mampu merancang Aniq.. Saya.. Awak hati kita punya Allah.. " Adhawiyah cubs berbasi basi agar pemuda itu tidak melantun amarahnya.
" ah.. Bullshit.. Awak sebenarnya memang nak tinggalkan saya kan.." Aniq mula menyinga. Adhawiyah menggenggam sisi bajunya. Renungan tajam Aniq menggerunkan.
" Aniq.. Be positive.. Saya cuma perlukan masa dan ruang untuk saya sendiri.. Saya dah letih dengan semua yang berlaku.. Apatah lagi awak yang tak mampu pertahankan saya saat saya perlukan awak untuk saya terus kuat.. Awak semakin membunuh saya dalam diam.. " luah Adhawiyah. Matanya mula bergenang.
" saya tak nak jadi isteri yang nusyuz Aniq.. Saya mahu jadi isteri Yan baik dan taat pada suami tapi sayangnya suami saya punca saya menderhaka.. "Tangis Adhawiyah mula mengalir. Aniq terkedu. Sekejam itu kah dia terhadap gadis itu.
" tapi saya tak mahu kehilangan awak.. Saya takut awak bersama orang lain.. Saya takut awak yang berubah"ada Aniq mula kendur.
"macam saya kata.. Saya hanya berserah sepenuhnya pada Allah.. Dan saya pun berharap awak pun begitu...berubah..sudah lama saya berubah Aniq.. Cuma awak yang tak perasan.. Dan awak juga lah punca saya berubah.. Dunia suda terlalu kejam untuk saya berdiri.. Tapi lebih sakit apabila awak yang tidak mempedulikan saya dan terima saya seadanya.. Saya terima dan redha ini takdir saya tapi saya juga punya hak untuk teruskan kehidupan dengan cara dan keinginan saya.. Jadi tolong Aniq.. Bagi saya ruang dan masa untuk saya cari semula diri saya.. Tentang kita biar Allah yang tentukan.. " Adhawiyah merayu. Aniq hanya terdiam.

Sharmine tersenyum sinis namun didalam hatinya penuh amarah yang meluap luap. Foto di tangannya dikeronyok lalu dicampak ke lantai.
" siap kau Aniq.. Adha.. Kau memang mengundang maut" bisiknya di hati.

Puan Faridah tidak seceria dulu. Benaknya sarat dengan bait bait kisah lampau. Sekejam apakah dia terhadap zuriatnya sendiri. Anak yang ditatangnya bukan lahir dari rahim ya malah zuriatnya sendiri diabaikan. Apakah anaknya bisa memaafkannya dan menerimanya sebagai seorang ibu. Tanpa disedari manik manik jernih mula jatuh satu persatu memecah di pipi yang sudah mula menampakkan kedutan halus..
"sudah sudah lah awak kenangkan kisah silam.. Apa yang awak boleh lakukan minta maaf kepada mereka.. Apapun orang tetap anak awak.. Dua dua sayangkan awak" pujuk Tuan Firdaus.
"saya malu bang.. Saya malu dengan Aniq.. Selama ni saya abaikan dia.. Saya tak pedulikan dia.. Saya buang dia dari hidup saya" tangis Puan Faridah mula menyeringai.
" Faridah.. Saya juga bersalah dalam hal ni kerana rahsiakan segalanya dari awak.. Saya minta maaf kerana menyakiti awak tanpa saya sedari" Tuan Firdaus menggenggam erat jari jemari isterinya.
" saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak lebih dari segalanya.." Ujar Tuan Firdaus.
"saya bukan isteri yang baik.. Saya bukan ibu yang baik.. Saya punca semuanya.. Kalau saya tak ego.. Kalau saya tak sombong semuanya takkan berlaku bang" Tuan Firdaus memeluk erat isterinya.
"maafkan saya bang.. Maafkan saya" rayu Puan Faridah..
"abang pun bersalah.. Maafkan Abang.. Faridah.. Abang tak mampu jadi suami yang baik untuk awak" tangis mereka kedengaran sayup sayup.

Aniq mengangkat bagasinya lalu ditarik masuk ke dalam rumah. Zehra dan Aqish yang berada di laman berlari mendapatkan pemuda itu..
"ngah.." tempik Zehra lalu dipeluk pemuda itu erat.
"rindunya Ngah dekat Princess ngah ni" dipeluk lalu didukung anak kecil itu. Pipi gebu itu di kucup berkali kali. Aqish hanya memandang. Aniq memandang anak kecil yang penuh keinginan dimanja seperti itu. Entah mengapa hatinya mula luntur rasa kasih terhadap anak kecil itu..
"Aniq.. Baru sampai?" soal Tuan Firdaus. Aniq menoleh.
"ye Abi..ummi mana. Senyap je rumah" soal Aniq apabila kelibat ibunya tidak kelihatan.
" ummi dalam bilik.. Pergilah jumpa dia.. Dia malu untuk berhadapan dengan Aniq.." suruh Tuan Firdaus. Aniq akur.
"maafkan dia.. Dia tak bermaksud untuk berlaku tidak adil.. Tapi dia juga manusia.. Punya hati dan perasaan.. Abi punca kenapa ummi jadi begitu. Maafkan abi Aniq" ujar Tuan Firdaus lalu dipeluk anaknya erat.
"Abi..." tangis mereka bersatu disaksikan empat pasang mata sikecil.

Daun pintu ditolak perlahan. Kelihatan wanita itu duduk di kerusi mengadap dinding cermin yang besar itu. Lambaian pokok pokok di luar sana ditatapnya tenang. Aniq menghampiri wanita itu lalu dipeluk lembut dari belakang. Sebak menyelubungi hati wanita itu. Sudah lama pelukan hangat dari anaknya itu tidak dirasai. Peluk kan penuh kasih itu teramat dirindui.
"ummi sihat" soal Aniq lembut. Puan Faridah membalas pelukan pemuda itu. Terasa hangat. Dia mengangguk perlahan.
"Aniq.." nada Puan Faridah sedikit bergetar.
"maafkan ummi" pinta Puan Faridah. Aniq berjalan mengadap wanita itu. Diturunkan kakinya melutut di hadapan wanita itu. Wajah yang sudah mula menampakkan garis garis halus itu ditatapnya. Telapak tangan wanita itu diletakkan di pipinya. Dia terlalu rindu akan rasa hangat itu. Puan Faridah tersentuh dengan tindakan pemuda itu. Air matanya menitis lagi. Diusap lembut rambut pemuda itu. Terasa beban yang ditanggungnya selama ini mencair

Share this novel

nora aishah
2025-04-23 23:54:21 

Bila NK update...tak sabar

fadz
2025-04-08 08:51:10 

new chapter plzzzzz


NovelPlus Premium

The best ads free experience