9

Romance Series 67724

Matanya yang bengkak diperiksanya. Adhawiyah terasa harinya semakin gelap. Terasa beban yang berat untuk dia pikul. Dia bersiap untuk ke kelas. Dicapai begnya lalu berjalan sendirian. Maira cuti selama seminggu kerana punya urusan keluarga. Dia merasa kekosongan. Sebak didadanya masih belum terluah. Dia cuma mengharap sedikit sinar agar dia dapat bernafas lega.

Langkahnya terhenti apabila Emir dengan tiba tiba muncul di hadapannya. Emir mengikut setiap langkah gadis itu. Gadis itu ke kanan dia ke kanan.. gadis itu ke kiri dia ke kiri.
" awak nak apa lagi.. saya dah kata jangan ganggu saya tak faham ke" marah gadis itu. Dahinya berkerut. Meluatnya dia pada lelaki itu tidak dapat diluahkan dengan kata kata.
" Adha.. dengar dulu apa yang Emir nak cakap" Rayuannya tidak diendahkan gadia genit itu. Adhawiyah melihat sekeliling. Berharap akan ada sesiapa yang dia kenali dapat membantunya.
" Adha.. Adha.. " panggil Emir.
" What..." tempik Adhawiyah
" boleh tak dengar apa yang Emir nak cakap" Dipegang kedua bahu gadis itu. Adhawiyah berpaling
" Emir minta maaf.. Emir tahu Emir dah lukakan hati Adha.. Emir minta sekali je lagi peluang.. Lagipun Pakcik selalu ganggu Adha.. Emir risau" Adhawiyah berpaling. Dipandang wajah pemuda itu geram.
" awak jangan nak burukkan pakcik macam awak takde khilaf.. saya dah dengar semua perbualan awak dengan pakcik.. awak nak kan saya awak laburkan dua puluh ribu dekat pakcik.. sampai hati awak kan.. saya ni tak ubah pelacur bagi awakkan" dahi gadis itu berkerut.. matanya dijengkilkan sedikit. Emir tergamam. Rahsianya sudah terbongkar.
"awak nak jelaskan apa.. ada apa apa awak nak cakap.. " ujar Adhawiyah.
" awak burukkan paksu tapi sebenarnya awak punca kenapa dia jadi macam tu.. awak gunakan dia untuk kepentingan awak.. awak ingat dengan peralatkan dia awak akan dapat saya.. awak ingat saya budak budak umur empat lima tahun ke.. boleh sua gula gula then culik.. sorry Emir.. dalam saya cuba untuk lupakan masa lalu kita.. dengan apa yang awak buat sekarang telah ubah persepsi saya terhadap awak.. saya benci awak seumurnya" Tegas Adhawiyah. Adhawiyah mahu beredar tapi dia rangkul tubuhnya dan didorong gadis itu ke dalam kereta. Emir seakan kerasukan syaitan.
" kau rasa aku nak lepaskan kau lepas banyak aku habiskan dekat pakcik kau yang tak guna tu.. " marah Emir. Direntap pakaian gadis itu hingga menampakkan sebahagian tubuhnya yang gebu.
" Emir.. apa awak nak buat ni.. lepas lah.. Emir.. Emir.. tolong jangan apa apakan Adha Emir... " rayuan gadis itu tidak diendahkan.
" kau merayu keluar airmata darah sekalipun dah takde guna lagi Adha.. kau yang minta aku bertindak macam ni" Adhawiyah menangis apabila tubuhnya diratah pemuda itu. Adhawiyah kehabisan tenaga untuk melawan memandangkan kakinya masih sakit. Adhawiyah terkulai ditepi semak dengan keadaan compang camping setelah dihumban oleh pemuda yang sudah dipuaskan nafsunya. Emir tersenyum puas. Ditinggalkan gadis itu sendirian. Adhawiyah seakan separa sedar. Langit yang ternampak jauh seakan menerpa dadanya. Adhawiyah mencari telefonnya. Di dail nombor sahabatnya. Hanya Maira yang bermain difikirannya.
" Awak.. tolong saya... " tangisnya berderai.
" kenapa ni.. awak kenapa.. " Suara Maira seakan risau.
" Awak... saya kena rogol.. " ujarnya dalam tangisan yang teramat.
" Allahurabbi.. Adha... " tempik Maira ditalian. Adhawiyah pengsan.

Aniq tidak senang duduk. Dia mencari gadis itu di merata tempat namun tidak berjumpa. Didail nombor gadis itu tidak berjawab.
"mana kau lari hah perempuan " marahnya
" Aniq cepat lah dah lambat ni... nanti terlepas movie" tempik wan dari jauh. Aniq berlari mendapatkan sahabatnya. Hatinya membara. Di parkir dia bertemu dengan Emir. Aniq tidak mengendahkan pemuda itu.
" Aniq Imran... " panggil Emir. Aniq tidak mengendahkan pemuda itu. Hatinya yang membara kerana gadis itu masih berbaki.
" tunggu" Emir menahan pemuda itu dari terus berjalan. Aniq berhenti. Dipandang Emir tajam.
" kau nak apa.. " soal Aniq.
" aku tak nak apa apa sebab aku dah dapat apa yang aku nak" ujar Emir.
" apa maksud kau" soal Aniq kehairanan.
" Adha.. aku dah kata aku akan dapat dia.. dan sekarang aku dah dapat... dara dia" Aniq terkesima. Dicengkam kolar baju pemuda itu.
" apa maksud kau" Ujar Aniq geram.
" Adha.. pergghh mantap.. aku dah try.. rasanya aku orang pertama yang tebuk dia.. puas hati aku.. tapi kalau kau nak ambil dia ambillah.. dia dah tak berguna buat aku.. kau nak buat bini pun aku tak kisah.. dah jadi bekas aku pun" Balas Emir bongkak.
" sial.. " ditumbuk pemuda itu berkali kali.. Emir tidak melawan malah dia hanya membiarkan pemuda itu dengan amarahnya. Emir hanya tertawa.
" Aniq... " wan yang melihat pergaduhan itu segera meleraikan. Emir berlumuran darah.
" kau memang sial.. " tempik Aniq.
" sial... sial sial aku pun.. Adha aku dah pappp" Ujar Emir sambil tertawa.
" aku dah fuck dia" ujar Emir tanpa suara tetapi dia fahami Aniq yang masih menyinga. Wan memegang Aniq erat. Emir berlalu pergi.
" kau kenapa dho.. " soal Wan apabila kelibat pemuda itu sudah tidak kelihatan. Aniq tidak mengendahkan soalan sahabatnya. Didail nombor gadis itu dengan harapan panggilannya dijawab.
" hello" ada suara ditalian
"hello.. ini siapa.. mana pemilik telefon ni" soal Aniq.
" boleh saya tahu encik ni siapa.. " Aniq di soal
" oi kimak.. aku tanya mana tuan empunya telefon ni.. kau siapa yang jawab telefon dia" tengking Aniq.
" saya doktor Shahrul.. doktor yang mengendalikan pesakit bernama Nur Adhawiyah... "
" saya tunang dia.. kenapa dengan tunang saya doktor" belum sempat doktor tersebut menghabiskan ayatnya Aniq sudah mencelah.
" oh.. kami mengesyaki tunang Encik dirogol " Aniq terkesima. Seakan ada guruh didalam dirinya. Kakinya melemah tidak berpijak dibumi. Airmatanya menitis ke pipi.

Aniq mencari gadisnya. Satu persatu katil di periksanya. Akhirnya pencariannya terhenti di sebuah bilik yang menempatkan seorang gadis yang terbaring kaku. Langkah Aniq berat. Dikuak pintu bilik itu. Airmatanya yang mengalir diseka kasar. Langkahnya lemah. Keadaan gadis itu benar benar mengguris hatinya. Dia berdiri disebelah gadis itu. Aniq sudah tidak mampu menahan hiba. Dia menangis semahunya. Dikucup jari jemari gadis itu. Mahu dipeluk tubuh yang dipenuhi wayar itu namun rasa bersalah menyelubungi dirinya.
" kalau aku ambil kau tadi mesti kau takkan berada disini.. " ujarnya. Dia yang berhasrat untuk mengambil gadis itu tapi dibatalkan niatnya kerana masih marah dengan perbuatan gadis itu yang meludah mukanya. Aniq menangis semahunya.

" Encik ke yang saya bercakap sebentar tadi " Seorang doktor menghampirinya. Aniq bangun dari duduknya. Airmatanya disapu kalut.
" ya saya.. maafkan saya pasal tadi doktor.. " pintanya.
" eh takpe.. saya tak ambil hati pun.. berkenaan dengan cik Adhawiyah.." Aniq mendengar penjelasan dari doktor. Airmatanya yang tadi sudah kering kini kembali mengalir. Aniq memandang Adhawiyah yang terbaring lesu.
" saya syorkan encik untuk buat laporan polis" nasihat doktor.
" InsyaAllah doktor.. terima kasih dan maaf sekali lagi" ujar Aniq. Dia duduk disebelah gadis itu. Digenggam jari gadis itu erat.
" awak.. bangun.. saya nak minta maaf ni.. awak bangun lahhh" rayunya seakan anak kecil kelaparan susu.

Adhawiyah terjaga dari tidurnya. Badannya terasa sakit. Dadanya juga terasa sesak. Ditanggalkan topeng nebulizer yang dipakainya. Dia menghirup udara didalam bilik itu. Terasa perit tekaknya. Dia mengerang kecil.
" kenapa.. sakit ke" Soal Aniq yang baru sedar dari lenanya. Adhawiyah kehairanan melihat pemuda itu berada disebelahnya dengan kusut masai. Makin menghairankan kelakuan pemuda itu tidak seperti biasanya. Dia seakan baru keluar gua.
" nak air.. nak makan ke.. nak makan apa.. saya belikan" Adhawiyah terkesima. Pemuda itu tidak pernah berlembut dengannya sepanjang perkenalan mereka. Tapi kali ini dia benar benar menggerunkan.
" awak.. awak kenapa" soal Adhawiyah. Pemuda itu kelihatan tidak tenang. Ada linangan airmata dipipinya.
" awak.. buat apa dekat sini.. " soal Adhawiyah lagi.
" saya minta maaf.. " wajahnya diterkup ke paha gadis itu. Tangisnya menderu laju.
" untuk apa.. sebab apa.. " Adhawiyah masih tidak faham. Dia kebingungan.
" kalau saya amik awak semalam mesti awak tak jadi macam ni" ujar Aniq. Adhawiyah terdiam. Otaknya seakan mengingati sesuatu. Tubuhnya tiba tiba menggigil. Ditolak kepala pemuda itu ke tepi. Digosok gosok tubuhnya keras. Airmatnya tiba tiba mengalir deras. Aniq panik melihat sikap Adhawiyah yang tiba tiba berubah.
" awak kenapa ni" soal Aniq.
" jangan sentuh aku.. pergi.. pergi.. pergiiiiiii!!!! " tempik Adhawiyah. Aniq berdiri dari duduknya.
" Adha... kenapa ni.. " Aniq sudah tidak keruan. Apa yang harus dilakukannya.
" Kau berambus... jangan datang dekat aku.. berambus.. pergiii" tempik Adhawiyah lagi.
" jijik... jijikkkk.. " Dia seakan kerasukan. Aniq segera memanggil doktor. Adhawiyah menarik rambutnya. Dia gosok gosok tubuhnya kuat.
"maaf Encik Aniq.. Encik Aniq diminta keluar dahulu.. kami akan beritahu jika ada apa apa yang berlaku. " pinta seorang jururawat. Aniq keluar dari bilik tersebut. Pandangannya dihalang oleh kain tirai yang ditarik jururawat tersebut. Aniq mundar mandir. Diketap kukunya dengan gigi. Risaunya sudah tidak terkawal.

"Doktor kenapa dengan dia" soal Aniq
" Cik Adhawiyah masih trauma dengan apa yang berlaku.. kami sudah berikan dia ubat penenang supaya dia rehat. " Aniq memandang ke dalam bilik tersebut. Gadis yang sebentar tadi meronta meronta kini kembali kaku. Aniq hanya mampu berdiri diluar bilik dan memerhati dari luar cermin.

" Adha.. " panggil Maira bersama linangan airmata. Adhawiyah hanya diam tiada reaksi.
" Ya Allah Adha.. macam mana boleh jadi macam ni.. " Maira memeluk erat sahabatnya. Adhawiyah masih membatu. Tampak tidak terurus. Matanya bengkak kerana menangis sehariannya.
" Awak saya datang.. " ujar Maira. Adhawiyah memandang sahabatnya dengan pandangan kosong.
" saya Maira.. sahabat awak" ujar Maira lagi. Adhawiyah tersenyum lalu memeluk erat sahabatnya.
" Awak... saya dah tak suci lagi... saya dah kotor.. dah rosak" luah Adhawiyah. Maira menepuk belakang gadis itu agar dia bertenang.
" siapa yang buat macam ni dekat awak" soal Maira
" Emir.. " balas Adhawiyah
" setan punya jantan... " marah Maira.
" awak.. mari saya mandikan awak" ajak Maira. Adhawiyah hanya mengikut. Dia membontoti sahabatnya masuk ke bilik air.

Adhawiyah termenung dijendela. Maira hanya memerhati. Tidak mahu ditanya takut akan menambah duka dihati gadis itu. Pintu bilik diselak dari luar. Maira menoleh. Aniq melangkah masuk ke dalam. Maira bangun dari duduknya lalu menarik pemuda itu keluar dari biliknya.
" awak buat apa dekat sini" soal Maira tegang.
" saya datang nak jumpa Adha" ujar Aniq.
" saya rasa sekarang ni bukan masa yang terbaik untuk awak bertemu dia.. dia perlukan ruang untuk bertenang" nasihat Maira. Aniq akur. Dia pulang dengan hampa.

Motornya melalui susur lebuhraya yang sunyi. Dibawa selaju yang boleh. Kemana arah yang hendak dituju tidak diketahuinya. Hatinya tidak tenteram. Hatinya disiat siat kerana egonya yang melangit. Aniq berhenti disebuah lebuhraya yang berbukit. Dia berdiri ditebing. Didepangkan tangannya. Angin yang sepoi sepoi bahasa membelah tubuhnya yang tidak keruan. Dia melepaskan amarah dengan menjerit sepuas hati.
" kenapa sukar untuk aku bahagia Tuhan" soalnya pada Sang Pencipta. Dia menangis lagi.

Adhawiyah duduk dikatilnya. Agak lama ditinggalkan katilnya. Dia merindui haruman dari aromaterapi miliknya. Dipeluk bantalnya kemas. Sehaya itu dilepaskan keluhan berat.
" awak nak apa apa tak.. saya nak ke convenient store.. " Adhawiyah hanya menggeleng.
" kalau macam tu.. awak rehat lah.. saya pergi dulu.. tapi kalau awak nak apa apa call saya ya" pesan Maira. Adhawiyah hanya mengangguk. Adhawiyah bangun dari duduknya. Dia duduk dimeja belajarnya. Diselak helaian bukunya namun hatinya tiba tiba sebak. Dia menangis lagi.
" kau kuat Yah.. kau kuat.. bukan salah kau dan bukan kehendak kau" dia memujuk diri sendiri. Telefonnya berdering. Tiada nama yang tertera.
" Assalamualaikum..." ucap Adhawiyah
" Hello.. awak" Adhawiyah tersentak. Dia segera mahu menamatkan panggilan namun suara si pemanggil menghalang.
" Awak ada dekat mana" soal si pemanggil.
" asrama" jawab Adhawiyah ringkas.
" dah makan" soal pemanggil itu lagi.
" belum.. ada apa ya Tuan Aniq call saya" nada yang tadinya lemah kini kedengaran sedikit tegas. Aniq tersentak.
" saya nak ajak awak keluar makan" pelawa Aniq
" saya kenyang" dalih Adhawiyah sedangkan perutnya berkeroncong hebat.
" awak teman saya makan.. saya tak nak makan sorang sorang" pujuk Aniq.
" saya sibuk" tolak Adhawiyah lagi.
" awak sibuk atau awak nak larikan diri awak dari saya" soal Aniq.
" kau kenapa ye.. aku kata tak nak.. tak nak lah.. tak faham bahasa ke.. " tengking Adhawiyah. Aniq tersentak.
" saya cuma nak ajak awak teman saya makan itu je " jelas Aniq
" nak ajak aku makan.. mana kawan kawan kau.. kau pergi lah dengan dorang.. kenapa nak ajak aku pula.." marah Adhawiyah
" kita dah lama tak makan bersama" pujuk Aniq lagi.
" kita mana pernah makan sekali.. oh ya aku lupa kau kan tuan aku.. jadi aku kena ikut cakap kaukan.. baik lah Tuan Aniq.. bagi saya setengah jam saya bersiap" Adhawiyah mematikan talian. Aniq menarik nafas berat. Hatinya seakan dicarik carik. Khilafnya pada gadis itu kini memakan dirinya.

"Awak nak ke mana" soal Maira apabila melihat sahabatnya bersiap cantik.
" nak keluar makan dengan Aniq" jawab Adhawiyah tenang.
" awak biar betul" Maira risau. Takut emosi gadis itu terganggu.
" ye.. saya pergi dulu ya "ujar Adhawiyah lalu keluar dari biliknya.

Aniq menanti gadis itu dengan penuh sabar. Akhirnya kelibat yang di nanti sudah berada dihadapan matanya. Adhawiyah masuk ke dalam keretanya sebelum sempat pemuda itu membukakan pintu untuknya. Adhawiyah hanya diam. Aniq memandu kereta menuju ke destinasi. Hanya kedengaran bunyi lagu dari corong radio.
" ok dah sampai" Sebaik saja Aniq berkata begitu Adhawiyah terlebih dahulu keluar dari kereta tersebut. Dia berdiri diluar kereta menanti pemuda itu.
" sabar Aniq.. sabar.. " Aniq cuba mengumpul kan kekuatan untuk berdepan dengan gadis itu. Aniq berjalan dihadapan diikuti gadis itu yang berjalan lambat dibelakang. Restoran yang menyajikan makanan barat itu sedikit pun tidak menarik perhatian gadis itu. Pandangannya yang kosong dilemparkan pada tatarias ala kontemporari mewah. Namun tiada apa yang menarik minatnya. Setelah pesanan dibuat mereka hanya diam. Tiada apa yang mahu dibualkan. Mereka hanya menikmati hidangan dan setelah selesai mereka beredar. Aniq mati kutu. Dia agak canggung dengan situasi itu.
" awak ada nak pergi mana mana tak" soal Aniq.
" saya hanya ikut awak.. awak kan tuan saya.. saya ikut je ke mana awak nak pergi" balas Adhawiyah. Dari raut wajahnya agak sukar dibaca. Dia terlihat seperti periuk api. Andai tersilap langkah ia akan meletus dengan dasyatnya. Aniq membawa gadis itu ke panggung wayang. Adhawiyah tetap begitu. Seakan patung bernyawa. Tiada reaksi. Selesai menonton Aniq membawa gadis itu ke taman tema dengan harapan dapat dia melihat senyuman dari bibir gadis itu namun hampa. Adhawiyah lebih memilih untuk berdiam. Aniq membawa gadis itu ke tasik. Diberhentikan keretanya dihadapan sebuah tasik uang terbentang luas. Dibuka tingkap kereta. Aniq menurunkan kerusinya. Diletakkan lengannya didahinya. Dia seakan berputus asa. Gadis itu memilih untuk bersikap diam diri. Aniq melelapkan matanya. Tiba tiba dirasakan ada sesuatu menindihnya. Dibuka matanya dia terkejut melihat Adhawiyah kini diatas ribaannya. Aniq menelan airliurnya kesat. Peluh halus menyeringai diwajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience