" mana kau lari hah" Haris mengetap kuku jarinya. Kakinya digoyang goyangkan. Tubuhmya turut bergoyang. Hatinya tidak aman setelah mendapat tahu bahawa adiknya juga mencari gadis itu. Digaru kepalanya kasar.Serabut. Itu yang dirasakan sekarang.
" Mana kau lari Adhawiyahhh" tempik suaranya memenuhi setiap pelusuk biliknya. Haris seakan hilang akal. Dicapai telefonnya lalu mendail nombor seseorang.
" takkan perempuan lemah macam tu kau susah nak cari..apa kerja korang buat ni" tempiknya. Haris diam lama sebelum telefonnya dihempas ke lantai. Dicapai jaket dan kunci keretanya lalu keluar dengan tergesa gesa.
"Haris.." panggil Puan Khalida yang sedang menyiapkan meja untuk makan malam.
"ada apa ummi" Langkah pemuda itu terhenti.
" nak ke mana tergesa gesa..dinner dulu..ummi dah siap masak" ujar Puan Khalida. Diletak pinggan ditanggannya keatas meja.
" sorry ummi..but no thanks..Haris ada hal sikit kat luar" dalih pemuda itu sedangkan hatinya tidak tenteram hanya kerana gadis yang hampir menjadi miliknya.
" urusan apa..tak habis lagi dengan Adha... stop Haris..biarkan dia..banyak lagi perempuan yang setaraf dengan kita untuk jadi pendamping Haris" ujar Puan Khalida berang. Aniq yang berada di meja makan mula tidak selesa.Tuan Firdaus hanya diam. Dijamah setiap hidangan yang dimasak isterinya.
" ummi.. Haris tak nak orang lain..Haris hanya mahukan dia.." Pertengkaran dua beranak mula berlangsung. Aniq dan Sharmine hanya menjadi pemerhati tetapi Tuan Firdaus seakan tidak berminat.
" Ummi tak nak perempuan kampung tu masuk dalam keluarga kita..Haris dah lupa apa yang dia dah buat pada Haris..pada Aniq..dah lupa ke." tengking Puan Khalida.
" ye..Haris tak pernah lupa sebab tu Haris nak cari dia..nak tahu kenapa dia berubah..kenapa dia perlu curang dengan Haris.." Haris masih tidak mahu mengalah. Dia hanya mahukan gadis itu. Bukan kerana cinta tetapi dendam. Dendam yang sudah lama terbenam didalam hatinya.
" ummi tahu tak Adha ada hutang dengan Aniq 20k " Aniq tersentak begitu juga ahli keluarga yang lain.
"apa...Aniq...betul ke apa yang Sharmine cakap tu" Puan Khalida mula menyinga. Aniq terkedu. Bagaimana isterinya boleh mengetahui akan hal itu sedangkan hanya dia, gadis itu dan lelaki yang menjual darah dagingnya sendiri demi wang saja yang mengetahuinya. Tiada orang lain.
" mana you tahu.." soal Aniq
" jadi betullah you bagi dia 20k untuk dia jadi hamba you" soal Sharmine. Tuan Firdaus meletakkan sudu dan garfunya ke pinggan.Dirapikan mulutnya dengan tisu lalu bangun dari kerusinya.
" Aniq.. Haris.. ikut Abi..we need to talk about this" Tegas Tuan Firdaus
" Haris.. Now.." Tegas Tuan Firdaus lagi apabila melihat Haris seakan membantah.
" I belum habis cakap dengan dorang lagi.." ujar Puan Khalida.
" hal ni biar saya yang uruskan..awak stay dekat situ..jangan campur" ujar Tuan Firdaus.Wajahnya sudah tidak tenang lagi.
" you owe me the answer sharmine." ujar Aniq perlahan lalu bangun dari duduknya dan mengekori ayahnya le bilik bacaan. Haris juga akur.
Tuan Firdaus cuba bertenang.Dinyalakan sebatang cerut lalu disedut hulunya sebelum menghembuskan asap ke udara. Haris dan Aniq berdiri diam. Haris menggenggam jari jemarinya menahan geram.
" so..cerita dekat abi dari mula..macam mana Aniq boleh kenal Adha.." Soal Tuan Firdaus.
" Abi tahukan dia partimer dekat resort at the same time kami study di kolej yang sama.." cerita Aniq tenang.
" dah lama la Aniq kenal Adha" soal Tuan Firdaus lagi. Aniq mengangguk.
" apa hubungan korang" soal Tuan Firdaus lagi.
" Abi" Haris cuba mencelah
" diam Haris..abi tanya Aniq bukan Haris" balas Tuan Firdaus sekaligus menutup mulut Haris yang kurang sabar.
" kami bercinta sebelum Aniq pergi oversea.." tidak semena mena Haris yang dari tadi menahan diri menumbuk muka adiknya dengan tiba tiba. Aniq mengerang kesakitan.Bibirnya mengalir darah merah. Tuan Firdaus hanya membiarkan pertembungan antara dua lelaki walaupun pada awalnya dia juga agak terkejut dengan tindakan Haris.
" kau gila ke apa hah.." tengking Aniq.
" dia tunang aku" tempik Haris
" bila masa dia tunang kau..kau dengan dia dah tamat cerita.." balas Aniq
"aku tak pernah inginkan pertungan kami ditamatkan..owh..sekarang aku faham kenapa dia nak berpisah dengan aku..kau punca..tapi kau letak Emir sebagai punca..sial kau Aniq" sekali lagi dilepaskan tumbukan pada tubuh adiknya.Kali ini Aniq tersadung ke lantai.
"Berhenti Haris" tempik Tuan Firdaus. Haris menahan genggaman jarinya dari terus meluncur laju ke wajah adiknya.
"kekerasan tak akan menyelesaikan masalah" ujar Tuan Firdaus lagi.
"tapi Abi..sebab dia Adha tinggalkan Haris" Tempelak pemuda itu. Naik turun nafasnya sehaya dadanya yang berombak kerana kemarahannya sudah memuncak. Dia seakan tertipu dengan lakonan adiknya. Tidak pernah diketahui hubungan dua merpati itu sehinggalah saat itu terungkai semuanya.
" siapa atau apa puncanya kita bincang secara aman bukan dengan pergaduhan lagipun Haris kamu kena ingat yang kamu juga ada salah dalam hal ni.." Ujar Tuan Firdaus. Matanya memandang tepat pemuda yang berdiri dihadapannya. Aniq duduk dari baringnya. Ditekan bibirnya yang terasa perit. Darah melekap dijarinya.
" Argghhh.. sial " Sinisnya. Matanya menatap Haris tajam.
" Apa Abi merepek ni..kalau tak sebab Aniq..Haris dengan Adha mungkin dah kawin" Haris masih tidak mahu mengalah.
" jangan kau mimpi lah.. sedar..bangun la dari mimpi kau" perli Aniq. Seluarnya ditepuk kasar bagi mengeluarkan debu debu yang melekat sehaya melepaskan geram yang tidak terbalas.
" kau tu yang patut sedar.. kau dah berbini..apa lagi kau nak.. status kau bukan lagi bujang.. ingat tu.. layan bini kau baik baik" Haris memberi amaran.
" antara aku dan Sharmine itu urusan kami.. tapi untuk lepaskan Adha pada manusia binatang macam kau..sorry.. kau berdepan dengan aku dulu" Mereka salung bertatapan. Darah muda mereka seakan memacu pertelingkahan itu semakin panjang.
" Sudah.. Abi kata sudah.. korang bukan budak budak lagi nak rebutkan gula gula.. Aniq..kamu kena ingat kamu sudah beristeri.. aku sudah punya tanggungjawab yang besar dan berat untuk kamu galas" Tuan Firdaus mengingatkan. Haris tersenyum sinis. Puas hatinya apabila Tuan Firdaus berpihak padanya.
"dan kamu Haris kena ingat apa yang dah kamu buat pada Adhawiyah dulu..kamu hampir cabut kehormatan dia..kamu dah buat dia trauma dengan kewujudan kamu.. pertunangan kamu dengan dia bukan sebab dia kemahuannya tetapi hanya mahu pertahankan Rumah Bakti..dia merelakan dirinya dipertaruhkan tapi apa yang kamu buat..kamu conteng arang ke mukanya kamu malukan dia..malukan abi dan ummi.. kamu rasa dia akan terima kamu semula? " Haris terdiam. Ada benar kata kata lelaki separuh abad itu. Dia bertunang dengan Adhawiyah setelah Isha membatalkan pertunangan mereka disaat akhir kerana punya pilihan sendiri namun demi menjaga maruah keluarga Adhawiyah dijadikan kambing hitam dan sebagai ganti Rumah Bakti diberikan kepadanya. Tetapi Haris bukanlah manusia yang mudah menepati atau berpegang pada janji, sekali lagi dia berlaku curang terhadap gadis itu dengan meniduri gadis lain sehingga tersebar di media sosial. Hanya kerana penat dengan terjahan penglipur lara moden gadis itu meminta untuk membatalkan pertunangan mereka dan sebagai ganti rugi kerana Haris melanggar perjanjian Rumah Bakti diserahkan kepadanya untuk di uruskan.Itu perjanjian yang termetrai untuk terakhir kali tapi akhirnya Rumah Bakti tetap terlepas darinya. Aniq tersenyum sinis. Dihatinya masih tersimpan harapan walaupun dia tahu mungkin jalannya agak sukar dari sebelumnya namun hatinya masih memegang tekad untuk memiliki gadis itu.
" kamu Aniq.. 20k tu kamu rasa nilai tu mudah ke untuk Adha lunaskan..apa yang kamu fikir hah.. sejak bila kamu terlibat dengan perdagangan manusia ni" kali ini giliran Aniq terkedu.
" kamu jangan ingat abi tak tahu ke mana duit tu pergi..kamu tahu tak dengan tindakan kamu ni buatkan kehidupan Adha lebih sukar. Kamu tahu tak betapa deritanya dia untuk cari semula duit tu untuk berikan pada kamu hanya untuk tidak terikat lagi dengan kamu... " Nada Tuan Firdaus sedikit kendur namun tegas. Aniq terdiam. Takut mahu menatap wajah tenang dihadapannya. Raut wajah tua Tuan Firdaus yang sukar diteka menggerunkan hatinya. Aniq menguis nguis lantai yang tidak kotor.
" Kamu berdua menambahkan lagi huru hara dalam hidup dia.. apa yang korang lakukan sudah cukup buat Adha terseksa.. Abi harap lepas ni jangan ganggu hidup Adha lagi..biarkan dia tenang..biarkan dia dengan kehidupan dia.. sudah sudah lah keruh kan lagi langit hidup dia.." Tuan Firdaus seakan merayu.
" tapi Abi" dua pemuda itu bersuara serentak.
" cukup..abi kata biarkan dia dengan kehidupan dia..dia juga berhak gembira dan bahagia" nada Tuan Firdaus kembali tegas dan garau.
" kenapa Abi nak jaga Adha tu.. dari awal kemunculan Adha dalam kehidupan kita Abi tak habis habis nak bela dan lindungi dia..kenapa Abi" Haris masih belum puas. Dirasakan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan.
" Saya pun nak tahu..kenapa abang sibuk sangat nak bela Adha.. ke abang yang ada hati dekat dia.. " Puan Khalida yang dari tadi berada di daun pintu mencuri dengar perbincangan mereka menjengah masuk secara tiba tiba. Tuan Firdaus duduk. Dibiarkan soalan itu tanpa jawapan. Dinyalakan cerutnya lalu dihembus asap ke udara. Dia memilih untuk diam.
" Firdaus.. answer me" tengking Puan Khalida. Sharmine yang juga berada disitu cuba menenangkan mertuanya yang kelihatan tidak lagi tenang.
" ummi..sabar ummi" pujuk Sharmine.
" Firdaus..apa lagi yang you sorok dari I.. kenapa you nak bela sangat budak tu..siapa budak tu dengan you" tengking Puan Khalida.
" Abi..jawab soalan Haris.. kenapa Abi nak jaga sangat Adha tu..apa yang pentingnya dia dalam keluarga kita..." Haris seakan hilang hormat.
" you jangan ingat I tak kenal permainan you.. Aniq.. you bawa balik dengan alasan anak yatim tapi hakikatnya dia anak you dengan Anisah..lepas perempuan tu dah tak sanggup hidup bermadu then lari ikut jantan lain.. you suruh I besarkan budak ni.. anak madu I.. now Adha.. you tahu tak you lelaki yang paling kejam yang pernah I kenal." tengking Puan Khalida.
" Aniq..." Panggil Tuan Firdaus lalu dibuka laci dan mengeluarkan sekeping kertas lalu diletakkan keatas meja.
" Ini cek 20 ribu.. Abi mahu langsaikan hutang Adha.." Aniq dan semuanya terkedu dengan tindakan Tuan Firdaus.
" Firdaus...!!!" tengking Puan Khalida semakin hilang pertimbangan.
" Abi harap semua hutang antara dia dan kamu selesai" ujar Tuan Firdaus. Suasana bertambah panik apabila Puan Khalida mula mengamuk dan cuba mencederakan suaminya.
" kau memang binatang.." tempik Puan Khalida apabila dia ditarik keluar oleh Haris dan Sharmine. Aniq tercengang dan keliru dengan situasi tersebut.
" Aniq.." panggil Tuan Firdaus lembut. Aniq yang mahu melangkah keluat dari bilik yang penuh tanda tanya itu terhenti langkahnya. Tuan Firdaus merapati anaknya.
" maafkan Abi" Aniq keliru dan bertambah keliru. Hal awalnya belum lagi hadam di benaknya kini perlu dihadam lagi hal yang baru. Benaknya sudah kaku.
" Abi tahu kamu masih sayangkan Adha tapi kamu dah buat satu kesilapan yang mana kamu sudah tidak dapat undur lagi.." Bahu pemuda itu ditepuk lembut.
" maksud Abi.." Aniq tidak mampu merungkai sendiri kosa kata lelaki itu.
" bila kamu memilih untuk bernikah dengan Sharmine.. abi terkejut.. abi tahu perkembangan kisah kalian berdua..kamu selamatkan Adha dari lembah pelacuran Abi amat berterima kasih dan bersyukur..tapi apabila 20k ni kamu jadikan isu untuk dia terus lekat dengan kamu abi kesal apatah lagi kamu bernikah dengan Sharmine dan biarkan Adha menanti kepulangan kamu disini. Now bila dia cuba untuk bina kehidupan dia tanpa kamu.. kamu bangkitkan semula tentang duit ni supaya Adha tetap taat dengan kamu.. kenapa tidak kamu halalkan saja dia..kalau kamu betul sayangkan dia dan perkahwinan kamu dengan Sharmine hanya sebuah perjanjian yang terikat..kenapa tak kamu jadi panglima yang melindungi puterinya dari bahaya dan tersakiti..kenapa kamu memilih untuk terus menjadi hulubalang yang tak setia.. " Aniq cuba memahami bait bait kata itu. Kini dia tahu bahawa lelaki itu mengetahui semuanya tentang dia dan Adhawiyah. Sudah tiada rahsia lagi. Apakah dia diintip atau serapat manakah hubungan Adhawiyah dengan lelaki itu sehinggakan semuanya diceritakan pada lelaki itu.
" Betul ke ibu Aniq lari ikut lelaki lain.." soalan itu yang diajukannya. Baginya dia perlu tahu kisah sebenar tentang wanita itu. Ke mana hilangnya wanita itu dan kenapa dia ditinggalkan tanpa khabar berita.
" Maafkan Abi kerana terlalu lama menyimpan cerita.. tapi buat masa sekarang ni kamu perlu buat keputusan untuk diri kamu..abi tak nak kamu menyesal seperti abi." Bahu pemuda itu ditepuk lembut sebelum dia beredar meninggalkan pemuda itu berfikiran mencari jawapan. Sekeping foto diletakkan ditelapak tangan pemuda itu. Aniq melihat foto itu. Matanya terbeliak apabila melihat foto itu. Foto dimana Adhawiyah sedang mencuci cermin disebuah premis. Aniq cuba memerhatikan lebih dalam akan gambar itu agar dia menjumpai petunjuk akan keberadaan gadis itu. Dibalik foto itu ada kata kata yang dibacanya.
" ANDAI MAHU BERDAMAI DENGAN TAKDIR CARILAH..JIKA MAHU MENGALAH DENGAN TAKDIR BIARKAN JADI KENANGAN...TAPI JIKA INGIN MELAWAN TAKDIR.. LUPAKAN.. KEHIDUPAN INI JUGA PUNYA MILIK ORANG LAIN" Aniq bersandar daun pintu. Airmatanya menitis satu persatu. Foto gadis itu ditatapnya lama. Rindu..Rindu yang tidak dapat diucapkan.
" mana you tahu pasal duit tu" soal Aniq. Sharmine mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Langkah Aniq mati disitu. Dia duduk dan menanti dikatil. Kakinya digoyang goyangkan.Serabut fikirannya sudah tidak keruan. Adhawiyah..Anisah..20k..semuanya bermain dimindanya. Kusut. Aniq merenung pintu bilik air itu yang dari tadi terkunci.
" apa yang dia buat lama sangat ni" omelnya sendiri.Tidak sabar menunggu jawapan dari gadis itu. Aniq melangkah keluar balkoni. Udara malam dihirup semahunya dan dilepaskan perlahan lahan agar sesak dadanya reda. Kedengaran motor Haris keluar dari perkarangan rumah mereka. Aniq hanya memandang sepintas lalu.Suasana tenang itu di nikmatinya. Kedengeran pintu bilik air terbuka. Aniq segera masuk ke dalam bilik namun dia terkejut melihat Sharmine yang hanya memakai tuala yang menutup dadanya dan separuh pahanya yang gebu. Sharmine tidak pernah begitu sebelum ini. Selalunya dia mengenakan jubah mandi. Aniq berpaling keluar balkoni apabila Sharmine menunduk kerana mahu menyapu losyen dikakinya yang menampakkan pinggulnya yang gebu dan putih kemerahan. Aniq resah. Digenggam tangannya kemas agar tidak terpengaruh dengan nafsunya.
" you tanya apa tadi" pinggangnya di rangkul dari belakang.Bau haruman losyen gadis itu memikat hidungnya. Dadanya bergetar.Nafsunya bergelodak. Selama perkahwinan mereka ini kali pertama dia tergoda dengan gadis itu.Sepanjang perkahwinan mereka, hari hari mereka dingin. Dia tidak pernah menyentuh gadis itu kerana hatinya tetap dengan nama yang sudah lama terpahat dihatinya. Sharmine semakin galak menggoda.Dilirik jarinya yang masih sejuk kerana air mandinya masih belum diserap tubuhnya. Terasa liang roma pemuda itu berdiri.
" you nampak hantu ke" soal Sharmine manja. Dikucup leher pemuda itu lembut. Aniq semakin tidak keruan.
" Sharmine" Nadanya keras tetapi ada getaran menahan gelojak nafsunya yang sudah mula terpengeruh.
" what" rengek Sharmine manja apabila kedua tangannya digenggam kemas pemuda itu.
"stop it" pinta Aniq
" oh lupa.. ni first time you....." sengaja tidak dihabiskan ayat itu. Wajah Aniq merah.
"what.. babe.. you.. blushing... alaa..so cute" Sharmine memeluk pemuda itu erat. Halkum pemuda itu yang turun naik di kucupnya lembut.
" Sharmine.. you boleh serius tak.. " Soal Aniq lagi. Dia masih mahu bertahan walaupun nafsunya sudah gelodak.
" ye..I serius la ni" sharmine tersenyum apabila mendengar nafas pemuda itu bergetar.
" Kita dah janji..no skin touch..no sexs..no heart feeling.." Aniq cuba mengingatkan.
"yeah... tapi kita dah kawinkan sayang..kita dah halal..takkan you nak jadi kucing buta..hanya hidu tak nak makan ikan" diletakkan telapak tangan pemuda itu pada tubuhnya. Pahanya yang gebu diberi pemuda itu rasa. Manik manik jernih menyeringai diwajah pemuda itu.
" let me teach and show you apa itu nikmat" Dilirik tangan pemuda itu ke dalam tuala yang membaluti tubuhnya. Aniq semakin menyerah dan hanyut. Desahan gadis itu seakan merangsangnya agar mahukan lebih dari itu.
" tapi kita dah buat perjanjiankan" soal Aniq gugup. Ditahan dirinya dari bertindak.
"what..no skin touch like this..no sexs..no heart feeling..oh God..babe..perjanjian tu boleh dimansuhkan bila bila je..no heart feeling..maybe I boleh accept.. but no sexs..no skin touch..sorry..you terlalu helok untuk I biarkan.. lagi pun kita dah kawin..dah sah..dah halal..sejak bila you jadi vegetarian ni" soal Sharmine manja. Dia mahu pemuda itu melupakan semuanya tentang Adhawiyah yang satu satunya gadis yang menjadi pesaingnya. Baginya Aniq hanya miliknya. Aniq semakin hanyut. Dia mula melemah. Dibiarkan tubuhnya diratah oleh seorang gadis buat pertama kalinya. Desahan mereka bersambung berselang seli.Sedang mereka asyik meneroka dunia masing masing telefon Aniq tiba tiba berdering. Dilihat pemanggilnya.Wan. Namun belum sempat dia menjawab panggilan itu, telefonnya telah terbaring di atas katil kerana dicampak Sharmine.
" Jangan ada gangguan please" rayu Sharmine sambil membelai rambut pemuda itu lembut sebelum dicapai bibir seksi milik pemuda itu dan dioles asyik. Aniq semakin tidak keruan apabila tubuhnya didorong Sharmine ke katil. Aniq semakin mendapat rentak dan memberi tindak balas. Tubuh mungil milik gadis tinggi lampai itu diterokanya. Walaupun dia bukanlah pemuda yang pertama menyentuh tubuh itu namun kerana nafsunya yang sudah bergelora dia sudah tidak endah. Adhawiyah semakin memudar dari fikirannya. Telefonnya berdetak lagi. Kali ini dibaca mesej pesanan ringkas dari sahabatnya. Matanya terbeliak tatkala membaca mesej itu. Didorong tubuh isterinya ke tepi lalu dirapikan rambut dan bajunya lalu bangun dari katil dengan tergesa gesa.
" babe.." panggil Sharmine tersentak dengan tindakan suaminya.
" babe.kenapa ni" soal Sharmine lagi.
" Aniq..Aniq Imran you nak ke mana" soal Sharmine lalu dicapai selimut bagi menutup tubuhnya yang bertelanjang tanpa seurat benang.
" Aniq... wait..kenapa ni..you nak ke mana" soal Sharmine namun tidak diendahkan Aniq yang meluru keluar
Share this novel