12

Romance Series 67724

Haris memerhati bintang malam yang bertaburan. Walaupun tiada cahaya bulan tapi gemerlapannya masih kelihatan walaupun ianya kecil tapi memukau pandangan. Disaat itu dia terbayangkan gadis yang dia temui di balik rimbunan buluh siang tadi. Dia tahu gadis itu menyimpan seribu duka.
" Adhawiyah... " sebutnya.
" siapa tu papa" Haris memandang Zehra yang berdiri disebelahnya.
" eh sweetheart.. tak tidur lagi" soal Haris lembut.
" nak tidur la.. Zehra panggil tapi papa tak datang pun.. " rungut anak kecil itu.
" hah ye ke.. sorry sweetheart.. papa tak dengar tadi.. jom papa dodoikan" Didukung anak kecilnya lalu diletakkan dikatilnya. Haris berbaring disisi anaknya. Rambut anaknya dibelai lembut. Jari kecil itu memeluk erat tubuh sasa ayahnya.
" papa sapa wiyah wiyah tu" soal Zehra. Haris tersenyum dan tertawa. Keletah anak keci itu menggembirakan hari harinya.
" Adhawiyah.. nama aunty tu Adhawiyah " ujar Haris. Zehra menyebut nama itu berkali kali.
" sapa aunty Adhawiyah tu papa" soal Zehra.
" dia kawan papa.. " ujar Haris. Tidak mahu diceritakan awal akan hasratnya. Dia mahu berahsia dahulu agar tidak tergopoh gapah. Pintu biliknya diketuk. Haris membuka.
"Ris.. can we talk" pinta Puan Khalida. Haris memandang anaknya yang terbaring dikatil. Haris keluar dari biliknya agar perbualan mereka tidak mengganggu anaknya. Pintu ditutup perlahan.
"ada apa ummi.. macam serius je" soal Haris cuak
" duduk" ujar Puan Khalida. Laman yang kecil itu tempat paling sesuai untuk mereka berbual. Haris duduk dikerusi bersebelahan wanita itu.
"Ummi dengar dari abi yang Ris tengah dilamun cinta.. betul ke" soal Puan Khalida lembut.
"ish Abi ni memang tak boleh simpan rahsia.. " rungutnya. Puan Khalida tersenyum.
"so betullah Ris tengah angau sekarang ni" soal Puan Khalida.
"takde lah angau ummi.. cuma Ris suka dia.. nothing happened yet" balas Haris lembut.
"apa yang lambat sangat... Ris dah ada pengalaman kan kenapa payah nak tackle pula.. " seloroh Puan Khalida.
" ummi.. ummi kena faham.. Linda dia wanita matang dan bekerjaya.. so bagi dia dah sampai masanya untuk dia berumahtangga.. i'm not saying that she's too old enough that why she's decide to marry me.. tapi dengan apa yang dia ada bagi dia.. cukup rasanya untuk dia beri jaminan pada diri dia if anything happened dia still boleh survive.. "jelas Haris
" oh sebab tu dia abaikan Ris" balas Puan Khalida.
"no.. bukan macam tu ummi.. linda independent person.. dia tak nak bebankan Ris.. dan dia tak pernah abaikan Ris.. walau dia bekerja penat macam mana sekalipun dia tetap layan Ris dengan baik.. dia tak pernah tinggikan suara dengan Ris walaupun rumah yang kami duduk tu rumah dia dia akan masak untuk Ris walaupun dia penat macam mana sekalipun" Haris cuba membela nasib arwah isterinya.
" Haris ingat ummi tak tahu yang Haris uruskan rumah tu.. basuh baju.. mengemas.. kalau dia seorang yang perfect kenapa dia yang tak buat semua kerja di rumah tu.. kenapa kena Haris.. "nada Puan Khalida tinggi seoktaf.
" sebab itu sebenarnya tanggungjawab Ris ummi.. tugas dia hanya melayan suami dan mengasuh anak anak.. she's already done her job.. " Haris cuba menjelaskan.
"why tak hired maid.. korang lebih dari mampukan... kenapa Ris yang nak jena buat" Puan Khalida masih belum berpuas hati.
" dia nak hired ummi tapi Ris yang tak nak.. Ris nak ada memori dalam rumahtangga kami.. apa yang jadi hanya kami tak perlu ada orang ketiga.. lagipun sebab apa Ris nak kena hired maid.. Linds tahu tugas dia dan Ris tahu tugas Ris.. kami happy kami bahagia.. never even once keluar dari mulut dia tak nak layan Ris.. tak nak buat itu ini dan dia tak pernah bantah setiap permintaan Ris.." Keadaan semakin tegang.
" sebab dia tahu kalau Ris tak ambil dia sebagai isteri siapa nakkan dia" marah Puan Khalida. Dia tidak berkenan dengan menantu sulungnya kerana dia merasakan jijik wanita yang hampir sebaya dengannya menjadi menantunya.
" ummi apa pun dia tetap ibu kepada Zehra.. isteri Haris ummi kena ingat dan kena hormat " Haris sudah tidak dapat menahan sabar. Dia tahu apa saja usaha arwah isterinya lakukan untuk menambat hati wanita itu tetap tidak akan berhasil. Wanita tidak mempersetujui hubungan mereka dari awal lagi namun bak kata pepatah cinta itu buta.. tapi bagi Haris usia bukanlah satu ukuran untuk menjamin kebahagiaan. Mereka terdiam lama. Haris mengambil tindakan mahu beredar. Malas dia memanjangkan cerita.
" who is she" soal Puan Khalida.
" whose.. " soal Aniq kembali.
" perempuan yang Ris tengah kejar sekarang" soal Puan Khalida tegang. Haris cuba bertenang. Ditarik nafasnya dalam dalam lalu dilepaskan perlahan lahan.
" One of our staff.. " ujar Haris. Puan Khalida tersentak. Dia bersandar pada kerusinya. Dipandang anaknya dengan rasa kecewa.
" again.. dalam ramai ramai anak anak kawan abi dan ummi yang setaraf dengan kita why her" soal Puan Khalida.
" ummi.. boleh tak jangan berfikiran kuno.. harta bukan jaminan bahagia ummi.. you know what..sebb tu Ris tak nak share apa apa dengan ummi sebab ummi terlalu gah dengan pangkat dan keturunan.. " Haris bangun dari duduknya dan beredar. Puan Khalida menggenggam bajunya kemas. Hatinya terasa bengkak.

Aniq turun dari motornya. Dia baru pulang dari bertemu rakan rakannya berjalan memasuki ruang rumahnya. Dilihat dilaman Puan Khalida sendirian.
" ummi.. ummi buat apa tak tidur lagi" soalnya. Bahu wanita itu diusap lembut.
" saja ambil angin malam.. panas kat dalam.
nak hujan kot esok" balas Puan Khalida.
" Aniq dari mana" soal wanita itu lagi.
" baru habis futsal.. Aniq masuk dulu ummi nak mandi.. melekit" ujarnya.
" Aniq.. duduk sekejap" Pinta Puan Khalida. Aniq duduk disebelah wanita itu.
" ada apa ummi" soal Aniq
" Aniq tahu abang berkawan dengan siapa" soal Puan Khalida. Dia ingin menyiasat.
" entah.. Aniq pun baru tahu.. kenapa ummi. " soal Aniq.
" ummi nak minta tolong Aniq.. cari siapa perempuan tu" pintanya. Aniq terdiam. Malas baginya untuk mencampuri urusan abangnya. Baginya hal peribadi setiap penghuni rumah itu tidak harus dicampuri.
"tak nak lah ummi lagipun Aniq mana tahu dia kawan dengan siapa" balas Aniq.
"she's one of our resort staff" Aniq tersentak. Hatinya terus menyebut Adhawiyah. Hatinya sudah tidak keruan.
"Aniq. ummi tahu Aniq boleh tolong ummi.. " pujuk Puan Khalida.
"mana ummi tahu dia staff resort kita" soal Aniq.
" dia yang bagitahu ummi tadi.. please.. Aniq tolong ummi" pujuk wanita itu lagi. Aniq serba salah.
" kalau betul abang suka kan staff kita kenapa ummi" Aniq cuba mengorek.
" Ummi nak tahu dai dari keturunan apa.. keluarga dia macam mana.. orangnya macam mana" ujar Pian Khalida bangga.
" kalau dia orang biasa biasa saja dari family biasa biasa macam mana" Aniq mencuba lagi.
" no.. bakal isteri Haris mesti setaraf dengan kita.. ummi dah tak nak bermenantukan orang kebanyakan.. tengok apa jadi dekat abang waktu Linda masih hidup.. ummi taknak anak ummi diperlakukan seperti balaci.. lagipun orang bawahan perangai macam sampah.. bertenggek macam parasit. " Aniq tersentak. Hatinya seakan membara
" kenapa.. apa masalahnya ummi.. Aniq tengok sama je.. kaya ke miskin ke.. " soalnya lagi.
" ummi bercakap berdasar pengalaman.. ummi dikhianati kawan sendiri.. dah tahu miskin tak sedar diuntung" marah wanita itu kelihatan. Aniq hanya berdiam.
" so Aniq boleh kan tolong ummi " ujar Puan Khalida dengan sebaris senyuman manis.

Aniq memandang syiling biliknya. Dia dapat bayangkan kehidupan Adhawiyah jika gadis itu masuk ke dalam keluarganya. Dia tahu Puan Khalida tidak akan berbaik dengan mana mana menantu yang bukan pilihannya. Apa yang terjadi terhadap arwah kakak iparnya sudah cukup untuk dijadikan peringatan.
" ishhh semakkkk" tempiknya. Digaru kepalanya yang tidak gatal. Dicapai telefonnya lalu di dail nombor Adhawiyah. Sudah lama dia tidak mendengar khabar gadis itu.
" Ermm nak apa" soal gadis itu.
" salam tak de apa tak de.. tiba tanya nak apa " seloroh Aniq.
" Assalamualaikum " ucap gadis itu.
" hah macam tu lah.. kau buat apa.. " soal Aniq lembut.
" tengah makan" jawab gadis itu acuh tak acuh.
" sorang? " soalnys kerana kedengaran bingar disitu.
" tak dengan Encik Haris" Aniq yang dari tadinya berbaring kini berdiri tegak di tepi katilnya. Dia tidak keruan
" dah habis dah.. ok bye" ujar Adhawiyah mahu menamatkan panggilan.
" kejap.. lewat lewat macam ni kau keluar makan lagi" soal Aniq lagi.
" dah lapar.. dah Encik Haris ajak saya teman dia makan so saya on je lah.. takkan nak tahan kot" Balas Adhawiyah tenang. Aniq mula berang. Dimatikan talian dan dicampak ke katil. Darahnya menyirap.

" Adha ada nak beli apa apa lagi tak" Soal Haris
" takde dah.. cukup dah semuanya.. terima kasih Encik Haris belanja saya makan tadi.. menyusahkan pula" balas Adhawiyah. Mereka beriringan ke parkir.
" Saya hantar awak balik.. " pelawa Haris.
" takpe Encik Haris.. saya jalan kaki je.. rumah saya dekat area sini je" balas gadis itu lembut.
" ok lah kalau macam tu.. esok kita jumpa dekat resort ya " ucap Haris sebelum mereka berpisah.
Adhawiyah melintas jalan. Dia menghampiri seorang anak kecil.
" Iqbal.." panggilnya.
" kakak.. " anak kecil itu berlari mendapatkannya. Dipeluk anak kecil itu erat. Dihulur bungkusan plastik yang mempunyai makanan yang dibelinua di pasaraya sebentar tadi.
" buat apa dekat sini.. mak mana" soal Adhawiyah.
" main... mak pergi kutip tin.. ayah kerja.. " jelas anak itu.
" owh ya ka.. rumah dekat mana" soal gadis itu lagi.
" dekat jalan tu.. jalan kot situ.. lepas tu kona kiri masuk kot kedai tu.. hah kat belakang kedai tu.. " Anak kecil itu menunjukkan arah namun tidak pasti akan gadis itu ianya di mana.
" habis nak balik dengan siapa.. siapa hantar.. datang tadi dengan siapa" soal Adhawiyah. Dia risau akan anak kecil itu berkeliaran sendirian tanpa pengawasan orang tua.
" datang dengan kawan.. tapi kawan dah balik.. rumah dorang kat sana" ditunjuk arah yang bertentangan dengan rumahnya.
" ni Iqbal nak balik ke" soalnya. Anak kecil itu mengangguk.
" jom kak Adha hantarkan" pelawanya. Anak kecil itu menurut. Dipegang erat jari jemari anak kecil itu.
" mak tahu ke Iqbal main dekat sini," soal Adhawiyah lagi.
" tahu.. memang Iqbal selalu main dekat sini.. " Adhawiyah terdiam. Dia hanya mengikut jejak langkah anak kecil itu. Satu lorong ke satu lorong dimasuki mereka. Akhirnya tiba di sebuah rumah kosong yang sudah lama ditinggalkan. Pintu dan tingkap hanya ditutupi papan plywood. Semak semak memenuhi kawasan rumah. Suasana gelap hanya ditembusi cahaya lampu jalan.
" Iqbal duduk sorang ke ni" soal Adhawiyah risau.
" ha ah.. mak kejap lagi balik la" Adhawiyah menjengah ke dalam rumah itu. Dia sepertinya mahu menangis melihat keadaan rumah yang hanya diterangi dengan sebiji lampu kalimantang dimana elektriknya diambil dari bangunan terbiar berdekatan. Rumah yang hanya punya sebiji tilam usang dan sebiji dapur.
" Iqbal pergi mandi.. kak Adha teman Iqbal sampai mak balik" pintanya. Anak kecil itu mengambil tualanya lalu keluar.
" bilik air dekat mana" soal Adhawiyah.
" tu bawah pokok tu" Adhawiyah menjengolkan kepalanya ke tingkap. Ada sebuah bilik air yang hanya ditutupi dengan kain terpan disekelilingnya. Tidak semana mena airmatanya menitis.
" Assalamualaikum.. awak siapa" soal wanita itu
" saya Adha.. saya jumpa Iqbal tadi dekat tepi jalan sana.. jadi saya temankan dia balik " Adhawiyah menyalami wanita itu. Hatinya sayu melihat wanita itu yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya itu dalam keadaan comot.
" maaf la cik.. maaf sebab dah menyusahkan" ujar wanita itu.
" Eh sepatutnya saya yang kena minta maaf sebab dah masuk rumah akak tanpa keizinan. " Pinta Adhawiyah.
" Eh takpe.. terima kasih sebab bawa Iqbal balik.." balas wanita itu. Iqbal yang baru selesai mandi kelihatan comel dari sebelumnya yang kelihatan tidak terurus.

Adhawiyah menjalani lorong lorong yang sebentar tadi dia lalui bersama Iqbal agak sibuk kini hanya kedengaran sayup sayup bunyi kenderaan. Adhawiyah ketakutan. Dipegang dompetnya kemas. Langkahnya dilajukan apabila terasa dirinya diekori. Bahunya dipegang dari belakang. Adhawiyah meronta membuka langkah silat yang disendiri tidak ketahui bunganya.
" jangan apa apa kan saya" ujarnya sambil ketakutan.
" hei hei.. Adha.. aku ni" ujar pemuda itu. Dipeluk gadis itu erat agar hilang rasa takutnya.
" awakkk... " Tidak semena mena gadis itu menangis. Aniq serba salah. Ditenangkan gadis yang penakut itu.
" aku minta maaf" pinta Aniq.
" kau buat apa dekat sini" soal Aniq sambil pelukannya dileraikan.
" saya pergi rumah Iqbal. Saya jumpa dia dekat tepi jalan sana.. saya hantar dia balik" jelas gadis itu.
" kenapa tak call aku.. bahaya jalan dekat sini sorang sorang.. sini kutu rayau banyak" Nada Aniq tinggi seoktaf.
" mana awak tahu saya dekat sini" soal Adhawiyah. Soalan pemuda itu dibiar sepi.
" Tapai.. dia bagitahu.. aku hantar makanan dia kata dia nampak awak dekat sini dengan Iqbal" jelas pemuda itu.
" tapai.. siapa tapai" soal Adhawiyah ingin tahu.
" brother yang kita bagi makan malam tu" Adhawiyah mengangguk. Adhawiyah seakan ketakutan. Aniq menarik gadis itu agar merapatinya. Digenggam jari gadis itu kemas. Adhawiyah hanya membiarkan. Dia benar benar ketakutan.
" dekat sini ada rumah judi.. ada kelab haram dan rumah urut.. senang senang je dorang boleh culik kau.. kau tahu tak" Aniq mengingatkan. Adhawiyah mendongak memandang pemuda disebelahnya.
" kau ingat aku tipu ke" soal Aniq. Di muncungkan mulutnya ke arah beberapa orang yang duduk dibahu jalan dalam keadaan mabuk dan ada yang bergandingan dengan perempuan lorong. Adhawiyah memegang lengan pemuda itu erat.
" jom aku hantar kau balik" pelawa Aniq. Dalam situasi tersebut apa pilihan yang dia ada melainkan hanya menurut kata kata pemuda itu.

"terima kasih hantar saya" ucap Adhawiyah
" dah tanggungjawab aku" ujar Aniq lalu dicabut helmet gadis itu.
" eh.. kejap.. saya nak tanya.. mak Iqbal kerja apa ya.. " soal Adhawiyah.
" mak Iqbal bantu orang meniaga dekat pasar malam.. dengan keadaan dia tu payah nak dapat kerja" jelas Aniq
" ayah Iqbal" Adhawiyah seakan berminat dengan kisah keluarga itu.
" kerja kedai makan.. ayah dia ada masalah kesihatan.. dorang tu baik.. aku kenal dorang pun waktu aku buat kerja amal dengan ngo dulu.. kalau kata aku pergi pasar malam dorang bagi aku buah tangan. Bukan takat dorang je.. gelandangan dekat sini semua baik baik.. disebab nasib mereka tak sebaik kita mereka dipandang serong. " Jelas Aniq. Adhawiyah hanya mengangguk.
" kau lain kali jangan nak pergi sana sorang sorang.. ingat tu" pesan Aniq. Adhawiyah mengangguk lagi.
" nah kunci rumah kau" dua keping anak kunci diberikan kepada gadis itu.
" dah seminggu baru awak nak bagi sekarang.. saya dah buat pendua dah pun.. " Adhawiyah agak bengang.
" kenapa kau tak minta dengan aku" soal Aniq.
" malas... sebab tiap kali berjumpa bergaduh tiap kali berjumpa bergaduh... so better saya buat pendua tak semak kepala" ujar Adhawiyah.
" sebab kau buat aku marah" balas Aniq geram.
" hah tengok tu.. cepat sangat nak angin.. macam mana nak ada awek kalau macam ni" seloroh Adhawiyah.
" dah ada dah pun" Adhawiyah terkesima. Sudah berpunya kah dia.. Adhawiyah mengomel sendiri.
" ok lah saya naik dulu.. terima kasih dan selamat malam" ucap gadis itu lalu beredar. Aniq hanya memandang gadis itu berlalu pergi.
" kau tahu tak kau lah kekasih aku" bisik hatinya
" dia sudah berpunya.. kau dah takdd tempat dalam hidup dia Adha.. " getus hati gadis itu meluah rasa kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience