Aniq membuka laman instagramnya apabila dia menerima notifikasi dari laman itu.
" BUDAK MONTEL" nama pemilik akaun itu dibacanya. Aniq tersenyum.
" comelnya nama" dia cuba untuk membuka laman milik budak montel namun akaun itu berstatus privasi.
" dah lah masuk acc aku.. add aku tapi private.. weird.." Dia membaca komen pemilik akaun itu dan tersenyum. Dibiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan
" wait" Aniq seakan perasan sesuatu. Di tekan profil foto pemilik akaun itu. Gambar sepasang kasut diatas pasir pantai dan sebuah beg sandang diletakkan bersama kasut itu ditatapnya. Dia cuba mengingati dan mencari pemilik akaun itu. Di zoom gambar itu. Dibeg itu tertera sebiji keychain yang bertulis nama ADHA.
" Bingo.." Aniq tersenyum. Hatinya seakan berbunga. Gadis itu ternyata mencarinya. Aniq tanpa berlengah meluluskan permohonan gadis itu untuk menjadi rakan laman sesawangnya.
" Boleh tahan.. suka snap gambar rupanya minah ni" selorohnya. Diperhatikan satu persatu postingan gadis itu.
SESUNGGUHNYA AKU RINDU
Jarinya tiba tiba terhenti tatkala matanya menatap kata kata itu. Hatinya tiba tiba sebak.
" aku rindu kau" luahnya. Airmatanya menitis satu persatu.
Adhawiyah menanti balasan diruang komen dari pemuda itu namun hampa. Sudah seminggu soalannya dibiarkan sepi. Tiada postingan baru mahupun ulasan dari pemuda itu. Laman instagramnya dibiarkan sepi.
" dia tahu ke ni aku" Adhawiyah melihat semula postinganya tiada satu pun wajahnya tertera disitu. Hanya gambar pemandangan dan kandid yang diambil ketika dia berjalan ke mana mana. Adhawiyah kesal.
" Adha.. ni ada parcel untuk Adha" bungkusan kecil dihulurkan gadis itu kepadanya. Adhawiyah memeriksa bungkusan itu. Dibuka perlahan lahan. Bungkusan yang tiada nama pengirim itu membuatkan dia sedikit ketakutan.
" uitt sapa bagi" Soal Nazri. Adhawiyah menjungkitkan bahunya. Dia membuka pembalut dengan penuh berhati hati. Sebuah kotak kecil dibukanya dengan berhati hati. Seutas gelang tangan halus berada didalamnya. Adhawiyah tergamam.
" weh.. gelang.. Emas putih kau.." Nazri bercanda.
" shhhhtt.. jangan bising.. aku tak tahu dari siapa.. siapa bagi so aku nak return balik" ujar Adhawiyah tergesa gesa bangun.
" weh.. kad apa yang jatuh ni.." Adhawiyah menoleh. Dia tidak perasan akan keberadaan kad itu yang terselit di kotak itu.
" Emir... setan betul" Adhawiyah merengus geram.
" eh kejap..." Nazri kebingungan melihat keletah gadis itu. Diletakkan kotak gelang itu di satu sudut dimejanya lalu ditangkap beberapa keping foto kotak itu lalu disimpan didalam memori. Nazri makin hairan.
" ok.. done" Adhawiyah berjalan keluar dari pejabat dengan kotak yang diterimanya sebentar tadi.
" maaf boleh saya tahu siapa yang kirim barang ni.." soalnya pada pekerja bahagian penyambut tetamu.
" oh.. dia ada dekat sini tadi tapi kejap ya.. hah tu dia.." Adhawiyah mendekati pemuda yang mahu menaiki lif.
" Emir... " panggilnya. Pemuda itu berhenti dan menoleh kepadanya.
" Apa awak buat ni.. " soal Adhawiyah geram.
" apa yang saya dah buat" soal Emir semula sambil mengukir sebuah senyuman.
" ni.. " Adhawiyah mengangkat kotak kecil itu lalu diletakkan ke telapak tangan pemuda itu.
" Emir beli khas untuk Adha.. " ujar Emir terpinga.
" ambil balik dan saya tak perlukan pemberian dari awak" tegas Adhawiyah.
" Adha.. Emir ikhlas nak beri gelang ni untuk Adha.." Emir merayu.
" stop Emir.. stop ganggu saya boleh tak.. Saya tak nak ada masalah dekat sini apatah lagi dengan Isha.." Marahnya. Wajahnya mula merah menahan marah.
" Emir dengan dia tak de apa apa hubungan.. Emir hanya anggap Isha hanya kawan.." Dalih pemuda itu. Adhawiyah tersenyum sinis.
" penipu" Adhawiyah berjalan meninggalkan Emir yang termangu.
Adhawiyah melepaskan geramnya pada fail fail yang berlambak dimejanya. Di ketuk fail itu pada bucu mejanya berkali kali
" oi oi.. ish kau dah kenapa.." Bisik Nazri. Adhawiyah perasan semua mata tertumpu padanya. Adhawiyah malu. Dia tersenyum kelat.
" kau dah kenapa.. kena sampuk"
" sorry aku ter emo kejap.. eh kau dah siapkan report" soalnya.
" dah.. weh.. pejam celik pejam celik dah enam bulan kita dekat sini kan.. dah nak habis dah kita.. " ujar Nazri.
" ha ah kan.. kita tak sempat lagi nak travel kat sini.. " ujarnya.
" next week ph kan.. kita pergi port dickson nak.. aku nak mandi pantai.. " pelawa pemuda itu.
" ok.. set.. tapi kita kita je tau.. aku tak nak lah ada orang lain join.. nanti spoil plan kita" pesannya.
" ye lah.. kau kan.. kalau awek aku tahu naya aku" Seloroh Nazri.
" ah awek kau kawan aku.. apalah kau ni.. nanti aku cakap lah dekat dia" ujar Adhawiyah. Nazri mengangkat dua dua ibu jarinya tanda setuju. Adhawiyah meneruskan kerjanya.
Aniq tergamam melihat gambar yang dimuat naik gadis itu sejam yang lalu. Gambar seutas gelang tangan perak diamatinya dengan kata kata
GIFT FROM SOMEONE. TERIMA KASIH AWAK
Digigit kuku dijarinya hingga hancur. Namun hatinya lebih hancur bahkan lebih parah lukanya.
Kedengaran rengusan kasar dari nafas pemuda itu. Hatinya meronta ingin tahu siapakah pemberi gelang tersebut. Tangannya laju mahu menelefon tanah air namun hasratnya terbantut tatkala pintu biliknya dikuak.
" Aniq.. can we talk" Aniq menutup laptopnya lalu turun dari katilnya dan berjalan perlahan.
Adhawiyah melihat jumlah tanda suka pada foto akaun instagramnya. Semua komen dibacanya. Dia tersenyum sendiri. Hatinya tertarik dengan satu komen dari kenalannya.
" Ala dah berpunya.. " emoji sedih dihujungnya. Adhawiyah tertawa. Dia tahu Aniq juga dapat melihat postingan itu.
" mari kita hangatkan lagi bahangnya" candanya hatinya
I'M NOT SINGLE BUT AVAILABLE ada emoji tawa dihujungnya.
" aku rindu kau Aniq" luahnya. Air matanya mengalir perlahan lahan. Dipeluk patung penyu pemberian Aniq erat.
Diana memasukkan pakaiannya kedalam bagasi. Dihenyak henyak pakaiannya biar padat. Airmata bercucuran mengalir.
" Diana" kedengaran suara Emir bergema diseluruh rumah. Diana masih mengisi pakaiannya.
" Diana.. cuba dengar dulu apa yang nak abang explain" tengking Emir.
" explain what.. explain yang abang masih sayangkan Adha.. or Abang tak boleh lupakan Adha.. " tengkingan Emir dibalas dengan tengkingan.
" abang tak ada hati dekat Adha even sebesar zarah.. bagi abang dia cerita lama.. dah tamat cerita kami.. sekarang abang hanya ada Diana dengan Sofea je.. Kalau sayang pergi.. abang.. abang tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan abang" rayu Emir. Diana tidak mengendahkan rayuan suaminya. Baginya, ketenangan untuk dirinya lebih penting. Fikirannya semakin bercelaru. Sebelum kewarasannya hilang dia harus menjarakkan dirinya dari pemuda itu.
" abang.. Diana minta izin untuk bawa Sofea pergi.. bagi Diana ruang dan masa untuk fikirkan tentang kita.. " pinta Diana setelah bagasinya sudah siap diisi.
" no.. sayang.. abang tak izinkan" Emir melarang. Diana merenung mata suaminya dalam dalam. Ada linangan airmata yang melepasi tembok matanya. Luahan berat hatinya dilepaskan.
" tolong.. Diana minta tolong.. bagi Diana tenang dulu.. Kalau abang mahu Diana jadi isteri yang yang dulu.. bagi Diana masa untuk bertenang.. sebab sekarang Diana tak rasa yang Diana boleh jadi isteri yng taat lepas semua ni terjadi. " Emir tergamam. Dia terpaksa akur dan melepaskan isterinya pergi.
Laila terkesima melihat Diana dan Sofea dihadapan pintu pagar rumah asuhannya. Dia bergegas berlari mendapatkan gadis itu bersama anaknya. Dipeluk gadis itu erat. Tidak semena airmata gadis itu merembes laju. Laila cuba menenangkan Diana yang kelihatan sugul sejak tadi.
"Bunda..kenapa dia perlu tipu Diana.. kenapa" soal Diana. Laila hanya mampu diam. Dia sebolehnya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan tidak mahu hubungan antara dua anak asuhnya berantakan lebih lama.
" Diana tak faham kenapa Adha sanggup buat Diana macam ni Bunda.. Diana ingat dia boleh terima semua takdir tapi.. dia memilih untuk berdendam" tangis gadis itu mengalir lagi. Laila serba salah. Diluah mati mak ditelan mati bapa. Dia tahu punca semua ini adalah lelaki yang tidak selayaknya memiliki anak asuhannya namun apakan daya, dia tidak mahu menjadi punca runtuhnya sebuah masjid dan akan menjadi mangsa pada permasalahan ini adalah anak kecil yang tidak berdosa.
" Bunda tahu Diana kuat.. banyakkan berdoa minta bantuan dari Yang Esa" hanya itu yang mampu dikatakannya saat itu.
Adhawiyah meneliti telefonnya. Satu persatu foto milik Aniq di lihatnya. Jari jemarinya laju melirik akaun instagram pemuda itu. Matanya hampir terkeluar dari tempatnya apabila melihat sepasang tangan kecil kemerahan dipegang Aniq.
" dia dah ada anak Yah.. kau saja yang masih menanti dia " sebak mula menyelubungi dirinya. Di leret lagi pautan pemuda itu. Makin lama makin remuk hatinya. Dipadam telefonnya. Dihempas wajahnya ke bantal agar tangisannya tidak didengari.
Isha menghantar pekerja praktikalnya ke ruang lobi. Diukir senyuman yang bercampur baur. Sebak dan hiba menyelubungi hatinya.
" terima kasih atas tunjuk ajar Isha pada kami.. hope dapat jumpa lagi" ucap Adhawiyah. Nazri hanya memandang dua gadis itu berpelukan untuk kali terakhir.
" InsyaAllah.. nanti kalau Isha balik sana Isha call korang ya.. boleh chill chill together nanti" balas Isha bernada sebak. Adhawiyah hanya mengangguk. Dia memasuki perut teksi yang sudah menanti dari tadi. Teksi itu mula bergerak ke Terminal bas.
" cepat sangat rasa kita dekat sini.. tak sempat kita nak jelajah negeri ni lagi" seloroh Nazri. Adhawiyah hanya tersenyum kelat. Duka semalam masih belum hilang. Dia masih tidak dapat menerima realiti bahawa Aniq sudah berumahtangga. Harapan dan penantiannya akhirnya terjawab. Pandangannya dilempar keluar jendela. Manik manik jernih mula menitis memecah satu persatu ke pipinya. Nazri perasan akan hal itu hanya mendiamkan diri. Kisah gadis itu sedikit sebanyak ada yang dia ketahui namun dia lebih mahu bertindak untuk berdiam kerana Aniq juga sahabatnya. Apa yang bermain difikiran pemuda itu tidak dapat dia jangka. Simptinya terhadap gadis disebelahnya mula bercambah.
DUA TAHUN.. satu tempoh yang agak lama bagi Aniq Imran. Dia yang berdiri dihadapan lapangan terbang menantikan Wan sahabatnya menjemputnya. Dihirup angin tanah air yang dirindui. Tapi kerinduannya bukan pada tanah air tapi pada sosok yang sudah lama ditinggalkannya.
" welcome back bro" Sapa Wan dari tepi. Didakap sahabatnya erat.
" macam mana flight kau.. jet lag tak" Wan mengambil bagasi lalu dibawa ke kereta.
" ok jer.. kau apa cerita.. sihat" soal Aniq. Matanya meliar seakan mencari seseorang. Wan perasan akan reaksi itu hanya tersenyum
" Kau cari sapa.. Aku sorang je.. takde sapa lagi dah" seloroh Wan. Aniq termalu. Pintu kereta ditutup perlahan.
" Weh.. kau.. kau apa cerita.. " soal Aniq lagi setelah soalannya tadi dibiarkan sepi.
" aku.. macam ni lah.. kerja.. balik rumah.. lepak lepak balik rumah esok kerja lagi" jawapannya disertakan gelak kecil.
" bengong la" sumpah Aniq sambil tertawa
" kau ingat aku ni laku keras macam kau.. kau lain la.. dua tahun dekat sana dah bertukar tittle dari bujang dah jadi bapa budak" Wan tertawa namun segera mematikan tawanya apabila perasan akan perubahan pada wajah pemuda disebelahnya.
" sorry weh.. aku melawak ja" Wan serba salah. Aniq hanya mengangguk. Digenggam jarinya kemas. Kata kata sahabatnya itu menyentap jiwanya.
"Apa cerita kau sekarang.. " bisik hatinya sendiri. Lama perjalanan mereka sunyi tanpa bicara.
" so apa plan kau.. takkan balik nak goyang kaki je" soal Wan.
" untuk sementara ni aku nak rest dulu.. nak jelajah Malaysia.. I miss my hometown so much.. " ujar Aniq yang cuba menutup kenyataan bahawa hatinya mahu mencari tahu akan kisah gadis bernama ADHAWIYAH.
" wah... homesick teruk kau ni" tawa mereka berderai.
" yelah.. kau ingat Melbourne tu best ke.. beku sedia.. penat aku.. aku orang sungai.. orang selut oii" Seloroh Aniq.
" ye ke.. or kau nak cari dia" Wan menekan perkataan Dia merujuk pada permaisuri hati pemuda itu. Aniq diam. Dia hanya melontarkan pandangannya ke kuar jendela. Dibiarkan pertanyaan itu tidak berjawab.
"Ngahhhhhhh" tempik Zehra tatkala melihat ayah saudara kesayangannya berdiri di muka pintu. Aniq memeluk anak kecil itu erat dan didukungnya.
" Zehra.. Ngah rindu.. Ngah takde ada nakal nakal tak" soal Aniq.
" takde.. I'm a good girl lah" balas anak kecil itu bongkak. Aniq tertawa. Dia masuk ke dalam rumah agam itu lalu dihempaskan tubuhnya ke sofa.
" ngah.. ada present tak untuk Zehra" Anak kecil itu mula meneliti bagasi Aniq yang dibawa masuk satu persatu oleh pembantu rumahnya.
" Ada lah.. wait here.. I'll bring to you" Aniq bangun dari duduknya menuju ke biliknya. Matanya tertangkap pintu bilik abangnya yang tidak tertutup rapat. Di buka pintu bilik itu lalu dijengah masuk ke dalam. Kosong. Haris tiada disitu. Namun hatinya tersentap apa bila melihat foto mesra Haris bersama seorang gadis. Diambil foto diatas meja lalu di ditenung wajah gadis itu.
" Adha.. " jarinya mengusap lembut foto gadis itu. Kelihatan gadis itu tersenyum ceria. Rindu yang telah lama dipendam kini berderai dengan tangisan. Diluahkan rindunya melalui tangisan tak bersuara.
" Aniq.. weh.. bila sampai" suara Haris dari belakang menyedarkan Aniq dari lamunan rindunya. Dia segera menyeka airmatanya. Dia segera melindungi foto itu dibalik tubuhnya yang berpaling.
" aku baru sampai je.. hei.. kau sihat" Aniq memeluk abangnya.
" Sihat.. kau" Soal Haris. Dipeluk adiknya erat. Dikesempatan itu Aniq meletakkan semula foto itu diatas meja.
" sihat la.. kalau tak sihat tak sampai dah aku dekat sini" seloroh Aniq.
" Mana Aqish" Soal Aniq.
" dekat Melbourne.. dengan Mummy dia.. " balas Aniq tenang. Haris hanya menggangguk.
" eh aku masuk bilik dulu.. nak ambil hadiah Zehra. " Aniq cuba melarikan diri dan berjaya. Dia segera masuk ke biliknya. Tangisannya yang ditahan sebentar tadi mengalir kembali.
" Aku tak sepatutnya balik" ujarnya sendiri.
Tuan Firdaus tersenyum melihat ahli keluarganya bersatu dalam rumah itu. Zehra yang melepaskan rindunya pada ayah saudaranya asyik dengan mainan yang dibeli oleh Aniq sambil diriba pemuda itu.
" Kenapa tak bawa Aqish balik.. Ummi rindu dia.. " Ujar Puan Khalida.
" Biarlah dia dengan mummy dia.. lagipun tak lama lagi dia pun nak balik sini juga.. " balas Aniq
" apa.. serius ni.. Aniq tak tipu Ummi kan" soal Puan Khalidah.
" ye.. " balas Aniq tanpa melihat wajah wanita itu.
" bila.. ish tak sabarnya Ummi.. abang.. nanti lagi meriahlah rumah kitakan.. " Puan Khalida makin teruja.
" pertengahan tahun depan.. " balas Aniq. Tuan Firdaus hanya tersenyum.
" nanti Zehra ada kawan la.. " usik Haris.
" Zehra dah tak boleh duduk macam ni dah dengan Ngah.. Ngah dah ada baby nanti" usik Haris lagi. Zehra merenung tajam. Merajuk. Tawa mereka berderai.
Aniq keluar ke laman. Sejuk angin malam menembusi belulangnya. Digosok lengannya perlahan lahan agar hangat. Matanya tertangkap susuk tubuh yang duduk di laman sendirian.
" Abi.. tak tidur lagi" soal Aniq. Tuan Firdaus menoleh.
" eh Aniq.. tak lagi.. belum mengantuk lagi.. come.. have a seat" jemput lelaki itu. Aniq duduk di bangku disebelah ayahnya.
" Macam mana Aniq sekarang.. semuanya ok ke" soal Tuan Firdaus. Dipandang anaknya tepat. Ada resah yang tergambar pada raut wajah dan reaksi anaknya.
" kenapa ni.. " soal lelaki itu lagi.
"ok je Abi.. everything is fine" dalih Aniq menutup duka dihati.
" Aniq... Abi tahu Abi bukan ayah yang baik. Maafkan Abi atas khilaf Abi tapi Abi dapat rasakan yang Aniq ada sembunyikan sesuatu. Kenapa.. Ceritakan pada Abi.. Mana tahu Abi boleh tolong" soal Tuan Firdaus.
" takde apa apa lah Abi.. jet lag kot.. " dalih Aniq lagi. Gugup dalam dirinya sukar untuk diahindari.
" Aniq boleh tipu orang lain.. tapi tak pada Abi.. What is it.. bagitahu Abi" soal Tuan Firdaus lagi. Aniq hanya berdiam.
" why tiba tiba Aniq nak kawin.. dengan Sharmine pula tu" Aniq mula resah. Suasana dingin tadi bertukar hangat.
" dah sampai jodoh " balas Aniq pendek
" jangan tipu Abi.. Abi tahu Aniq tunggu Adha" Aniq makin tidak keruan apabila nama itu disebut dari bibir ayahnya.
" kalau Aniq sayang Adha.. kenapa harus kawin dengan Sharmine" soal Tuan Firdaus.
" macam Aniq katalah.. jodoh.. Jodoh Aniq dengan Sharmine bukan dengan Adha" Aniq cuba bertenang walaupun didalam hatinya sedang bergolak.
" up to you nak berterus terang atau tak.. Abi tak paksa.. Tapi Abi tahu Aniq ada rahsiakan sesuatu dari Abi dan Ummi.. " Tuan Firdaus bangun dari duduknya dan mula beredar.
" oh ya.. Adha dah tak kerja dekat resort kita lepas dia bertunang dengan Haris" Seakan guruh sedang berdentum dilangit sebagai isyarat bahawa ribut akan tiba begitulah hatinya. Dia tergamam mendengar kata kata ayahnya.
" apa.. Adha bertunang dengan Haris.. bila" soal Aniq resah.
" tahun lepas.. " jawab Tuan Firdaus lalu beredar masuk ke dalam rumah. Aniq bersandar berat dibangkunya. Akalnya cuba mencari kenyataan dalam realiti.
Direnung kipas syilingnya sedang berputar. Wajah foto Adhawiyah yang tersenyum lebar itu bermain dimindanya. Hatinya seakan dicarik carik. Dia bangun dari baringnya lalu di buka laptopnya. Diperiksa akaun Instagram gadis itu namun kali terakhir gadis itu aktif di laman sesawang itu pada akhir tahun lepas. Dan tiada gambar terbaru dari gadis itu. Foto terakhir adalah gambar pemandangan senja dipantai. Gadis itu banyak mengabdikan foto foto pemandangan dilaman sesawangnya. Aniq makin berduka.
Share this novel