32

Romance Series 67724

"Ya Allah..kenapa ni..awak bergaduh dengan siapa pula" soal Adhawiyah terkejut apabila melihat wajah Aniq dipenuhi tompok tompok biru. Bibir bengkak pemuda itu diteliti.Kelihatan luka kecil dipinggir bibir.
" Awak ni kan..kalau tak bergaduh tak boleh ke..memang nak kena guna kekerasan juga ke" bebel Adhawiyah sahaya itu diambil bekas ubat didalam biliknya lalu dibawa ke ruang tamu.
" cuba la tahan sikit kemarahan tu..baran tu.. control sama..kalau macam ni la hari hari kehidupan awak..tak lama habis tulang tulang tu patah..awal pula si Sharmine tu menjanda" Seloroh Adhawiyah. Aniq memandang setiap pergerakan gadis itu melalui hujung mata.
" kalau dia menjanda ok la..saya awak punya sorang kan tk payah berkongsi" Aniq bercanda.
" eeiii awak ni kannnn..." ditekan lebam dibibir pemuda itu kuat.
" senangnya awak cakap kan..klu dia menjanda tak ada kena mengena dengan saya..dia..dia punya pasal..saya.. saya punya hal..lagipun awak kan suami dia..kalau patah riuk tulang awak..then awak mati..dia lah yang menjanda..apa kena mengena dengan saya" ujar Adhawiyah. Dia sedar akan tatapan mata pemuda itu namun tidak diendahkannya.
"awak tak nak kawin dengan saya ke"soal Aniq
" perkahwinan tak semudah main pondok pondok Aniq..besar tanggungjawab yang harus dipikul..kawin..siapa tak nak kawin..tapi mampukah tunaikan..mampukah uruskan..cakap semua mampu tapi bila sampai masa.." Adhawiyah melepaskan keluhan berat.
" saya insyaAllah takkan buat macam tu..saya akan bahagiakan awak..gembirakan awak.." Ditatap wajah mungil itu.Tenang.
" jangan berjanji sebab kitq belum hadapi lagi..dan untuk janji tu..orang yang patut ialah Sharmine..bukan saya.." Adhawiyah memandang Aniq tepat.Pipi pemuda itu diusap lembut.
" Dia isteri awak..tiga tahun ni dia bersabar dengan karenah awak..dia buat macam macam untuk tarik perhatian awak.." ujar Adhawiyah.
" apa awak cakap ni..bukan ke kita dah berjanji nak kawin..awak pun dah setuju kan.."Aniq bingung.Cepat benar berubah keputusan gadis itu.
" ya saya tahu..tapi bila difikirkan balik..saya jadi orang ketiga dalam rumahtangga awak..dalam tak sedar saya dah zalim dengan kaum saya sendiri..saya manusia yang pentingkan diri sedangkan ada hati wanita lain yang sedang disakiti." Ujar Adhawiyah tenang. Matanya bergenang namun ditahan.
" awak..awak kenapa..kenapa tiba tiba cakap melalut macam ni...awakkan dah setuju nak kawin kan..kenapa tiba tiba..cakap merapu macam ni..dah jangan kita cakap lagi pasal ni..hujung minggu ni kita nikah..saya dah bincang dengan pegawai pejabat agama..." Aniq mahu mendakap gadis itu tapi sayang dakapannya ditolak lembut. Adhawiyah bangun dari duduknya. Dia menghampiri jendela. Angin malam yang memasuki ruang rumahnya terasa dingin.Dipeluk tubuhnya kemas.
" saya minta maaf..saya tak dapat tunaikan.." Balas Adhawiyah gugup. Aniq terkesima.Lelucon apakah yang sedang dicandakan. Aniq bingkas bangun dari duduknya.Dia merapati gadis yang sedang berdiri dijendela. Tudung yang disarung gadis itu dirapikan.Panahan cahaya bulan tepat mengenai wajah kecil itu. Bola mata berona hazel itu mencairkan hatinya.
" kenapa tiba tiba..ada apa apa yang saya tak tahu ke.." Soal Aniq lembut. Mahu dipancing gadis itu.Dia tahu ada sesuatu yang terjadi.
" tak ada apa apa..saya rasa keputusan saya terlalu terburu buru dan ikutkan hati...saya buat keputusan tanpa berfikir panjang." Alasan Adhawiyah.
" tapi kenapa..kau kenapa suka main tarik tali dengan aku..kau kenapa suka mainkan perasaan aku..kenapa.. " Aniq mula menyinga.
" maafkan saya" Adhawiyah menangis dengan tiba tiba.
" kau..." Aniq kecewa. Kesal. Taman yang indah berada dihatinya sebentar tadi kini hilang berlalu pergi..kini duka mula bersarang.

Aniq beredar meninggalkan rumah itu. Keretanya dipandu tanpa tujuan. Mindanya berkecamuk. Tidk terfikir dek akalnya bahawa gadis itu sekelip mata berubah.
" Tuhan..kenapa aku diduga sebegini.." tempiknya didalam kereta. Tangisnnya terbenam bersama duka dihati.

Sharmine tersenyum sendirian. Puan Khalida yang berada disebelahnya turut tersenyum.
" Terima kasih ummi..Sharmine tak tahu macam mana nak balas jasa ummi.." Ujar Sharmine.
" untuk menantu ummi..apa saja ummi sanggup asalkan perempuan tu tak masuk dalam keluarga ni.." ujar Puan Khalida.
" tapi kenapa Rumah Bakti" soal Sharmine.
" sebab ummi tahu dia sayangkan rumah bakti..untuk rumah tu dia sanggup lakukan apa saja..then..tengok...Sharmine dapat suami Sharmine balik" Dilirik ke arah kereta yang baru memasuki perkarangan rumah. Sharmine menoleh. Dia tersenyum lalu bangun dari duduknya dan berjalan menuju kearah suaminya. Aniq tidak mengendahkan perilaku gadis itu. Dibiarkan saja gadis itu bermesra dengan tubuhnya dihadapan keluarganya.
" you nak minum tak" soal Sharmine. Aniq menggeleng. Langkahnya terus memasuki biliknya. Dicapai tuala lalu masuk ke bilil air. Pancuran air dipulas sehabisnya. Dia bernafas berat.Kecewa dihatinya masih tersisa.
" kenapa..kenapa..." tempiknya sekuat hati. Sharmine yang berada di daun pintu bilik air terdiam. Badannya mula menggigil ketakutan. Tidak pernah dia melihat perilaku pemuda itu sebegitu.

"Ummi.." panggil Sharmine sambil berlari mendapatkan mertuanya. Puan Khalida meneguk minumnya sambil menoleh kearah menantunya. Sharmine merebahkan pinggulnya bersebelahan mertuanya.
"ummi..Sharmine risau la.." ujarnya kalut.
" risau..kenapa.." soal wanita itu.
" Aniq..Aniq..mengamuk dalam bilik air...terjerit jerit macam orang gila..Shar risau la ummi" ujarnya. Puan Khalida tersenyum.
" ummi ni..boleh senyum pula" rengek gadis itu.
" biarkan dia..sekejap aje tu..kejap lagi ok lah tu..biarkan dia nak luahkan perasaan dia" Puan Khalida kelihatan tenang.
" maksud ummi" Dahi gadis itu berkerut.
" ni.." ditunjukkan mesej Adhawiyah yang dihantar sebentar tadi.

>....Assalamualaikum puan, saya dah buat seperti yang puan pinta..saya sudah batalkan niat saya untuk berkahwin dengan Aniq dan saya berharap puan berpegang pada janji..tolong jangan pindahkan anak anak Rumah Bakti.. saya merayu pada puan..mereka dah saya anggap seperti keluarga..jangan pisah mereka kerana mereka sudah akrab dan sudah menjadi sebuah keluarga..saya mohon puan..saya akan cuba sedaya upaya untuk tebus semula Rumah Bakti tu...>

Sharmine memandang mertuanya kehairanan. Tidak disangka wanita itu berjaya menundukkan gadis polos itu.
" so..sekarang Shar tak perlu risau..Aniq milik Shar.." ujar Puan Khalida.
" tapi betul ke ummi tak akan pindahkan budak budak tu..bukan dah deal ke dengan pemaju untuk jual Rumah Bakti?" soal Sharmine. Dia seakan tamak dan mula menjadi haloba. Puan Khalida hanya tersenyum. Dihirup minumannya tenang.

Aniq merenung rembulan yang mengambang penuh. Awan gelap bergerak perlahan. Sakit hatinya dilepaskan. Mindanya masih memikirkan akan hal tadi.
"apa yang berlaku..kenapa kau tiba tiba berubah fikiran" Aniq mengomel didalam hati.

Sharmine yang baru masuk ke bilik itu menghampiri suaminya. Langkahnya diatur perlahan. Aniq menoleh sekilas.Langkah gadis itu terhenti. Apa yang harus dibualkan atau dia terus ke katil untuk tidur. Kedengaran suara suaminya berdehem keras. Sharmine mematikan langkahnya ke katil. Dia duduk dihujung katil. Bungkam.
" you..ada masalah ke?" Sharmine cuba bersuara. Tiada jawapan dari pemuda itu.
" you..kalau betul you nak bernikah dengan Adha..I dah fikir masak masak..I izinkan you bernikah dengan dia.." Ujar Sharmine lagi. Aniq masih diam.
" I tak mahu halang kebahagiaan you..dan I harus akur..perkahwinan kita atas asbab Aqish..dan I tak patut minta apa apa sebab I yang tinggalkan you dulu..you nak tolong I sepatutnya I bersyukur.." Sharmine menyusun kata walaupun dia gugup. Akhirnya mendapat reaksi suaminya. Aniq berpaling. Dia memandang gadis itu.
" dah terlambat untuk you nak bermadah.." ujar Aniq kecewa.
" maksud you.." soal Sharmine.
" Adha dah batalkan.. dia tarik balik keputusannya.." Nada pemuda itu penuh sesal. Sharmine sembunyikan senyumnya. Akhirnya..Puas hatinya.
"but why.." Sharmine bangun lalu menghampiri pemuda itu.
" I tak tahu.." nada pemuda itu sebak.
" you tak tanya dia" soal Sharmine lembut. Ditatap wajah sugul itu.
" I dah tanya tapi dia kata dia tak mahu jadi orang ketiga dalam rumah tangga kita...I dah explain tapi dia kata dia tak nak bina bahagia dari kecewa wanita lain" Airmata pemuda itu mula mengalir.
" ilmu apa kau pakai perempuan hingga kau berjaya menitiskan airmata raja ego ni.." Sharmine mengomel didalam hati.
" you nak I pergi jumpa dia ke..Biar I slow talked dengan dia..mana tahu dia nak dengar" Sharmine berbasi basi.
" tak perlu..Adha bukan jenis mudah dipujuk.." balas Aniq yang sudah berada dipelukan isterinya. Sharmine membelai bahu pemuda itu lembut berharap dukanya terhapus.
" mana you tahu..I perempuan lebih mengenali hati seorang perempuan" Pujuk Sharmine lagi.
" I lebih kenal dia..Adha walaupun nampak lembut tapi hati dia..keras..bukan mudah untuk pujuk dia" Balas Aniq masih dalam tangisannya.
" hei..Ini Sharmine lah..trust me ok..I yakin I boleh pujuk dia" Sharmine mengusap lembut pipi pemuda itu.
" but why..kenapa tiba tiba you nak tolong I dapatkan dia.." soal Aniq.
" sebab I sayang you..I sedar..I bukan perempuan yang boleh beri you bahagia..tapi I tak boleh halang you untuk bahagia..I tak nak seksa hidup you dengan apa yang I dah buat dekat you dulu..I rasa I tak berhak..I minta maaf sebab I..you dan Adha timpa masalah" Nadanya lembut. Tatapan matanya sayu. Bola mata pemuda itu bergetar. Linangan matanya masih laju.
" You sayang dia?" soal Sharmine lagi.
" I sayang dia sangat sangat..I tak boleh hidup tanpa dia..I boleh jadi gila kalau dia hilang lagi" Kenyataan pemuda itu seakan merobek hatinya.Sharmine menyimpan geramnya didalam hati.
" kenapa dia buat I macam ni.." soal Aniq. Sharmine memeluk erat pemuda itu. Aniq masih dalam tangisannya.

Aniq terkulai di sofa. Dia lena dalam hanyut tangisnya. Sharmine menatap wajah itu dengan penuh benci. Benci menjadi pura pura.Jijik rasanya untuk dia menjadi seseorang yang bukan dirinya. Benci kepada tubuh yang sedang di ulit mimpi itu. Hati pemuda sudah tiada tempat bagi dirinya. Dia terasa seakan boneka panggung. Dia ke katilnya. Dihempas pinggulnya kuat ke katil. Geramnya dilepaskan pada bantal bantal yang berselerakan dikatil. Kesempatan yang cuba dicuri untuk mengikat pemuda itu dengan serakah terbatal.
" You sabar ya..bagi I bercakap dengan Adha..I akan pujuk dia.. ok.." Dipujuk pemuda itu.
" thanks Sharmine..thanks a lot..I harap sangat dia akan terima lamaran I" ujar Aniq. Sebaris senyuman terukir dibibir pemuda itu. Senyuman itu membuatkan hatinya bergoncang. Mahu dia menakluki tahta terhormat pemuda itu. Dipeluk pemuda itu erat.Dikucup leher pemuda itu. Pelukannya dibalas pemuda itu. Sharmine semakin galak menggoda. Getar dada pemuda itu dirasai. Sharmine semakin berani untuk menarah tubuh sasa itu.Desahan Aniq semakin kedengaran. Mahu diterjah bibir pemuda itu tetapi tubuhnya didorong pemuda itu.
" sorry Sharmine..I tak boleh..setiap kali you menggoda I..I akan nampak Adha..sorry..I can't.." Aniq melangkah masuk ke dalam bilik lalu dicapai bantal dan selimutnya lalu dia berbaring disofa. Sharmine merengus geram.
" I yang patut minta maaf..I terbawa perasaan. I hanya nak tenangkan you.." ujar Sharmine. Sehaya itu Aniq memejamkan matanya.
" sial" tempik dalam hati.

" morning ummi" sapa Sharmine apabila melihat mertuanya sedang sibuk menyiapkan hidangan pagi.
" morning sweetie..so macam mana semalam" soal Puan Khalida.
" macam mana apa ummi..dalam tidur pun sebut nama perempuan tu" rengusnya.
" sabar ya..tak lama dah korang nak honeymoon..gunakan kesempatan yang ada.." nasihat Puan Khalida.
" tapi ummi penat la jadi fake..sakit hati ni bila dia asyik sebut nama perempuan tu" luah gadis itu. Jarinya mencapai anggur hijau yang terhidang diatas meja.
" sabar lah sekejap..Shar nak Aniq tak?" soal Puan Khalida.
" nak la ummi tapi..sakit hati ni" rengeknya.
"ala..kesiannya menantu ummi.." dipeluk gadis itu erat. Perbualan mereka terhenti apabila kelibat ketua rumah mula kelihatan. Tuan Firdaus duduk di meja. Dijamah bihun yang digoreng isterinya.
" Shar..Aniq mana" soal Tuan Firdaus.
" masih tidur abi" balasnya lembut. Puan Khalida memberi isyarar agar merahsiakan akan hal semalam dari pengetahuan lelaki itu.
" hurmmm..makin kerap dia tak pergi resort..pergi kejutkan dia..abi nak jumpa dia dekat office kejap lagi" arahnya. Sharmine akur. Dia segera mendapatkan suaminya yang masih diperbaringan.
" Haris mana..yang itu pun batang hidung payah dah nak nampak dalam rumah ni..dekat resort lagi la" rungut Tuam Firdaus.
" Haris dalam bilik..tak bangun lagi agaknya.." Ujar Puan Khalida. Tuan Firdaus mahu menambah leteran tetapi terhenti apabila melihat keletah dua cucunya yang sudah bersiap untuk ke taska.
" atok hantarkan Zehra dengan Aqish hari ni ya.." ujar Tuan Firdaus.
" ala Zehra nak ngah hantarkan" Zehra merungut.
" Ngah sibuk hari ni..ngah banyak kerja nak kena buat..pagi ni atok hantarkan balik nanti atok suruh Ngah ambilkan balik ya" pujuk Tuan Firdaus.
" ok atok" Zehra setuju dalam rajuk.
" dah makan nanti lambat pergi school" Tuan Firdaus tersenyum.

" You..bangun.." kejut Sharmine. Bahu pemuda itu ditepuk perlahan. Aniq masih dalam lenanya.
"Aniq..bangun" bisiknya ditelinga pemuda itu. Kedengaran suara gumam pemuda itu. Badan itu bergerak gerak namun masih pejam.
" Aniq..you bangun" bisiknya lagi.Ditepuk lengan pemuda itu berkali kali namun tiada reaksi. Dia putus asa lalu bangun dari duduknya. Sharmine tersentak apabila tangannya dipaut Aniq. Ditarik tangannya hingga dia terdorong ke atas tubuh pemuda itu. Aniq memeluknya erat. Sharmine terkesima. Apakah pemuda itu sudah berubah. Adakah dia punya peluang dan tempat dihati pemuda itu.
" You bangun..abi nak jumpa you dekat office" ujar Sharmine perlahan.
" lima minit ya..Saya mengantuk la.." Dirangkul tubuh gadis itu erat. Dikucup ubun ubun gadis itu lama.
" sayang wanginya.." Ujar Aniq.
" mamai lah tu" Sharmine tersenyum. Dibiarkan saja pemuda itu memeluknya.Rambutnya diusap lembut Aniq.Perasaan gadis itu terbuai.
" you bangun la..dah lewat ni..nanti abi bising" Dioles pipi pemuda itu lembut. Rangkulan yang terungkai tadi kembali erat.
" Saya nak peluk awak puas puas..rindu.." Ujar Aniq.
" teruk sangat mamai you ni..Aniq Imran bangun" kejut Sharmine lagi. Ditepuk pipi pemuda itu lembut.
" Cik Adhawiyah..saya nak peluk awak puas puas dulu..baru saya nak bangun..saya takut awak hilang lagi"Ujar Aniq. Sharmine tersentak. Dia bingkas bangun dari perbaringannya. Pelukan pemuda itu terungkai. Aniq tersentak. Digosok bola matanya yang baru terjaga.
" I Sharmine Aniq Imran.. bukan Adha.." ujar Sharmine dan berlalu pergi. Aniq hanya membatu.
" apa yang kau buat ni hah setan.." Aniq mengeronyok rambutnya. Timbul rasa bersalah terhadap gadis itu.

Puan Khalida kurang senang apabila melihat menantunya bermasam duka. Sharmine yang duduk meja makan ditenungnya.Bihun dipinggan dikuis kuis.
" kenapa kuis kuis bihun tu..makan lah" ujar Puan Khalida. Dia tidak gemar perilaku kurang sopan menantunya itu di meja makan.
" ummi..Ummi nak tahu tak tadi waktu Shar kejutkan Aniq..dia sebut nama perempuan tu ummi" Rengek Sharmine.Puan Khalida membiarkan saja menantunya merengek kebudak budakkan. Malas dia melayan karenah manja tak bertempat gadis itu.Tumpuannya beralih ke arah Haris yang baru bangun dari tidurnya. Dengan keadaan kusut masai dan baju tidur yang tidak dirapikan, Haris menghampiri meja makan.
"morning ummi..hhaaaauuummm" Haris duduk dikerusi.
" Ya Allah..kalau ya pun menguap tu tutup la mulut..macam badak dah ummi tengok..." Tegur Puan Khalida. Haris tidak mengendahkan teguran bundanya lalu disuapkan bihun goreng ke dalam mulutnya.
" Ishhh..makan elok elok sikit boleh tak" rungut Puan Khalida.
"sedap sangat ummi masak" dengan mulut yang penuh dengan bihun dipuji masakan bundanya. Puan Khalida menggelengkan kepala.

"Lambat kau masuk kerja" soal Haris. Bihun di pinggannya dihabiskan lalu diceduk lagi ke pinggannya. Matanya melirik melihat Aniq yang duduk dihadapannya. Sharmine tidak ceria. Betah apakah yang berlaku antara mereka. Bukankah sepatutnya Sharmine harus gembira dengan pembatalan pernikahan yang dibuat Adhawiyah. Haris bingung namun bihun goreng masakan bundanya harus dinikmati sepuasnya.
" kau tanya aku.. habis kau..tak payah masuk office..kerja kau yang berlambak siapa nak siapkan" balas Aniq tegas.
" kau kan ada..pekerja harapan..anak harapan..pendek kata semuanya kau lah..aku ni buat la macam mana pun tetap tak capai target abi.." sindir Haris. Puan Khalida cuak. Risau akan berlaku tegang urat bertikam lidah.
" dah kau buat kerja main main..sibuk dengan hal yang bukan bukan..mana abi tak bising..kerja terbengkalai" Sinis Aniq.
"you..apa cakap macam tu" Sharmine menasihati. Aniq tidak mengendahkan gadis itu. Dibuat gadis itu seakan pepatung yang berterbangan.
" habis kau..tak sama.. masuk lewat keluar awal..kau ke mana.." Haris cuba menambah bara agar menyala api.
" you pergi mana..hari hari balik lewat" Soal Sharmine. Dia cuba untuk mencari jawapan walhal jawapan sudah diketahuinya. Bara hatinya semakin rancak menyala.
" ke mana lagi..cari madu kau la..madu tak sah" tawa sinis diakhir kata. Aniq menyirap darahnya. Diletakkan sudu dan garfu kasar. Disandar tubuhnya pada kerusi. Dipandang wajah pemida dihadapannya geram.
" kenapa tak betul apa aku cakap..." soal Haris.
" tapi kau jangan risau Sharmine..Adha takkan jadi madu kau.. sebab apa..sebab ada orang kena reject" Haris tawa terbahak bahak.
" Haris.." panggil Puan Khalida. Dia risau akan tindakan diluar anak keduanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience