Aniq bangun dari lenanya. Rumah kosong itu masih setia dilawatinya walaupun pemiliknya masih belum kelihatan.Aniq masih mengharap sinar mentari hari itu membawa khabar yang baik.
"morning wife.. " gambar gadis itu dikucup lembut. Baru sahaja dia mahu turun dari katil, telefonnya berdering.
"kau kat mana.. " soal pemanggil.
"dekat rumah Adha.. " ujar Aniq.
" ok aku on the way ambil kau.. " balas pemanggil. Aniq segera mematikan panggilan. Dipandang bagasinya yang sudah berada dipintu. Aniq mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
"woi.. lamanya kau...nanti kang lambat pula sampai.." ujar pemuda itu tatkala melihat Aniq keluar dari muka pintu rumah itu.
" sorry la beb.. weh kita berdua je ke.. bukan Hajar kata nak ikut ke" ujar Aniq.
"tak jadi katanya entah ada apa urusan pula dia tu.. " ujar Wan lalu masuk ke dalam kereta setelah aaniq meletakkan bagasinya didalam bonet. Kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu. Aniq memandang rumah itu dengan hiba. Ditinggalkan rumah itu dengan harapan satu hari nanti rumah itu kembali bercahaya dan bersinar semula.
Sharmine menghempas telefonnya ke sofa.Bengang hatinya apabila panggilannya tidak dijawab pemuda itu. Ke mana perginya pemuda itu sehingga bayangnya tidak kelihatan begitu lama.
"Aniq on leave.. abi bagi dia cuti.. " ujar Tuan Firdaus seakan mengerti apa yang bermain dibenak menantunya itu.
"cuti.. untuk apa...kenapa Shar tak tahu.. dia pergi mana.. dekat rumah pun takde.. "balas Sharmine yang cuba bertenang. Disembunyikan bahang hatinya.
"dia perlukan masa untuk diri dia bertenang dan berfikir.. dia terlalu penat.. terlalu banyak benda yang dia hadap selama ni.. biarlah dia bertenang... "ujar Tuan Firdaus sehaya melabuhkan pinggulnya ke sofa.
" tapi Shar perlu tahu dia ke mana..Shafiq..Zehra perlukan dia.. " balas Sharmine ingin mengorek rahsia.
" Ke mana dia pergi itu urusan dia.. dan abi minta kamu juga berhentilah gunakan budak budak tu sebagai alibi untuk kamu ikat Aniq.. Shar.. abi tahu kamu sebenarnya bukannya mahukan kehidupan yang macam ni.. kamu mahu bebas.. tapi disebabkan Zehra.. kamu jadikan Aniq buah catur.. dan sekarang jadi makin rumit bila Adha hadir dalam hidup Aniq.. dan Aniq tidak kamu boleh jinakkan lagi.. jadi kamu rasa tercabar.. itu yang membuatkan kamu jadi tamak dan ego.. Shar.. untuk apa kamu menyiksa diri kamu.. kamu boleh dapatkan kehidupan yang lebih baik...lepaskan Aniq dari genggaman kamu.. dia yang kamu genggam dulu bukan lagi milik kamu sekarang.. " ujar Tuan Firdaus tenang. Dipandang gadis itu dalam.
" apa maksud abi" Sharmine gugup.
" Cerai.. berpisah lah.. kamu boleh dapat kehidupan kamu dan Aniq dapat kehidupan dia semula.. "ujar Tuan Firdaus tenang.Sharmine mengetap bibirnya geram.Selama dalam ni ayah mertuanya hanya berdiam tetapi kini makin kerap bersuara.
"walawehhh..cantik dho pemandangan kat sini.." puji Wan.Aniq tersenyum sendiri.
"mana kau tahu tempat ni" Soal wan
"Adha..dia nak sangat datang sini hari tu..tapi aku luangkan masa dengan Sharmine"ujar pemuda itu sebak.Wan hanya diam.Dia tahu isi hati sahabatnya yang tidak betah meluahkan.Antara hati dan simpati berbaur.
"aku gagal jadi suami yang baik untuk dia...aku gagal untuk jadi penyelamat Sharmine..aku hanya ikut hati aku kehendak aku tanpa aku sedar aku dah guriskan hati keduanya.."luah pemuda itu.
"kenapa tak kau lepaskan saja Sharmine bro...dia boleh hidup tanpa kau sebenarnya..atau kau masih lagi dalam perasaan lama..masih mahukan dia bersama dan Adha sekadar pilihan.."soal Wan.Dipandandang sahabatnya yang galau.Aniq merenung laut dalam.Dilepas segalanya bersama ombak lalu.
"entah lah aku nak cakap..Kadang aku rasa sakit hati bila Sharmine bersama lelaki lain..tapi perasaan yang aku rasa untuk dia tak sama dengan Adha..Adha buat aku selesa..tenang..tercari cari kalau dia tak ada" jelas Aniq jujur
"kau faham tak sekarang ni apa yang aku rasa" soalnya.Wan cuba mencari jawapan dibalik soalan itu
"yang mana kau sayang" soal Wan.Aniq merenung pasir putih yang dilukisnya dari tadi.
"entah..aku sayang dua dua.."jawabnya sekilas.
"mana boleh bro..kau takkan dapat dua hati yang kau dah lukakan dalam satu masa"Wan memandang sahabatnya tepat.
"aku pun keliru dengan diri aku sendiri..aku pun tertanya kenapa aku tak ceraikan saja Shar..sedangkan aku tahu dia pun curang dengan aku..kenapa aku masih simpan dia.."Aniq menyoal dirinya sendiri.Dia semakin keliru dengan perjalanan hidupnya.
"aku tak rasa kau pertahankan rumahtangga kau sebab kau sayang Shar..kau jadikan dia batu tangkup untuk kau selamatkan diri kau dari kesepian.."ujar Wan
"maksud kau" soal Aniq
"kau takut Adha tak dapat terima kau jadi kau bertahan dengan hubungan penuh pura pura sebab kau tak nak kesunyian..kau takut apa yang berlaku dulu berulang semula..tapi percaturan kau silap..last last tengok apa jadi..makan diri kau sendiri..Back to reality bro..sudah sudahlah berfantasi" nasihat pemuda itu.Aniq hanya terdiam.Tiada apa yang perlu ditentangnya kerana ada benar kata kata sahabatnya itu
Sharmine mengetap kuku jarinya.Badannya bergegar kerana kakinya dihenjut deras.Kata kata dari ayah mertuanya masih terngiang di benaknya.Risau kalau kalau pulangnya pemuda itu membawa perkhabaran buruk.
"hello aku nak jumpa kau.."ujarnya ditalian. Dia bergegas bangun dari katilnya lalu bersiap untuk bertemu seseorang.
Pancaran mentari terbit menjengah matanya.Aniq terjaga dari lenanya. Dia menyelak tirai kamarnya menampakkan laut luas.Ditolak pintu kaca luas seakan membenarkan bayu laut menerjah masuk ke dalam.Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
"kau kenapa yang kalut sangat ni..kena kejar hantu ke" soal Aniq hairan melihat sahabatnya termengah mengah dihadapan pintu kamarnya.
"aku jumpa someone yang kau tak percaya dia akan ada dekat sini" ujar Wan sehaya mencari nafas.
"siapa..Sharmine ke?" soal Aniq sehaya meninjau disekitar koridor biliknya.
"tak...Adha..Adha..aku jumpa Adha"ujar Wan senafas.Aniq terkesima.Dari riak matanya dia seakan terkejut dengan berita itu.
"kau jumpa dia dekat mana" soal Aniq
"bawah..dia dengan someone.."ujar Wan lagi.Aniq bingkas masuk ke bilik air untuk mencuci wajahnya lalu dia keluar dari kamarnya berjalan ke arah yang dibawa sahabatnya.
"aku jumpa dia dekat sini tadi.." ujar Wan
"Dia dengan siapa"soal Aniq
"lelaki..aku tak kenal" ujar Wan.Mata mereka melilau mencari kelibat gadis itu.
"dik tumpang tanya ada staf nama Adawiyah tak kerja dekat sini" soal Aniq kepada salah seorang pekerja disitu.
"Ada..guest relation officer"ujar pekerja itu.
"dekat mana saya boleh jumpa dia ya.."Aniq seakan tidak sabar untuk bertemu.Diikut pekerja itu dari belakang.Dari dinding cermin kelihatan seorang gadis sedang berbicara dengan seorang lelaki.Aniq resah.Dia tidak tahu bagaimana penerimaan gadis itu.
"terima kasih" ucapannya sebelum pekerja itu beredar.
"tenang Aniq..sabar..ini tempat kerja dia..jangan buat kecoh" nasihat sahabatnya. Disuruh pemuda itu duduk agar lebih tenang situasinya.
"lamanya.."rungut Aniq yang sudah tidak sabar untuk bertemu cinta hatinya.
"eh kau ni..sabar la...ingat dia lari dari kau tau.."pesan Wan.Risau akan sahabatnya bertindak bodoh.Aniq memandang gadis itu lama.Adhawiyah perasan akan kelibat dua pemuda itu.Duduknya sudah tidak tenang.
"terima kasih encik atas kesudian menginap di resort kami" ujar Adawiyah sehaya membuka pintu kepada tetamunya.Pintu kaca itu ditutup kembali. Adawiyah terkesima apabila Aniq berlari lalu memeluknya erat.
"kenapa tinggalkan saya..kenapa menghilang lagi" soalan yang bertalu talu dari pemuda itu sukar untuk dijawabnya. Ubun ubunnya terasa basah dan hangat.Kedengaran esak tangis dari pemuda itu.Adhawiyah memandang Wan yang berdiri kaku dihadapannya.Wan hanya menginjutkan bahunya tanda tidak mahu mencampuri urusan mereka.
"Aniq..Adha..korang bincang elok elok..aku keluar dulu..apa apa call aku ok..kau Aniq jangan buat kerja gila..Adha tengah kerja..hormat situasi dia" pesan Wan apabila perasan akan beberapa mata memandang kearah mereka.Pelukan Aniq dilerainya lalu ditepuk bahu Aniq perlahan isyarat agar pemuda itu menjaga kelakuannya sebelum dia keluar dari bilik kaca itu.
"awak duduk dulu..tunggu sini lagi sejam saya habis shif..kita bincang dekat tempat lain"ujar Adawiyah.Aniq hanya mengikut.Dia tidak mahu gadis itu kabur lagi.Dia duduk di sofa menatap gadis itu yang sibuk dengan kerjanya.Sesekali Aniq berdehem hanya untuk mencuri perhatian gadis itu namun hanya dipandang gadis itu sekilas.Aniq kecewa.Perhatian gadis itu lebih kepada komputernya.
Adawiyah mengemas mejanya kalut kerana tanpa disedari dia sudah lebih dari waktu bekerja.Dicapai tas tangannya.Matanya menangkap pemuda yang sedang tidur menongkat kepala dengan tangannya di sofa.
"macam mana aku boleh lupa ni"bisiknya sendiri. Dihampiri pemuda itu.Bayang bayang pepohon diluar biliknya melekap diwajah pemuda itu.Rambut pemuda itu yang panjang paras bahu itu diselak lembut agar wajah penuh pemuda itu dapat ditatapnya.Tampak bulu bulu halus tumbuh diwajah pemuda itu.Tampak lain dari sebelumnya.Adhawiyah menyentuh alis mata pemuda itu lalu jarinya turun ke hidung pemuda itu.Sebak..rindu.. bercampur baur.Dibongkokkan badannya agar dapat ditatap wajah itu tepat.
"kak Adha.." panggil seorang pekerja yang menjengah masuk secara tiba tiba.Dia hampir terjatuh diribaan pemuda itu tetapi tangannya lebih cepat menahan dirinya. Dia lega kerana pemuda itu tidak bergerak.Lena benar tidurnya.
"Siti.."bisiknya keras
"maaf kak..saya tak perasan.."pinta gadis itu.
" haishhh..ada apa" soalnya.
"ni tentatif untuk majlis lusa ni" sebuah fail dihulurkan dan bertukar tangan.Adhawiyah memeriksa fail itu.
"tengok apa" soalnya apabila perasan akan gadis itu menatap pemuda yang sedang ketiduran.
"handsome ya kak...siapa ni.. boyfriend ke" soal gadis itu.
"kenapa nak tahu" soal Adawiyah cemburu.Matanya masih menatap fail ditangannya.
" sebab elok kak..kalau bukan akak punya..saya nak.." usik gadis itu. Adawiyah memandang gadis itu tajam.
"nak hantar fail ni je kan?" soal Adhawiyah.
"ye..tapi kejap la kak..nak tengok makhluk kiriman Tuhan ni ..elok sangat" Gadis itu merapati Aniq yang masih ketiduran.
"Hei cik kak..hormat sikit isteri dia ada dekat sini"Bidas Adhawiyah.
"isteri..mana..tak nampak pun" Gadis itu memandang sekeliling.Adhawiyah mencekak pinggangnya.
"suami akak ke" soal gadis itu malu.
"habis tu kalau bukan suami saya suami siapa...awak..kita berdua je kan dekat sini" seloroh Adhawiyah.Gadis itu tergamam.
"huaarggghhhhhh"Aniq menguap setelah terjaga dari lenanya.
"sayang dah habis kerja dah"soal Aniq lalu di genggam tangan gadis itu erat.
"maaf kak..saya keluar dulu ya" ujar Siti lalu keluar dalam keadaan tergopoh gapah.
"yang awak ni..nak tidur kenapa tak balik bilik je...seronok jadi tatapan orang"marah Adhawiyah tiba tiba.Aniq tersenyum lebar.
"saya tunggu awaklah dah awak suruh saya tunggu...tak sedar tertidur" ujarnya
"saya tak suruh tunggu dekat sini..staf sini bukan boleh tengok dahi licin sikit..yang awak pun mengundang...haishhh" ujar Adhawiyah lalu dihempaskan fail tadi ke mejanya.Adhawiyah berpaling namun gadis itu tersentak apabila pemuda itu sudah berada dibelakangnya.Adhawiyah cuba untuk meloloskan diri namun Aniq lebih pantas mengunci pergerakannya dengan menongkat tubuhnya dengan tangannya memegang meja.Tubuh mereka hanya jarak beberapa inci membuatkan Adhawiyah tidak keruan.
"cemburu?" Soal Aniq lembut.Dia cuba mencari anak mata gadis itu yang dari tadi tidak menatapnya.
"sorry..wrong person" balas Adhawiyah acuh tak acuh.
"habis kenapa marah budak tu tadi" soal Aniq.Adhawiyah terasa nafasnya terlekat dikerongkong.Dia tidak keruan.Resah.
" saya saja tidur dekat sini sebab saya nak rasa orang main alis mata saya..hidung saya...tenung saya dengan penuh kerinduan" jari telunjuknya dilakukan seperti mana gadis itu lakukan sebentar tadi.Adhawiyah termalu sendiri.Tingkahnya tertangkap.Aniq merangkul erat pinggang gadis itu menyebabkan hidung mereka berlaga.
"saya pun rindu awak..rindu sangat sangat sayang" ujar Aniq perlahan. Nafas Adhawiyah seakan terlekat dikerongkong. Mahu sahaja Aniq menyambar bibir gadis itu perbuatannya terhenti apabila telefonnya berdering.
"aku dengan Adha...nanti aku inform kau kalau dah settle" ujarnya lalu telefonnya dimatikan.Tangannya yang memegang erat jari jemari gadis itu ditarik pemiliknya.
"kita bincang dekat tempat lain"ujar Adhawiyah.Aniq hanya mengikut.
" awak buat apa dekat sini " soal Adhawiyah tanpa menoleh. Pantai yang membiru itu di tatap ya. Adhawiyah bergelut dengan tudungnya yang ditiup angin laut. Aniq mengatur langkah perlahan menghampiri isterinya. Bahu mereka berlaga. Adhawiyah menoleh sekilas. Aniq membetulkan tudung gadis itu agar gadis itu tidak lagi bergelut. Adhawiyah menatap perilaku pemuda di sebelahnya dengan gelora di hati yang tidak dapat diungkap.
"awak tak jawab lagi soalan saya.." soal Adhawiyah untuk kali kedua. Aniq mengukir senyuman. Mata mereka bertemu namun segera Adhawiyah mengalihkan pandangannya.
"saya datang cari isteri saya yang hilang.. Awak ada nampak tak isteri saya" Aniq berseloroh. Adhawiyah mengeruhkan dahinya menandakan itu bukanlah jawapan yang dia mahukan. Aniq hanya tertawa melihat wajah cemberut gadis itu.
"betul la.. Saya datang cari isteri saya yang hilang.. Awak tahu tak isteri saya tinggalkan saya tanpa kata berita.. Dia tinggalkan saya sendirian.. Awak tahu betapa rindunya saya pada dia.. Hidup saya tak keruan.. Rumah kami kosong.. Kosong seperti hati saya yang dia bawa pergi.. "nada Aniq kendur. Bergetar. Adhawiyah diam. Tidak berani dia menatap wajah pemuda itu. Luahan pemuda itu menusuk jiwanya.
" kalau awak ada jumpa isteri saya.. Tolong bagi tahu dia. Saya merayu dia pulang.. Saya rindu dia.. Hidup saya seakan mati bila dia tiada.. Hari hari saya terasa gelap dan kosong.. Hidup saya caca merba sebab separuh kehidupan saya dia dah bawa pergi.." Adhawiyah tersentap. Kata kata itu meruntun hatinya namun dibiarkan egonya menjadi tembok hatinya.
" maaf kalau saya ganggu awak.. Tapi tolong saya kalau awak jumpa dia.. Tolong bagi tahu dia yang saya sangat merindui dia.. " Aniq mula mengalah apabila gadis itu tidak memberi sebarang reaksi. Aniq berpaling dan melangkah pergi.
"kenapa.." Adhawiyah bersuara. Langkah Aniq terhenti. Tubuh gadis itu di tatap dari belakang. Dia tahu duka di hati gadis itu tidak dapat dirawat dengan kemaafannya. Kerinduannya terhadap gadis itu tidak dapat menghapuskan kecewa yang sudah lama bersarang di hati gadis itu.
Share this novel
next chapter plzzzz