Haris merenung bulan terang yang menerangi malam. Dia cuba untuk bertenang namun hatinya tetap galau. Peristiwa siang tadi bermain dibenaknya.
" apa awak cakap ni.. saya tak faham.." soal Adhawiyah.
" kau buat laporan polis tuduh Emir rogol kau.. tapi sebenarnya kau relakan.. aku ingat kau nak berhenti ganggu dia tapi rupanya tak.. sangkaan aku yang mengatakan kau mangsa rupanya salah.. " Ujar Diana. Semua mata tertumpu pada mereka. Haris yang baru tiba untuk berjumpa kekasihnya berhenti dipertengahan jalan. Setiap bait kata gadis itu didengarinya jelas.
" Adha.." panggil Haris yang masih lagi terkejut.
" awak.. saya bukan macam apa yang Diana cakapkan" Adhawiyah mahu membela diri.
" salah apa.. tak betul apa aku cakap.. kau berdendam dengan aku sampai kau fitnah suami aku... last last.. kau tarik balik laporan kau.. kau jadikan pakcik kau sebagai pesalah... manusia apa kau ni.. tak cukup dengan itu kau kacau rumah tangga aku.. kau tak kesian ke dekat Sarah.. dia baru melihat dunia tiba kau dah rampas bapak dia.. perempuan jenis apa kau ni Adha" tengking Diana.
" saya tak rampas dia dari awak Diana.." Adhawiyah masih mempertahankan dirinya.
" aku rasa benda ni kita bincang dekat tempat lain.. tak elok bincang dekat sini" Nasihat Maira.
" kau nak back up lagi kawan kau yang jalang ni.. dan kau.. kau siapa.. ni jantan ni mangsa kau yang ke berapa pula.. hari tu jantan lain.. ni jantan lain.. jantan hari tu dah tinggalkan kau ke.. dia dah sebat kau.. atau dia pun malu bila dapat tahu kau bekas Emir.." Makin lancang kata kata Diana.
" Diana.. saya tak tahu apa maksud awak dan saya tak seperti yang awak sangka.. Ini Haris.. teman lelaki saya.." ujar Adhawiyah. Aniq yang berada disitu seakan direntap jantungnya. Sakit yang teramat.
" boyfriend kau.. yang keberapa.. ni kau.. aku nak bagitahu kau dia ni bekas tunang suami aku.. dia fuck dengan laki aku.. sekarang dia masih kacau suami aku sampai suami aku jarang balik rumah.. aku tak tahu kat mana dorang berasmara..." Adhawiyah yang mula berang menampar pipi Diana kuat.
" saya dah lama diam dengan karenah awak Diana.. tapi tak bermakna awak boleh pijak pijak maruah saya" Marah Adhawiyah.
" maruah.. kau ada maruah ke.. bukan kau dah gadai sebagai cagaran hutang pakcik kau dekat Emir.. kau dengan pelacur sama ja" Diana makin mencerca.
" awak saya tak sangka awak dah tipu saya" Ujar Haris.
" awak dengar cakap saya.. dengar dulu.. biar saya jelaskan" Adhawiyah merayu. Aniq tidak sanggup melihat keadaan itu. Hatinya luluh. Dia beredar.
" apa yang awak nak cakapkan.. cakap lah saya dengar" Haris seakan berang.
" saya dirogol awak.. saya dirogol.. tapi.."
" tapi kau memang suka kan.. dah lah Adha.. semua mesej kau dekat Emir aku dah baca.. segala rayuan kau yang jijik tu aku dah dengar.. kau memang gampang..." Ujar Diana
" saya tak pernah mesej Emir.. saya dah padam nombor dia" ujar Adhawiyah. Aniq yang mahu beredar menghentikan niatnya. Dia mendengar setiap tuduhan gadis itu.
" ni apa.. bukan kau yang mesej dia" Diana menunjukkan keratan mesej yang di ambilnya dari telefon suaminya. Tertera nama dan gambarnya disitu. Perbualan berbaur lucah itu membuatkan Maira geli apatah lagi Adhawiyah yang seakan hilang kata.
" apa lagi yang awak nak explain Adha" Soal Haris.
"awak itu bukan saya.. saya tak ada mesej Emir pun.. Sumpah.." Adhawiyah merayu.
" Saya tak sangka awak berperangai macam tu" ujar Haris dan berlalu pergi.
Haris melepaskan keluhan berat. Disedut udara malam dalam dalam lalu dilepaskannya berat.
" awak saya nak jumpa awak sekarang" ujar Aniq ditalian. Dia bersiap untuk bertemu Adhawiyah. Ada perkara yang harus diselesaikan. Aniq yang mahu berjumpa abangnya tersentak melihat Haris yang tergopoh gapah keluar dari rumahnya.
" woi nak pergi mana.." tempiknya.
" Aku nak jumpa Adha" tempik Haris kembali. Aniq risau. Dia segera menelefon gadis itu.
" Haris ada cakap dia nak jumpa kau ke" soal Aniq sebaik saja dia mendengar suara gadis itu.
" kau jangan ke mana mana sampai aku mesej kau.. aku pergi dekat kau sekarang" ujarnya lalu ditamatkan talian. Risaunya akan gadis itu di apa apakan Haris. Pemuda itu kelihatan tidak tenang. Adhawiyah harus dilindungi.
Haris mundar mandir. Terasa gadis itu lambat turun. Hatinya sudah tidak tenang. Dirasakan gadis itu menipunya. Kedengaran lif sudah berhenti. Pintu lif dibuka dan Adhawiyah keluar dari lif itu.
" ada apa awak nak jumpa saya.. kalau pasal tadi saya rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita bincangkan" ujar Adhawiyah. Haris menarik tangan gadis itu lalu dimasukkan ke dalam kereta. Adhawiyah ketakutan. Haris seakan dirasuk syaitan.
" kita nak ke mana ni" soal Adhawiyah.
" awak.. kita nak ke mana" soalnya lagi. Tangannya segera menelefon Aniq untuk memohon bantuan. Hanya nama itu yang bermain difikirannya.
" awak.. berhenti ke tepi.. kita bincang ok.." pujuk Adhawiyah.
" awak.. ok ok.. ya salah saya.. salah saya sebab tak berterus terang tentang diri saya.. saya minta maaf" Ujar Adhawiyah gugup. Dilihat telefonnya. Aniq ditalian. Dia berasa sedikit lega.
" awak.. saya memang dah tak suci.. tapi itu bukan keinginan saya.. saya dirogol.. saya tarik balik kes tu sebab tak de bukti untuk sabitkan dia.. dia dah twist bukti untuk berpihak pada dia" jelas Adhawiyah.
" kenapa baru sekarang awak nak bagitahu saya" tengking Haris. Adhawiyah tersentak. Tidak pernah dilihat pemuda itu sebegitu.
" saya pernah cuba nak beritahu awak tapi apa awak cakap.. awak percaya kan saya.. awak akan perlahan lahan kenal saya dan mahu tahu kisah hidup saya.. jadi saya diamkan" jelas Adhawiyah
" tapi ini awak dah buat saya rasa tertipu.. di balik kelembutan awak.. sopan awak.. alim awak.. rupanya awak tak ubah seperti perempuan lorong." tengking Haris. Aniq yang mendengar perbualan itu menyinga
" sial.." bentaknya sendiri. Dia yang cuba mencari kereta abangnya melepaskan geram sendirian.
" saya tak tipu awak.." ujar Adhawiyah.
" tapi awak yang tak bagi saya peluang untuk saya jelaskan" ujar Adhawiyah.
" oh awak nak salahkan saya pula.. ok sekarang saya fah kenapa awak nak tangguhkan perkahwinan kita.. " Aniq yang memandu memberhentikan keretanya secara mengejut dibahu jalan.
" kawin.. " Sekali lagi hatinya dirobek. Dia tidak tahu sejuh itu perancangan mereka.
" bukan.. bukan sebab itu saya nak tangguhkan perkahwinan kita... saya nak tamat kan dulu pengajian saya.. " ujarnya
" ah alasan.. sebab kau tak puas lagi melayan nafsu bekas tunang kau.. kau masih tak boleh lupakan dia.. macam tu" soal Haris
" tak... saya ada bagi cadangan untuk kita bertunang dulu kan.. saya nak tamatkan dulu pengajian saya.. saya nak ada karier saya sendiri.. saya nak jadi macam Linda yang tak mengharapkan hanya duit dari awak. " jelas Adhawiyah
" kau jangan nak libatkan Linda dalam hal kita.. dia tak sehina dan sekeji kau.." Tengking Haris.
" ya saya tak semulia dia tapi saya juga ada perasaan.. tak salah kalau kita berbincang baik baik dari awak terus menuduh saya.. tapi bila dah jadi macam ni.. saya rasa kesal.. dan rasa sedih bila teringatkan Linda.. macam ni ke layanan awak terhadap dia.." Adhawiyah sudah hilang kesabaran.
" kau jangan berani sebut nama dia dari mulut kotor kau tu.. " marah Haris.
" kenapa.. kau rasa tercabar.. kau rasa kau mulia.. kau hebat.. kau rasa kau layan dia dengan baik ke" tengking Adhawiyah.
" aku layan dia sama macam aku layan kau tapi dia tak buruk dan sehina kau.. aku perasan cara kau dengan aku dengan cara kau dengan Aniq.. aku nampak kau lebih suka bila bersama dia berbanding aku.. kau nak nafikan ke.." soal Haris. Adhawiyah diam. Dia mengumpul kekuatan untuk bersuara.
" ya.. sebab dia buatkan aku rasa dihargai.. dia buat aku rasa diperlukan.. dia ada dengan aku saat saat sukar dalam hidup aku.. kau.. kau.. dengan dunia kau.. kerjaya kau.. tengoklah apa yang kau buat bila ummi hina aku... kau bersuara pun tidak.. kau biarkan aku terus dihina.. dan aku rasa Linda juga rasa yang sama.. kau jantan bacul" tengking Adhawiyah. Aniq yang dari tadi mendengar tersenyum bangga. Dia meneruskan pemanduan. Gadis itu harus ditemuinya.
" habis kenapa kau tak bersama dia.. kenapa aku.. atau dia kau dah puaskan nafsu" herdik Haris.
" jaga tutur kata kau Haris.. aku dengan dia tidak sejauh itu.. aku dengan dia punya rasa yang sama cuma tidak meluahkan.. lagipun aku mahu beri peluang pada diri aku sendiri untuk bahagia.. dan orang tu kau.. bukan Aniq.. Aniq punya Sharmine... Zehra.. zehra yang buat aku terima kau.. aku tahu bagaimana rasanya hidup tanpa belaian seorang ibu.. tapi kau dah matikan peluang tu" ujar Adhawiyah.
" jangan kau libatkan anak aku dalam hal kita.. perempuan jalang macam kau memang tak layak untuk jadi ibu kepada anak aku.. betul kata ummi.. kalau dah biasa dengan najis kumbahan tak dapat tengok.. bau pun jadilah.. kau memang manusia jijik" marah Haris.
" habis kalau aku jijik.. kau berhentikan kereta ni.. aku nak turun.. kalau tak nanti berbau najis kereta kau" ujar Adhawiyah.
" jangan kau mimpi Adhawiyah.. kau ingat aku akan lepaskan kau dengan senang lepas kau tipu aku" ujar Haris.
" kau nak bawa aku ke mana.. kau nak buat apa dekat aku" Adhawiyah semakin ketakutan.
" nak buat apa dekat Paragon Club ni" Adhwiyah cuba memberitahu lokasinya.
" paragon.. sial kau Haris.. " Aniq memandu keretanya laju. Dia menuji ke tempat yang disebut gadis itu.
Haris menarik tangan gadis itu. Adhawiyah bergelut mahu dilepaskan. Bunyi kelab yang bingit kedengaran sampai keluar premis.
" lepas la.. awak nak buat apa dekat sini." Adhawiyah merayu.
" kau diam.. kalau tak aku cabut nyawa kau sekarang juga." ugut Haris
" awak.. saya merayu dekat awak.. lepas kan saya.. saya takkan ganggu awak lagi.." rayu Adhawiyah.
" dah terlambat.. aku sayang kau.. tapi kau tipu aku Adha.. hari ni aku nak kau rasa macam mana rasa sakitnya bila ditipu." ujar Haris. Adhawiyah hanya mampu berdoa untuk keselamatan dirinya. Haris membawanya masuk ke dalam kelab yang padat dan bingit. Adhawiyah menangis. Di dorong tubuhnya ke dalam sebuah bilik.
" kau ganti pakaian kau.. orang tengok pelik pula nanti" ujar Haris.
" awak.. lepaskan saya.. jangan buat saya macam ni.. kalau awak nak saya pergi jauh dari hidup awak.. saya akan pergi.. " rayunya.
" aku kata salin" tengking Haris. Adhawiyah mengambil gaun pendek yang agak seksi lalu disarung ke tubuhnya. Dia menangis semahunya.
" Aniq awak dekat mana" rintihnya. Pintu bilik dibuka. Haris menarik tangannya dan dibawa keluar dari bilik itu. Mereka naik ketingkat atas kelab tersebut. Beberapa orang pemuda dan juga gadis pelayan berada disitu.
" Haris.. cikaro baru ke" soal salah seorang pemuda disitu.
" ni cikaro baru.. aku kenalkan.. Adha.. tapi tapi... sebelum korang rasmi.. bagi aku rasmi dulu" ujar Haris. Adhawiyah menapmpar pipi pemuda itu kuat.
" berani kau tampar aku.. " ditampar pipi gadis itu berkali kali. Adhawiyah jatuh ke lantai.
" Wei Ris.. tak gentle la pukul perempuan..." ujar seorang pemuda. Dipapah Adhawiyah lalu di dudukkan gadis itu ke sofa.
" nah air... minum dulu.. " ujar pemuda itu. Adhawiyah menolak.
" ni jus oren.. jangan risau... saya takkan bagi awak mabuk.. jangan minum air kencing setan.. kami tak pe" tawa pemuda itu berdekah. Adhawiyah meneguk minuman itu apabila Haris memaksanya dan menyakitinya. Adhawiyah hanya duduk diam. Kepalanya mula berasa pening. Dia sudah tidak sedarkan diri.
Aniq menolak kerumunan manusia di dalam kelab itu. Dia mencari kelibat Haris dan Adhawiyah.
" Aniq.. lama tak jumpa" sapa seorang pemuda.
" aku busy.. kau ada nampak Haris" soalnya
" tu atas tu.. dia mana nak join kami kat bawah ni.." ujar pemuda itu. Haris memandang keatas.
" tapi ada cikaro baru oo.. cantik gila dho" ujar pemuda itu.
" dia bukan cikaro tapi bakal isteri aku" ujar Aniq geram. Dia bergegas ke tingkat atas. Dia kaku melihat Adhawiyah sudah berubah rupa. Pakaiannya amat menjolok mata. Gadis itu sedang asyik membelai pemuda si hidung belang. Bibir gadis itu rakus bercumbu. Kelibat Haris kelihatan. Dia hanya membiarkan Adhawiyah diperlakukan sebegitu. Haris asyik membelai gadis yang duduk diribaannya. Aniq sudah hilang kewarasan. Kaki laju menendang kepala abangnya. Haris jatuh ke lantai. Semua terkejut dengan keadaan itu. Adhawiyah masih dengan dunianya. Dia berkhayal sendiri. Aniq membiarkan gadis itu sendiri. Hatinya yang membara dilepaskan kepada pemuda dihadapannya.
" kau memang setan..." marah Aniq.
" aku setan.. kau.. kau... kau mulia ke.." soal Haris.
" kau dah fuck dia.. kau pass dia dekat aku" ujar Haris.
" aku tak pernah sentuh dia.. kau jangan nak buat tuduhan.. " marah Aniq.
" ye ke.. kenapa aku rasa maca tak.. amacam sedap tak servis dia.. mantap tak," sinis Haris.
" kau memang babi" ditumbuk pemuda itu berkali kali. Mereka bergelut.
" apa yang kau nak sangat dekat dia.. dia tu dah basi dah tau tak.. kau dah makan bekas orang.. jangan kedekut aku pun nak rasa" ujar Haris.
" binatang.. " Aniq semakin hilang sabar apabila melihat Haris cuba membuka baju gadis itu. Aniq memegang botol kaca yang sudah pecah dan berlumuran darah. Haris tergamam. Cecair merah pekat mengalir deras. Aniq kaku. Tubuhnya lemah. Tubuh yang terbaring dihadapannya dipenuhi darah.
Share this novel