10

Romance Series 68045

Aniq menolak gadis itu ke tepi. Dia bangun dari baringnya. Adhawiyah cuba merapatinya tapi ditahannya. Dia terkejut dengan tindakan gadis itu.
" apa kau buat ni !! " marah Aniq. Dilap bibirmya yang dikucup gadis itu sebentar tadi.
" kenapa Tuan dah tak nak sentuh saya lagi.. rasa rugi memiliki saya sebab saya dah ditebuk tupai" Aniq tersentak. Dia tidak menyangka gadis itu berfikiran sebegitu.
" aku tak pernah bermaksudkan macam tu.. " ujar Aniq lembut.
" tak bermaksud.. Bukan tuan juga yang kata saya hak tuan dan setiap inci tubuh saya milik tuan..sekarang saya dah tiada apa yang perlu saya pertahankan.. maruah saya dah hilang.." ujar Adhawiyah. Dipeluk tubuhnya. Diusap kakinya kasar. Aniq meraut wajahnya kesal. Dia kesal dengan keterlanjuran kata katanya menyebabkan gadis itu mula mencipta jurang antara mereka. Seakan sukar untuk dia menakluki hati gadis itu.
" aku akui kata kata aku sedikit sebanyak mengguris kau.. tapi sungguh aku cakap aku tak berniat seperti apa yang aku cakap.. " balas Aniq.
" baru sekarang ke... bukan dari awal perkenalan kita awak memang impikan tubuh saya.. tapi sebab saya dah jadi bekas orang awak pun jijik dengan saya.. " soal Adhawiyah.
" Adhawiyah.. kau jangan nak mengarut sangat boleh tak.. jangan terlalu ikut perasaan kau tu.. " marah Aniq
" habis kenapa awak tak nak bergaul dengan saya.. awak sendiri kata kucing mana tak ratah ikan depan matakan.. oh ya saya bukan lagi ikan segar.. nak kata sardin dalam tin pun bukan tapi bangkai.. bangkai bernyawa.. " balas Adhawiyah
" stop it Adha.. dah aku tak nak dengar kau mengarut.. jom aku hantar kau balik" ujar Aniq. Dihidupkan enjin kereta.
" awak pun tak ikhlas berdamping dengan saya.. " Nada Adhawiyah sayu.
" tak bukan macam tu.. " Aniq cuba mengatur kata agar perasaan gadis itu tidak terguris lagi.
" awak... awak pernah cakap yang awak akan bertanggungjawab dengan apa yang awak dah buat dekat saya.." Adhawiyah cuba mengingatkan.
" ya.. aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat pada kau.. kenapa" soal Aniq pelik.
" kalau saya nak awak lunaskan sekarang boleh" soal Adhawiyah. Dahi Aniq berkerut. Dia kehairanan. Adhawiyah menghampirinya. Wajah mereka bertatapan dalam jarak yang hanya seinci. Aniq menelan airliurnya kasar.
" kau nak aku buat apa" soal Aniq gugup. Saat ini kelakiannya seakan hilang entah ke mana.
" awak... nikahi saya" Bisik Adhawiyah. Aniq terkedu. Tiada kata kata yang mampu keluar dari mulutnya. Adhawiyah kembali ke tempat duduknya. Dipandang pemuda itu dengan pandangan seorang psiko. Aniq seakan gerun melihat gadis itu.
"hantar saya balik" dalam sesaat wajah tadi sudah berubah menjadi tenang. Aniq hanya diam dan menurut. Dipandu keretanya pulang ke asrama si gadis. Dalam perjalanan pulang Adhawiyah membuka tingkap kereta. Dihulur tangannya ke luar. Dirasakan angin yang menerpa tangannya. Dia merenung keluar jendela. Tudungnya yang berkibar kerana ditiup angin dipegangnya kemas. Tidak semena mena Adhawiyah bangun dan dikeluarkan separuh badannya keluar jendela dan berteriak kuat. Aniq yang terkejut dengan perbuatan si gadis memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dia menarik Adhawiyah masuk ke dalam. Sehaya itu airmata gadis itu mengalir deras. Aniq semakin kusut. Permintaan gadis itu sungguh berat. Dia masih belum mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kerana hatinya masih berbolak balik. Dia masih mengharapkan agar Sharmine pulang kepadanya tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu melepaskan gadis di sebelahnya. Tamakkah dia.

Aniq berdiri diluar kereta menanti Adhawiyah yang masih teresak esak di dalam kereta. Sebatang rokok dinyalakan. Asap dari rokok itu dihembus ke udara. Adhawiyah keluar dari kereta lalu menghampirinya. Diambil rokok dari bibir pemuda itu.
" sejak bila tuan merokok ni" soal Adhawiyah lembut. Ganti nama yang digunakan gadis itu membuatkan hati Aniq berasa sakit. Seakan ada tembok yang akan menjadi penghalang hubungannya nanti.
" saya minta maaf atas kelakuan saya tadi.. awak abaikan permintaan saya.. " Sekali lagi hatinya seakan direntap.
" Kenapa.. " Aniq berbisik sendiri.
" saya masuk dulu.. terima kasih sebab bawa saya keluar" Adhawiyah berjalan masuk ke kawasan asramanya. Jiwanya sudah kosong. Aniq hanya membiarkan gadis itu pergi. Mulutnya seakan sudah kehabisan kata tidak seperti sebelumnya yang selalunya akan berkata sepatah dua sebelum mereka berpisah.
" Aniq.. apa kau buat ni" dia mengomel sendiri.

Adhawiyah menanti sahabatnya di kafetaria. Maira yang sedang membeli juadah untuk mengalas perutnya diperhati Adhawiyah dari belakang. Dilerek telefonnya mencari isu yang menarik minatnya. Matanya tertangkap satu sisipan berita.
" hoiii " sergah Maira. Adhawiyah terkejut. Dia membuat wajah geram. Maira hanya tersenyum.
" awak baca apa yang khusyuk sangat tu" soal Maira.
" awak.. ni " ditunjukkan berita yang dibacanya sebentar tadi.
" padan muka dia.. biar dia tahu langit tinggi ke rendah " Maira menarik wajah ketat.
" tapi Diana macam mana" soal gadis itu sebak.
" kenapa dengan Diana" soal Maira.
" dia mesti tertekan.. mana dengan dalam pantang.. suami pula dalam lokap.. mulut orang.. mulut orang lah paling berbisa.. boleh ke dia hadap semua ni" soal Adhawiyah
" awak.. itu masalah dorang.. awak tak perlu risau.. macam mana dorang nak handle itu dorang punya hal.. awak kena ingat time awak down sebab Emir curang dengan awak apa dorang buat.. Dorang ada ke dengan awak.. ada dorang tolong awak.. takde kan.. tayang konon bahagia adalah.. " Maira menasihatkan.
" tapi ini lain.. Diana dalam pantang awak.. kesian anak dia" Adhawiyah serba salah. Apakah salah anak kecil yang baru melihat dunia itu sudah diuji begini.
" awak.. anak tu tak salah.. yang salah mak bapa dia.. Dia lahir takde sepalit dosa mahupun khilaf.. yang terkhilaf tu orang tua dia.. kita berdoa untuk anak tu harap harap bila dia dah besar dia jadi orang yang soleh.. bukan macam mak atau bapa dia yang bengong tu. " Maira memandang Adhawiyah yang kelihatan sugul.
" dah makan.. tak payah fikir kan apa yang takde kena mengena dengan awak.. apapun saya bangga dengan awak berani tampil buat aduan pasal si beruk tu.. biar dia rasa.. mampos sama dia" Maira tertawa besar. Adhawiyah menyeringai ketawa melihat perilaku sahabatnya. Aniq yang berada tidak jauh dari gadis gadis itu duduk hanya tersenyum. Sudah lama dia tidak melihat senyuman dibibir gadis itu.
" sudah pulihkah dia" soal Aniq sendiri.

Cuti semester menjengah. Semua pelajar pulang ke kampung halaman masing masing tapi tidak bagi Adhawiyah. Dia perlu mencari rumah sewa kerana asrama yang dihuninya akan diisi dengan pelajar baru. Maira yang tinggal berdekatan dengan kolej tiada masalah untuk berulang alik hanya dia yang perlukan tempat untuk berteduh. Satu persatu rumah di lihatnya tapi tiada satu pun yang berkenan dihati.
" Adha dah dapat rumah sewa?" soal salah seorang pekerja resort.
" belum lagi kak.. rumah yang ada pun mahal sangat.. Adha tak mampu bayar sewa.. Adha ingat nak cari bilik sewa je lah.. kalau rumah macam besar nak duduk sorang.. takut" candanya
" rumah akak ada satu bilik kosong.. kalau Adha nak boleh je.. " pelawa gadis itu
" berapa kak sewanya.. " Adhawiyah cuba merisik.
" empat ratus sekali letrik dan air.. kalau Adha nak tengok dulu pun takpe.. kot lah Adha kata mahal.. " gadis itu cuba memberi pandangan. Dia tidak mahu memaksa kerana dia tahu keadaan gadis itu.
" akak habis kerja pukul berapa.. " soalnya
" lima.. " balas gadis itu.
" ok.. pukul lima Adha ikut akak tengok bilik boleh" pintanya. Gadis itu mengangguk.

Adhawiyah menanti gadis tadi di parkir. Dia mengikuti gadis itu ke rumahnya. Adhawiyah terkedu melihat blok blok kondo yang tinggi menggapai langit.
" kak.. tingginya.." Adhawiyah berseloroh. Gadis disebelahnya hanya tertawa. Adhawiyah membuntuti gadis itu.
" mak aih tingkat sebelas.. akak.. kalau lif rosak jenuh nak menapak " Adhawiyah berceloteh. Gadis itu tertawa lagi
" macam tu lah nampaknya tapi akak dah duduk sini lima tahun tak pernah lagi lif rosak dik sebab dorang akan selenggara setiap lima bulan sekali. so don't worry.. " Adhawiyah menelan airliurnya kesat. Kunci pintu dibuka. Adhawiyah terkesima melihat dalaman rumah itu. Cantik dan selesa.
" besarnya.. akak tinggal sorang ke" soalnya lagi.
" tak ada lagi empat orang.. rumah ni ada empat bilik.. dua bilik sharing.. yang sharing tu aka up sikit sebab banyak guna air dan letrik.. " ujar gadis itu.
" kalau sharing berapa kak" soalnya
" Lima setengah" Adhawiyah mengangguk.
" baik sendirikan.. " selorohnya.
" ha ah.. sebab bilik tak besar mana pun..tapi terpulang lah dekat Adha.. buat masa sekarang termasuk akak lima orang stay sini.. " Adhawiyah mengangguk.
" jom akak tunjuk bilik" Adhawiyah terpegun melihat tatarias minimalis rumah itu. rona putih kelabu membuatkan rumah itu tampak nyaman.
" ni biliknya" Adhawiyah melangkah masuk. Bilik yang sudah siap dengan perabut itu seakan berjaya mencuri hatinya.
" macam mana.. " soal gadis itu.
" ok kak Adha setuju.. bila Adha boleh pindah masuk " soalnya.
"kalau macam tu bila bila Adha nak Adha bagitahu.. hari ni pun boleh.." gadis itu tersenyum. Adhawiyah lega akhirnya dia punya tempat untuk berteduh.

Adhawiyah mengemas biliknya. Dimasukkan barang barangnya didalam kotak. Ditatap bilik itu sayu. Penuh kenangan disitu. Berat rasanya untik meninggalkan bilik yang menyimpan beribu kisah.
" kau jangan rindu aku tau" ujarnya. Airmatanya menitik. Diusap katilnya yang sudah tidak bersarung. Disapu debu halus dimeja belajarnya.
" kau dah banyak berjasa dekat aku... sekarang dah sampai masanya untuk kau berjasa pada orang lain pula" rintih Adhawiyah. Ditutup jendela kemas tanda perpisahan antara dia dan kenangan.
" ni kunci bilik.. nanti Adha mesti rindu mak Siahkan.. " rengek Adhawiyah
" nanti Adha datang lah sini kalau ada free.. " Makcik Siah memberi cadangan. Dia berasa berat hati mahu melepaskan gadis itu pergi
" kalau ada apa apa masalah datang sini jumpa makcik tau.. makcik ada.." dipeluk gadis itu erat.
" ehem ehem... " Pelukkan erat itu terungkai. Adhawiyah terkejut melihat Aniq berada dihadapannya.
" apa awak buat dekat sini" soal Adhawiyah
" aku datang nak amik kau lah" balas Aniq. Kacamata hitam yang dipakainya menyukarkan gadis itu untuk meneka emosi pemuda itu
" Nak pergi mana" soal Adhawiyah lagi.
" nak pergi mana lagi.. bukan kau pindah bilik ke.. " balas Aniq tenang.
" mana awak tahu saya pindah bilik" Adhawiyah masih tidak berpuas hati.
" tu.. barang barang tu.. kalau tak pindah bilik.. kena halau" usik Aniq.
" ish mulut tu kan.. tak payah saya boleh pergi sendiri.. " tolak gadis itu.
" kau dengar cakap aku boleh tak.. " Aniq mula menyinga. Dengan hangat mentari yang menyuluh ditambah pula dengan degil seorang gadis dihadapannya... mendatangkan bara di hati.
" saya kata tak payah tak payah lah.. " bentak Adhawiyah merebut bagasinya dari pemuda itu yang mahu memasukkan bagasinya ke dalam bonet.
" jangan melawan boleh tak.. panas ni," Aniq merungut.
" saya tak suruh datang pun kan" Adhawiyah membalas. Makcik siah hanya tertawa melihat keletah mereka.
" memang tapi jangan lupa.. awak milik saya.. apa apa jadi dekat awak sapa nak bayar hutang awak dekat saya.. ingat tu. " Adhawiyah terdiam. Dia tiba tiba berasa jauh hati. Aniq menutup bonetnya kuat. Adhawiyah tersentak.
" tunggu apa lagi.. cepat lah.. panas ni" tempik Aniq. Adhawiyah terkocoh kocoh masuk ke dalam perut kereta.
" Aniq... " panggil Makcik siah. Aniq menoleh. Wanita itu menghampirinya.
" jangan berkasar dengan dia.. kalau betul betul sayang dia jaga dia.. layan dia dengan baik.. jangan sakiti dia.. terima dia seadanya.. " nasihat wanita itu.
" baik mak siah.. " Aniq termalu.
" ingat pesan makcik.. Adhawiyah sudah cukup terseksa.. " pesan wanita itu lagi. Adhawiyah hanya membiarkan mereka berbicara diluar sambil dia membelek patung anime dihadapannya.
" so comel... nak jugokk" rengeknya sendiri.
" InsyaAllah mak Siah.. Aniq pergi dulu ya" Aniq masuk ke keretanya lalu dihidupkan enjin kereta.
" hoi.. " panggilnya. Adhawiyah menoleh.
" tu.. " tunjuknya. Bibirnya dimuncungkan sedikit.
"apa.. " soal Adhawiyah
" tali pinggang " mata gadis itu terbeliak. Diraba pinggangnya.
" kenapa dengan tali pinggang saya" dia risau akan bajunya terselak" Aniq merengus geram. Dihampiri gadis itu lalu menarik tali pinggang keledar untuk gadis itu. Tiba tiba pipinya ditampar Adhawiyah
" kau dah kenapa" Aniq menyinga.
" awak nak buat apa" soal Adhawiyah
"ni.. ni.. tali pinggang ni.. kau nak kena saman sebab tak pakai tali pinggang ke.. " tali pinggang itu di masukkan kedalam kuncinya. Adhawiyah menunduk malu.
" bingai" marah Aniq.
" Aniqqqq... " panggil makcik Siah. Aniq menoleh. Wanita itu hanya menggelengkan kepalanya. Aniq tahu itu satu amaran. Dia hanya tersenyum. Dijentik dahi gadis itu kuat.
" Aduiiiii.. sakit lah" Adhawiyah menyeringai marah. Aniq ingin melawan.
" Aniqqqqq.. " panggil wanita itu lagi. Aniq tersenyum kambing.
" nasib baik ada mak siah.. kalau tak" rungut pemuda itu. Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan asrama.
"selamat tinggal kenangan" ucap Adhawiyah didalam hati.
" tak payah nak touching sangat la.. bukannya nak pergi berperang.. " seloroh Aniq.
" memanglah tapi tempat tu banyak kenangan.. awak apa tahu" balas Adhawiyah geram.
" kenangan.. kenangan dengan tunang tak guna kau tu" balas Aniq. Adhawiyah membungkam. Dia agak terasa dengan kata kata pemuda itu. Aniq tahu dia sudah terlanjur kata.
" awak lah orang tu" balas Adhawiyah
" apasal aku pula" soal Aniq kehairanan.
" ye lah awak selalu perkenalkan diri awak tunang saya so awak lah orang yang tak berguna tu" Aniq terkesima. Seakan dibaling batu melantun semula. Dia berdehem geram.

Aniq memasuki kawasan parkir. Adhawiyah yang ketiduran dibiarkan didalam kereta. Aniq mengeluarkan bagasi gadis itu dan diletakkan dihadapan keretanya. Dia masuk semula ke dalam keretanya dan dibuka pintu disebelahnya. Dibelek telefonnya tanpa menghiraukan gadis disebelahnya. Adhawiyah terjaga.
" kenapa tak bagitahu yang kita dah sampai" Adhawiyah menggosok matanya yang baru tersedar.
" kau tak boleh bangun sendiri ke.. kau hidup lagi kan tak mati lagi kan.. " Adhawiyah memandang pemuda itu melalui hujung matanya.
" Terima... kasih.. saya naik dulu" Adhawiyah mencapai beg sandangnya lalu keluar dari kereta. Aniq membiarkan saja gadis itu mendorong begnya memasuki lif. Gadis itu hilang dari pandangan.
" tunggu la kau sampai ke malam.. kunci ada dekat aku" tawa Aniq. Puas hatinya mempermainkan gadis itu.

" lah Adha.. kenapa duduk dekat luar ni.. " soal pemilik rumah itu terkejut melihat gadis itu duduk sendirian di koridor.
" Adha lupa akak balik kerja lewat.. Adha takde kunci" Balasnya.
" eh Cik Aniq tak bagi ke kunci dekat Adha.. " soal gadis itu. Adhawiyah menggeleng.
" tadi akak pesan dekat dia suruh bagi kunci rumah dekat Adha.. sebab dia tanya bila Adha nak pindah.. Akak kata hari ni.. so akak minta masuk lewat sebab nak bagi kunci dekat Adha lah.. " Cerita gadis itu. Adhawiyah masih tidak dapat memahami situasi.
" tapi dia kata dia nak jumpa Adha.. akak bagilah kunci rumah dekat dia" cerita gadis itu. Wajahnya kemerahan menahan geram.
" Aniqqqq Imrannn " jeritnya didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience