25

Romance Series 67724

" dia sakit.. dia ada fibroid di pangkal rahim.. bukan satu tapi dua.. dia selalu sakit dan pengsan sebab period yang tak teratur. Dia minta aku rahsiakan dari semua sebab dia tak nak susahkan sesiapa.." jelas Hajar.
" karut..kau sengaja nak tutup kesalahan dia kan" Aniq cuba menutup malunya kerana telahannya kali ini tetap salah.
" buat apa aku nak tipu..dia terima rawatan di klinik ayah kawan satu kolej dia...siapa tu... Maira..hah Maira.. kau kenalkan Maira" Hajar cuba memperbetulkan keadaan.
" kau nak aku percaya ke.. aku sendiri tengok gambar dia dengan Emir masuk dalam kereta..Emir papah dia keluar dari klinik..baru lepas menggugurkan kandungan ke" Nada Aniq seakan menganjing.
" kau jangan melampau Aniq.. terpulang kau nak percaya atau tak..tapi itu kenyataannya.. Ya dia pernah minta tolong Emir untuk ambil dia di klinik.. waktu tu dia baru saja habis pembedahan buang fabroid yang pertama.. selesai pembedahan dia dapat berita yang Bunda meninggal. Dia nak balik tapi aku tak boleh tinggalkan event waktu tu.. Maira pula tak ada dekat klinik time tu.. tapi waktu tu Emir ke klinik untuk teman Isha yang dapatkan rawatan dekat situ.. aku dan Maira tahu hal ni.. Emir tolong hantarkan dia balik dan bawa dia ke hospital untuk uruskan jenazah bunda.." Hajar menyeka airmatanya. Sedih hatinya apabila mengenangkan nasib gadis yang sudah dianggap seperti adik baginya.
" dia tak pernah mengandung Aniq..apatah lagi mahu menggugurkan kandungan.. kau tahu apa yang terjadi dekat dia lepas bunda meninggal..dia seakan layang layang terputus tali..kesihatan dia merosot.. mana dengan abang kau buat hal.. mujur ada Maira yang selalu ada dengan dia..kalau tak aku tak tahu apa akan jadi dengan dia..dan kau..kau dengan mudah kau percayakan fitnah orang..siapa yang sebar cerita karut mengarut ni.." marah Hajar.
" Diana.. aku terdengar dorang bertelingkah tempoh hari.. Diana yang tunjukkan gambar gambar tu.." Nada Aniq berbunyi sesalan. Sesal kerana terlalu mempercayakan orang lain dan menyakiti gadis kesayangannya.
" kau memang bodoh Aniq.. kau tahu tak apa kau dah buat dekat dia hah.. kau percaya fitnah orang... kau halau dia dari rumah bakti kerana fitnah.. kau tahu tak ayah saudara dia pernah ugut nak jual budak budak dalam rumah bakti tu kalau tak dapat duit dari dia..kau tahu tak betapa bahayanya dia sendirian dekat luar sana..kau tahu tak" tengking Hajar. Aniq terdiam. Diraup wajahnya sesal.Airmatanya menitis satu persatu.
" kau tahu tak kat mana aku nak cari dia" soal Aniq. Tangisannya makin laju. Risaunya terhadap gadis itu mula membuak.
" mana aku nak tahu..kalau aku tahu pun aku tak akan bagitahu dekat jantan pengecut macam kau.. bacul..kau memang bacul Aniq.. kau dengar sini Aniq.. jadi apa apa dekat Adha.. kau lah manusia yang akan menyesal seumur hidup.. dan aku takkan maafkan kau" Hajar memberi amaran sebelum meninggalkan pemuda itu sendirian. Aniq mula resah. Dia cuba menelefon gadis itu namun nombor yang digunakan sudah ditamatkan perkhidmatan.
" Adha..maafkan saya.." bisik hatinya berserta tangisan yang menderu.

Adhawiyah menyusun atur barangan yang berada dirak. Dia pastikan susunannya rapi dan kemas.
" cun.." pujinya sendiri. Dia bangun lalu menuju ke kaunter dan merapikan kawasan itu.
" ini saja ke.." soalnya pada pelanggan yang mahu membuat bayaran. Mesin scan berdetak.
" sebelas ringgit lapan puluh sen.." diterima wang bernot seringgit dan sepuluh lalu dikembalikan bakinya. Kedengaran dia mengeluh kecil kerana sudah tiba waktunya perutmya perlu diisi. Dia terjengkil jengkil ke arah pintu masuk kedai serbaneka itu menantikan rakannya yang sepatutnya menggantikan tempatnya.
" laparnya" rengeknya.
" sorry sorry aku lambat.." ujar seorang pemuda yang berlari kearahnya.
" cepat cepat saya dah lapar" dia pula terkocoh kocoh untuk mendapatkan sebiji bun dan sebotol air lalu dibuat bayaran.
" saya rehat ya" dia keluar bersama bungkusan yang berisi makanan rehatnya. Dia duduk ditangga bersebelahan kedainya. Direnung jam ditangan yang hampir menunjukkan dua pagi.
"lambat lagi nak balik.." rengeknya. Dilepaskan pandangannya pada malam yang masih segar bagi golongan anak muda yang sedang mencari hiburan. Deretan kelab malam dan pusat hiburan di kawasan itu yang pada awalnya membuatkan dia tidak selesa kini sudah tegar dengan suasana itu.
" apa yang korang cari sebenarnya" soalnya dalam hati. Dia cuba untul mencari tujuan anak anak muda yang masih berkeliaran disitu.
" tumpang hisap rokok ya" sapa sekumpulan remaja yang berdiri di pohon sena bersebelahan tangga. Adhawiyah hanya mengangguk.Kepulan asap rokok mula menebar di ruang udara. Kerongkongnya mula berasa tidak enak. Dilepaskan batuk batuk kecil untuk melegakan tekaknya. Perkara yang dahulunya dia kurang senangi kini sudah terbiasa. Rehatnya ditangga itu. Tiada tempat harus dituju.
" awak makan roti je" sapa pemuda yang bekerja dengannya itu.
" ha ah.." balas Adhawiyah pendek. Di ukir senyuman dibibirnya. Dia menginjak ke tepi apabila pemuda itu melabuhkan punggungnya selang satu anak tangga darinya.
" kenyang ke" soal pemuda itu sebelum dinyalakan sebatang rokok. Adhawiyah memandang ke arah anak muda yang tadinya dibawah pohon sena kini sudah berada diseberang jalan memasuki pusat snooker.Adhawiyah tertawa kecil.
" lucu ke soalan saya" soal pemuda itu.
" hah apa.. sorry tak fokus" Adhawiyah rasa bersalah.
" kenyang ke makan roti" soal pemuda itu lagi.
" ini je yang boleh masuk tekak" Dalihnya. Dia harus berjimat. Banyak yang perlu diselesaikan. Bilik sewa..hutangnya dengan Aniq juga harus segera diselesaikan apatah lagi ayah saudaranya sudah tahu akan tempat kerjanya kerap datang meminta wang kepadanya. Semuanya perlu dia korbankan.
" dengar cerita semalam paksu awak datang sini lagi ye.." soal pemuda itu. Raut wajah gadis itu berubah. Kisah dia dan ayah saudaranya sudah menjadi bualan pekerja disitu.
" Kenapa awak tak report saja polis" soal pemuda itu.
" dia baru je keluar dari penjara.. saya ingat kan dia dah berubah..tapi tetap macam dulu..saya dah buat laporan polis tapi apa tindakan yang boleh dorang ambil.. dia tak pukul saya..dia tak cederakan saya.. apa bukti transaksi yang saya beri duit dekat dia.. paksu saya tak pernah terima duit dari saya melalui akaun bank..semuanya cash.." ceritanya. Adhawiyah seakan berputus asa. Baginya hanya maut yang dapat memisahkan dia dengan ayah saudaranya.
" macam mana awak boleh bertahan.. kalau saya.. entah lah.. masih bernyawa lagi ke tidak orang tua tu" pemuda itu memberi pendapat. Adhawiyah tersenyum.
" saya takde jawapan untuk soalan awak yang itu.. apa yang saya tahu saya kena teruskan kehidupa walaupun dunia tak nak saya" selorohnya di ikuti tawa kecil bagi menghilangkan duka dihatinya.
" awak dah habis shif kan.. saya masuk dulu lah..rehat saya pun dah habis.. oh ya..dah close cashier?" soalnya.
" belum..haiii.. malas betul la nak kira kira ni" rungut pemuda itu.
" awak jangan..nanti short duit naya saya" Adhawiyah berseloroh lagi. Mereka beriringan masuk kedalam kedai tersebut.

Aniq termenung jauh. Awan biru ditatapnya. Hatinya resah setelah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada gadis itu.
" babe jom sarapan..ummi dah siapkan breakfast." Sharmine yang baru saja masuk ke dalam bilik itu berjalan menghampirinya. Aniq hanya membisu. Dia merasakan rangkulan dari belakang tubuhnya namun dibiarkan saja.
" you fikir apa.. jauh sangat termenung" soal Sharmine sambil mengusap lembut dada sasa suaminya.
" nothing.. " dalih Aniq.
" jom makan..lapar la" rengek gadis itu. Aniq akur. Sejak pulangnya gadis itu bersama anaknya kehidupannya agak terbatas. Pencariannya juga terbatas. Dia mencari gadis kesayangannya dalam diam. Harapannya untuk bertemu gadis itu sangat mendalam.

" hello princess" Aniq menyapa dua anak kecil yang sudah berada di meja makan.
" papa.. Qisya nak pergi school dengan papa boleh.. " soal anak kecil itu.
" mama hantar lah..jangan ganggu papa..papa nak kena pergi office hari ni.." Sharmine menegah. Qisya seakan merajuk.Wajah yang ceria tadi berubah muram.
" ok lah..papa hantarkan.. Zehra.. nak pergi dengan Ngah ke" pelawanya.
" nakkkk.. tak syok pergi dengan papa.. papa suka pasang lagu entah apa apa.." rungut anak kecil itu.
" habis ngah..ngah pun suka pasang lagu juga" Aniq cuba membandingkan.
" tapi ngah funny..tak bosan.. papa.. senyap je..ermmm" Mulut kecil itu dijuih sedikit tanda protes.
" amboi.." seloroh Haris sebelum berderai tawa mereka di meja itu.

" kau tolong gantikan aku meeting dengan supplier hari ni..aku ada urusan sikit" pinta Haris.
" kau ni..macam mana abi tak marah..urusan apa pula kali ni" soal Aniq. Haris kerap tidak masuk kerja. Kerjanya dibiarkan terbengkalai lalu di selesaikan olehnya. Tuan Firdaus juga kerap menasihatinya namun perubahan hanya seminggu dua sebelum kembali dengan tabiat pontengnya.
" adalah.." Haris berahsia.
" kau bagi tahu aku urusan apa kalau tak aku tak nak wakilkan kau" ugutnya.
" Adha.. aku rasa aku tahu dia dekat mana" ujar Haris. Aniq tergamam. Hatinya mula tidak tenang. Haris tidak sepatutnya bertemu gadis oti terdahulu darinya.
" kau cari dia buat apa" Aniq cuba mencari tahu.
" kau ingat aku senang senang nak lepaskan dia lepas apa yang dia buat pada aku.. no way bro.. " Haris berdendam. Aniq menggenggam jarinya kemas. Mahu saja di kasari pemuda itu namun niatnya terbantut apabila kelibat isterinua kelihatan menghampiri mereka.
" keep it secret ok" Haris menepuk bahu adiknya sebelum dia beredar.
" sembang apa.. ketat je tengok" soal Sharmine lalu disarungkan stiletto berona hitam.
" tak ada apa apa..I hantar anak anak dulu..drive safe.."pesannya sebelum masuk ke dalam perut keretanya.

Aniq memandu tenang namun hatinya galau. Perbualannya dengan Haris terngiang ngiang di benaknya.
" papa.. dah terlepas school" tempik Qisya. Aniq memberhentikan keretanya lalu berpatah semula.
" sorry papa tak perasan.." pintanya.
" ngah kenapa..ada masalah ke" soal Zehra yang sedari tadi memandang pemuda itu.
"tak ada lah..ngah cuma terfikirkan mesyuarat nanti..ngah nak cakap apa dengan atuk nanti" dalihnya
" ni semua papa punya pasal..kesian ngah kena buat kerja papa kan.." marah anak kecil itu.Aniq tertawa mendengar bebelan anak saudaranya. Keretanya diberhentikan dihadapan taska. Dibuka pinti kereta bagi memudahkan anak anak kecil itu keluar. Tiba tiba lengan kemejanya ditarik Zehra. Aniq membongkokkan sedikit tubuhnya kearah anak kecil itu.
" ya princess.." Ditatap mata jernih kecil itu.
" ngah tahu tak papa suruh orang carikan kak Adha.." Aniq tersentak
" mana Zehra tahu " soalnya lembut.
" zehra dengar papa cakap telefon dengan seseorang..banyak kali..semalam papa cakap mana kau nak lari Adha..Zehra takut ngah.. papa macam lain je" cerita anak kecil itu.
" Zehra jangan risau ya..nanti ngah cakap dengan papa ok" pujuknya apabila anak kecil itu menunjukkan kerisauannya.

Selesai mesyuarat Aniq mencari Hajar, orang yang dirasakannya dapat membantunya mencari gadis itu.
" kau nak apa..aku sibuk ni" Hajar menyusun kertas kertas diatas mejanya. Malas dia melayan karenah pemuda itu.
" Jar..aku tahu kau tahu Adha dekat mana.. bagitahu aku.. " rayunya.
" mana aku tahu..dia dah lama tak contact aku.." ujar Hajar tanpa memandang wajah pemuda itu.
" takkan lah.. kau kan rapat dengan dia" Aniq masih mencuba.
" ya.. itu dulu..sebelum masalah ni timbul..sekarang mana ada dah dia contact aku.. yang kau nak cari dia pasal apa.. " soal Hajar kembali. Aniq diam. Dia tidak tahu untuk memberikan jawapan yang seharusnya.
" tak payahlah kau nak ambil tahu pasal Adha..sharmine dah balik..kau jaga je isteri kau baik baik.. biarkan dia.." Hajar menambah.
" aku nak jumpa dia.. nak minta maaf dengan dia" Hajar memandang pemuda dihadapannya.
" kau..nak minta maaf.. Kau asal planet mana ni.." Hajar tertawa kecil
"Kenapa.. salah ke aku cakap" Soal Aniq kembali.
" aku salah dengar kot.. Aniq Imran yang aku kenal..ego dia tinggi melangit.. tak pernah ada perkataan maaf dalam kamus hidup dia..tapi ni tiberrr" Hajar seakan tidak percaya dengan kata kata pemuda itu.
" apasal tak boleh pula" Aniq mula tegang.Dia tahu Hajar sedang mempermainkannya.
" bukan tak boleh..cuma pelik..kau manusia yang tak pernah ucap maaf..bagi kau perkataan maaf tu seakan hina dan lemah.. ni tak ada hujan tak ada ribut tiba tiba kau nak cari dia nak minta maaf.. kepala kau ada terantuk kat mana mana ke" soal Hajar lagi.
" aku serius ni..aku nak cari dia..nak minta maaf dengan dia" ujar Aniq tanpa segan silu.
" dengan apa yang kau dah buat dekat dia.. kau rasa layak ke kau dapat maaf dari dia..kau rasa dia nak maafkan kau ke.." Hajar berbeta. Dia tidak mahu gads itu disakiti lagi.
" sebab tu aku nak cari dia.. aku nak minta maaf dengan dia..aku tahu aku salah.." rayu Aniq
" tak payah lah kau nak ganggu dia lagi Aniq.. biarkan dia.. kau dah ada kehidupan kau sendirikan..biar dia dengan kehidupan dia..cukup cukup lah kau seksa hidup dia" Hajar menasihatkan.
" aku sayangkan dia..aku masih cintakan dia.." luah Aniq sebak. Hatinya tidak pernah sesaat melupakan gadis itu.Risaunya pada gadis itu tidak pernah terpadam. Baginya gadis itu segala galanya bagi dirinya.
" stop dreaming Aniq.. kau dah ada Sharmine..kau jaga isteri kau sudah.. lagi pun kalau kau jumpa dia sekali pun..apa kau nak buat..nak minta maaf.. ok lepas tu..kau biarkan dia lagi..macam tu" sinis Hajar. Direnung Aniq dalam dalam. Geram dan marahnya pada tindakan pemuda itu masih belum terhapus.
" tolong aku cari dia..pleasee.. " Aniq masih merayu.
" untuk apa..untuk kau sakitkan hati dia lagi..untuk kau hina dia lagi.. sudah sudah lah kau sakiti dia..buang la ego dan sombong kau tu Aniq.. " Hajar duduk kembali di kerusinya dan menyusun semula kertas kertas diatas mejanya.
" aku sayang dia.. aku tahu aku salah..tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri.. aku mahukan dia dalam hidup aku" Nada pemuda itu kedengaran sebak. Aniq menunduk. Jiwanya sudah dibanjiri airmata.
" Kau dah punya Sharmine.. kau lepaskan Adha.. kalau kau betul betul sayangkan dia.. berhenti cari dia.. " Hajar tidak mahu terpengaruh dengan drama airmata pemuda itu.
" tapi aku perlu cari dia sebelum Haris jumpa dia" Hajar tersentak.
" Haris nsk cari dia buat apa..korang kan.. Semak lah aku dengan korang ni.. apalah malang nasib Adha jumpa orang macam korang ni" Rengus Hajar. Dicapai telefonnya lalu mendail nombor seseorang.
" Yang Haris tu kenapa dia nak cari Adha" soal Hajar. Kedengaran nadanya risau.
" aku rasa dia berdendam dengan Adha.. aku takut dia buat sesuatu pada Adha sebab tu aku nak cari dia sangat sangat..aku kenal Haris.." Ujar Aniq. Hajar masih dengam telefonnya.
" Ah kau pun sama je.. Aku call dia tak dapat..nombor dia dah expired.." Hajar mula risau.
" Adha kat mana kau dik" resah gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience