8

Romance Series 67724

Adhawiyah menangis semahunya. Matanya sudah bengkak dan kemerahan.Terasa dunianya gelap. Hanya kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja telah menjerumuskan dia ke dalam satu dunia yang sukar baginya untuk keluar selagi mana belum dilangsaikan segala hutang hutangnya.
" awak gurau saja kan" soalnya dalam nada getar. Aniq yang duduk ditempat pemandu memandangnya tepat.
" awak guraukan" soalnya lagi.
"kau rasa sekarang waktu untuk bergurau ke.." ujar Aniq membuatkan dia bertambah gugup.
" saya pilih untuk ke dalam kalau itu pilihan yang awak bagi" Adhawiyah mengalah.
" serius lah, " Aniq terkejut dengan keputusan gadis itu.
" ya saya tetap dengan keputusan saya.. saya rela dipenjarakan kalau diri saya jadi taruhan" ujarnya. Airmatanya yang mengalir sebentar tadi sudah kering. Dia tidak mahu menggadaikan dirinya demi menutup kesalahannya. Aniq memandu keretanya memasuki kawasan balai polis. Adhawiyah cuba bersikap tenang sedangkan hatinya tidak lagi punya ruang untuk bernafas lega.
" saya nak buat laporan tentang kecurian wang" ujar Aniq. Adhawiyah berdiri dibelakang pemuda itu. Jarinya dikutil kutil hingga melecet. Adhawiyah mencapai telefonnya. Telefonnya berdetak tiba tiba menandakan ada mesej baru diterimanya. Aniq menoleh diambil telefon dari gadis itu. Adhawiyah terkesima.

Aniq hanya memerhati hati Adhawiyah yang dibawa polis untuk disoal siasat. Wajah gadis itu tampak sugul tapi bongkak.
" aku nak tengok kau nak minta pertolongan aku ke tidak... kau takkan bertahan dengan keras kepala kau Adhawiyah" desis hatinya. Telefon gadis itu dibuka. Dibuka peti mesej gadis itu. Satu persatu dibacanya. Dahi Aniq berkerut apabila membaca perbualan mesej diantara gadis itu dengan Kahar.
" gila la jantan ni" diambil nombor telefon lelaki itu lalu disimpan dalam telefonnya.
" jantan ni pun sekor dah ada bini pun kemaruk dengan perempuan lain.. yang ini pun satu.. melayan. " rungutnya. Dahinya berkerut lagi apa bila mendengar mesej suara yang dihantar Emir kepada gadis itu.
" Emir bagi pakcik duit pakcik bagi Adha dekat Emir.. amacam.. " suara Kahar terdengar jelas
" pakcik nak pakai berapa.. " soal Emir.
" dua puluh ribu" Aniq terkejut. Lelaki itu mahu menjual anak saudaranya dengan nilai sebanyak itu.
" tapi saya mahu pakcik tepati perjanjian kita dan lepas saya bagi duit ni.. Adha hak saya dan pakcik tak boleh kacau atau ganggu Adha lagi.. dan ini kali terakhir kita berurusan" pesanan suara itu tamat setelah urusan mereka selesai.
" setan..." Aniq tidak keruan. Dia harus mencari jalan untuk menyelamatkan gadis itu.
" encik saya nak tarik balik kes macam boleh.. " pinta Aniq.

Adhawiyah hanya membisu. Aniq juga tiada tanda tanda mahu meleraikan kekusutan. Kereta dipandu tiba dihadapan aspuri. Adhawiyah segera keluar dari kereta dan mengambil bagasinya di tempat duduk belakang.
" Adha.. wait... " panggil Aniq yang tergesa gesa keluar dari keretanya mahu mendapatkan Adhawiyah yang sudah berjalan kehadapan.
" Adha.. wait.. " Gadis itu tidak berpaling
" Adhawiyah " tempiknya lalu ditarik tangan gadis itu. Adhawiyah yang jalannya terhinjut hinjut mahu rebah ke bumi. Aniq segera menarik lengan gadis itu dan memaut erat. Mereka bertentangan.
" Tak dengar ke " soal Aniq lembut.
" apa lagi awak nak.. kenapa tarik balik laporan tu.. kenapa tak biarkan saya dalam lokap tu.. " marah Adhawiyah.
" Ok saya minta maaf.. " Adhawiyah terkesima dengan tutur kata pemuda itu.
" saya tak sepatutnya tuduh awak yang bukan bukan" Aniq gugup.
" tapi awak dah pun tuduh" Marah Adhawiyah. Aniq hanya berdiam.
" kalau awak percayakan saya awak takkan pernah terfikir sampai macam tu.. awak tahu tak hidup saya dah tenat.. satu saat pun tak pernah saya fikirkan tentang diri saya.. awak pernah tanya saya adilkah ibu awak dengan awak.. adil ke untuk awak diperlakukan macam ni.. tapi sekarang saya nak tanya awak.. adil ke untuk saya yang seluruh kehidupan saya hanya fikirkan hati dan perasaan orang lain dalam tak sedar saya sendiri yang menyakiti hati saya sendiri." luah Adhawiyah senafas. Aniq hanya mampu membisu. Dia tahu kelancaran tutur katanya yang terlalu kejam punca kepada gadis itu terluka.
" dalam hidup saya.. hanya seorang lelaki saja yang saya sara.. pakcik saya.. walaupun permintaan dia sukar untuk saya tunaikan tapi sebab dia satu satunya keluarga yang saya ada.. satu satunya darah daging yang saya ada.. saya turutkan walaupun ikut kan hati.. mahu je saya lari tapi apa pilihan yang saya ada.. macam mana pun baik buruk dia.. dia pakcik saya.. pernah jaga saya lepas ayah saya meninggal. " luahnya.
" duit awak yang saya pinjam hanya untuk dia.. saya tak nak dia libatkan Emir sebab saya tahu kalau dia libatkan Emir saya akan jadi cagaran.. " tengking Adhawiyah. Aniq tersentak. Tuduhannya terhadap gadis itu amat berat.
" Nah kad awak.. terima kasih sebab tarik balik laporan dan pasal duit awak saya akan bayar.. semuanya" Ujar Adhawiyah sebelum dia berlalu pergi.
" damn shit.. " tempik Aniq. Marahnya pada dirinya tidak terluah. Sesalnya memakan dirinya. Aniq masuk semula ke dalam keretanya. Dia termenung seketika. Dia mencari cara untuk berbaik semula dengan gadis itu. Di ambil telefonnya didalam poket. Diperhati telefon ditangannya.
" Adha.. " baru dia teringat akan telefon gadis itu masih belum dipulangkannya. Dia tersenyum sendiri kerana idea untuk bertemu gadis itu sudah tiba. Telefon gadis itu berdering. Tertera nama pemanggil. PAKCIK KAHAR. Aniq menjawab panggilan tersebut.
" Hello Awiy.. pakcik nak jumpa Awiy malam ni.. Ada perkara pakcik nak bincang" Aniq hanya mendengar.
" pukul lapan malam ni pakcik ambil Awiy ya" ujar Kahar lembut. Aniq segera mematikan talian.
" setan betul la.. " marahnya.

Adhawiyah mencari telefonnya. Hampir separuh barangnya di lembang namun telefonnya tidak dijumpai.
"Maira awak ada nampak tak telefon saya?" soalnya.
" tak.. kenapa.. telefon awak hilang? " soal Maira kembali. Adhawiyah buntu.
" dengar tak" soal Maira. Dia menelefon nombor gadis itu. Berdering tapi tiada bunyi. Adhawiyah menemui jalan buntu.
" hello" Maira terkejut mendengar suara garau menjawab panggilannya.
" awak siapa.. macam mana telefon kawan saya boleh ada dengan awak.. awak curi? " marah Maira.
" bagitahu Adha.. tunggu dibawah pukul lapan malam ni kalau dia nak telefon dia balik" taliannya dimatikan.
" eeeuuwww biadapnya" rungut Maira
" kenapa.. telefon saya dekat mana" soal Adhawiyah
" entah lah siapa.. nama pun tak bagitahu tapi dia pesan kalau awak nak telefon awak balik dia suruh awak tunggu dia dekat bawah pukul lapan malam ni" ujar Maira. Adhawiyah cuba mencari tahu siapakah gerangan manusia itu.
" Aniq" nama itu terpacul dari mulutnya.
" Aniq.. Aniq Imran" soal Maira uang agak terkejut dengan nama itu. Adhawiyah mengangguk. Maira memandang gadis itu dengan wajah nakal.
" macam mana telefon awak boleh ada dengan dia.. awak beritahu saya sekarang.. " Maira menghampiri sahabatnya.
" saya balik dengan dia" jujur gadis itu.
" sekejap.. awak balik dengan dia.. korang... ada apa apa ke yang saya tak tahu" usul Maira lagi.
" ada apa apa... apa.. kan dia hantar parcel saya dekat rumah bunda.. saya ingat tak nak balik lagi.. tapi Diana dengan Emir ada.. sebab tu saya tumpang dia" ceritanya.
" apa dorang buat dekat situ.. " Maira agak terkejut. Dia tahu sahabatnya tidak senang dengan situasi disana sebab itu dia mengambil keputusan untuk pulang sedangkan dia masih punya cuti berbaki dua hari.
" Emir nak ke oversea teman ayah dia.. Diana kan dah sarat.. so dia tumpangkan Diana dekat sana. Kalau Diana sorang sorang nanti tiba masa untuk melahirkan nanti macam mana.. dia ke oversea bukan sehari dua tapi sebulan" cerita Adhawiyah.
" ah karut je lah Emir tu.. entah entah dia nak makan luar.. nanti Diana bersalin nafsu dia takde siapa nak layan" Maira meluahkan rasa geram yang terbuku dihatinya.
" ish awak ni.. tak baik cakap macam tu.. nanti jatuh fitnah macam mana.. merangkak lah awak kat padang masyar cari dia" nasihat Adhawiyah.
" tak saya cuma curious.. tiba tiba je nak pergi oversea.. wife dia nak bersalin dah kot.. " Maira masih tidak berpuas hati.
" husnuzon je lah awak ni.. " tegur Adhawiyah lagi. Maira terdiam.
" hah sambung cerita.. lepas tu apa jadi awak dengan Aniq" Maira masih mahu tahu akan perkembangan hubungan mereka.
" takde apa lah.. saya balik sini dan sampai lah dalam bilik ni" Adhawiyah berbaring dikatilnya.
" hei.. apa ni tergantung" Pekik Maira. Adhawiyah menerkup wajahnya dengan bantal. Malas dia melayan sahabatnya yang terus menerus bertanya.

Adhawiyah duduk di tembok ditepi jalan. Lampu neon menyuluhnya tepat. Diurut kakinya yang masih bengkak. Sesekali dia melihat jam ditangannya.
" mana dia ni.. kata pukul lapan" rungutnya.
" Awiy.. " Adhawiyah menoleh. Dia tersentak melihat Kahar berdiri disitu.
" apa pakcik buat kat sini" soalnya.
" Awiy.. pakcik nak minta tolong untuk kali terakhir.. lepas ni pakcik janji takkan datang cari Awiy lagi. " Kahar mula berbicara. Adhawiyah sudah senang duduknya. Kakinya yang masih berbalut dipaksa pijak ke bumi. Adhawiyah gagah menahan sakit.
" Pakcik dah janji akan satukan Awiy dengan Emir.. lepas tu pakcik takkan jumpa lagi dengan Awiy sebab dah ada orang yang jaga" Kahar mengatur setiap patah katanya beserta nadanya dengan baik agar gadis itu terkejut dan melawan.
" tapi kenapa" soal Adhawiyah lagi.
" sebab pakcik dah tak boleh jaga Awiy lagi.. pakcik nak berhijrah.. pakcik dah tak nak sia siakan hidup pakcik dah.. pakcik menyesal dengan apa yang pakcik lakukan selama ni.. pakcik nak berubah.. pakcik kena berhijrah" ujar Kahar. Adhawiyah was was. Tidak tahu lelaki itu berkata benar atau sebaliknya.
" tapi kenapa Emir" soal Adhawiyah.
" sebab pakcik tahu dia boleh jagakan Awiy.. dia boleh jaga Awiy lebih baik dari pakcik..dia sayangkan Awiy.." Pujuk Kahar.
" tapi pakcik dia dah ada isteri.. Isteri dia dah sarat nak melahirkan.. Awiy tak sanggup madukan isteri dia.." tolak Adhawiyah sopan. Tangannya menggenggam seluarnya kemas.
" dia akan ceraikan isteri dia lepas isteri dia bersalin.. dia sayangkan Awiy.. lagipun pakcik yakin Awiy boleh bahagia dengan dia.. Awiy takkan hidup susah lagi" Kahar agak terburu buru.
" maaf pakcik Awiy tak boleh" Adhawiyah berjalan mahu masuk ke dalam asramanya.
"Awiy.. Awiy tak nak pakcik berubah ke.. Awiy nak tengok pakcik hidup macam ni lagi ke.. Awiy tak sayang pakcik... tak kesian dekat pakcik" Kahar cuba memainkan perasaan anak saudaranya. Adhawiyah kaku. Berat rasanya dia mahu melangkah. Ditatap wajah lelaki dihadapannya. Berkata benarkah dia atau hanya sekadar sandiwara.
" maaf pakcik.. Bukan Awiy tak sayang pakcik.. pakcik nak berubah.. Awiy bersyukur sangat sangat tapi ada cara lain lagi selain dari Awiy kena kawin dengan Emir. " ujar Adhawiyah. Raut wajah lelaki itu berubah menjadi keruh.
" Awiy.. pakcik harap sangat Awiy ikut cakap pakcik kali ni" Rayu Kahar.
" maaf pakcik Awiy memang tak boleh.. kalau orang lain InsyaAllah Awiy akan ikut." Adhawiyah masih menyangkal permintaan lelaki itu.
" Awiy nak pakcik melutut ke baru Awiy nak ikut cakap pakcik" Nada Kahar sedikit tinggi.
" tak pakcik.. Awiy cuma nak pakcik faham.. Awiy tak nak jadi perosak rumaj tangga orang... Awiy tak nak sakiti kaum sejenis Awiy.. Ya memang isteri dia rampas kepunyaan Awiy tapi Awiy tak nak jadi perampas hak orang lain.. sebab sakitnya rasa dicurangi tu bukan satu perkara yang mudah untuk dilupakan.. tambahan pula anak mereka bakal lahir.. anak tu tak bersalah" Adhawiyah mengeluarkan hujahnya. Dia cukup terpukul dengan apa yang berlaku. Saat dia mengetahui akan kecurangan tunangnya dia mengambil masa yang lama untuk kembali kuat.
" Tapi Awiy.. Emir akan beri Awiy kesenangan.. kalau kata Awiy tak nak jadi punca penceraian dorang Awiy bermadu.. bermadu tak salah dari segi hukum" Kahar masih mencuba. Gadis itu satu satunya lubang emas yang dia ada manakan mahu dilepaskan begitu saja.
" Pakcik.. macam Awiy kata.. kalau orang lain.. mungkin Awiy akan turut.. tapi bukan Emir" ujar Adhawiyah lagi.
" kalau saya macam mana" Adhawiyah dan Kahar memandang kearah susuk yang menghampiri mereka.
" Aniq... " Adhawiyah tergamam. Kenapa pemuda itu muncul diwaktu yang salah.
" Awak.. kaki awak tu kan bengkak lagi.. duduk sini" di tepuk tembok yang sebelun ini diduduki gadis itu. Adhawiyah hanya mengikut. Dilabuhkan punggungnya ke tembok asrama.
" kau sapa hah.. jangan masuk campur urusan kami" marah Kahar.
" oh ni pakcik Kahar ye.. pakcik... " Aniq menyantuni lelaki itu.
" saya Aniq.. boyfriend Adha.. " ujar Aniq spontan.
" awak" bisik Adhawiyah namun tidak diendahkan.
"apa apa berkaitan dengan Adha pakcik boleh jumpa saya" balas Aniq tegas.
" ini urusan aku dengan anak sedara aku.. kau tak perlu sibuk.. Awiy.. Awiy dengar cakap pakcik.. pakcik sayang Awiy.. pakcik nak Awiy bahagia dan hidup senang itu je.. " Dipandang Aniq dengan lirikkan benci sekilas.
" Emir saja yang boleh bahagiakan Awiy... " pujuk Kahar.
" dah lah pakcik.. Awiy dah penat cakap pasal ni.. tolong ya.. Jangan paksa Awiy lagi " rayunya.
" Awiy.. Awiy dengar cakap pakcik" ditolak pemuda yang berdiri dihadapannya lalu dia melutut dihadapan gadis itu.
" awiy tahu kan kehidupan pakcik macam mana.. pakcik nak lari semua tu.. tapi pakcik perlukan jaminan untuk keselamatan Awiy.. pakcik tak nak dorang apa apakan Awiy. " Kahar tidak beerhenti memujuk gadis itu. Adhawiyah hanya membisu. Ditatap jari jemarinya yang sudah melecet akibat dikutilnya berkali kali dengan kuat.
" kau tak perlu sibuk hal dia.. dia ada aku.. aku akan jaga dan lindungi dia dari sesiapa pun.. kau boleh pergi mana saja yang kau nak pergi asalkan kau tak ganggu hidup dia" Aniq bersuara. Kahar menoleh. Dipandang wajah yang bongkak itu.
" kau jangan nak kurang ajar dengan aku.. kau belum kenal aku siapa" Kahar mula membara. Lima ruas jarinya digenggam kemas.
" aku tak perlu kenal siapa kau tapi aku nak bagi kau amaran.. jangan ganggu Adha lagi.. apa apa kau boleh berurusan dengan aku" Aniq bukan main main. Amaran keras dari pemuda itu tidak diendahkan Kahar. Dia menarik gadis itu untuk dibawa pergi. Adhawiyah meronta mahu dilepaskan. Aniq hanya memerhati.
" awak tolong saya" permintaan itu meluncur laju dari mulut Adhawiyah.
" dia takkan tolong kau Awiy.. kau ikut aku sekarang. " Kahar mengheret gadis itu untuk dibawa pergi.
" Kau bagi aku dua puluh ribu.. aku serahkan Adha dekat kau " rakaman pesanan suara perbualan antara dia dan Emir dimainkan Aniq. Kahar tergamam begitu juga Adhawiyah.
" pakcik.. " Adhawiyah merentap tangannya. Airmatanya mula bertakung
" Awiy ingat pakcik betul betul mahu berubah.. tapi.. pakcik jadikan Awiy sebagai gadaian.. sampai hati pakcik" Suara gadis itu mula bergetar.
" aku cuma nak kau hidup senang kenapa susah sangat kau nak faham hah" tengking Kahar.
" pakcik yakin ke Awiy boleh senang dengan Emir.. pakcik yakin Awiy boleh bahagia dengan dia.. kehidupan Awiy tak akan pernah bahagia kalau pakcik buat macam ni.. Awiy ingat pakcik betul betul nak berubah.. betul betul sayangkan Awiy.. tapi sebaliknya.. sebab duit pakcik nak jual Awiy" luah Adhawiyah sebak.
" tak.. bukan macam tu" Kahar cuba memujuk walaupun dia tahu niat sebenarnya sudah terbongkar.
" habis macam mana.. kau boleh didakwa atas akta pemerdagangan manusia tau.. kau nak aku aku report ke" ugut Aniq. Kahar cuak. Dirasakan pemuda dihadapannya bukan orang biasa biasa.
" Awiy... tolong pakcik.. jangan report polis.. " Kahar yang dari tadi gah kini menjadi tikus yang ketakutan.
" kenapa pakcik buat awiy macam ni.. kenapa pakcik sanggup gadai awiy.. kenapa pakcik benci sangat awiy.. kenapa" soal Adhawiyah dengan airmata yang membanjiri pipinya.
" pakcik pinjam Ahlong untuk buka bisnes Awiy tahu kan.. tapi bisnes pakcik tak jalan.. hutang pakcik makin bertambah sebab pakcik tak dapat bayar.. " ceritanya.
" habis duit yang selalu pakcik minta tu pakcik buat apa" soal gadis itu lagi.
" pakcik berjudi" Seakan dipanah petir. Adhawiyah terduduk ke tanah.
" Allah.. pakcik.. pakcik tahu tak betapa susahnya Awiy nak cari duit tu... Awiy sekat perut awiy.. awiy sekat keinginan awiy.. awiy sekat semuanya untuk awiy sebab apa.. sebab awiy nak tolong pakcik.. tapi apa pakcik buat.. Allahurabbi.. " Aniq terkedu. Sejauh itu perjalanan gadis genit dihadapannnya.
" nah ini cek dua puluh ribu.. kau amik tapi dengan syarat jangan ganggu Adha lagi" Adhawiyah menyeringai bangun dari duduknya cuba merampas cek dari tangan pemuda itu.
" apa kau buat ni hah.. kenapa kau nak kena bagi dia duit.. ini masalah dia bukan masalah kau.. kau tak perlu campur. " tempik Adhawiyah
" habis kau boleh selesaikan ke hutang keparat ni.. kau rasa dia akan berhenti cari kau ke hah perempuan" tengking Aniq.
" apa yang berlaku dekat aku takde kena mengena dengan kau.. " tengking Adhawiyah. Kahar mengambil cek dari tangan Aniq dan berlalu pergi.
" terima kasih bro.. Sekarang dia kau punya.. Awiy terima kasih.. hidup la kau dengan dia.. huhu.. " bersorak gembira.
" kau rasa dia akan pedulikan kau ke hah perempuan.. dia dah ambil dua puluh ribu dari aku.. dan kau cagarannya.. " Pipi gebu gadis itu diusap lembut. Adhawiyah menepis kasar. Ditenung pemuda dihadapannya geram.
" kau memang binatang Aniq Imran.. " Adhawiyah sudah hilang kesabaran.
" kenapa kau memang mengharap untuk Emir tolong kau ke.." Aniq menundukkan badannya ke arah Adhawiyah yang sudah terduduk dijalan.
" kau dengan dia tiada beza dua dua jantan tak guna. " Aniq menyapu ludahan gadis itu yang mengenai pipinya. Dicengkam tudung gadis itu kemas.
" kau jangan biadap.. aku sekarang tuan kau.. aku boleh buat apa je yang aku nak dekat kau.. kau ingat tu.. kau jangan lupa.. kau pun curi duit aku.. so total semua hutang kau dengan aku dua puluh satu ribu.. selagi mana kau belum langsaikan hutang aku.. " dia merapati telinga gadis itu.
" kau milik aku.. setiap inci tubuh kau hak aku" Bisiknya. Adhawiyah merenung pemuda itu tajam
Bara dihatinya masih bergelodak. Aniq berjalan menuju ke motornya tapi berpatah balik.
" ni telefon kau.. setiap panggilan atau mesej dari aku kau kena balas kalau tak kau dengan pakcik kau ke dalam.. ingat tu" Telefon gadis itu dibalik tepat keribaan gadis itu. Adhawiyah masih membara.
" kau jangan buat kerja gila.. kalau aku tahu siap kau aku kerjakan., " disarung helmetnya lalu motor itu menderu laju berlalu pergi.
" arrggghhhhhhh" tempik Adhawiyah sekuat hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience