Aniq menuju ke bilik air. Malas dia melayan karenah gadis dihadapannya.
" I tanya you Aniq..apa you buat dekat rumah perempuan tu.." soal Sharmine geram.
" you rasa kami buat apa..so itu lah yang berlaku..puas?" soal Aniq lalu hilang ke dalam bilik air.Sharmine melepaskan geram amarahnya. Dibaling semua barang yang bersusun di meja solek. Jeritannya menyeringai setiap pelusuk bilik. Aniq tidak mengendahkan.Pancuran air hujan menjadi irama untuknya saat itu. Sharmine keluar lalu mendapatkan mertuanya.Dia tahu hanya wanita yang dapat menyebelahinya.
" Aniq mana..ummi ada perkara nak bercakap..makin melampau dia ya"omel Puan Khalida.
" abi mana ummi" soal Sharmine.
" dah pergi office..yang itu pun sorang lagi..bukannya nak tegur anak dia..hish..sakit hati ummi tau tak" rengus Puan Khalida.
" entah la ummi..Sharmine dah tak tahu nak buat apa lagi..Sharmine rasa perkahwinan kami ni satu kesilapan" Ujar gadis itu. Nadanya penuh duka.
" kenapa cakap macam tu..Sharmine tak salah..cuma Aniq tak tahu di untung.. " Puan Khalida memeluk menantunya erat apabila menyedari gadis itu sedang menangisi nasibnya.
Aniq bersiap untuk mendapatkan cintanya. Dia mencapai kunci keretanya lalu keluar.
" Aniq nak ke mana tu" Soal Puan Khalida tegas.
" Jumpa Adha.." ujar Aniq sekilas.
" ummi nak bercakap dengan Aniq..duduk dulu.." Ujar Puan Khalida
" kalau pasal Adha..nanti nanti lah kita sembang..Aniq dah lewat nak hantar Adha pergi kerja" Dia menyarung kasutnya lalu masuk ke dalam perut kereta.
" Aniq...Aniq" tempik Puan Khalida namun tidak diendahkan pemuda itu.
" Tak apalah Ummi..Sharmine kena harus terima hakikat yang Sharmine hanya kisah silam Aniq..kalau Sharmine tak buat silap dulu mungkin semua ni tak akan terjadikan" Sharmine bermuka. Didalam hatinya berbakul cacian dilemparkan kepada suaminya serta gadis itu.
" no..Sharmine tak salah..tak apa Sharmine serahkan pada Ummi..tahu lah ummi apa ummi nak buat." Janji Puan Khalida.
Aniq memakir keretanya dihadapan premis kedai serbaneka gadis itu bekerja. Diperhati gadis itu dari dalam kereta. Dia tersenyum sendiri.Tidak semena kata kata ayahnya bermain dibenaknya. Perbualan antara dia dan ayahnya beberapa hari lalu diimbas kembali.
" Aniq..Abi harap Aniq fikir sedalam dalamnya.. Antara Adha dan Sharmine.." Aniq yang sedang menghirup jus oren tersedak tiba tiba.
" Kalau bahagia dengan kehidupan sekarang kenapa harus mendua..kalau pilihan kedua yang terbaik kenapa tidak diikat saja.." Bait bait kata kata lelaki itu terngiang ngiang dibenaknya. Ya dia akui dia dan Sharmine tidak seperti mana tanggapan orang terhadap mereka. Dia mahukan Adhawiyah sebagai pendamping tetapi untuk mengikat gadis itu ke satu fasa yang lebih baik, dia seakan curiga. Mampukah dia untuk menghadapinya. Adakah gadis itu sudi untuk menerimanya.Untuk menceraikan Sharmine bukan semudah lafaz talak. Ternyata agak sukar. Dia tidak mahu digelar mungkir janji dan rasanya Sharmine masih belum boleh dilepaskan untuk bergerak sendirian bersama anak kecil itu. Fikirannya seakan kusut. Dia terjerat diantara kasih dan simpati.Lamunannya terhenti apabila jendela keretanya di ketuk seseorang. Dia melemparkan senyuman. Diturunkan cermin keretanya. Adhawiyah yang berdiri di luar kereta menjengolkan kepalanya ke dalam.
" Awak buat apa dekat sini" soal Adhawiyah sambil membelek patung mini yang menghiasi dashboard kereta pemuda itu.
" datang nak tengok kau la..kot kot pengsan ke..pitam ke" seloroh Aniq.
" kalau saya mati sekali pun apa awk peduli." Adhawiyah berceloteh kasar.
" apa kau ni cakap pasal mati ni" Nadanya sedikit meninggi.
" yelah.. setiap yang hidup pasti akan mati.." seloroh Adhawiyah lalu diletakkan semula patung itu ke tempatnya.
" awak dah tengokkan saya ok..so..boleh beredar kot.." Adhawiyah seakan menghalau. Aniq mencapai lengan gadis itu.
" cantik jam.." Aniq tersenyum melihat jam tangan miliknya madih dipakai gadis itu.
" yup..memang cantik..sebab kenangan jam ni juga indah..tapi sayang hanya sekejap sebelum semua kenangan itu terbang seperti abu." Aniq tersentak. Dia keluar dari keretanya lalu mengejar gadis itu.
" Adhawiyah.." Aniq berdiri dihadapan gadis itu. Adhawiyah kaku.
" tolong.. maafkan aku..aku tahu aku silap tapi jangan lupakan semua kisah kita" rayu Aniq
" untuk apa..untuk aku terus berduka..Aniq Imran..Aku dah penat dengan semua ni..Aku dah tak dapat hadap semua ni lagi..aku yang patut minta tolong kau jauhi aku..tolong la buang aku dalam hidup kau.." Aniq tersentak mendengar bicara gadis itu. Kau..Aku..marah sungguh kah gadis itu dengannya.
"aku tak percaya yang kau mahu aku pergi dari hidup kau..aku tak rasa yang kau dah lupakan semua kenangan kita" Aniq bermonolog
" apa yang buat kau terlalu yakin.." soal Adhawiyah.
" tu..kenapa masih kau pakai..kenapa tak kau buang saja.. tiga tahun Adha..tiga tahun..kenapa masih kau simpan" Aniq tersenyum sinis. Adhawiyah bertindak dengan membuka jam tangan itu lalu dicampak ke jalan.Aniq terkesima dengan perbuatan spontan gadis itu.
" puas hati..aku harap kau dah faham kan..jadi tolong lepas ni jangan cari aku lagi" Ujar Adhawiyah lalu beredar namun tubuhnya dirangkul kemas pemuda itu lalu dikendong dirinya dan dicampakkan tubuh genitnya ke dalam kereta. Wajah pemuda itu kemerahan. Marah.Tampak bengis.
" kau nak buat apa ni..kita nak ke mana ni" tempik Adhawiyah apabila kereta itu dipandu laju. Tangannya dipegang kemas pemuda itu.Adhawiyah cuak. Aniq sudah naik gila.
" kita nak ke mana..awak..awak jangan buat gila..." Adhawiyah mula sebak. Aniq tidak mengendahkan rayuan gadis itu. Kereta itu berhenti dihadapan resort milik keluarganya.
" keluar..kau jangan macam..jangan sampai aku naik gila" tengking Aniq.
" kita buat apa dekat sini" soal Adhawiyah ketakutan.
" aku kata cepat.." tengking Aniq lagi. Adhawiyah tersentak. Dia mengikuti pemuda itu. Lengannya terasa perit kerana cengkaman kuat pemuda itu.Pintu villa di hujung resort dibuka pemuda itu lalu tubuh gadis itu didorong kedalam. Adhawiyah terjelepok ke lantai.
" arghhh..." Adhawiyah mengerang kesakitan apabila siku dan kepalanya bergeser dengan lantai. Aniq mengunci pintu dari dalam lalu ditarik gadis itu ke dalam bilik. Adhawiyah menjerit kesakitan dan meronta mohon dilepaskan namun tidak diendahkan pemuda itu. Aniq makin menggila.Dicampak tubuh genit itu ke katil. Adhawiyah mula menggigil ketakutan.Aniq seakan binatang buas yang kelaparan.
" Awak nak buat apa ni.. awak jangan nak buat gila Aniq Imran.." ujar Adhawiyah yang cuba menyelamatkan diri apabila Aniq menanggalkan baju yang dipakainya hingga menampakkan tubuh sasa pemuda itu.
" kau yang minta aku jadi macam ni" Aniq kini sudah berada diatas tubuh gadis itu. Adhawiyah melawan tetapi kudratnya tidak mampu melawan tubuh itu.
" kau nak aku lupakan semuanya..kau nak aku jauhi kau..semudah itu..kau tahu tak betapa gila akal aku hari hari memikirkan kau..hati aku merintih setiap hari mahukan kau ada dengan aku.." Ujar Aniq. Matanya yang garang memandang tepat ke dalam mata gadis kecil itu.
" tapi awak dah ada Sharmine..awak dah beristeri Aniq..tolong la sedar.." rayu Adhawiyah.
" perkahwinan aku dengan dia hanya sebuah perjanjian untuk menutup kesilapan dia..untuk menjaga maruah anak kecil yang tak berdosa..bukannya atas dasar cinta..hanya kau.. hanya kau yang aku cinta tapi kau dengan mudah melupakan.." Aniq mula bertindak ganas. Dia meratah leher jinjang gadis itu.Adhawiyah meronta meminta dilepaskan.
" aku tak akan lepaskan kau dengan mudah Adhawiyah..kau yang buat aku jadi gila." Ujar Aniq sambil disantap leher gadis itu.
" saya rindu awak" ucap Adhawiyah perlahan.Aniq terkesima.Kerakusannya terhenti.Dia menatap wajah yang ketakutan itu.
" saya rindukan awak..hidup saya tak tentu arah bila saya dapat tahu awak bernikah dengan Sharmine dan sudah punya zuriat...kecewa..Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya saya..saya sayang awak tapi pengakhiran untuk kita terlalu awal.." luah Adhawiyah. Aniq duduk di sisi mengadap gadis itu. Diseka airmata gadis itu. Adhawiyah menyarungkan tudungnya semula. Tangannya menggeletar ketakutan.
" sebagai seorang perempuan apa yang harus saya lakukan selain merawat hati saya sendiri... dengan apa yang berlaku dalam hidup saya..awak lah harapan saya untuk keluar dari perit kehidupan saya tapi saya silap..Sharmine..nama yang awak tak pernah padam dalam hidup awak.." Aniq serba salah. Di genggam erat jari jemari gadis itu.
"aku minta maaf..aku akui silap aku..tapi jujur aku cakap..hati aku hanya ada kau..Sharmine..dia hanya isteri atas kertas...aku tak punya perasaan dekat dia..hanya sekadar simpati.." ujar Aniq.
"tapi dia tetap isteri awak yang sah..saya bukan siapa siapa dengan awak Aniq..bohonglah kalau saya kata saya tak sedih tapi itu hakikat yang saya harus terima..dia lebih berhak keatas awak dan bukannya saya.." Adhawiyah masih tidak mahu menjadi oranv ketiga dalam hubungan mereka.
" aku tahu..tapi aku tak boleh untuk bersama dia.. kau dapat bayangkan tak kehidupan aku selama tiga tahun ni..aku seakan hidup dalam penjara..tiga tahun kami berkahwin sekali pun aku tidak pernah menyentuhnya..apatah lagi nak tidur bersama.." Kini giliran gadis itu pula terkejut.
" kehidupan kami hanya lakonan..bahagia..gembira...hanya pura pura..sebaliknya kami punya hal masing masing...kau faham tak rasa tu..sebab apa aku jadi macam ni..sebab aku sayangkan kau Adha..semua sebab kau.." Ujar Aniq.
" awak..." Adhawiyah menyapu airmata yang mengalir dipipi pemuda itu.
" aku mahu bahagiakan kau..aku mahu jadi lelaki yang beruntung dan bertuah memiliki kau.." luah Aniq lagi.
" tiada apa yang bertuahnya saya..nak kata suci..saya pernah dirogol..awak dah lupa ke.." soal Adhawiyah.Dia cuba mengingatkan pemuda itu.
" kau rasa aku peduli ke semua tu..aku nak kau jadi permaisuri hati aku.." lamar Aniq. Adhawiyah terkedu. Tidak disangka pemuda itu akan melamarnya. Adhawiyah diam.Jawapan yang diberi akan menentukan kehidupannya akan datang.
" maaf aku tak siap kan apa apa tapi sungguh aku melamar kau untuk jadi suri hati aku yang sah.." Aniq menatap wajah gadis itu tepat.Pandangan redup dari mata bundar itu mencairkan hatinya.
"awak.. awak tak main mainkan.."soal Adhawiyah. Aniq hanya mengangguk perlahan dan melemparkan sebaris senyuman.
" habis Sharmine macam mana.." soal Adhawiyah.
"dia saya akan uruskan kemudian..yang penting awak jadi permaisuri hidup saya yang sah.." pujuk Aniq. Jari jemari gadis itu diusap lembut. Adhawiyah mencari kebenaran dalam kata kata pemuda itu. Entah apa yang merasuk nya lalu dia bersetuju dengan lamaran itu. Aniq memeluk gadis itu erat. Hatinya girang.
"awak hantar saya balik.." pinta Adhawiyah lembut. Aniq kelam kabut mencapai pakaiannya lalu segera disarungkan. Dia seakan malu dengan tindakannya sebentar tadi.
" Adha.." Adhawiyah menoleh.
" saya minta maaf dengan apa yang berlaku tadi..saya terlalu geram bila awak lempar jam tu..sakit hati saya" ujar Aniq gugup.
" Halalkan saya dulu.." ujar Adhawiyah lalu dirapikan tudungnya dihadapan cermin.Aniq tersenyum lebar.Berbunga hatinya bukan kepalang.
Aniq pulang ke rumah dengan hati yang berbunga.Dia tersenyum sendiri.Semua penghuni rumah itu ke hairanan melihat tingkahnya.
"Ngah..kenapa senyum senyum ni.." soal Zehra. Aniq mendapatkan anak saudaranya yang sedang bermain diruang tamu.
" Ngah nak kawin" ujarnya. Semua tersentak. Apatah lagi Sharmine yang berada disitu.
" kawin... kawin dengan siapa" soal Zehra lagi.
"Dengan kak Adha.." balasnya
" what..no ummi tak izinkan" bantah Puan Khalida. Mata wanita itu dijengkilkan tanda marah yang belum berkesudahan.
"you..I tak salah dengarkan" Soal Sharmine yang menghampiri pemuda itu. Aniq hanya mengiyakan saja.
" you.. I takkan setuju untuk bermadu lebih lebih lagi dengan perempuan tu..I tak akan izinkan" tengking Sharmine.
" you izin ke tak izin ke I tetap dengan keputusan I akan kahwin dengan dia.." balas Aniq tegas.
" apa yang dia dah racun fikiran you sampai you jadi macam ni.." Amarah Sharmine mula melonjak.
" Dia tak racun I.. I memang sayang dia..dan I memang nak memperisterikan dia..like you kata kan..you kan nak islamik..lelaki boleh kahwin sampai empat..apa salahnya.." Aniq memberi buah keras.
" Hanya itu saja yang you tahu about islam..I ada you didik cara islam..ada you jalankan tanggungjawab you sebagai suami dengan cara islam..you abaikan I.. batin I ada you layan..tiga tahun Aniq kita nikah..sekali pun you tak pernah nak sentuh I" Puan Khalida melongo. Terkejut dia mendengar kenyataan menantunya. Dia tidak semena mena menampar pipi pemuda itu. Geram dan marah.
" Aniq..ummi tak sangka Aniq sebodoh ini" ujar Puan Khalida. Dadanya berombak menahan amarah.
" Salah kah Aniq nak memperisterikan dia..apa kurangnya dia..apa salah dia..apa yang dia dah buat pada ummi.. pada keluarga kita sampai ummi benci dia.." tengking Aniq.
" perempuan tu dah ubah Aniq.. look.. tengok sekarang ni..Aniq tak pernah tinggikan suara dengan ummi..Aniq tak pernah bantah setiap kata kata ummi..tapi sekarang...sebab perempuan tu..Itu dah cukup untuk menunjukkan yang dia dah ubah diri Aniq." bentak Puan Khalida.Matanya dijengkil bulat.
"I tak akan izinkan you bernikah betina tu..I tak akan izinkan" Sharmine seakan kehilangan akal. Ditampar suaminya kuat. Pipi Aniq kemerahan. Dia bertindak membisu diri. Sharmine menangis teresak esak.
" Sampai hati you..I sayang you sepenuh hati I..tapi ini yang I dapat.. Apa lebihnya dia..apa kurangnya I.." soal Sharmine.
" jangan ditanya soalan tu dekat jantan bodoh macam ni..tak ada gunanya..dah sah sah kena ikat dengan betina tu sebab tu tak boleh fikir baik buruk..dah buta mata buta hati.." sinis Puan Khalida. Haris yang baru keluar dari biliknya menghampiri mereka.
" apa kecoh kecoh ni" soal Haris. Disarung jaketnya. Dia bersiap untuk keluar.
"Aniq.. " jawab Sharmine sedu sedan.
" Hah dah kenapa dengan dia.." Diperhatikan adiknya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Namun tiada cacat cela kelihatan.
" ok je..apa benda korang ni" Haris bingung.
" Aniq nak kawin dengn Adhawiyah" Haris tersentak. Ditatap wajah adiknya tepat. Aniq tenang.Duduknya seakan tiada apa apa.
" kau nak kawin dengan Adha..kau memain ke apa ni" soal Haris.
" aku tak main main..aku memang nak bernikah dengan Adha..dan dia dah bersetuju.." Jelas Aniq. Puan Khalida bertambah menyinga. Haris melongo.Ternyata dia terlambat menemukan gadis itu.Gumam didalam hatinya tidak dapat diertikan dengan kata kata. Aniq meninggalkan mereka dan menuju ke bilik dengam hati yang berbunga. Sharmine yang masih dalam esak tangis dipujuk mertuanya.
" Sharmine jangan risau..ummi akan selesaikan hal ni dengan abi...ummi akan pastikan yang dia tak akan jadi menantu dalam keluarga ni" janji Puan Khalida. Haris tidak berpuas hati. Dicari adiknya untuk bersemuka.Gadis itu harus menjadi miliknya.
" Aniq..!!" tempiknya dimuka pintu.Aniq yang baru sahaja mencapai tualanya meletakkan kembali tualanya ke penyidai.
" apa kau nak..aku nak mandi ni" soal Aniq sebelum penumbuk Haris melekat dipipinya. Aniq tersentak. Dipegang pipinya yang terasa perit.
" kau gila ke apa hah" soal Aniq kehairanan.
" kau tu yang gila..kau dah ada Sharmine..isteri kau.. kenapa masih kau cari Adha..kenapa masih nak ganggu dia" tempik Haris
" sebab aku sayang dia" Balas Aniq pendek.
" sayang...puihhh...sayang apa kau cakap ni..kau dah ada isteri..dah ada anak..kau yang tinggalkan dia..sekarang kau nak kutip balik"sinis Haris.
" aku tak pernah tinggalkan dia...ya aku dah kawin..tapi tak bermakna aku boleh lupakan dia..apatah lagi nak lepaskan dia..sorry...aku takkan" Aniq cuba memprovok.
" Sebab kau dia merana..mana kau waktu dia perlukan kau..aku yang ada dengan dia masa dia terkesan dengan keputusan kau..tapi kau..kau rampas dia dari aku" tengking Haris.
" rampas..bila aku rampas dia dari kau..kau dengan dia dah lama putus tunangkan..so aku rasa aku tak bersalah dalam hal ni.." Aniq tersenyum sinis.
" sial.." Haris tidak dapat mengawal kemarahannya lalu berlaku pergelutan antara dia dan Aniq.
Share this novel
klu kau betul sayang kan adha kenapa kau x lepaskn si sharmine kenapa kau nk madukn adha..adha kau jngn kawin dengn aniq cari bahagia kau sendiri