15

Romance Series 67724

Adhawiyah mengelamun. Kelas yang dihadirinya tidak didengari. Malam dipantai bersama Aniq dibenaknya. Adhawiyah tersenyum sendiri.
" hoi awak dah kenapa tersengeh sengeh.. " sapa Maira. Adhawiyah tersedar dari lamunan.
" ada cerita menarik ke.. " usik Adhawiyah.
" shhttt... diam diam" bisik Adhawiyah.
"awak hutang saya story ya " Usik Maira. Adhawiyah mengjeling manja. Maira tertawa.

Maira seakan teruja mendengar cerita dari sahabatnya. Sesekali melihat mereka tertawa.
" habis tu.. Aniq.. " soal Maira
," macam tu lah.. kami still kawan" balas Adhawiyah pendek.
" saya harap sangat awak dengan Aniq.. tapi takpe asalkan awak bahagia saya dah gembira. Haris pun Haris la.. tak dapat adik abang pun balun" tawa mereka berderai.
" Adha.. " panggil seseorang. Adhawiyah menoleh.
" awak... awak buat apa dekat sini.. " soal Adhawiyah
" Maira ni Haris.. " jawab Adhawiyah pendek. Tidak tahu mahu di perkenalkan sebagai apa kerana hatinya seakan menolak. Maira hanya tersenyum.
" Awak dah habis kelas ke" soal Haris lembut. Dibaiki tudung gadis itu lalu di usap lembut pipi gadis dihadapannya. Aniq yang berada disitu menggenggam erat tin ditangannya. Geram. Sakit hatinya melihat kemesraan pasangan itu.
" awak lupa ke hari ni kita nak jumpa ummi dan abi" Haris mengingatkan.
" Ya Allah.. awak saya lupa" Adhawiyah melihat pakaiannya yang agak tidak bersesuaian dengan undangan.
" ermm.. saya dah pesan kan semalam" nada Haris tegas.
" sorry.. saya lupa" Maira melihat keadaan itu mula berkerut dahi. Dia tidak menyenangi layanan pemuda itu terhadap sahabatnya. Aniq yang dari tadi geram mula berjalan menuju kearah pasangan itu.
" kau nak bawa dia jumpa ummi aku tak tahu pun" sapa Aniq.
" Lah kau ni.. abi dah pesan kan semalam.. apa kena dengan korang ni" Soal Haris lagi. Dia seakan geram.
" aku mana nak ingat sebab bukan urusan aku.. " nada Aniq selamba.
" awak.. saya salin baju dulu lah.. macam tak sesuai je" Pinta Adhawiyah.
" ok.. tapi cepat sikit" ujar Haris lembut. Adhawiyah bingkas bangun dan berlalu pergi diikuti Maira dari belakang.
" bro.. aku gerak dulu la.. nanti ummi bising pula aku lambat" Ujar Aniq dan berlalu pergi meninggalkan Haris sendiri. Aniq mengejar Adhawiyah. Dia berharap ada sedikit harapan.
" Adha.. kejap" panggil Aniq. Adhawiyah menoleh.
" ada apa saya dah lambat ni " soal Adhawiyah.
" tak payah pergi.. ummi bukan seperti kau jangkakan... Dia takkan terima kau dengan mudah.. sama macam arwah isteri Haris.. aku rasa baik kau batalkan niat kau" Nasihat Aniq
" sebab apa dia tak suka saya?" soal Adhawiyah.
" ummi jenis orang yang pentingkan keturunan.. " ujar Aniq pendek.
" maksud awak saya ni bukan dari keturunan baik baik la" nada Adhawiyah tinggi seoktaf
" tak maksud aku.. "Adhawiyah berpaling dan meneruskan perjalanannya.
" aku tak nak kau menangis lagi.. " ujar Aniq. Digenggam jari gadis itu erat.
" saya dah puas menangis Aniq Imran.. dan kalau kali ini saya menangis lagi saya dah lali.. saya menangis bukan sebab saya di hina tapi saya menangis sebab sedar diri.. " ujar Adhawiyah
" Adha... " Aniq serba salah apabila melihat mata gadis itu sudah bergenang.
" saya hanya mahu mencuba.. Adakah orang macam saya ni masih ada tempat dalam dunia ni" ujar Adhawiyah
" kenapa.. kenapa kau nak sakitkan hati kau kalau kau tahu kau akan dihina.. kau masih boleh bahagia walaupun bukan dengan dia" Aniq cuba memujuk.
" kalau dengan dia dengan siapa.. awak" Adhawiyah memandang Aniq tepat.
" kalau kau bagi aku peluang untuk bahagiakan kau" pinta Aniq. Genggaman pemuda itu dilepaskan perlahan.
" maaf awak dah terlambat.. " ujar Adhawiyah
" apa maksud kau aku terlambat" soal Aniq.
" saya pernah buka peluang tu untuk awak.. tapi awak dah rosakkan.. " kata kata Adhawiyah membuatkan Aniq berasa kesal. Dia tidak tahu bahawa gadis itu juga punya rasa yang sama. Dibiarkan gadis itu pergi.

Adhawiyah kaget melihat rumah yang begitu luas di atas bukit. Susun atur yang mewah membuatkannya rasa gerun.
" Awak tunggu kejap.. saya nak mandi.. melekit" ujar Haris. Adhawiyah hanya mengangguk.
" Cik Adha.. " tempik Zehra tatkala melihat gadis itu didalam rumah itu. Adhawiyah memeluk anak kecil itu erat.
" Zehra dah makan.. " soal Adhawiyah
" dah.. dah kenyang" seloroh anak kecil itu. Dipeluk gadis itu erat.
" makan apa" soal Adhawiyah lagi. Dia mahu anak kecil itu bersamanya agar hilang rasa gemuruh.
" makan nasi dengan sup ayam.. nenda masak" ujar Zehra manja. Adhawiyah tersenyum. Kedengaran bunyi motor memasuki kawasan rumah. Zehra terjenguk jenguk.
" Ngah... " tempik Zehra. Adhawiyah membaiki duduknya. Kelibat Aniq semakin kelihatan.
" oh ni Adha ye.. maaf uncle lambat.. " ujar Encik Firdaus. Adhawiyah hanya tersenyum. Gugupnya mula ketara.
" Abi.. ni Adha.. yang Haris ceritakan hari tu" jelas Haris yang datang dari biliknya. Dilabuhkan punggungnya disebelah gadis itu. Tidak lama kemudian Puan Khalida menghampiri mereka. Aniq duduk dihadapan gadis itu melemparkan pandangannya kearah lain. Tidak mahu ditambah gugup gadis itu.
" Semua ada.. sorry aunty lambat.." ujar Puan Khalida. Adhawiyah hanya tersenyum tidak tahu mahu berbicara apa.
" Adha belajar satu kolej dengan Aniq? jurusan apa" soal Tuan Firdaus.
" Sains sukan" balas Adhawiyah pendek. Lelaki tua itu hanya mengangguk.
" Sains sukan.. selalu bergaul dengan lelaki la nanti" sinis Puan Khalida. Adhawiyah terkesima. Sakit hatinya mula terasa.
" ummi" Haris cuba mengingatkan wanita itu.
" Tak juga puan.. saya lebih kepada kesihatan " Adhawiyah cuba membela.
" even kesihatan pun still bergaul dengan lelaki kan.. pegang sana sini. bukan mahr tu" Pian Khalida semakin sinis. Adhawiyah hanya diam. Haris cuba menenangkan gadis itu. Aniq hanya melihat drama dihadapannya tanpa berbicara.
" Ida.. apa ni.. jangan nak rosakkan majlis " Bisik Tuan Firdaus. Puan khalida hanya tersenyum sinis.
" Tak de makan ke.. Aniq lapar " Aniq mencelah. Tidak sanggup dia melihat wajah sugul gadis dihadapannya.
" oh ya ya.. Adha jemput makan.. Kita boleh berbual lagi" Pelawa Firdaus lalu bangun dan menuju ke meja makan. Adhawiyah orang yang terakhir bangun. Dibetulkan bajunya yang berkeriput.
" baik kau balik sekarang sebelum perempuan tu layan kau lebih teruk" Aniq cuba menasihatkan tapi tidak diendah gadis itu. Terbit rasa kecewa dihatinya. Kecewa kerana gadis itu tidak mendengar nasihatnya dan lebih menyakitkan apabila melihat kemesraan mereka yang penuh pura pura. Dia tahu gadis itu tidak bahagia bersma abangnya. Hajar sering bercerita tentang mereka namun apa pilihan yang dia ada selain melepaskan. Adhawiyah seakan merelakan diperlakukan begitu.

Aniq duduk dihadapan gadis itu. Diperhati gadis itu yang agak terpegun dengan hidangan diatas meja yang agak meriah.
" la kenapa tengok saja makan lah Adha.. ini ummi masak sendiri" pelawa Tuan Firdaus.
" dia bukan anak saya" tempelak Puan Khalida.
" ummi" Aniq bersuara.
" what.. betul apa.. ummi tak de anak perempuan.. dia anak siapa pun ummi tak tahu.. so she's never be my daughter.. never.. " ujar Puan Khalida.
" ummi.. " nada Aniq sedikit meninggi. Puan Khalida memandang anaknya tajam.
" Awak nak apa.. ikan.. " Haris menceduk lauk ke dalam pinggan gadis itu.
" dah makan.. jangan nak jadikan meja ni gelanggan pertengkaran.." sampuk Tuan Firdaus. Aniq bersandar berat ke kerusinya. Adhawiyah memaksa dirinya untuk makan. Makanan yang terlalu pedas itu di makannya perlahan lahan. Perutnya sudah tidak dapat menerima juadah juadah itu. Terasa perit.
" Assalamualaikum... " suara seseorang kedengaran dari luar.
" hah dah sampai pun" ujar Puan Khalida lalu bangun dari duduknya berhalan menuju ke pintu utama.
" Isha.. ummi ingat tak datang tadi.. come.. kami baru nak lunch.. Isha dah lunch?? " soal Puan Khlida.
" belum.. langkah kanan Isha ye" seloroh gadis itu. Mereka beriringan ke meja makan. Gadis itu menyantuni Tuan Firdaus. Adhawiyah hanya memerhati. Ditahan perutnya yang sudah berasa perit.
" Isha makan.. ummi masak semua ni.. " diceduk lauk lauk yang ada disitu. Adhawiyah hanya memandang. Dia berasa sedih tapi dibiarkan saja kerana itu sudah kehendaknya.
" Isha bukan anak saya" Ujar Tuan Aniq tiba tiba
" apa awak ni.. dia bakal menantu saya.. jadi dia akan jadi anak saya" balas Puan Khalida. Haris dan Aniq tersentak.
" Isha.. pilihan ummi.. anak Mejar Rusdi.. keturunan baik baik.. bukan yang entah dari man datangnya" Dilirik matanya kearah Adhawiyah yang menahan sakit perutnya.
" Orang kebanyakan memang tak tahu nak bersyukur.. lauk banyak macam ni saja pun dah terkedu.. apatah lagi kalau dah jadi ahli keluarga.. entah apa apa yang dilakukan nanti" sinis Puan Khalida.
" ummi.. " ujar Aniq dan Haris serentak. Puan Khalida hanya tersenyum. Adhawiyah menahan airmatanya dari menitis.
" Isha ada call Sharmine.. Ummi ajak dia datang.. " Aniq tersentak
" untuk apa ummi jemput dia" soal Aniq.
" la untuk apa lagi.. makan dengan kita lah.. dah lama ummi tak jumpa dia.. Aniq pun dah lama tak bawa dia.. ummi rindu dia.. sama macam ummi rindu Isha" ujar Puan Khalida.
" maaf saya minta diri nak ke bilik air" ujar Adhawiyah. Dia sudah tidak dapat menahan airmatanya. Dia bangun dan menuju ke dapur. Aniq segera bangun mengikut gadis itu setelah Haris dihalang oleh Puan Khalida dari mengikuti gadis itu.
" Aniq.. " panggil Puan Khalida namun tidak diendahkannya.

" kau kenapa?.. terasa.. aku dah nasihatkan tadikan tapi kau degil" marahnya. Adhawiyah menunduk memegang sinki. Ditekan perutnya yang sudah terasa pedih.
" awak.. tolong ambilkan ubat gastrik saya dalam beg" Adhawiyah memandang pemuda disebelahnya. Wajahnya pucat.
" kau kenapa" Aniq cuak.
" perut saya sakit..saya tak boleh makan pedas..saya gastrik" ujar Adhawiyah terketar ketar menahan sakit Aniq membawanya ke kerusi dimeja didapur.
"kau tunggu kejap aku pergi panggil Haris" Adhawiyah mengangguk. Haris berjalan laju menuju ke ruang makan.
" Abang.. Adha sakit" ujar Aniq. Haris terkejut.Dia cuba bangun tapi di halang Puan Khalida.
" Duduk..finish your meal" ujar Puan Khalida. Haris kembali duduk.
" Ummi Adha sakit dekat dapur" Marah Aniq
" so what should we do.. panggil doktor or rawat dia" sinis Puan Khalida.
" ummi" tengking Aniq
" behave Aniq" tegur Tuan Firdaus.
" Haris pergi tengok Adha" suruh Tuan Firdaus.
" Finish your meal Haris" suruh Puan Khalida
" Khalida.. dia sakit.. awak takde hati perut ke" soal Tuan Firdaus
" saya tak nak ambil tahu.. dia bukan pilihan saya" ujar Puan Khalida
" Haris pergi uruskan Adha" suruh Tuan Firdaus.

PRANGGGGG

Lauk lauk diatas meja kini dilantai. Mereka terkesima. Puan Khalida melempar lauk lauk itu ke lantai.
" Khalida" marah Tuan Firdaus.
" Saya kata biarkn biarkan saja" tengking Puan Khalida.
" Haris finish your meal" tengking Puan Khalida.
"ummi.." tempik Sharmine yang baru tiba. Adhawiyah yang berada didapur tergamam. Dia yang mahu berdiri tidak dapat berdiri kerana sakitnya semakin terasa. Aniq segera mendapatkan beg gadis itu dan segera mendapatkan Adhawiyah yang sudah pucat.
" nah air" Di hulurkan gelas yang berisi air suam. Adhawiyah menelan ubat terus dan bersandar dikerusi.
" kau nak balik.. aku hantarkan" pelawa Aniq.
" takpe saya ok.. " tolak Adhawiyah.
" kau nak stay lagi.. kau nak kena hina lagi" soal Aniq
" Haris yang patut tanya macam tu bukan awak" ujar Adhawiyah lalu bangun dan menuju ke ruang makan.
"Biar Adha bersihkan kaca ni ya.." Adhawiyah mengutip semua kaca kaca yang bertaburan.
" Awak.." panggil Haris lembut. Dia sedih melihat gadis itu diperlakukan sebegitu tapi dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Dia tahu Puan Khalida boleh bertindak lebih dari itu. Dia mahukan restu bukan kebencian.
" saya ok.. Awak dah habis makan.. biar saya kemaskan meja" Adhawiyah mengemas meja setelah semuanya beredar ke ruang tamu.
" Adha.. biarkan je meja tu.. Nanti ummi kemaskan" pinta Tuan Firdaus.
" awak tak nampak ke saya luka ni" bentak Puan Khalida
" awak yang cari sakit.. dia tetamu kita.. bukan maid.." ujar Tuan Firdaus.
" so.. apa yang awak expect dari saya.. layan dia macam puteri.. awak dengar sini.. kalau saya kata saya tak suka seluruh keturunan dia saya benci.. jangan rasa sikap lembut tu boleh tambat hati saya" marah Puan Khalida.
" awak jangan melampau Khalida" marah Tuan Firdaus.
" tak pe tak pe.. Adha boleh kemaskan.. tangan Aunty luka" ujar Adhawiyah.
" kenapa tak suruh Isha or Sharmine.. diakan nak jadi menantu dalam rumah ni.. mestilah kena uruskan rumah ni" sinis Aniq.
" Sorry.. ummi silap dengar ke.. Aniq are you insane.. " soal Puan Khalida.
" apa tak betul ke Aniq cakap.. sesiapa nak jadi menantu dalam rumah ni mesti kena tahu buat kerja rumah.. macam mana arwah kak Linda kan" balas Aniq.
" jangan samakan dia dengan Sharmine or Isha.. jauh panggang dari api.. Linda dengan dia ni tak akan ada tempat dalam rumah ni.. jangan bermimpi" tengking Puan Khalida.
" ummi.. sampai hati ummi.. apa salah Linda dalam hal ni" soal Haris sebak.
" salah dia sebab jadi isteri Haris walaupun ummi dah bantah" ujar Puan Khalida.
" sebab itu saja ke ummi benci dia..salah ke kalau Haris sayang dia.. salah ke dia kawin dengan Haris" soal Haris sebak
" salah.. sebab dia bukan dari keturunan baik baik.. dia dari lubang kumbahan.. sama macam dia" ditundingkan jarinya ke arah Adhawiyah.
" ummi" tempik dua pemuda itu.
" korang dah kenapa back up perempuan ni.. apa yang eloknya dia.. busuk lagi hina" tengking Puan Khalida.
" kau.. apa kau buat dekat anak aku.. sampai dua dua bantah cakap aku.." dikeronyok gadis itu semahunya. Adhawiyah hanya diam dan tidak melawan. Tudungnya terlerai dari kepalanya.
" khalida... jangan jadi bodoh" tengking Tuan Firdaus.
" ummi" Aniq segera menolak wanita itu. Ditutup rambut gadis itu dengan tudung. Haris yang mahu membantu berhenti apabila melihat Aniq sudah memaut lengan gadis itu.
" ummi.. ummi dah melampau" ujar Haris.
" kalau Haris dengar cakap ummi semua ni takkan jadi" ujar Puan Khalida.
" Ummi..."
" Haris..stop it " Isha memotong kata kata pemuda itu.Tidak mahu wanita itu terus memberontak.
" Haris hantar Adha balik" pinta Tuan Firdaus.
" Haris.. you stay kalau Haris nak tengok ummi mati hari ni.. Haris pergi lah.. " ugut wanita itu.
" ummi.. dia datang dengan Haris.." Haris mengingatkan.
" that's not my problem.. dia boleh balik sendirikan.. dia dah besar" sinis Puan Khalida.
" ummi.. please.." rayu Haris.
" dengar cakap ummi itu pun kalau Haris sayang ummi dan Haris masih nak tengok ummi hidup" Haris tahu wanita itu tidal bergurau. Wanita itu pernah cuba untuk membunuh diri apabila hasratnya untuk bernikah dengan arwah isterinya diutarakan. Haris takut perkara itu berulang lagi.
" awak.. tak pe saya boleh balik sendiri.." ujat Adhawiyah. Dibetulkan tudungnya. Diambil begnya lalu berjalan keluar dari rumah itu.
" tunggu aku hantar" ujar Aniq
" Aniq stop.. Sharmine tunggu Aniq dari tadi lagi" tempik Puan Khalida.
" Aniq tak suruh dia datang.. jadi Aniq takde sebab nak jumpa dia.. ummi yang ajak dia datang.. jadi ummi layan lah dia" ujar Aniq lalu bergegas menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi mendapatkan Adhawiyah yang sedang berjalan menuju ke jalan utama.
" awak dah melampau Khalida.." marah Tuan Firdaus.
" isshhhhhhh" tempik Puan Khalida. Haris kembali duduk dikerusi. Direnung makanan yang masih bersisa dengan penuh kesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience