18

Romance Series 67724

" Daus.. Laila rasa Daus jauhkan anak anak Daus dari Adha.. kesian dia.. dah banyak sangat Adha tanggung derita.. itu belum lagi Khalida tahu siapa Adha sebenarnya.. kalau dia tahu.. makin benci dia pada budak tu" ujar Puan Laila.
" Daus minta maaf.. Daus tak tahu yang akan jadi seteruk ni.. Maafkan Daus" ujar Tuan Firdaus. Adhawiyah terbaring kaku dia katil. Badannya berselirat dengan wayar. Puan Laila mengelap manik manik jernih diwajah gadis itu. Balutan dikepala gadis itu diperiksanya.
" Laila.. kalau ada apa apa bagitahu Daus ya.." ujar Tuan Firdaus.
" Satu je Laila minta.. jaga Aniq baik baik.. itu amanah Lia untuk kita.. Bila Laila tengok dia.. rindu Laila pada Lia terubat.." ujar Puan Laila.
" InsyaAllah.. Daus balik dulu ya" Tuan Firdaus meninggalkan katil gadis itu. Bunyi mesin memecah sunyi. Puan Laila memeriksa titisan saline. Risaunya bukan kepalang. Gadis itu sudah tiga hari terbaring kaku.
" Assalamualaikum.. Diana.. Bunda nak jumpa Diana" ujarnya ditalian. Talian dimatikan sebaik sahaja pintu wad gadis itu dibuka.
" Bunda.. Adha macam mana" soal Aniq risau.
" masih tidur.. Aniq.. boleh Bunda cakap sikit" pinta Puan Laila.
" ada apa Bunda.. " soal Aniq. Matanya tertumpu pada gadis itu.
" Aniq sayangkan Adha" soalan itu membuatkan Aniq mati kata.
" Aniq ikhlas sayangkan Adha" soal Puan Laila lagi. Aniq hanya mengangguk.
" kalau betul Aniq sayangkan Adha.. Bunda harap Aniq jauhkan diri dari Adha.. biarkan dia bahagia dengan cara dia.. " pinta Puan Laila.
" Tapi bunda.. Aniq tak nak kehilangan dia.. Aniq tak nak jauh dengan dia.. " rayu Aniq
" Bunda tahu.. tapi Aniq.. cuba Aniq tengok keadaan dia sekarang.. Aniq rasa patut ke dia terima semua ni.. " Puan Laila cuba untuk membuka mata pemuda itu. Baginya gadis itu sudah cukup menderita. Kisah hidupnya yang terlalu berat untuk dikisahkan.
" Bunda.. Aniq datang ni Aniq nak minta izin Bunda.. Aniq nak ambil Adha jadi isteri Aniq.. Aniq nak jaga dia" Puan Lail terkesima. Tidak diduga pemuda itu meluahkan hasrat hatinya. Dia tahu, gadis itu juga punya rasa yang sama tapi dia tidak mahu membuat keputusan Dia mahu gadis itu memikirkan sebaiknya tentang kehidupannya. Dia tidak berhak untuk membuat apa apa keputusan. Dia tidak mahu mencaturkan kehidupan gadis itu. Jika diikutkan hajat kedua sahabatnya mereka mahu berbesan tapi memandangkan perkara yang terjadi diluar jangkaannya dirasakan tidak wajar untuknya membuat keputusan.
" biar Adha yang memberi kata putus.. Bunda hanya mengikut kehendaknya." Ujar Puan Laila. Aniq hanya diam. Dia menghampiri gadis itu. Diusap jari jemari gadis itu lembut.
" maafkan saya.. kalau lah saya cepat awak takkan ada dekat sini" Rintihnya.

"no.. ummi tak izinkan" tengking Puan Khalida.
" tapi ummi.. dia terbaring dekat situ sebab Haris.. Haris punca dia cedera.. kalau Haris tak ikutkan amarah hati.. tentu dia tak jadi macam tu.." Tengking Haris.
" Haris.. Haris tengah bercakap dengan ummi tau.. berani beraninya Haris tengking ummi." marah Puan Khalida. Haris yang sebelum ini anak yang menurut. Tidak pernah dibangkang kata katanya apatah lagi mahu menengkingnya. Mahupun anaknya itu tetap berkahwin dengan gadis bukan pilihannya, dia tetap masih bisa menundukkan anaknya itu tapi kali ini Haris ternyata berubah kerana gadis itu. Puan Khalida seakan tercabar.
" ummi kali ni je ummi.. biarkan Haris tentukan kehidupan Haris.. Haris nak hidup macam orang lain.. Haris mohon ummi.. demi Zehra" rayunya.
" Kali ni.. Haris kena ikut cakap ummi... kalau Haris nak tengok ummi mengamuk.. ummi bunuh diri Haris buat la" Tengking Puan Khalida lagi.
" ummi buat lah ummi.. itu je modal ummi untuk ikat Haris.. Haris bersalah dengan arwah Linda.. kalau dari dulu Haris bertegas dengan ummi.. Linda takkan makan hati dengan perbuatan ummi.. dia takkan pendam perasaan dia sendiri.. apa berlaku pada Linda salah Haris.. sebab terlalu tunduk dengan ummi.. sampai Haris abaikan perasaan dia.. tapi kali ni.. demi Zehra.. Haris takkan biarkan ummi untuk urusi urusan Haris." ujar Haris tegas. Haris bangun dari duduknya dan berlalu pergi.
" Haris.. Haris Irfan.." tempik Puan Khalida tidak diendahkan Haris.
" Sudah sudahlah Ida... berhenti lah buat anak anak tersiksa... Biarkan dorang urus kehidupan dorang sendiri.. " nasihat Tuan Firdaus.
" awak diam Firdaus.. dia anak saya.. saya ada hak atas kehidupan dia.. saya tak nak dia jadi macam awak yang dalam diam duakan saya dan bernikah dengan perempuan hina tu" tempik Puan Khalida.
" Jaga percakapan awak Khalida" marah Tuan Firdaus.
" Salah ke apa yang saya cakap.. awak duakan saya diam diam.. kawin dengan perempuan tu.. mummy pun tak restu perkahwinan awak." marah Puan Khalida lagi.
" Apapun dia tetap isteri saya yang sah.. dan untuk pengetahuan awak... dia cinta pertama saya.. dan awak saya kawin sebab pilihan mummy.. saya terpaksa akur.. tapi hati saya.. saya tak boleh bohong Ida. " jelas Tuan Firdaus.
" Ya saya tahu.. tapi awak tengok apa dia buat.. cinta konon.. last last dia tinggalkan awak ikut jantan lain.. " sinis Puan Khalida. Tuan Firdaus terduduk. Dia akui kata kata isterinya. Kamilia, isteri keduanya keluar dari rumah mengikut lelaki lain. Dia teramat kecewa. Ketika itu Aniq baru berusia lima tahun. Ditinggalkan anak kecil itu bersamanya. Dia kecewa.

Adhawiyah mengemas bagasinya. Dia yang akan berangkat ke Negeri Sembilan malam itu punya seribu perasaan yang bercampur baur. Risau akan dunia baru yang hendak diterokanya dan risau memikirkan Bundanya yang akhir akhir ini kesihatannya tidak berapa baik. Diperiksa semua kelengkapannya.
" dah cukup semua" soal Hajar
" cukup kak.." balas Adhawiyah sambil tersenyum.
" nanti dekat sana jaga diri.. jangan nakal nakal pula" nasihat Hajar. Adhawiyah hanya tersenyum lalu tertawa kecil.
" Betul la... jangan nakal nakal.. ingat ada yang menanti dekat sini" ujar Hajar berseloroh.
" siapa lah nak ingatkan Adha kak.. rugi masa je.. tak de faedah pun" Adhawiyah merendah diri.
" ada.. Adha tahu siapa dia kan" Hajar berbasi basi. Adhawiyah mengeluh berat. Sejak peristiwa itu dia tidak lagi bertemu dengan Haris mahu pun Aniq. Mereka seakan hilang dari radar. Tiada khabar berita. Apabila ditanya tentang mereka di resort semuanya seakan mengunci mulut. Begitu juga dengan Hajar yang seakan menyimpan seribu rahsia.
" tak mungkin kak.. siapalah Adha untuk dia ingat" Adhawiyah seakan rajuk hati.
" kenapa cakap macam tu.. dia sentiasa ingat Adha.. selalu ambil berat pasal Adha" ujar Hajar.
" tak mungkin.. dia hilang tanpa berita.. diam sepi.. masakan dia nak ingat Adha kak" ujar Adhawiyah.
" Adha rindu dia" soal Hajar.
" bohong kalau Adha kata Adha tak rindu dia.. dia dah pukau jiwa Adha kak.. Dia dah buat Adha tak tenang.. Dia buat Adha sukar untuk melupakan.. " luah gadis itu.
" tapi kenapa lepas Adha yakin yang dia dipertemukan untuk Adha sekarang dia hilang tanpa berita.. kenapa dia beri Adha harapan kak tapi kemudiannya dia ingkari" Manik manik jernih mula pecah satu persatu dipipinya.
" Adha.. " Hajar memeluk gadis itu erat.
" bagi dia masa.. dan Adha juga perlukan masa dan ruang untuk diri Adha.. hubungan korang terlalu rumit.. akak nak tolong pun.. hanya mampu menasihatkan dan mendoakan yang terbaik untuk korang... selebihnya korang kena fikir dan buat keputusan sediri.." Ujar Hajar.
" tapi kak.. Adha rindu dia" luah gadis itu. Airmatanya mengalir deras.
" akak tahu.. dia pun rindu Adha.. tapi macam akak cakap lah bagi dia masa.. biar dia bertenang.. dia pun perlukan ruang untuk diri dia.. " ujar Hajar. Adhawiyah hanya diam.
" Haris ada jumpa Adha" soal Hajar.
" takde kak.. Adha benci dia kak.. Adha tak nak ingat semua tentang dia" Hajar memeluk gadis itu erat. Dia dapat merasakan perit hati gadis genit itu.

Hajar melihat persekitaran disekeliling tempat barunya. Terasa asing baginya. Sunyi.
" nanti ok lah.. adalah kawan" bisik hatinya sendiri. Ditarik bagasinya ke pejabat bagi melaporkan diri.
" hei Adha.. la kita praktikal sekali ke" sapa seorang pemuda
" Nazri.. la aku tak tahu pula kau kat sini.. ada juga kawan tak sunyi lah aku" Adhawiyah lega. Dia sudah punya teman disitu. Mereka menanti untuk bertemu dengan penyelia mereka. Mereka berbual bual kecil. Mengorek segala kisah yang mungkin akan berlaku disitu.
" hai.. maaf saya lambat " ujar seorang gadis yang memasuki ruang mereka menunggu. Adhawiyah seakan mengenali gadis itu.
" Falisha.. just call me Isha.. " Adhawiyah tergamam.
" dia.." bisik hatinya.
" I know you.. Adhawiyah kan.. kawan Haris" ujar gadis itu.
" ya saya.." Adhawiyah mengaku. Dia gugup.
" kau kenal dia" soal Nazri.
" kenal.. nanti lah aku cerita " bisik mereka.
" ok jom saya bawa kamu berdua tour kawasan" ajak gadis itu. Mereka hanya mengikut.

" I minta maaf pasal hari tu." ujar gadis itu.
" pasal apa ya.. saya dah lupa" Adhawiyah berdalih. Dia tahu apa yang gadis itu maksudkan namun dia tidak mahu mengingati.
" I tak tahu hari tu majlis untuk you dan Haris.. kalau tak ummi yang jemput I pun malas sebenarnya nak jadi munafik.. tapi disebabkan jemputan dia.. dia pujuk mummy I so I no choice" cerita gadis itu.
" eh tak pe.. awak tak bersalah dalam hal ni.. lagipun saya dan Haris dah tak de apa apa.." Adhawiyah cuba menjelaskan.
" what.. but why.. jangan bagitahu I.. I punca you all brake" Isha seakan cuak.
" tak de lah.. kami tak sefahaman.. " alasannya bagi menutup aib pemuda itu. Jika diikutkan hatinya mahu saja diceritakan semuanya tapi dia tidak mahu memalukan sesiapa.
" I see.. I tak terkejut kalau you cakap macam tu.. sebab I pernah ada hati dekat dia.. but bila tengok cara layanan dia terhadap isteri dia.. si surrender.. Dia mom's son.. apa semua yang ummi cakap dia ikutkan saja.. Kesian Linda... " cerita gadis itu. Adhawiyah hanya mendengar.
" Linda sangat penyabar orangnya.. bukan disebabkan faktor usia tapi dia memang orang yang terlalu kuat dan punya ketabahan yang tinggi.. you bayangkan ye.. kalau you Haris tinggalkan you seminggu time tu you sakit.. you kena warded.. then dalam masa yang sama you mengandung.. tapi Haris tinggalkan you semata mata nak teman ummi dia pergi holiday.. kalau you mengamuk tak" Jelas gadis itu. Adhawiyah tersentak.
" tak kan kot" Adhawiyah seakan tidak percaya.
" yess.. he did it.. Linda sorang sorang dekat hospital.. dia berseronok bercuti.." Nada gadis itu sedikit galau.
" dia tak berani bantah.. awak pun tahukan ummi dia macam mana" soal Adhawiyah.
" ya.. tapi takkan tak boleh berfikir.. he never protect his wife.. tak pernah dia bantah cakap ummi.. sampaikan setiap benda dalam rumah dorang ummi yang aturkan.. kalau saya.. dah angkat white flag dah.. hidup saya tak perlu aturan dari sesiapa.. tapi Linda terlalu banyak bersabar. " cerita Isha lagi.
" tengah dorang bercuti dekat langkawi kalau tak silap.. Haris boleh fly balik sedangkan dorang baru sangat touch down pagi tu.. tiba malam Haris fly balik sebab apa.. hanya nak penuhkan kehendak ummi dia.. Kesian Linda.. itu pun masih tak baik dimata ummi dia." cerita gadis itu.
" kesiannya.." ujar Adhawiyah pendek. Dia bersyukur kerana belum sempat mereka bernikah, Haris sudah menunjukkan belangnya.
" tapi nanti awak akan jadi sasaran ummi" soal Adhawiyah.
" tak mungkin.." ditunjukkan cincin dijari manisnya. Adhawiyah melongo terkejut.
" owwww.. congrats... " ucapnya.
" thanks.. kami planning nak kawin hujung tahun ni.. nanti you datang tau" jemput gadis itu.
" InsyaAllah kalau saya masih hidup.. tapi bukan Haris kan" seliroh Adhawiyah.
" oh gosh... I boleh gila kalau jadi mennatu dalam rumah tu" ujar Isha. Tawa mereka berderai.

Adhawiyah memeriksa laman instagramnya. Banyak gambar dan kenangan disimpan disitu. Sesekali kedengaran dia tertawa kecil. Wajah ceria Maira tidak pernah menyuramkan harinya. Dia hairan apabila melihat kesemua gambarnya disukai oleh yang sama. Dia kehairanan. Dia cuba mencari tahu.
" private.. ish ni stalker ke apa ni" gerutu hatinya. Adhawiyah tersenyum sendiri. Kenangannya bersama Aniq ditatapnya.

APA KHABAR DIA.. BAIK BAIK SAJA KAH.. JUJUR AKU RINDU

Taipnya lalu di siarkan dilaman instagramnya. Adhawiyah memeluk bantalnya kemas. Dia ketiduran. Esok masih memerlukan pertarungan. Untung sabut timbul Untung batu tenggelam. Dia menyerahkan semuanya pada takdir.

Aniq berkemas. Bagasinya sudah siap diisi dengan pakaiannya dibawa keluar dari biliknya.
Tuan Firdaus yang sedang menantinya dimuka pintu memandangnya dengan tenang.
" Abi.. Aniq pergi dulu ya.." Pintanya
" Aniq jaga diri dekat tempat orang ya.. Maaf Abiq tak dapat hantar Aniq.." Tiba nak lelaki mula sebak.
" Tak apa Abi.. Aniq ok" balasnya walaupun sebenarnya hatinya berat untuk meninggalkan semuanya yang ada disini. Tetapi memandangkan demi seseorang yang dia sayang dia terpaksa akur. Dia rasa bersalah kerana dia Adhawiyah terlantar dihospital. Kerananya Kepala gadis itu terlekat parut yang tidak akan hilang sampai bila bila. Dia tidak mahu gadis itu merana lagi kerana dirinya walaupun dia sebenarnya sukar untuk melepaskan.
" ummi mana" soal Aniq
" ummi ada diatas.. " balas Tuan Firdaus. Sejak peristiwa itu dia dan Puan Khalida tidak banyak berbicara. Menjadi seakan orang asing. Puan Khalida benci terhadapnya apabila mengetahui pergaduhan antara dia dan Haris. Mujur Tuan Firdaus menghalang pertelingkahan itu berpanjangan. Jika diikut hatinya mahu saja disumbatkan abangnya ke dalam penjara tetapi kerana abi dan umminya dia batalkan saja. Tapi dihatinya tetap tidak berpuas hati kerana pemuda itu sudah melampui batasnya.
" tak pa lah abi.. kirim salam dekat ummi ya.. Aniq pergi dulu" pintanya.
" ya ya.. Aniq pergi tenang kan diri.. study betul betul.. lupakan hal dekat sini.." pesan Tuan Firdaus lagi
" Tapi Abi.." nadanya berat..
" Abi tahu.. kita berserah saja pada Tuhan.. andai jodoh Aniq dengan Adha ada.. takkan ke mana.. just give her some space.. biar dia yang buat keputusan.. jangan terlalu mendesak." nasihat Tuan Firdaus lagi. Aniq memeluk lelaki itu erat. Airmata jantannya mengalir. Hatinya tidak kuat untuk pergi. Hatinya terasa berat namun dia terpaksa akur demi ADHAWIYAH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience