Adhawiyah tidak banyak bicara sejak hari itu.Pulangnya ke rumah hanya semata mata pulang dan bangun untuk ke kerja. Aniq seakan halimunan baginya. Setiap soalan dibalas dengan sepatah bunyi.Hidangan yang di masak Aniq tidak bersentuh waima setitis.Remuk hatinya apabila suaminya sendiri tidak mempercayainya.Hubungan mereka semakin jauh.Aniq juga makin kurang pulang ke rumahnya kerana dia juga padat dengan urusan resort serta Sharmine juga semakin sarat. Pulang pemuda itu sekadar menjengah mawar putihnya. Adhawiyah lebih selesa begini.
"Aniq..abi tengok kamu selalu balik sini..Adha kamu biarkan sorang sorang..kamu ada masalah ke dengan dia" soal Tuan Firdaus
" Aniq sibuk dengan kerja abi..nak balik sana jauh..letih..tapi ada juga balik tengok tengok dia.." Alasan pemuda itu membuatkan dahi Tuan Ibrahim berkerut.
" Tengok tengok aje..kamu kena adil.." nasihat lelaki itu dicantas Puan Khalida yang menghampiri mereka.
" Shar kan tengah sarat..kena banyak perhatian..dia tu bukannya mengandung pun" Ujar Puan Khalida.
" ummi suka tengok dengan Sharmine sekarang..mesra..bahagia..kalau dari dulu kan bagus kamu berdua macam ni" puji Puan Khalida.
" ummi..stop cakap pasal ni.." Aniq cuba mengelak. Dia tidak selesa apa bila urusan rumah tangganya di jadikan bahan bualan. Dia serasa seakan dayus.
" ummi puji pun salah kah.." soal Puan Khalida.
"Haris mana..dah lama rasanya tak nampak dia dekat rumah.." soal Tuan Firdaus.
" Mana saya tahu..urusan dia bukan dua puluh empat jam saya nak kena ambil tahu" balas Puan Khalida acuh tak acuh.
" eh awak ni..sebelum ni bukan kemain awak..apa saja yang Haris buat awak mesti cover..sekarang dah.. Khalida dia tu tetap anak kita..awak jangan sisihkan dia tiba tiba lepas awak tahu dia bukan anak kandung awak..awal dah tatang dia sebelum ni tiba awal nak rentap sekaligus..jangan Khalida..." nasihat Tuan Firdaus. Puan Khalida terdiam Terdetik dihatinya risau akan perubahan perilaku anaknya itu namun dengan kebenaran yang terbongkar dia seakan ralat, sukar untuknya meluahkan kasih dan sayangnga pada pemuda itu dan ianya tak akan jadi seperti dahulu..walaupun hakikatnya pemuda itu masih anak emasnya.
"Aniq..malam ni kamu balik sana..kesian Adha kamu tinggalkan lama lama..bincang elok elok jangan lari dari masalah..rumah tangga ni memang ada pasang surut tapi kita sebagai suami kena tahu tanggungjawab..selesaikan bukan mengelak." pesan Tuan Firdaus.Aniq hanya mengangguk. Dileret skrin telefonnya.
ANIQ> dah tidur ke?
Mesej itu terbiar sepi untuk beberapa ketika
ANIQ> dah bagi makan dekat pian?
"apa punya soalan la kau ni" dia bermonolog sendiri. Masih tiada balasan.
ANIQ>shuben on the way nak balik ni..nak pesan apa apa tak
Masih membisu untuk satu tempoh yang lama.Diperhatikan jam tanganya, baru menginjak sembilan malam.Mustahil gadis itu sudah ketiduran. Aniq tidak sedap hati. Dia minta izin untuk pulang. Tuan Firdaus hanya mengiyakan saja.
Aniq membonceng motor pulang ke rumah isterinya. Lampu sudah terpadam semuanya. Aniq kehairanan. Tidak sihat kah dia...letih sangat kah dia..fikirannya berkecamuk. Dibuka pintu rumahnya perlahan lahan. Dicari isterinya disetiap sudut ditingkat bawah namun tiada.Tiba tiba kedengaran bising ditingkat atas.Aniq bergegas ke bilik isterinya.
" lepas lah..." kedengaran suara isterinya sedang bergelut.
"Adha.."panggil Aniq.
" Aniq...tooolllllooongg ssaaayyyaaa" pinta Adhawiyah dalam pergelutan.
Aniq membuka lampu dia tersentak.
" Binatang kau.." lalu di tendang pemuda yang sedang cuba meragut kehormatan isterinya.Pemuda itu tergolek ke lantai.
" Dia isteri aku la setannnnn" tempik Aniq lalu ditumbuk pemuda itu bertubi tubi.Adhawiyah menggigil ketakutan diatas katil. Pergelutan dua pemuda itu ditonton dengan tangisan.
"isteri..?? tapi kau layan macam hamba je..mana mana perempuan dengan kau mana ada kau sayang dengan tulus..semuanya spare tyre kan..hanya Sharmine saja dalam hati kau kan.." ujar pemuda itu.
"apa kau merepek ni..." Ditumbuk lagi pemuda itu.
"Aniq..kau lupa ke apa yang kau cakap kat aku dan ummi.." Aniq terkesima.Dia cuba mengingatkan
"Aniq tak sangka dia sejalang itu ummi..Aniq tak sangka dia perbodohkan Aniq macam ni..Sharmine tak sejahat itu..silap Aniq percayakan dia..Aniq bersalah pada Sharmine.." rakaman suaranya dimainkan pemuda itu. Aniq terdiam. Adhawiyah tergamam.Genggaman tangannya yang menggenggam cadar katil terlerai.
"awak..bukan itu maksud saya..saya diluar sedar..saya mabuk masa tu..saya kecewa bila awak keluar dengan Emir dari klinik." Aniq cuba menerangkan.Dengan tidak semena mena kepala Aniq ditendang pemuda itu.Aniq terbaring dilantai.
" Aniq....!!!!!!!" tempik Adhawiyah.Lalu turun mendapatkan suaminya yang berlumuran darah dilantai.
" huh.." sinis pemuda itu.
" Apa yang kau buat ni Haris.." tempik Adhawiyah.
"Arghhhhh..lepas...lepas laaa" Adhawiyah meronta apabila rambutnya ditarik.Dia didorong ke lantai menjauhi Aniq. Aniq yang lemah hanya mampu memerhati isterinya dikasari. Perut isterinya ditendang ketika melawan pemuda itu.
" Adhawiyah terperosok ke bawah meja solek.Pakaian isterinya dirobek pemuda itu.Aniq cuba kuat untuk selamatkan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri.
"sial kau Harisss..." Aniq menggagahi dirinya untuk bangun. Direntap kepala pemuda itu lalu dihentak ke meja solek.Kepala pemuda itu mengalirkan darah merah.Dia terkulai rebah ke lantai tidak sedarkan diri.Selepas dia menelefon polis dan ambulans untuk bantuan dia mendapatkan isterinya yang kaku.
"awakkk..awakkkkk bangun..."Panggilnya.
"Adha..Adhwiyah..bangun...sayang..bangun sayang..buka mata awak sayangg..!!!!!"teriaknya.
Aniq mendapatkan rawatan sama seperti Adhawiyah dan Haris. Hatinya kucar kacir. Dia mahu mendapatkan berita tentang isterinya tetapi matanya seakan kabur dan terpejam.
"sayang..." panggil seseorang.Aniq yang baru tersedar dari tidurnya memandang sekeliling.Kelihatan Sharmine dan Puan Khalida disisinya.
"ummi..Adha mana..Adha macam mana" soal Aniq. Puan Khalida memandang kearah lain.Sharmine hanya diam.
"Adha mana.." dia bangun dari baringnya tergesa gesa mahu turun dari katilnya.
"You..stay still..you cedera teruk sebab perempuan tu..nasib baik you cepat dibawa ke hospital..kalau tak..apa nasib I dengan baby ni..." nada sebaknya dibuat buat. Aniq tidak mengendahkan pujukan gadis itu. Hanya Adhawiyah yang bermain dibenaknya.Aniq menuju ke bilik isterinya seperti yang diberitahu jururawat.Dikuak daun pintu perlahan.Kelihatan sekumpulan doktor sedang membuat pemeriksaan keatas isterinya.
" doktor..saya suami pesakit..boleh saya tahu keadaan pesakit." Aniq berdiri di sebelah isterinya. Diusal kepala isterinya lembut. Adhawiyah yang terbaring dipandang sekilas. Gadis itu masih belum terjaga dari lenanya.
" begini encik..puan Adhawiyah tiada kecederaan yang teruk..cuma maaf saya katakan bahawa bayi dalam kandungan puan Adhawiyah tidak dapat diselamatkan..puan Adhawiyah keguguran akibat hentakan kuat dibahagian perut..." Aniq tersentak.
" isteri saya hamil?" soal Aniq ingin kepastian.
"ya..kalau tak silap saya kandung baru berusia empat minggu.." seakan langit jatuh ke bumi, kakinya tidak dibumi lagi.Aniq seakan mahu rebah namun dipapah doktor.
" kami hanya menunggu puan Adhawiyah sedar untuk beritahu tentang ini..maaf sekali lagi dari lihat kami" ujar doktor tersebut sebelum beredar. Aniq kaku.Lidahnya kelu.Airmata jantannya menitis satu persatu.
"awak...saya minta maaf..saya lelaki paling tidak berguna yang awak kahwini..Ya Allah apa yang aku dah buat ni Ya Allah.."ujarnya.
Tuan Firdaus melawat anaknya.Haris masih terbaring dikatil dengan tangan yang bergari.Wajahnya kusut masai tidak terurus.
"abi..tolong Haris abi..Haris tak nak masuk penjara abi.."rayu pemuda itu.
"kenapa Haris buat macam tu..dia adik ipar Haris..isteri Aniq..kenapa Ris.."soal Tuan Firdaus.Sebak hatinya apabila melihat keadaan anaknya. Luluh hati seorang ayah apabila mendengar pertuduhan yang dibacakan pegawai polis terhadapnya.Airmatanya berlinang.
" abi nak Haris bertanggungjawab dengan apa dah Haris lakukan..jadilah lelaki..jangan lari lagi dari masalah dan kesalahan yang Haris dah timbulkan..Abi nak Haris terima hukuman ni dengan redha..berubah lah nak..itu saja harapan abi.." Tuan Firdaus bangun dari duduknya mahu beredar.
" abi..abi..Haris rayu dekat abi..tolong Haris kali ni..Haris akan ikut segala kemahuan abi..Haris akan sambung belajar dekat oversea..please abi..tolong Haris..Haris taknak masuk penjara.." Pergerakannya terbatas kerana tangannya digari.
"ini cara abi untuk tolong Haris...abi sayang Haris.. ini cara terbaik untuk ubah Haris dari terus hanyut" ujar Tuan Firdaus sebelum beredar meninggalkan anaknya yang berteriak memanggilnya.
Aniq memandang isterinya yang masih kaku.Dibelai jari jemari gadis itu lembut.Dikucup telapak tangan gadis itu.
"Wife..shuben minta maaf..shuben dah aniaya wife..saya bukan suami yang baik untuk awak.." Aniq mengesat airmatanya apabila bahunya ditepuk dari belakang.
"Adha macam mana Aniq.."soal Tuan Firdaus.Aniq menarik nafas dalam dalam lalu dihembus perlahan. Dia perlukan kekuatan untuk terus berkata kata.
"Adha masih belum sedar abi.."balasnya perlahan. Tuan Firdaus menepuk bahu pemuda itu lembut.
"abi..Aniq nak berpisah" Tuan Firdaus tersentak. Dia berdiri dihadapan pemuda itu.Direnung pemuda itu sedalam dalamnya. Anaknya yang masih dengan baju hospital dan berbalut dikepalanya ditenungnya. Kelihatan pemuda itu membaiki wayar drip nya yang tersangkut pada palang penyangkut.
"apa maksud Aniq" soal Tuan Firdaus.
"Aniq gagal jadi suami yang baik..Adha hilang anak kami sebab Aniq..Aniq tak layak berada disisi Adha abi..abi suami tak guna" tangis pemuda itu sudah tidak terkawal.
"Adha mengandung abi..dan Aniq tak tahu yang Adha mengandung..Aniq abaikan dia sepanjang kehamilan dia.." luahnya.
" Allah.." Nada Tuan Firdaus berat.Dipeluk anaknya erat.
Adhawiyah seakan terjaga. Aniq dan Tuan Firdaus merapati katilnya.
" arghhh" Adhawiyah memegang perutnya.
"awak.."panggil Aniq.
"awak..kenapa datang sini..cedera awak pun tak baik lagi.."ujar Adhawiyah lemah sambil memegang perutnya dan menekan nekan kepalanya.
" saya ok..sikit je..awak nak apa apa?" soal Aniq.
"saya nak air" pinta gadis itu lemah. Tuan Firdaus hanya memerhati perilaku pasangan itu.Adhawiyah menyedut minuman yang dihulurkan suaminya.
"abi...dah lama sampai?"soal Adhawiyah.
"baru saja Adha..jangan banyak bergerak..kamu masih lemah"nasihat Tuan Firdaus.
"abi..Aniq nak discharge..nak jaga Adha.." pinta Aniq.
" eh tak payah..awak pun tak pulih lagi...saya ok..saya boleh jaga diri saya sendiri..arghhh..."Adhawiyah mengerang kesakitan.Dipegang perutnya dan ditekan tekan. Aniq cuak. Dia mengusap perut gadis itu.
"sakitnya.." ujar gadis itu.Aniq memaling wajahnya kearah lain.Tidak sanggup dia melihat keadaan gadis itu yang dirasakan berpunca darinya.
"you..puas I cari..Doktor cari you.."bentak Sharmine. Adhawiyah hanya memerhati gadis itu dengan pandangan yang lemah.Perut gadis itu mula menampakkan bentuknya. Adhawiyah tersenyum.Diusap perutnya.Dia juga mahukan seperti itu.Bohong jika dia tidak punya impian untuk menjadi wanita lain, punya anak dan keluarga bahagia.Dia juga mahu merasakan pengalaman tumbuhnya satu nyawa didalam rahimnya.
"I datang tengok isteri I..suruh doktor datang sini..boleh periksa I dan Adha sekali" suruh Aniq tanpa memandang wajah gadis itu.Aniq mengusap lembut pipi Adhawiyah. Sharmine tidak senang dengan tingkah gadis itu.
" You jangan nak mengada..suka suka nak arah doktor ikut cakap you..cepat..I bawa you balik bilik" arah Sharmine. Aniq menoleh.Pandangannya kearah gadis itu tidak tenang.
" awak..awak pergi dulu..nanti awak datang lain" pujuk Adhawiyah lembut.
" tapi saya nak jaga awak.." rengek Aniq. Diletakkan kepalanya kedada gadis itu.Terasa tenang.
"tak pa..sekejap saja kan..Abi ada..abi tolong tengok tengokkan saya untuk awak ok" pujuk Adha lagi.
"awak.." Belum sempat kata kata pemuda itu dihabiskan Adhawiyah mengucup dahi suaminya lembut. Sharmine semakin kepanasan. Bara dihatinya kini mengeluarkan lahar.
"abi..tolong tengokkan Adha ya..kejap lagi Aniq datang.."pintanya. Tuan Firdaus hanya mengangguk.Aniq bangun dari duduknya lalu beredar dengan hati yang berat.
"stay..jangan nak ke mana mana" bentak Sharmine.
"I nak pergi dekat Adha..apa masalah you ni" marah Aniq.
" you tak dengar ke apa doktor cakap..you jangan banyal bergerak..luka you belum elok lagi..you jangan la nak degil sangat.."marah Sharmine.
"but Adha needs me..dia sakit..tak sihat.." Aniq melawan.
" habis I..dengan mana mengandung..datang sini semata mata nak jaga you.." tengking Sharmine.
" you ada kesian dekat I tak..twenty four seven Adha Adha Adha..habis I ni tunggul..." tengking Sharmine. Diusap perutnya yang terasa kejang.
" ada I suruh you datang.." Aniq tidak mahu mengalah.
"sebab I nak ada dengan you masa susah sakit you..I nak jadi isteri yang baik walaupun I tahu I bukan isteri dambaan you.. I cuma nak jadi isteri you yang jaga semua tentang you.. I takut nanti kalau bila I bersalin I takkan dapat tengok you lagi" ujar Adhawiyah sebak.
" apa you merepek ni"soal Aniq geram.
"you tahukan setiap ibu ibu yang bersalin itu adalah pertarungan antara hidup dan mati..you pernah tengokkan macam mana keadaan I waktu bersalinkan Aqish..I takut kali ni I tak akan buka mata lagi" ujar gadis itu lagi.Dia menyeka airmatanya lembut. Aniq sedang menduga. Gadis dihadapannya sesaya upaya tambat hatinya walaupun dalam keadaan sarat..simpati terbit dilubuk hatinya.Akan tetapi Adhawiyah,isteri kesayangannya juga memerlukannya. Dia sedang berkira kira.
"Arghhh..Aniq..perut I sakit..." Sharmine mengerang kesakitan. Dipegang perutnya kemas. Aniq tersentak.Dia segera turun dari katil lalu mendapatkan Sharmine yang sudah terjatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri.Aniq cuak.
Adhawiyah kembali ke rumahnya. Badannya masih terasa lemah. Dia berbaring disofa.
"kau nak air ke" soal Damia yang menghantarnya pulang.
" tak nak.." balasnya malas malas. Tiga hari dihospital terasa seperti setahun dia tinggalkan rumah
Share this novel
bagi la adha pergi cari kebahagian dia
menyampah aku jantan x guna adha mengandung pun kau x tahu asyik ngn betina tu saja