5

Romance Series 67724

Adhawiyah bersiap untuk ke kolej. Maira terlebih dahulu pergi ke kelas kerana gadis itu punya perjumpaan kelab yang tidak disertainya. Baju kurung kuning cair dan tudung bawal berona coklat disarungnya. Bibirnya disapu dengan lip tint berona lembut menambahkan serinya.
" kau kuat Adha.. kau kuat" dia memberi semangat pada dirinya sendiri. Ditarik nafasnya dalam dalam lalu dilepas kuat. Dia memulakan langkah dengan lafaz bismillah. Langkahnya diatur. Dadanya terass berdebar. Tidak tahu kenapa. Hatinya tidak tenang seperti biasa. Dia cuba menolak sebarang kemungkinan.

" walaweh.. kau apasal hilang lama sangat... " wan memulakan bicara. Aniq hanya tersenyum. Sorakkan rakan rakannya yang menyambut kehadirannya dibiarkan berakhir sepi.
" kau sakit ke bro.. apa pun takde berita.. kau kenapa" wan masih belum berpuas hati.
" wei.. yus datang kelas.. kau jangan buat pasal ok.. move on bro" wan cuba menasihatkan.
" ok" jawab Aniq tenang. Disebabkan ketenangan yang ditunjukkan pemuda itu Wan berasa tidak senang hati. Dia tahu pemuda itu tidak akan berdiam diri selagi mana dendamnya belum terbalas. Aniq tidak tenang. Hatinya bergelodak mahu bertemu dengan gadis itu. Tidak sabar rasanya menanti sehingga waktu kelas tamat. Dia gelisah. Duduknya tidak tetap.

" Adha.. " langkah gadis itu terhenti.
" nak apa lagi.. " marahnya.
" pakcik ada jumpa Emir" pemuda itu memulakan bicara
" apa.. bila.. sebab apa dia jumpa awak" soal Adhawiyah senafas. Dia mula risau.
" pakcik nak pinjam duit.. dua ribu" ujar Emir. Adhawiyah merengus geram.
" awak bagi ke" soalnya risau
" tak.. tapi kalau saya bagi saya nak kan cagaran" Adhawiyah tersentak. Sudah diduga akan permintaan pemuda itu.
" awak jangan nak mengarut.. jangan bagi kalau pakcik minta.. saya akan uruskan" tolak Adhawiyah. Dia semakin risau. Pakciknya sudah melampau. Baru semalam diberi tempoh tapi hari ini sudah kedengaran lain ceritanya.
" Adha nak cari mana dua ribu.. Adha ada ke duit sebanyak itu" soal Emir. Dia tahu hanya dengan ugutan itu dia mampu memiliki gadis itu semula.
" macam mana atau kat mana nak saya dapatkan duit tu awak tak perlu tahu.. itu urusan saya.. tak perlu campur. " tegas Adhawiyah
" Emir tahu.. Adha takkan dapat cari duit sebanyak tu.. Adha balik semula dengan Emir.. pasal duit Adha tak perlu risau.. apatah lagi pasal pakcik.. Emir akan pastikan Adha selamat dan takkan lagi tanggung beban semua ni" Emir memberi jaminan.
" awak rasa dengan duit awak tu awak boleh beli jiwa saya ke.. awak jangan melampau Emir.. dari awak habiskan duit awak untuk saya baik awak habiskan duit awak untuk keluarga awak.. Diana mengandungkan anak awak.. beli barang untuk dia dan baby.. urusan saya biar saya settle kan sendiri.. " marah Adhawiyah
" Adha nak cari mana dua ribu.. bagitahu Emir sekarang.. " Pemuda itu tidak mahu mengalah.
" pandai pandai lah saya cari awak tak perlu tahu... " Adhawiyah tetap mahu teguh dengan pendiriannya.
" Adha.. Emir boleh jaga Adha.. Emir akan pastikan Adha takkan lagi merana macam ni " rayu pemuda itu.
" Tak perlu... habiskan masa dan wang awak untuk Diana.. bukan saya... ingat.. zuriat awak bakal lahir nanti. " pujuknya. Dalam pertelingkahan itu ada sepasang mata sedang memerhati. Aniq menahan bara dihati melihat dua insan sedang bertelingkah. Dia hanya mahu berdiam. Dia menunaikan hasrat gadis itu untuk tidak mencampuri urusannya.
" ah persetankan Diana dan baby tu.. Emir nak Adha bukan Diana faham tak.. " pipinya ditampar kuat. Adhawiyah tidak tahan lagi dengan kelakuan pemuda itu.
" jangan biadap Emir.. hubungan kita dah lama tamat.. awak dah ada kehidupan awak saya ada kehidupan saya.. kita buat hal kita sendiri.. jangan sibuk campuri urusan sesiapa.. hal duit pakcik tahu lah saya macam mana saya nak uruskan itu hal saya.. saya nak melacur ke.. saya nak merompak ke.. awak tak perlu tahu.. urus keluarga awak sendiri.. " Wajah comel itu sudah bertukar merah. Tampak garang seperti singa.
" Adha.. apa awak cakap ni.. awak jangan jadi bodoh nak lacurkan diri awak semata mata nak cari duit tu" nada Emir meninggi.
" kenapa.. apasal tak boleh pula.. saya peduli apa jadi pelacur pun saya sanggup asalkan duit tu bukan datang dari awak" tegas Adhawiyah. Aniq terkesima. Dia turut berang mendengar kata kata gadis itu. Mahu saja dia mencampuri pertelingkahan itu tapi dia tidak mahu. Dia lihat saja sejauh mana pertelingkahan itu pergi.
" awak makin melampau ya Adhawiyah.. oh sebab tu lah awak tak nak balik semula dengan saya" marah Emir. Amarahnya kini meluap luap.
" ya.. saya lebih rela jadi pelacur dari hidup dengan manusia macam awak... " tengking Adhawiyah. Pipinya terasa perit kerana ditampar pemuda itu.
" hoi.. " Aniq sudah tidak boleh menahan sabar. Dia berjalan menghampiri mereka.
" awak.. jangan masuk campur.. ini urusan saya dengan dia.. awak ke tepi" suruh gadis itu.
" kau nak aku tengok je ke dia berkasar dengan kau" tengking Aniq.
" ini urusan saya hal saya.. takde kena mengena dengan awak.. dan awak tolong pergi dari kehidupan saya.. jangan ganggu saya lagi.. dan jangan bagi walau satu sen pun dekat pakcik ingat tu.. " marahnya.
" dan awak.. pergi jangan masuk campur urusan saya.. kita dah buat perjanjian kan" dipandang Aniq tajam. Adhawiyah beredar meninggalkan dua pemuda yang masih dalam amarah. Airmatanya berambu mengalir. Dadanya sesak.

"aku bagi kau amaran.. jauhi Adhawiyah kalau kau nak tengok lagi dunia ni" ugut Aniq.
" kalau aku jumpa dia juga kau nak buat apa" Emir cuba provok.
" kau.. takkan lihat lagi keindahan dunia ni.. dan kau takkan dapat lagi rasa nikmatnya bernafas" ugutnya.
" kau ingat aku takut.. aku takut kau yang putih mata.. Adhawiyah akan jadi hak aku.. kau tunggu dan lihat" balas Emir. Disapu debu halus pada baju pemuda dihadapannya dan berlalu pergi meninggalkan Aniq yang termangu. Aniq mencari kelibat gadis polos kesayangannya namun gadis itu hilang entah ke mana.

" Allah.. kenapa semua ni Kau berikan pada aku Ya Allah. " rintihnya di bangku padang bola. Dia bersendirian. Tiada siapa menemaninya. Diambil telefonnya lalu di dail satu nombor.
" Assalamualaikum bunda.. " tangisnya menerjah kembali.
" Adha rindukan pelukan bunda" rintihnya. Suara wanita di talian menenangkan jiwanya. Sedikit sebanyak mengubat rindunya pada penjaganya. Kata kata semangat yang dituturkan wanita itu disemat dalam hatinya.
" cuti ni Adha nak balik pusat boleh.. Adha rindu Bunda dan adik adik" cadangnya.
" balik la nak.. Bunda pun rindu Adha.. adik adik pun rindu Adha.. apa apa masalah.. Bunda dan adik adik akan sentiasa ada dengan Adha. " Adhawiyah sedikit lega. Dimatikan talian. Dia peroleh sedikit kekuatan. Dihapus airmatanya dan dia berjalan menuju ke cafe. Dalam perjalanan kedengaran suara kecoh di kerumunan pelajar pelajar. Pada awalnya dia tidak mahu mengendahkan tetapi apabila melihat kelibat Aniq yang sudah berdarah dikepala dia membatalkan niatnya. Adhawiyah berjalan laju mendapatkan Aniq yang berlumuran darah.
" Ya Allah.. Awak.. kenapa ni" tempik Adhawiyah. Aniq tidak menghiraukan gadis itu.
" aku dah kata jangan muncul depan aku kalau tak memang mati kau aku kerjakan. " tengking Aniq.
" aku tahu aku salah aku minta maaf.. tapi kau kena terima hakikat yang Sharmine terpaksa bertunang dengan kau sebab permintaan keluarga dia.. bukan kehendak dia" tengking Yus.
" sial... kau memang tempah maut Yus" Aniq mahu menerkam musuh dihadapannya tapi dihalang Adhawiyah.
" stop Aniq Imran.. " tengking Adhawiyah
" kau jangan campur urusan aku sama macam kau tak nak aku masuk campur urusan kau" tengking Aniq.
" urusan saya lain... dah sampai berdarah macam ni.. takkan saya nak tengok saja" marah Adhawiyah
" hah.. kau.. memang bacul kan.. kau salahkan aku sebab Sharmine tinggalkan kau tapi sebenarnya kau pun curang dengan dia" Yus tersenyum sinis.
" apa maksud kau.. bila aku curang dengan dia hah" Aniq tidak berpuas hati.
" tu.. bukan awek kau" Yus memandang Adhawiyah tepat.
" wait.. saya takde kena mengena dalam hal ni.. tapi saya tak nak tengok si tongong ni bergaduh.. itu je" Adhawiyah memandang Aniq tepat. Matanya dijengkil bulat.
" kurang ajar kau" Aniq mendorong Adhawiyah ke tepi lalu diterkam pemuda dihadapannya. Akhirnya gadis itu terjatuh kebumi.
" Arghhh.. " Adhawiyah mengerang kesakitan.
" Eh.. awak.. Aniq.. apa kau buat ni" wan cuba menyedarkan pemuda yang sedang dalam amarah. Aniq menoleh. Dia segera mendapatkan Adhawiyah yang sedang dalam kesakitan.
" maaf" ucap Aniq.
" hah bertumbuk lah lagi.. bergaduh lagi.. kita tengok sapa yang kiok dulu.. pasal perempuan pun korang nak bergaduh.. asal dah pupus ke perempuan dalam dunia ni yang korang nak bergaduh sangat.. ni awak ni awak ni" ditepuk bahu pemuda itu berkali kali dengan kuatnya. Aniq yang melutut sebentar tadi kini terbaring diatas jalan kerana mahu melindungi dirinya dari dipukul gadis itu.
" awak ni awak ni.. melampau.. kuat sangat ke.. ni berdarah bagai ni.. kalau dermakan darah ni pun dapat manfaat juga dari membazir macam ni.. melampau.. melampau" ditepuk tepuk lengan pemuda itu. Mereka yang berada disitu tertawa melihat kelakuan Adhawiyah seperti seorang ibu memarahi anaknya.
" dan awak pun satu.. dah tahu tu tunang kawan awak kenapa awak caras.. dah habis dah perempuan dalam dunia ni yang awak caras tunang kawan sendiri.. " leternya. Yus hanya berdiam.
" maaf memang mudah diluahkan tapi ada awak fikir perasaan dia.. " soal Adhawiyah. Aniq terdiam. Dia teruja apabila gadis itu berpihak padanya. Dia hanya memerhati gadis itu lantang bersuara bagi pihaknya.
" yang korang ni.. boleh jadi penonton bukan nak meleraikan.. apa jenis manusia lah korang ni.. hah rakam rakam.. seronok rakam aib orang.. " marahnya.
" dah tepi tepi.. mangsa keadaan nak lalu.. " Adhawiyah menyarung semula kasutnya yang tercabut tadi. Terasa sakit dikaki dan pergelangan tangannya.
" Haaaa.. abis luka.. aduii" rengeknya sendiri. Jalannya sedikit tempang kerana buku lalinya terseliuh.
" tunggu" Aniq cuba memapah gadis itu tapi ditepis.
" tak perlu" balas Adhawiyah
" kau jangan nak melawan boleh.. kau nak ke orang tengok betis kau yang gebu ni" Adhawiyah memeriksa kain baju kurungnya.
" hah koyak.. alamak" Aniq segera mengikat jaket hudnya ke pinggang gadis itu untuk menutupi koyak yang terdedah.
" jalan.. kau jangan nak tayang sangat" marah Aniq. Adhawiyah hanya mengikut. Malas dia berbeta dengan pemuda itu. Sakit kaki dan tangannya lebih penting buat masa ini.

" Maira.. " rengek Adhawiyah apabila melihat kelibat sahabatnya.
" Ya Allah.. Adha.. kenapa dengan awak ni" Maira memeriksa gadis itu. Suasana riuh kafe tidak mengganggu perbualab mereka. Aniq hanya memerhati keletah dua sahabat itu.
" dia punca.. dia tolak saya.. Maira.. sakit.. " rengeknya.
" hishhh" Aniq menggelengkan kepala. Adhawiyah merenung tajam. Aniq menunduk.
" awak kain saya koyak.. dia tolak" rengek Adhawiyah.
" hah.. " Maira terkejut melihat pakaian sahabatnya compang camping.
" apa awak dah buat dekat kawan saya hah" Marah Maira.
" marah dia lagi Maira.. marah dia.. " Adhawiyah menjadi batu api. Suka dia melihat wajah cuak pemuda itu.
" apa lak salah saya kawan awak yang tiba tiba menyibuk" jawab Aniq.
" menyibuk.. kalau saya takde tadi.. agak agak siapa yang hilang nyawa dulu" marah Adhawiyah
" aku tak suruh pun kan kau menyibuk seperti mana kau tak nak aku campuri urusan kau.. macam tu juga aku" tengking Aniq.
" awak.... hehhhh" Adhawiyah memeluk tubuh tanda protes. Aniq tertawa kecil. Akhirnya dia berjaya menundukkan gadis itu.
" dah dah.. sekarang ni awak nak jalan macam mana ni.. kain awak koyak" soal Maira.
" hah.. err... ermmm awak.. saya pinjam hud awak esok saya bagi balik" pinta Adhawiyah.
" malam ni aku datang amik.. hud tu hadiah Sharmine untuk aku.. aku sayang" Adhawiyah terdiam.
" masih sayang dia pada gadis tu.. bermaksud aku tiada didalam hatinya" Adhawiyah bermonolog.
" ok.. malam ni pukul lapan awak datang.. saya tunggu" ujar Adhawiyah sebelum berlalu pergi. Aniq hanya melirik matanya melihat gadis itu pergi. Dia perasan akan perubahan wajah gadis itu.
" tersinggungkah dia" Aniq serba salah.

Adhawiyah merebahkan tubuhnya ke katil. Badannya terasa segar setelah mandi. Diperiksa lukanya ditangan dan kaki.
" apa punya malang la nasib kau yah.. kan dah boleh sakit" dia mengomel sendiri. Adhawiyah menyapu iodin yang dibeli Maira petang tadi. Dia mengerang menahan pedih. Peluh halus membanjiri dahinya.
" Adha.. hud si Aniq tu awak dah basuh ke" soal Maira.
" Allah.. saya lupa.. " dia segera turun dari katilnya dan berjalan laju walaupun terhinjut hinjut.
" jalan la pelan pelan.. kaki awak nanti bengkak lagi teruk" tempik Maira. Adhawiyah tidak mengendahkan nasihat sahabatnya itu. Dia segers ke dobi berdekatan dengan harapan hud itu sempat kering sebelum Aniq tiba.

Adhawiyah menanti hud yang masih di dalam mesin pengering. Lega hatinya.
" sempat pun.. apalah kau Adha.. nasib baik ada dobi ni kalau tak mampos kau kena maki" dia bermonolog. Di lihat sekeliling takut takut singa jantan itu sampai sebelum hud itu berhenti berputar.

TINGGGG

"tenkiu mesin tenkiu.. " Adhawiyah membuka mesin tersebut lalu mengambil pakaiannya. Matanya terbeliak luas melihat baju itu bertukar warna bertompok tompok dan ada beberapa bahagian gambarnya merenyut bergerutu berkedut.
" alamak.. mati kau yahhh" Dia makin panik. Jam ditelefonnya sudah menunjukkan pukul lapan lebih.
" macam mana ni" dia mula menggelabah.
" mairaaaa" tempiknya. Dia berjalan laju mahu pulang ke asramanya.

PINNNNN

Hon kereta berbunyi. Adhawiyah mencari dari mana datangnya bunyi kereta tersebut.
" hoi makcik.. kau nak kemana.. dah lama aku tunggu tau" tempik Aniq.
" Alamakkk" Adhawiyah menelan airliurnya kesat. Dia makin menggelabah apabila pemuda itu membuka pintu kereta. Adhawiyah berjalan perlahan sambil memandang Aniq yang bersandar pada keretanya.
" tenang tenang... kau hadap je makian dia" Adhawiyah bermotivasi sendiri.
" bila awak sampai.. tak nampak pun" Dia tersenyum kambing.
" dari kau keluar pagar sampai kau pergi dobi sampau kau datang sini" ujar Aniq.

GULP..

Airliurnya semakin kesat. Peluhny mula menyeringai.
"awalnya.. kan janji pukul lapan" Adhawiyah cuba mengalih cerita.
" aku ada hal sikit kejap lagi.. mana hud aku" pintanya. Adhawiyah mula tidak keruan. Gelabahnya semakin ketara.
" kereta awak ke.. cantiknya.. boleh saya tengok" Adhawiyah berjalan menuju ke pintu sebelah lalu masuk dan duduk di dalamnya. Aniq kehairanan. Gadis itu tidak pernah seperti itu. Aniq hanya memerhati dari luar.
" wah.. cantik.. selesanya.." diperhati riasan kereta sport tersebut.
" Sasuke.. kakashi... awak... comelnya" Adhawiyah teruja melihat dua karektor anime kegemarannya berada di dashboard kereta itu. Aniq menjengolkan kepalanya ke tingkap. Dia tersenyum melihat aksi comel dan lucu gadis itu.
" awak... mana awak beli.. comel" rengek Adhawiyah manja. Aniq terkesima. Jantungnya berdegup laju apabila melihat keletah comel gadis itu. Pinti kereta dibukanya. Dia duduk dikerusi pemandu. Dicabut anime itu lalu diberikan pada gadis disebelahnya.
" eh awak kenapa cabut" tanya Adhawiyah kehairanan.
" kau kata kau suka" ujar Aniq
" eh tak pe tak pe.. saya boleh beli sendiri. Adhawiyah meletakkan semula anime itu ditempatnya.
"ambil la.. aku boleh beli lain"suruh Aniq tapi pelawaan itu ditolak Adhawiyah. Aniq bersandar pada kerusinya. Ditongkat kepalanya dengan tangannya. Dipandang Adhawiyah asyik. Diperati tangan gadis itu. Kelihatan calar calar di telapak tangan gadis itu.
" sini aku tengok luka kau" ditarik tangan gadis itu hampir dengannya.
" sakit lah" rungut Adhawiyah. Dia cuba menarik tangannya tapi ditenung Aniq tajam.
" diam lah.. aku nak tengok.. teruk ke.. cacat ke" tempelak Aniq. Adhawiyah membuat muka cemberut.
" sikit je.. esok esok baik la tu" ditolak tangan gadis itu kuat.
" auchhh sakit tau tak" marah Adhawiyah
" mana hud aku" pintanya. Adhawiyah menggenggam erat hud yang berada ditangannya.
" cepat la aku ada hal ni" pinta Aniq agak keras. Adhawiyah mula ketakutan. Dia tahu itu pakaian yang amat berharga bagi pemuda itu.
" cepat lah.. ishh la" Aniq semakin kurang sabar. Adhawiyah menghulurkan baju tersebut. Hud itu bertukar tangan. Aniq memeriksa pakaiannya.
" apa ni" marah Aniq
" awak saya minta maaf.. saya basuh tadi lupa nak tengok label.. saya ingatkan dia boleh masuk dalam dryer.. sorry" keningnya dikerutkan. Tangannya disusun tanda memohon ampun.
" kau tahu tak betapa berharganya baju ni buat aku.. " tengkingnya. Adhawiyah menjingkit jingkitkan bahunya apabila suara garau pemuda itu menembusi gegendang telinganya. Aniq mula menyinga.
" saya minta maaf.. saya gantikan yang baru ya" ujar Adhawiyah.
" kau rasa kau mampu ke beli.. kau tahu tak harga baju ni.. sehelai baju ni boleh sara makan kau seminggu tau tak.. lagi pun kalau kau beli tak sama dengan yang ini.. " tengking Aniq.
" saya tahu saya salah.. saya minta Maaf" Adhawiyah sedih apabila pemuda itu sudah mula merendah rendahkan dirinya.
" itu je yang kau tahu.. maaf maaf.. lepas tu menangis.. kau ingat dengan maaf kau dengan airmata kau boleh kembalikan baju ni semula ke.. " tengking Aniq lagi. Dia sudah tidak menjaga tutur katanya. Hati Adhawiyah dicarik carik dengan kata katanya.
" saya tahu saya takkan mampu gantikan baju tu.. walaupun saya beli dengan harga yang sama.. pattern yang sama.. tapi tak dapat kembalikan sentimental value pada baju tu.. saya tahu awak sayang kan baju tu sebab itu pemberian tunang awak.. " belum sempat kata katanya dihabiskan Aniq sudah menengkingnya
" kau tahu pun.. dah tu.. kau nak buat apa sekarang" tengking Aniq. Adhawiyah hanya diam. Disapu airmatanya dan berpaling keluar.
" kau dengar tak ni" dicengkam lengan gadis itu kuat. Muka Adhawiyah berkerut menahan sakit. Luka dilengannya berdarah kembali.
" awak sakit" rayunya
" hati aku lagi sakit bila kau rosakkan baju ni kau faham tak" tengkingnya.
" habis awak nak saya buat apa" soal Adhawiyah dalam sedu yang teramat. Aniq merentap lengan gadis itu kuat. Adhawiyah memegang lengannya yang melihatkan tompok darah dibajunya. Dia membuka pintu kereta. Kakinya dikeluarkan.
" awak fikirkan dulu apa hukuman yang setimpal untuk saya sebab dah rosakkan baju kesayangan awak" ujar Adhawiyah. Adhawiyah keluar dari kereta itu dan berjalan perlahan lahan kerana kakinya belum reda sakitnya. Aniq perasan gadis itu berjalan menahan sakit.
" hoi.. " tempiknya. Adhawiyah tidak mengendahkan panggilan pemuda itu.
" Adhawiyah" panggilnya lagi. Gadis itu semakin jauh.
" urggghhhhhh" tempiknya didalam kereta. Dibuka pintu keretanya lalu berjalan laju mendapatkan gadis yang berjalan berjingkit jingkit. Dipegang lengan gadis itu kemas tapi direntap gadis itu kuat.
" lepas la.. " Adhawiyah mahu meneruskan langkahnya tapi langkahnya terhenti kerana lengannya dicengkam kemas sekali lagi.
" awak sakitttt" kali ini tangisannya benar benar terhambur.
" kau yang berdegil" marah Aniq.
" saya degil.. bila saya degil... saya nak balik.. dah lewat.. saya nak tidur esok ada kelas" dalihnya. Dia cuba melepaskan cengkaman itu namun sukar.
" kau pekak ke.. tak dengar aku panggil" marah Aniq. Adhawiyah merenung Aniq tajam. Mata gadis iti sudah membengkak dan merah kerana tangisannya yang lama.
" saya dengar.. saya tak pekak.. tapi saya pekakkan telinga saya dari terus mendengar hinaan dan cercaan dari awak untuk saya.. " ujar Adhawiyah senafas. Dadanya berombak menahan marah. Aniq melepaskan lengan gadis itu. Dia tahu dia sudah melampaui batas.
" ok.. aku minta maaf" pintanya. Adhawiyah tersenyum sinis.
" maaf senang sangat nak di ucapkan.. sikit sikit maaf.. senangkan" Aniq seakan tertampar dengan kata katanya sendiri. Aniq berasa bersalah. Adhawiyah meneruskan perjalanannya. Aniq hanya memerhati. Matanya tertangkap kesan darah pada baju gadis itu. Dia segera mendapatkan gadis itu. Dipegang lengan gadis itu dan diselak lengan baju dan menampakkan luka besar di lengan gadis itu.
" jom aku hantar kau ke klinik" pelawanya
" tak perlu.. saya dah ada ubat" balas Adhawiyah sambil menutup lengan bajunya.
" kita ke klinik.. kau kena buat rawatan.. teruk tu" pujuk Aniq.
" orang macam saya tak layak untik jejak kaki ke klinik.. bayaran untuk rawatan saja boleh tampung makan saya untuk seminggu" Aniq rasa akan tertampar sekali lagi.
" jom aku bawakan... aku bayarkan" pujuk Aniq
" orang kaya macam awak memang senangkan keluarkan duit.. macam air.. simpan saja duit awak.. saya tak hadap" balas Adhawiyah. Dia mahu melangkah tapi jarinya dicapai pemuda itu. Tidak semena mena pipi pemuda itu ditampat Adhawiyah kuat.
" awak jangan sentuh saya.. jangan kotorkan tangan awak untuk orang macam saya.. saya tak perlukan bantuan awak.. saya boleh jaga diri saya sendiri.. awak balik lah.. jangan muncul depan saya lagi" pinta Adhawiyah dan meneruskan perjalanannya.
" argghhhhhhhhhhh!!!!!! " tempik Aniq semahunya memecah sunyi. Adhawiyah tidak mengendahkan akan kelakuan pemuda itu. Dia terus berjalan membuang hiba hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience