6

Romance Series 67724

Aniq diselubungi rasa bersalah. Raut wajah duka gadis itu bermain dimindanya. Mahu dia mencari gadis itu tapi hatinya tidak membenarkan. Dia harus akur dengan permintaan gadis itu. Lagipun hatinya masih menyimpan harapan agar bekas tunangnya beralih kepadanya. Jiwanya semakin bercelaru.
" jauh termenung" sapa Haris yang berjalan keluar menghampiri adiknya yang duduk di laman.
" fikir apa" soal Haris lagi.
" fikir apa.. takde apa pun.. saja.. dah lama tak rileks macam ni" dalih Aniq. Haris tersenyum sinis.
" Zehra mana.. " Aniq mencari anak saudaranya yang berusia empat tahun. Anak saudara sulungnya penyeri rumah agam itu sejak abangnya berpindah semula ke rumah keluarga mereka setelah kehilangan isterinya ketika melahirkan Zehra. Arwah dikatakan mengalami sesak nafas dan pendarahan yang banyak akibat melahirkan diusia yang singkat. Haris bernikah dengan arwah isterinya yang tua sembilan tahun darinya yang ketika itu dia berusia 28 tahun. Setelah lima tahun usia perkahwinan mereka baru mereka dikurniakan anak tapi malangnya wanita itu tidak sempat melihat anak yang dikandungkannya selama sembilan bulan itu. Zehra membesar tanpa kasih seorang ibu.
" keluar dengan ummi" balas Haris tenang. Aniq hanya mengangguk.
" tak keluar hari ni" soal Haris. Aniq menggeleng.
" malas.. nak rest kat rumah je hari ni.. nak main dengan Zehra. " balas Aniq.
" Aniq.. kau ingat lagi tak staf resort yang malam tu.. yang kau berkasar dengan dia tu" soal Haris. Aniq cuba mengingati. Dahinya dikerutkan.
" alah.. yang malam birthday kau tu.. ada sorang waitress yang kau marah tu.. apa nama dia.. adoi la.. " Haris mengetap ngetap jarinya bagi mengingatkan akan gadis itu. Aniq cuba mengingatkan.
" apa nama dia.. adoi lah.. " Haris masih cuba mengingati.
" Adhawiyah " teka Aniq
" hah Adhawiyah " Aniq tersentak. Apakah urusan abangnya dengan gadis itu.
" aku tak nampak dia dekat resort.. dah berhenti ke? " soal Haris
" mana aku tahu.. kau dah kenapa tanya pasal budak tu" Aniq cuba mencungkil cerita.
" tak lah.. aku kesian dekat dia.. kau tu kasar sangat dengan dia.. " ujar Haris.
" memang patut pun.. dia buat kerja macam mana.. main main.. apa kita bayar gaji dia untuk dia main main.. eh kau pun.. dah lama kot.. kau nak ingat buat apa lagi.. biarlah dekat dia.. bukan urusan kita kalau dia nak berhenti sekali pun" Aniq cuba mengalih cerita.
" aku bukan apa yang aku dengar dia tu anak yatim piatu.. " Haris mula bercerita. Dia seakan berminat dengan kehidupan gadis itu dan itu membuatkan Aniq tidak duduk diam. Dia mula risau. Takut akan abangnya mencari ibu baru untuk Zehra.
" alah kau.. bukan dia sorang anak yatim piatu dalam negara ni.. lagipun dia dah besar kot.. kalau kecil lain la.. patut juga kita ambil tahu ni dah besar panjang.. dah kerja pun.. pandai pandai lah dia nak hidup" Aniq mencapai gelas yang berisi jus lalu disedutnya sehingga habis. Tekaknya tiba tiba berasa haus. Haris hanya berdiam.

Aniq mundar mandir. Diketap kukunya menggunakan giginya. Hatinya mulai resah. Apakah maksud abangnya. Adakah abangnya menaruh hati terhadap gadis itu atau abangnya punya agenda tersendiri. Aniq mencapai kunci motornya lalu membonceng hingga ke asrama gadis itu.
"makcik siah.. " panggil Aniq. Warden asrama itu menghampirinya.
" Aniq.. ada apa " soal wanita separuh abad itu.
" makcik boleh tolong panggilkan Adhawiyah.. fakulti sains sukan" pintanya.
"oh.. Adha balik kampung.. Dia tak sihat kebelakangan ni.. kaki dia bengkak teruk lepas bergelut dengan pakcik dia.. nasib ada orang nampak.. tolong dia.. kalau tak.. entah lah.. " Aniq tergamam. Kenapa dia tidak tahu akan berita itu.
"dah lams ke dia balik.. " soal Aniq lagi.
" dah tiga hari kalau tak silap makcik.. Aniq tak call dia" soal wanita itu.
" Aniq takde nombor dia.. makcik ada? " pintanya.
" kejap.. " wanita itu masuk semula ke dalam bilik pos dan menulis sesuatu diatas kertas dan keluar setelah itu.
" nah.. dia bagi nombor ni dekat makcik sebelum dia balik.. katanya kalau ada barang dia sampai dia suruh call dia.. dia nak minta pos kan dekat kampung dia.. " jelas wanita itu.
" ada ke barang dia sampai.. " soal Aniq lagi.
" ada.. entah apa.. kejap lagi Maira nak pos rasanya.. " jawab wanita itu.
" tak pe makcik biar Aniq pos kan.. mana barang tu" soal Aniq lagi. Wanita itu masuk semula ke dalam bilik posnya dan keluar dengan sebuah kotak yang agak besar. Aniq mengambil kotak itu dan melihat butiran pengirim.
" apa benda ni.. " dia agak musykil.
" Aniq pos tau.. makcik percayakan Aniq.." pesan wanita itu lagi
" ya makcik.. Aniq pos.. Aniq pergi dulu ya" Dibawa kotak itu pulang.

Adhawiyah bergegas mendapatkan telefonnya yang dari tadi berdering. Nombor yang tertera tiada menunjukkan sebarang nama.
" Assalamualaikum.. Adhawiyah bercakap siapa ni" soal Adhawiyah
" hello.. Adha.. Aniq ni" Adhawiyah mahu meletakkan panggilan namun kedengaran suara itu merayu mahu berbicara dia membatalkan tindakannya.
" barang awak ada dengan saya.. awak bagi alamat saya pos kan" Ujar Aniq
" tak pe hantar balik.. Maira boleh tolong pos kan" tolak Adhawiyah.
" kau kenapa susah sangat nak dengar cakap aku.. bagi je lah alamat.. biar aku poskan.. Barang kau ni bukan kecil.. kau rasa boleh ke Maira nak bawa.. naik bas pula tu" Aniq cuba meyakinkan. Adhawiyah terdiam
" yesss.. " Aniq gembira gadis itu memberi kerja sama.
" kejap lagi saya wasap alamat" ujar Adhawiyah lalu talian dimatikan.
" ish la.. tak nak ke tanya aku sihat ke tak.. dah makan ke belum.. ni main letak je.. bingaiiii" rungutnya. Dia memandang syiling biliknya menantikan mesej dari gadis itu. Di pegang telefonnya dan di kelebek satu persatu apps yang ada.
" apa yang lama sangat dia nak hantar mesej lokasi ni.. duduk kat marikh ke" bebelnya. Telefonnya berdetak. Mesej dari bank untuk penyata bulanan. Tidak diendahkan mesej itu. Bukan itu yang di tunggunya.

Adhawiyah resah. Pakciknya menuntut janji. Dia masih tidak punya wang yang diminta.
" kau nak lari mana awiy.. sampai lubang cacing aku cari.. kau jangan main main dengan aku awiy. " marah lelaki itu.
" abang kahar.. jangan macam ni.. kita bawa berbincang ya" wanita penjaga rumah anak yatim iti bersuara.
" pakcik.. Awiy takde duit sebanyak tu.. awiy minta maaf sangat sangat.. awiy harap pakcik tak buat kecoh dekat sini.. kesian kan bunda" rayu Adhawiyah.
" aku tak kira.. aku nak juga duit tu.. kau dah janji dengan aku awiy" tempik kahar. Adhawiyah berlari masuk ke bilik. Di buka buku akaun simpanannya tapi wang yang ada hanya tiga angka. Dikorek setiap kali lelaki itu meminta duit dengannya. Dibuka dompetnya dikira semua wang yang ada. Jika dicampur masih belum mencukupi bahkan seribu pun belum ada. Adhawiyah terpegang kad bank Aniq. Di belek kad tersebut. Dia cuba mengingati kepunyaan siapakah kad itu.
"Aniq" nama itu meniti dibibirnya
" jangan Adha.. duit orang... " bisik hatinya. kad ditangannya diketuk ketuk. Adhawiyah beredar meninggalkan biliknya.
"Bunda.. Adha keluar sekejap.. "pintanya.
"nak ke mana.. "tanya wanita itu.
"ada urusan... pakcik tunggu sekejap... kejap lagi Awiy balik" pesannya
" aku tahu duit aku ada.. kalau tak.. nahas kau aku kerjakan"tempik Kahar. Adhawiyah mengayuh basikalnya laju.

Adhawiyah berhenti disebuah bank. Dia mundar mandir. Dikeluarkan semua wang simpanannya dan dihitung baki yang diperlukan.
" lagi seribu dua ratus.. nak ke tak nak.. nak ke tak nak.." dia berfikiran. Adhawiyah berdiri dihadapan mesin atm dimasukkan kan kad tersebut dan ditekan nombor pin. Matanya terbuntang melihat baki wang didalamnya yang mencecah lima angka.
" untung jadi orang kaya" dia mula sebak.
" Aniq... saya pinjam dulu ya.. saya janji saya bayar balik" bisiknya. Dikeluarkan wang sebanyak yang dikehendaki lalu beredar. Hatinya rasa serba salah tapi dia tidak mahu pakciknya membuat kecoh dipusat jagaan.

" nah duit pakcik" wang bernilai dua ribu diberikan kepada lelaki dihadapannya. Kahar mengambil sampul surat yang dihulurkan lalu mengira.
" macam ni lah anak saudara kesayangan pakcik" sampul itu diketuk perlahan lahan ke kepala Adhawiyah. Gadis itu menggenggam jarinya kemas. Sedih.. geram.. marah dan benci bercampur.
" Adha.. mana Adha dapat duit sebanyak tu" soal wanita itu.
" Adha ada simpanan sikit dan Adha pinjam kawan" dikesat airmatanya yang mengalir.
" Adha.. Adha jangan tipu bunda" pujuk wanita itu.
" Adha tak tipu.. bunda jangan risau ya.. Adha tak buat perkara yang tak elok" tangan wanita itu digenggam erat. Adhawiyah termenung di dapur. Kawasan lombong luas dibelakang pusat jagaan itu di tenungnya. Tanpa disedari airmatanya menitis satu persatu.
" kak Adha.. ada barang sampai" ujar seorang kanak kanak. Adhawiyah menyapu airmatanya lalu berjalan ke laman. Dia terkejut melihat pemuda yang berada di pagar.
" Apa awak buat dekat sini " soal Adhawiyah. Kalut kalut dia menghampiri pemuda itu.
" aku datang nak hantar barang kau lah" diangkat kotak kepunyaan gadis itu. Adhawiyah mengambil kotak itu lalu meletakkan ke meja disebelahnya.
" mana awak tahu tempat ni" soal Adhawiyah
" aku tunggu kau lambat sangat nak bagi aku minta dekat Maira" jawab Aniq tenang. Aniq perasan mata gadis itu bengkak dan merah.
" kau kenapa.. menangis lagi.. kenapa.. pasal apa.. " Aniq mula menyinga.
" saya kupas bawang tadi" dalihnya namun tidak dapat menipu pemuda itu.
" kau boleh tak kalau jumpa aku jangan nak touchy sangat.. " pintanya
" mana tahu awak nak datang.." Adhawiyah membalas. Aniq diam.
" Adha.. siapa ni" soal wanita itu lalu menghampiri mereka.
" Ni Aniq Imran.. kawan Adha.. awak ni Puan Laila.. Bunda saya dan pengasas pusat jagaan ni" terang Adhawiyah
" panggil Bunda saja.. jemput masuk" pelawa wanita itu.
" dia nak balik dah bunda dia datang hantar barang.. kan.. awak kan" Adhawiyah berdalih.
" eh tak.. terima kasih.. saya dahaga ni bunda boleh saya minta air" sehaya itu dia melangkah masuk ke dalam. Adhawiyah merengus geram.

Aniq memerhati kelakuan Adhawiyah bersama anak anak pusat jagaan disitu. Barang yang dibelinya didalam kotak tersebut semua barangan untuk anak anak penghuni.
" Aniq.. bunda nak tanya sikit.. boleh" puan Laila mulakan tutur bicara. Aniq mengalih pandangannya dari tadi dia melihat Adhawiyah kini dipandang wanita dihadapannya. Wakah redup tenang itu membuatkan dia berasa selesa. Tampak wajah lembut keibuan dari wanita itu. Tak hairan lah kenapa dia mengusahakan rumah jagaan ini. Penghuni disitu juga amat menghormati dan menyayangi wanita itu.
" Dah lama ke Aniq kenal Adha" soal wanita itu.
" baru beberapa bula bunda.. itu pun sebab dia buat partime dekat resort abi Aniq... kenapa bunda" soal Aniq.
" owh.. saja Bunda tanya.. sebab setahu Bunda Adha bukan gadis yang mudah bergaul apatah lagi dengan berlainan jantina.. lelaki yang pernah dia rapat Emir.. bekas tunang dia.. lepas pada tu senyap.. dah tak dengar dia berkawan dengan mana mana lelaki.. " Aniq hanya mengangguk.
" Aniq suka dia" soalan wanita itu membuatkan Aniq tidak senang duduk.
" Bunda bukan apa.. Bunda tak nak tengok Adha disakiti lagi.. lelaki yang berada disekeliling dia hanya menabur duka.. Adha terlalu menderita Aniq" cerita wanita itu.
" maaf Bunda.. kalau boleh Aniq tahu.. ayah Adha meninggal sebab apa.. " soal Aniq. Raut wajah Laila berubah. Perkara yang sudah lama dirahsiakan dari sesiapa bahkan Adhawiyah sendiri.
" ayah Adha meninggal sebab sakit... " balas Laila. Ralat untuknya bercerita.
" sakit? " soal Aniq lagi.
" Aniq sukakan Adha.. sayangkan Adha? " soal Laila.
" Aniq dah lama luah rasa hati Aniq dekat dia tapi Adha tolak mentah mentah.. Aniq dah mati akal nak tarik perhatian dia" jelas Aniq. Laila tersenyum.
" Adha.. dia trauma dengan apa yang berlaku dalam kehidupan dia. Macam tadi pakcik dia ada datang minta duit.. Bunda tak tahu yang selama ni Kahar minta duit dekat Adha.. kalau dua tak balik sini sumpah Bunda tak tahu." ujar Laila.
" pakcik datang sini.. minta duit? " Aniq terkesima
" ha ah.. Aniq kenal Kahar.. pakcik Adha" soal Laila.
" tak pernah jumpa.. tapi pernah dengar dia bergaduh dengan Emir pasal ni.. katanya pakcik Adha ada jumpa Emir minta duit dan jadikan Adha sebagai cagaran" ceritanya.
" Allahurabbi.. Kahar.. apa lagi yang tak kena.. hari tu kakak kau.. ni anak saudara kau pula.. " leteran Laila didengari Aniq.
" kenapa dengan mak Adha Bunda" Aniq ingin tahu.
" hah takde pape.. Aniq.. bunda harap Aniq dapat tengok tengokkan Adha.. tolong ya.. jagakan dia untuk bunda ya" pesan wanita itu. Perbualan mereka tamat apabila Adhawiyah menghampiri mereka.
" sembang apa" Adhawiyah melabuhkan pinggulnya disebelah wanita yang membesarkannya.
" Bunda minta Aniq jaga Adha bila Adha balik kolej nanti.. Adha bukan bunda percayakan sangat.. " gurau wanita itu.
" mana ada.. Adha baik tau.. sopan sentiasa" Gadis itu berseloroh. Mereka tertawa.
" Aniq kerja atau belajar" soal Laila.
" belajar Bunda.. sama kolej dengan Adha," jelas Aniq.
" oh.. jadi senang lah.. Aniq jaga dia untuk bunda tau" pesan Laila lagi. Aniq tersenyum.

"Assalamualaikum" kedengaran suara seseorang memberi salam.
" Bunda kak Diana datang" tempik seorang anak kecil. Adhawiyah resah. Dia tidak mahu bertemu gadis itu.
" duduk Adha.. sampai bila Adha nak lari dari berjumpa dia.. Maafkan dia.. "nasihat Laila.
" Adha dah lama maafkan dia bunda.. " balas Adhawiyah lembut. Jarinya diramas kuat. Aniq perasan itu.
" kalau Adha sudah maafkan kenapa mengelak dari bertemu dengan dia.. Bunda tahu agak sukar untuk korang baik macam dulu.. tapi kalau berbicara hanya sebentar tak salahkan" Laila menasihati lagi.
" iya.. cuma.. Adha tak bersedia" balasnya
" itu tandanya Adha belum memaafkan.. maaf hanya dari mulut bukan dari hati.. kemaafan Adha tak ikhlas" Nada Laila tegas.
" maaf Bunda. " Adha menunduk.
" Bunda.. bunda sihat" Diana menghampiri mereka. Adhawiyah memandang sekilas. Kelihatan perut gadis itu sudah membesar walaupun diselindung dibalik tudung labuh dan jubah yang longgar.
" Bunds sihat... Diana.. sihat.. cucu Bunda? sihat tak.. aktif tak" soal Laila.
" alhamdulillah.. Diana balik ni sebab nak minta izin bunda Diana nak bersalin disini berpantang disini" pintanya
" habis Emir.. Emir izinkan ke" soal Laila.
" Emir yang minta dia berpantang disini sebab Emir kena ikut papa ke Jerman minggu depan.. papa ada urusan dekat sana.. sebulan juga lah.. Mama tak sihat jadi Emir terpaksa teman" jelas Emir. Matanya tertangkap susuk tubuh yang sedari tadi menunduk.
" oh.. ok.. Bunda lagi suka.. mesti riuh nanti... seronoknya. Adhawiyah semakin gelisah.
" oh ya.. kenalkan ni Aniq... " Laila cuba memperkenalkan
" bakal tunang dan suami Adha" sampuk pemuda itu. Adhawiyah dan Laila tersentak dengan kata kata yang keluar dari mulut pemuda itu.
" Adha.. " sapa Diana lalu memeluk gadis itu erat.
" Adha.. tahniah.. saya tumpang gembira" ucap Diana
" tumpang gembira.. masa aku mula mula bercinta dengan Emir ini juga yang kau cakap.. kami dah bertunang pun ini juga ucapan kau.. last last.. kau kebas dia dari aku.. munafik" bisik hatinya. Adhawiyah hanya tersenyum kelat.
" Awak sihat.. kenapa saya tengok awak makin cengkung?" soal Diana.
" Dia sibuk sikit lately ni.. kan dah nak exam" ujar Aniq bagi menghilangkan gundsh dihati gadis itu.
" maaflah.. saya kan terpaksa skip kelas sampai saya bersalin.. " seloroh Adha. Emir tetap memandang wajah comel dihadapannya. Tidak sedikit pun matanya beralih kearah isterinya
"uhuk uhuk" Aniq terbatuk batuk.
" Eh Aniq kenapa.. nah air ni.. minum.. pelan.. pelan... " Reaksi spontan Laila membuatkan Adhawiyah tersedar dari lamunannya.
" awak ok" Adhawiyah mendapatkan Aniq yang baru saja habis minum segelas air. Aniq hanya mengangguk.
" err bunda Adha minta diri kejap.. Adha ada hal nak bincang dengan Aniq" pintanya. Matanya dilirik kepada pemuda itu. Aniq hanya mengikut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience