14

Romance Series 67724

Adhawiyah berjalan memasuki ke tempat acara. Rumah milik rakannya itu dipenuhi dengan jemputan. Blaus yang dipakainya membuatkan dia berasa tidak selesa. Baju milik Hajar dipinjamkan gadis itu memandangkan dia tidak punya baju yang bersesuain. Beberapa mata tertumpu padanya. Dia tampak lain apabila hasil solekan dari Hajar melekap di wajahnya. Adhawiyah duduk disatu sudut. Dia terkulat kulat kerana dia sendirian. Hajar sudah hilang dari radar. Buah potong yang diambilnya dijamah satu persatu. Seseorang meletakkan gelas yang berisi minuman dimejanya. Adhawiyah mendongak.
" awak.. " Adhawiyah tidak tahu mahu tersenyum atau apa. Namun dia berasa lega kerana oemuda itu kelihatan baik baik saja. Dalam erti kata lain dia lega dapat menatap wajah yang dirinduinya.
" ikut aku" nada Aniq tegas. Adhawiyah bingung. Ada apa yang tidak kena dengan pemuda itu. Dia bangun dari duduknya lalu mengekori pemuda itu.

" kau buat apa dekat sini" soal Aniq.
" la datang majlis Alina lah.. kenapa tak boleh ke.. " Adhawiyah sinis
" Haris tahu kau datang sini.. " soal Aniq
" tahu.. tapi dia tak dapat join sebab Zehra tak sihat katanya.. kenapa. " soal Adhawiyah
" zehra sakit.. tadi elok je" Aniq kehairanan.
" awak kenal ke Zehra.. " soal Adhawiyah lagi.
" dia tu anak sedara aku.. Haris tu abang aku" matanya dibuka luas. Adhawiyah terkejut. Dia tidak tahu mereka adalah adik beradik. Sangkaannya mereka hanya teman baik.
" kenapa kau terkejut" soal Aniq
" saya ingat dia tu kawan awak" soal Adhawiyah
" aku pernah ceritakan aku ada abang.. abang aku nama Haris.. dia lah.. kau ni benak ke apa" marah Aniq.
" hah ada ke.. maaf saya tak ambil tahu.. tapi macam bukan je.. kenapa tak sama rupa" seloroh Adhawiyah
" kenapa aku muka macam mat saleh dia muka macam Myanmar " Aniq bercanda dalam geram
" tak dia hensem lagi awak... ermm boleh la" Adhawiyah sengaja.
" kau kan.. " geram Aniq.
" dah Haris tak datang kau datang buat apa.. kau nak balik pukul berapa bukan esok ada kelas ke" soal Aniq.
" saya balik dengan kak Hajar lah sebab saya datang dengan dia" balas Adhawiyah yakin
" dorang tu takkan terus balik.. aku tahu lah sebab aku selalu bergaul dengan dorang.. " Adhawiyah terkesima. Dia mula risau. Pulangnya dengan siapa. Kalau lewat malam susah untuknya mendapatkan kenderaan awam.
" ni pakaian kau ni.. kenapa pakai macam ni" soal Aniq
" la.. dah saya selesa saya pakai la.. lagipun Haris tak marah pun.. awak yang lebih lebih dah kenapa" soal Adhawiyah
" aku tak suka" balas Aniq
" suka tak suka itu awak punya pasal.. saya selesa saya pakai" Adhawiyah geram. Pemuda itu seakan mencabarnya.
" aku hantarkan kau balik" ujar Aniq
" tak payah.. saya boleh balik sendiri" Tolak Adhawiyah
" jangan degil boleh tak" marah Aniq. Direnung gadis itu tajam. Adhawiyah tidak mengendahkan renungan itu.
" kenapa dia" soal Aniq tiba tiba. Adhawiyah menatap wajah pemuda itu. Dicari cari makna soalan itu. Mata mereka bertentang.
" Aniq.. cepatlah.. kau kata nak nyanyi" Tempik Wan. Perbualan mereka tamat disitu. Soalan yang tergantung sepi.

" lagu ni saya tuju khas buat someone that I love but she's left me.. but it's okey.. just enjoy.. " lagu nyanyian Cian Ducrot PART OF ME dinyanyikan pemuda itu. Adhawiyah berdiri disatu sudut. Di fahami bait bait lagu itu. Dia merasakan lagu itu untuknya tapi kenapa. Adhawiyah memandang pemuda itu dengan seribu pertanyaan. Dalam keasyikan alunan suara Aniq, ada seorang gadis maju ke hadapan dan berdiri dihadapan Aniq.
" Sharmine... " ujar Adhawiyah. Aniq yang dari tadi memandangnya kini dialihkan pandangannya kearah gadis dihadapannya.
" kau yang perasan yah.. lagu tu bukan untuk kau.. bukan untuk kau" bisik hatinya. Adhawiyah beredar. Tidak mahu dia melihat adegan manis antara dua hati yang terpisah.

Adhawiyah memandang alunan gelombang air didalam kolam yang ditiup angin. Bayang bayangnya turut beralun begitu juga hatinya. Alunan duka bercampur. Adhawiyah mengeluh berat. Agak lama dia disitu.
" Adha.." Hajar merapati gadis itu.
" eh akak... ada apa" soal Adhawiyah
" buat apa dekat sini.. kenapa tak masuk dalam.." soal Hajar.
" Adha tak tahu nak buat apa.. bosan dekat dalam" tipunya. Walhal dalam hatinya penuh dengan airmata.
" ye ke.. " Hajar memancing. Adhawiyah hanya tersenyum.
" oh ya.. Adha.. akak minta maaf.. akak balik lambat.. Adha nak balik dah ke.. Akak boleh minta tolong sapa sapa hantarkan" ujar Hajar. Dia yang punya rancangan lain selepas itu rasa bersalah. Kerananya gadis itu terpaksa pulang sendiri.
" tak apa kak.. Adha balik naik teksi tumpang awal.. nanti dah lewat susah pula. " pinta Adhawiyah lalu beredar. Diambil tas tangannya lalu keluar dari rumah itu. Dia merasa sedikit tenang. Lari dari hiruk pikuk bunyi muzik yang gamat.

" Aniq.. tolong Hajar.. " pinta Hajar. Aniq yang sedang berbual dengan Sharmine menoleh.
" Tolong apa.. jangan suruh aku buat kerja gila lagi.. " seloroh Aniq. Dia dan Hajar yang berteman baik selalu bergurau yang pelik pelik. Keakraban mereka kadang kala menjadi buah mulut orang sehinggalah Aniq dikhabarkan sudah bertunang.
" Adha.. dia dah balik.. katanya nak naik cab.. Hajar risau.. bus stop jauh.. dekat sini susah nak dapat cab. " ujar gadis itu sambil memandang Sharmine yang berdiri disitu.
" Aku dah kata aku nak hantar.. " marah Aniq tiba tiba.
" Jangsn marahkan dia.. bukan salah dia.. salah Hajar... Hajar yang ajak dia.." Hajar cuba menenangkan pemuda itu.
" kau pun satu dah nak balik lambat ajak dia buat apa... " marah Aniq.
" Hajar takut dia bosan... lagipun bukan Aniq suka dia datang.. bukan Aniq pun rindu dia" Ujar Hajar. Aniq terdiam.
" Siapa Adha " Soal Sharmine
" tak payah sibuk lah" marah Hajar.
" Aniq... takkan nak biarkan dia sorang sorang... bahaya, " Hajar memaksa. Aniq memandang Sharmine.
" Babe sorry I kena hantar Adha balik.. kalau tak bising pula makcik ni " ujar Aniq
" Aniq.. I follow you" tempik Sharmine.
" kau kalau setakat nak mainkan perasaan dia.. better kau pergi. dia dah cukup sedih dan merana bila kau curang dengan dia.. biarkan dia bahagia. " Hajar memberi amaran pada gadis itu. Sharmine merapati Hajar.
" dia hanya akan bahagia dengan aku.. hanya aku yang boleh tundukkan singa tu.. " Balas Sharmine bangga.
" jangan terlalu yakin... sebab sekarang dah ada orang yang dah berjaya tundukkan Aniq" ujar Hajar tegas. Shermine tergamam. Aniq sudah punya pengganti?

"mana lah perempuan ni pergi." getus hatinya. Dipandu keretanya perlahan lahan. Dia melihat kiri dan kanan jalan.
" kita cari siapa ni" soal Sharmine yang duduk di sebelahnya.
" cari orang la.. takkan cari monyet." ujar Aniq acuh tak acuh. Hatinya geram dan risau bercampur.
" I tahu la orang.. tapi siapa.. lelaki ke perempuan.. boleh I tolong... " belum sempat gadis itu bercakap kereta yang dipandu pemuda itu berhenti dibahu jalan. Aniq keluar dengan terkocoh kocoh. Di perhentian bas ada seorang gadis sedang berdiri. Aniq menghampiri gadis itu dan kelihatan ada berlaku pertelingkahan.
" dia kah" bisik hatinya. Dia tidak pernahelihat Aniq sebegitu rupa. Risau Aniq padanya sebelum ini tidak sebegitu. Aniq tampak risau yang teramat.

" Awak.. awak buat apa dekat sini" soal Adhawiyah yang terkejut. Aniq menarik tangan gadis itu tapi direntap kuat.
" jom aku hantar kau balik" ujar Aniq. Adhawiyah melihat Shermine didalam kereta itu.
" saya boleh balik sendiri" balas Adhawiyah
" kau dengar cakap aku boleh tak.. kau tak pekakkan" marah Aniq
" ya satu dengar dan saya faham.. tapi saya kata saya nak balik sendiri kan.. lagipun tuuuu" di tunjuk ke arah Sharmine yang berada di dalam kereta.
" kenapa dengan dia" soal Aniq
" awak pergi lah dengan dia.. awak mesti banyak perkara nak bincang dengan dia" ujar Adhawiyah.
" aku kata aku hantar kan tadi.. apa yang susah sangat " marah Aniq.
" saya taknak ganggu korang.. " ujar Adhawiyah
" kau nak aku dukung kau atau kau masuk sendiri dalam kereta" Aniq memberi kata putus.
" kau nak aku dukung ke" tengkingnya. Adhawiyah merengus geram.
" hah hentak hentak kaki tu biar runtuh bus stop ni" Aniq merenung geram. Dalam hatinya dia seakan gembira. Adhawiyah masuk ke dalam perut kereta. Dia hanya diam ketika kereta itu dipandu. Sharmine melihat Adhawiyah melalui cermin sisi.
" you.. I nak singgah grocery sekejap.. nak beli barang sikit" ujar Sharmine. Aniq mengangguk. Diberhentikan keretanya dihadapan sebuah mini mart. Sharmine keluar dari kereta.
" babe you balik dulu.. nanti I call you.. ok" ujar Sharmine
" you nak balik naik apa.. dah lewat ni" Aniq risau.
" I boleh call sapa sapa datang ambil.. lagi pun kereta I dekat rumah Alina. " Ujarnya sebelum berlalu pergi. Dilambai tangannya kearah pemuda itu. Aniq hanya tersenyum kelat. Adhawiyah perasan itu. Aniq menarik nafas berat. Dia sedikit kecewa. Dia tidak punya masa yang panjang untuk bersembang dengan gadis itu.
" kau ingat aku driver kau ke" ujar Aniq. Adhawiyah termangu.
" duduk lah depan" ujarnya keras. Adhawiyah terkocoh kocoh menukar tempat duduknya. Adhawiyah menukar pandangannya keluar. Tidak mahu dia melihat pemuda yang berwajah ketat itu.
" kau nak ke mana mana tak.. aku bawakan" soal Aniq lembut.
" saya nak ke pantai" pinta Adhawiyah
" malam malam macam ni" soal Aniq.
" tak boleh takpelah" Adhawiyah sedikit kecewa. Dia amat teringin melihat pantai. Aniq diam. Dipandu keretanya diam.

Aniq memberhentikan keretanya di bahu jalan. Adhawiyah yang ke tiduran dibiarkan saja. Dibuka sedikit tingkap agar gadis itu selesa. Aniq keluar dari keretanya. Sebatang rokok dinyalakan. Asap rokok dihembus ke udara. Sesekali dia menoleh kedalam kereta. Adhawiyah masih enak dibuai mimpi. Aniq masuk ke dalam keretanya dan duduk bersandar di tempat duduk pemandu. Matanya dipejam perlahan lahan akhirnya dia terlelap.

Aniq terjaga dari lenanya kerana terasa dingin. Digosok matanya yang baru tersedar. Dia menoleh. Aniq cuak. Gadis disebelahnya sudah hilang. Aniq bergegas keluar mencari kelibat gadis itu. Diperhati di dalam gelap malam di gigi pantai seorang gadis sedang bermain dengan buih buih dilautan. Aniq menghampirinya.
" awak.. tengok buih ni.. cantik" ujar Adhawiyah seakan teruja. Aniq hanya tersenyum. Adhawiyah menarik tangannya lalu dibawa pemuda itu ke gigi air.
" masukkan kaki awak dalam pasir ni.. tenang je rasakan" Pinta Adhawiyah. Aniq menurut. Aniq mengakui akan kata kata gadis itu terasa tenang bila berbuat begitu. Lenguh kakinya seakan hilang.
" terima kasih awak.. saya dah lama tak datang pantai sejak ayah saya meninggal dunia waktu umur saya lapan tahun. " ceritanya.
" saya rindu desiran ombak sebab rumah saya dekat dengan pantai.. tapi lepas saya tinggal dengan pakcik.. saya dah tak boleh gerak ke mana..." Nada gadis itu sebak bila mengenangkan kisah silamnya yang agak sakit.
" terima kasih sebab bawa saya datang.. sungguh saya rindu suasana ni" ujar Adhawiyah berlinangan air mata. Aniq hanya berdiam. Adhawiyah menangis semahunya. Dia rindukan dirinya yang dulu.
" kau happy dengan Haris" soal Aniq tiba tiba. Adhawiyah menyapu airmatanya. Dipandang Aniq lama.
" Emmm" balas Adhawiyah senang.
" betul kau happy dengan dia" soal Aniq lagi
" emmm" balas Adhawiyah. Pandangannya dilontar ke laut lepas yang kelam. Aniq mengangguk.
"siapa mamat tu" soal Aniq.
" mamat mana" soal Adhawiyah kembali
"mamat yang kau suka tu" soal Aniq. Adhawiyah hanya berdiam.
" aku?? " soal Aniq lagi. Adhawiyah menoleh sambil tersenyum.
" apa yang buat awak rasa itu adalah awak" soal Adhawiyah lagi.
" selain aku.. kau berkepit dengan siapa lagi" Aniq seakan terkejut dengan soalan gadis itu.
" entah.. saya pun dah tak nak ingat... dia dah happy dengan pasangan dia.. dan saya cuba untuk cari bahagia saya" ujar Adhawiyah
" mans kau tahu dia bahagia... dan kenapa kau yakin kau akan bahagia dengan Haris" soal Aniq.
" sebab saya nampak dia tersenyum panjang bila bersama perempuan tu.. lagi pun bahagia tak dapat diungkap dengan kata kata.. hanya kita yang rasa.. " balas Adhawiyah
"tapi kalau dia tak gembira tak bahagia.. kau nak bagi peluang ke dekat dia" soal Aniq ingin kepastian.
" saya dah ada Haris.. saya cuba untuk bina bahagia saya dengan dia.. " ujar Adhawiyah
"maksud kau" Aniq terkesima. Adhawiyah menunjukkan cincin dijari manisnya. Aniq tergamam.
" Haris melamar saya siang tadi dan saya bersetuju" Aniq melepaskan pandangannya ke laut luas. Hatinya seakan dicarik carik.
" saya minta maaf" pinta Adhawiyah
" untuk apa" soal Aniq.
" untuk semua masa masa kita.. saya dah banyak menyusahkan awak" ujar Adhawiyah. Hanya berdiam. Ditahan airmatanya dari mengalir.
" terima kasih sebab ada dengan saya setiap susah dan senang saya" ujar Adhawiyah.
" kenapa kau yakin dia akan bahagiakan kau" soal Aniq.
" sebab saya tak nak mengharap.. saya dah penat mengharap dan dah letih mengejar.. sekarang saya nak berserah pada Allah.. kalau dia yang terbaik untuk saya... saya minta Allah permudahkan tapi kalau dia bukan untuk saya Allah tunjukkan.. saya tak simpan apa apa harapan. " mereka diam. Emosi mereka yang tidak keruan perlu ditenangkan. Deruan ombak menghempas pantai memecah kesunyian.

Matahari mula memancar sinarnya. Aniq terjaga. Di gosok matanya agar jelas melihat. Bunyi ombak kuat dan bau air laut menyegarkan paginya. Dia mahu bangun tapi pahanya terasa berat. Dia menunduk dan tergamam melihat Adhawiyah berbaring diribaannya. Aniq menaikkan kerusinya lalu bersandar. Di selak tudung yang menutupi sebahagian wajah gadis itu. Aniq tersenyum. Mahu saja dia merasakan bahagia... cincin dijari manis gadis itu merentap senyumnya. Entah bagaimana dia yang mahu bersandar pada kerusianya tiba tiba tertekan hon kereta. Adhawiyah bangun dengan kalut kalut terhantuk pada stereng kereta. Aniq tertawa melihat gadis itu mengerang kesakitan.
" sakit tau tak.. " bentak Adhawiyah. Aniq masih tertawa.
"comel" ujar Aniq tatkala melihat wajah cemberut gadis itu. Adhawiyah membaiki tudungnya.
" saya nak balik" ujar Adhawiyah merajuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience