" kau pekak ke..aku tanya ni" tengking Aniq lagi. Adhawiyah menunduk. Tidak berani dia menatap wajah yang sudah kemerahan dek kerana amarah yang sedang membuak.
" kau nak bukti?.. ni..ni..apa" Diana menghulurkan telefonnya ke pada Aniq. Aniq membelek satu persatu foto di dalam telefon itu. Luluh hatinya melihat gadis itu bersama Emir di sebuah klinik sakit puan. Foto gadis itu dipapah Emir masuk ke sebuah kereta serta gambar mereka sedang membeli barangan bayi meremukkan hatinya. Tanpa disedari matanya bergenang.
" awak..biar saya jelaskan.. " Adhawiyah cuba menarik perhatian pemuda itu namun gagal.
" apa yang kau nak jelaskan lagi" Diana seakan puas melihat wajah kecewa yang terpampang pada pemuda itu dan gadis dihadapanya seakan sudah kalah dan bakal menyerah.
" awak diam Diana..awak patutnya bersyukur sebab saya yang galas tanggungjawab awak selepas awak tinggalkan Sofea terkontang kanting.
menangis setiap malam merindukan awak..awak..awak mengaku awak ibu dia tapi awak dimana" soal Adhawiyah geram. Dia sudah tidak tahan lagi.
" Kau nak rugi apa.. Emir pun kau dapatkan..kalau tak takkan kau dan Haris berpisah.. sekarang kau nak tipu Aniq pula" Diana menambah bara dihati pemuda dihadapannya.
" Diam Diana kalau awak tak tahu hal sebenar" tengking Adhawiyah
" bagitahu aku hal yang sebenar.. gambar ni..gambar ni..apa yang aku dengar tu salah.. tell me now..that i'm wrong Adha.." tengking Aniq Adhawiyah diam membisu. Airmatanya mengalir deras.
" kenapa kau diam.. cakap lah" tengking Aniq lagi.
" yyaaa ggaammbar tu gambar saya dan Emir.." Adhawiya gugup.Dia mahu menjelaskan tetapi pemuda itu menghalang.
" ok.. cukup..cukup Adha.. " Aniq meraup wajahnya kecewa. Airmatanya yang dari tadi bergenang kini sudah mengalir.
" lepas ni..aku tak nak tengok muka kau dalam rumah Bakti ni..aku tak nak kau ada kena mengena dengan rumah Bakti ni lagi.. rumah bakti ni bawah penyeliaan aku..jadi aku nak kau keluar dari sini.." ujar Aniq kecewa. Remuk hatinya apabila kenyataan gadis itu mengiyakan semuanya. Aniq berlalu pergi meninggalkan rumah asuhan itu. Adhawiyah berlari mendapatkan Aniq terhenti dipertengahan kerana kakinya luka terpijak kaca kaca yang bertaburan dilantai.
" sekarang kau rasa apa yang aku rasakan selama ni..kau jangan ingat kau boleh bahagia dan gembira sebab aku akan pastikan kau akan rasakan setiap luka yang aku dapat dari tindakan kau dengan Emir." ujar Diana yang juga berlalu pergi meninggalkan gadis itu menangis keseorangan menahan kesakitan.
Aniq memandu keretanya tanpa arah. Benaknya masih lagi mengingati kejadian di Rumah Bakti itu. Remuk hatinya masih lagi belum di perbaiki. Kecewanya dia tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Airmata jantannya mengalir lagi tapi kali ini begitu murah curahannya.
" kenapa.. kenapa.." tempiknya didalam kereta. Stereng kereta ditampar berkali kali bagi melepaskan amarah kecewanya.
" kenapa Adha..kenapa kau sanggup buat macam ni..aku sayang kau.. kau tahu tak" tempiknya. Bahunya terhinjut hinjut kerana tangisannya yang menderu. Aniq tersentak setelah kedengaran hon kereta bertalu talu. Lampu isyarat yang tadinya merah kini bertukar hijau. Dia menyambung pemanduannya tanpa arah tuju. Ke mana harus dia pergi. Dia sendiri tidak tahu.
Adhawiyah merawat luka dikakinya. Darah masih lagi mengalir. Beberapa tikaman dikakinya akibat kaca tidak sesakit hatinya yang terluka kerana fitnah. Bertambah lukanya apabila satu satunya pemuda yang dicintainya tidak percaya akan dirinya. Dirasakan dirinya terlalu hina.
" kenapa awak tak nak dengar penjelasan saya" rintihnya sendiri memeluk tubuhnya yang sudah kehilangan daya untuk bertahan.
Seisi rumah agam itu tersentak apabila Aniq menghempaskan kunci keretanya ke kabinet. Jalannya sudah tidak melihat sekeliling. Wajahnya yang tegang digeruni semua penghuni rumah itu. Aniq berjalan menuju ke biliknya lalu dihempas pintunya kuat.
" kenapa tu.." soal Puan Khalida yang sedang menuang air teh o panas ke dalam cawan suaminya.
" ada lah tu..biarlah..nanti dia ok dia cerita lah" Tuan Firdaus kembali membelek laporan yang dihantar setiausahanya sebentar tadi.Note pad ditangannya dilerek lerek.
" Haris.. tu.." Haris memandang wajah wanita itu sekilas lalu bangun dari duduknya tanda faham akan permintaan wanita itu. Haris berjalan menuju ke bilik Aniq yang tertutup rapi. Dia cuak takut akan dihambur kata kata makian. Aniq punya sifat baran yang tinggi. Andai tersilap langkah pemuda itu akan bertindak diluar batasan. Diketuk pintu bilik itu perlahan. Diam tanpa balasan. Dia mengetuk lagi kali ini sedikit kuat.
" apa" kedengaran suara Aniq dari dalam.
" boleh aku masuk.." soal Haris lembut.
" kau nak apa.. sana sana..jangan kacau aku" marah Aniq. Jelas katanya walaupun sayup kedengaran.
" abi dengan ummi risau tu" Haris cuba berdalih. Mereka diam seketika.
KETAKKKK
Pintu bilik itu dibuka dari dalam. Aniq menjengulkan kepalanya sedikit.
" masuk lah" suruhnya. Haris masuk kedalam bilik pemuda itu. Aniq duduk di bangku lalu dilemparkan pandangannya ke luar jendela. Haris cuba mengatur ayat. Ralat.
" kenapa kau tipu aku" soal Aniq tiba tiba. Haris tersentak.
" tipu..aku tipu apa" soal Haris kehairanan.
" pasal kau dengan Adha" soal Aniq lagi. Haris gelabah.Dia cuba mencari alasan yang kukuh agar adiknya tidak berubah menjadi singa kelaparan.
" kenapa dengan Adha.." soal Haris gugup.
" kenapa kau bertunang dengan dia" soal Aniq tanpa memandang wajah pemuda dibelakangnya.
" sebab aku sayang dia" balas Haris tenang.Dia cuba menutup gugupnya.
" habis kalau sayang kenapa kau putus dengan dia" soal Aniq lagi. Kali ini Haris benar benar terkejut. Bagaimana adiknya mengetahui akan hal itu sedangkan Adhawiyah sudah membuat perjanjian dengan umminya untuk menutup mulut akan hal itu.
" kau tak jawab soalan aku" Soal Aniq lalu berpaling memandang Haris yang berdiri dibelakangnya. Haris menelan airliurnya kasar. Renungan adiknya amat menggerunkan.
" sebab apa kau putuskan hubungan kau dengan Adha kalau kau sayangkan dia" soal Aniq lagi. Haris tidak keruan.Dia cuba mencari alasan.
" memang aku sayang dia..tapi Adha.. dia yang minta putuskan pertunangan kami.." Ujar Haris gugup.
" sebab?" Aniq masih mahu tahu.
" aku pun tak tahu..tapi sampai sekarang aku masih tak terima perpisahan kami.. aku tak nak kehilangan dia" ujar Haris. Entah apa yang merasuknya dia semakin laju meluahkan rasa tanpa rasa gugup dan gentar.
" aku sayang dia sangat sangat tapi aku dapat rasakan dia tak punya rasa yang sama dengan aku..dia makin menjauhkan diri dia dari aku tanpa sebab" nada Haris bergetar dan hiba.
" kau tahu tentang dia dengan Emir" soal Aniq cuba mencungkil rahsia.
" owh bekas tunang dia tu.. tahu..aku pun rasa dia masih berhubung dengan jantan tu" Haris merengus.
" owh sebab mamat tu kau nak putuskan pertunangan kita Adha.." bisik hatinya.
" kau tahu dia mengandungkan anak jantan tu" soal Aniq lagi. Haris yang tadi mengelamun tersentak.
" apa..mengandung..anak siapa." soal Haris.
" bekas tunang dia..Emir" ujar Aniq. Digenggam jarinya kemas. Geramnya membuak apabila mengingatkan akan hal itu. Dibenaknya cuba mengambarkan perilaku manja Adhawiyah bersama Emir. Hatinya makin membara.
" kau tahu tak" soal Aniq lagi. Haris hanya menggeleng.
" kau pun kena tipu.." Aniq tersenyum sinis. Haris terdiam. Kedengaran suara tawa Aniq bergema didalam bilik itu.
" macam mana playboy macam kau boleh kena tipu dengan perempuan macam dia.. " Aniq masih dalam tawa yang dibuat buat. Haris mula geram. Geram dipermainkan dan disindir.
" bro.. sorry to say..kau memang loser.." tawa Aniq berderai lagi.
" mana kau tahu" kini giliran Haris untuk bertanya. Mereka saling bertatapan.
" bro.. sebelum kau kenal dia..aku dulu yang kutip dia.. semua kisah dia dalam poket aku.." Aniq mula bongkak.
" tapi kau pun pernah ada hati dekat diakan.." kini giliran Haris menyindir adiknya.
" aku tak pernah gilakan dia..aku hanya jadikan dia peneman sepi aku..sebab aku kecewa dengan Sharmine..tak pernah aku ada perasaan pun dekat betina macam dia.. bekas orang.. tak layak untuk aku dampingi.." Aniq mula menyombong. Terasa megah dengan apa yang berlaku namun tanpa disedari perbualan mereka didengari Adhawiyah melalui panggilan telefon yang dibuat Haris secara diam. Adhawiyah terduduk. Terasa sungguh hina dirinya di mata pemuda itu. Jijik dia pada dirinya membuatkan dirinya sudah tidak dapat berfikir waras.Dia meraung semahunya didalam bilik kecil miliknya. Sayangnya pada pemuda itu hanya mimpi indah yang hilang bila terjaga. Adhawiyah mematikan telefonnya. Tidak sanggup dia mendengar lagi hinaan pemuda itu terhadap dirinya.
" Ya Allah.. ujian apa yang sedang Kau berikan pada aku Ya Allah" rintihnya.
" abi..Aniq nak Sharmine ambil alih Rumah Bakti tu..lagipun Sharmine dah nak balik sini.. Dia minta Aniq carikan dia kerja tapi Aniq rasa biarlah Rah Bakti itu diuruskan Sharmine" Tuan Firdaus tersentak. Sarapan bihun yang sedang dinikmatinya seakan tersekat dikerongkong.
" kenapa tiba tiba... kan Adhawiyah yang uruskan rumah tu" soal Tuan Firdaus. Puan Khalida turut terperanjat dengan kata kata anak tirinya.
" Ya Aniq tahu..tapi tak salahkan kalau bagi Sharmine uruskan.." Aniq masih bertegas dengan keputusannya.
" but why.. bagi Abi satu alasan yang kukuh untuk itu" Tuan Firdaus masih tidak mahu mengalah.
" no exclusive reason.. Sharmine..isteri Aniq.. so Aniq rasa dia berhak keatas Rumah Bakti.." Aniq mengunyah bihun yang sudah masuk ke dalam mulutnya tanpa ada rasa bersalah.Tuan Firdaus kehairanan. Sudah hilangkah kewarasan anaknya. Sudah pudarkah rasa cinta dalam diri pemuda itu terhadap gadis polos yang selalu di rinduinya.
" ya Abi tahu..tapi kenapa tiba tiba.." soal Tuan Firdaus lagi.
" sebab dia isteri Aniq.." balas Aniq sepatah. Puan Khalida mengukir senyuman. Puas.. ya dia puas. Akhirnya keluarganya sudah tidak lagi terikat dengan kenangan silam suaminya.
" tapi Adha.." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.. kata katanya sudah dipintas Aniq.
" dia hanya orang luar yang Aniq rasa tak perlu campuri urusan keluarga kita.." Tuan Firdaus terkesima.
" ummi setuju dengan Aniq" Puan Khalida bersuara. Dia menyokong kata kata pemuda itu buat pertama kalinya.
" no Abi tak setuju" tegas Tuan Firdaus. Seleranya seakan mati.
" Eh abang ni.. betul apa Aniq cakap tu..Sharmine balik sini nanti biar dia uruskan Rumah Bakti tu.. " Ujar Puan Khalida.
" tapi kan dah ada Adha uruskan... tak ada masalah pun..kenapa tiba tiba.. itu yang Abi hairan" Tuan Firdaus masih belum berpuas hati.
" Abi setuju atau tidak Aniq tetap nak Sharmine yang uruskan Rumah Bakti.. " ujar Aniq tegas.
" Aniq Imran.. are you insane??" nada Tuan Firdaus tidak tenang lagi. Dia bangun dari duduknya lalu beredar meninggalkan meja makan yang diduduki dua beranak itu.
" tak apa Aniq ummi ada.. Ummi sokong Aniq.. pasal Abi tahulah ummi uruskan" Seloroh Puan Khalida gembira.
" thank you ummi.. tapi ummi Aniq mahu Adha keluar dari Rumah Bakti hari ni juga" Tegas Aniq. Bagai pucuk dicita ulam mendatang..umpama sireh pulang ke junjung. Puan Khalida tertawa girang didalam hatinya.
" ok.. kejap lagi Ummi pergi sana dan suruh Adha keluar ya..dah makan" Ujar Puan Khalida. Aniq menghabiskan makanannya. Dendamnya pada gadis itu mahu dilunaskan semahunya.
" game not start yet Adha" bisik hatinya.
Puan Khalida berdiri dihadapan pintu pagar Rumah Bakti. Adhwiyah membimbit bagasi yang berisi pakaian dan peralatan dirinya. Dipandang setiap penjuru rumah dimana dia dibesarkan. Sebak. Sayu dan rasa berat hati untuk dia meninggalkan tempat yang memberinya seribu kisah dan kenangan. Airmatanya mula menitis. Namun apakan daya dia tidak mampu meneruskan permintaan wanita yang membesarkannya. Urusannya bersama Rumah Bakti sudah menemui jalan penamat.
" Kau tunggu apa lagi.. " Puan Khalida bersuara. Adhawiyah menyeka airmatanya.
" drama airmata apa pula dah.." herdik Puan Khalida.
"maafkan saya puan..kalau selama saya berkhidmat dekat sini ada terkurang.. halalkan segalanya.." ujar Adhawiyah. Dihulurkan salam namun ditepis wanita berusia itu.Matanya tertangkap Aniq yang berdiri di tepi motornya diluar pagar. Dia mahukan penjelasan dari pemuda itu namun dia tahu dia tidak akan mendapat apa apa dari pemuda itu. Mulut pemuda itu seakan terkunci rapi. Adhawiyah rebah ke bumi apabila didorong oleh Puan Khalida yang mahu menutup pintu pagar. Airmatanya semakin laju menitis ke tanah. Aniq mahu membantu tetapi amarah dihatinya masih belum reda. Dibiarkan gadis itu bangun dan berlalu pergi begitu sahaja. Tidak terdetik rasa bersalah atau simpati dihatinya kerana telah terhapus oleh api kemarahan didalam hatinya.
Adhawiyah hilang arah tuju. Dia tidak tahu mahu ke mana. Dia tidak punya tempat tinggal yang dirasakan selamat baginya. Adhawiyah termenung di perhetian bas. Dia cuba melakar perjalanan kehidupannya yang baru. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk terus menghadapi dugaan dan takdir untuknya. Diseka airmatanya yang mengalir dari tadi.
" Bunda.. maafkan Adha sebab tak dapat sempurnakan hasrat Bunda.. maafkan Adha.. Adha dah gagal" rintihnya sendiri. Airmatanya laju mengalir diiingi hujan yang turun membasahi bumi seakan mengerti derita hati gadis genit itu.
Aniq berdiri di jendela. Direnung kolam resort yang berkocak dek kerana penghuni yang sedang bersuka ria. Fikirannya kosong.
" sini kau ye..puas aku cari" sapa Hajar yang datang entah dari mana. Aniq tidak mengendahkan gadis yang menghampirinya. Aniq dengan dunianya.
"wei aku dengar Sharmine amik alih Rumah Bakti.." soal Hajar. Hajar memandang tepat ke wajah pemuda di sebelahnya. Aniq hanya mengangguk sambil memandang telapak tangannya yang kosong. Dia tahu perkara itu akan menjadi satu isu yang besar. Sebolehnya dia tidak mahu berbicara akan hal itu.
" habis Adha.. " soal Hajar lagi.
" kenapa dengan dia" Aniq cuba bertarik tali.
" kau ni bengap ke.. Sharmine wife kau.. Adha..crush kau..Sharmine tau tu and Adha pun tahu apa status hubungan kau dengan Sharmine.." Hajar cuba menjelaskan.
" so..??" Aniq masih mahu mengunci cerita.
" hei la.. memang slow la kau ni.. kau tak rasa ke dorang akan cemburu.. Sharmine.. Adha.. silap silap berantam.." Hajar membuat rumusannya sendiri.
" Sharmine.. dia tak akan cemburu sebab dia tahu kenapa aku kawin dengan dia.." Jelas Aniq pendek.
" ok..tapi Adha..Adha tu kau ingat dia tunggul..kau ingat dia robot tak ada perasaan huh" Nada Hajar sedikit tinggi. Dia mula geram dengan sikap acuh tak acuh pemuda itu.
" Dia dah tak ada dekat rumah bakti" Hajar tersentak. Dia beralih mengadap pemuda itu tepat. Dia cuba memahami kata kata pemuda itu.
" maksud kau.." soal Hajar. Dia menahan geram.
" aku suruh ummi keluar kan dia dari rumah bakti.." Aniq seakan tidak punya perasaan.
" apa.. kau dah gila ke apa hah.. " Hajar dengan tiba tiba meningking pemuda itu. Aniq memandang Hakar tepat. Wajah gadia dihadapannya memerah.
" sebab apa tak boleh..Rumah Bakti tu family aku punya.. so aku ada hak untuk nak kan siapa bekerja disitu dan aku ada hak untuk buang sesiapa saja" Aniq makin angkuh.
" ya aku tahu..tapi atas sebab apa.. takkan sebab Sharmine.." soal Hajar lagi. Aniq membisu.
" or takkan sebab dia bertunang dengan Haris" Hajar cuba serkap jarang.
" sebab aku sayang dia..aku cinta dia..tapi apa yang dia buat dekat aku.. dia permainkan perasaan aku." Aniq sudah tidak mampu menahan perasaannya lagi. Sudah berbulan dia bertahan untuk melupakan nama itu tetapi agak sukar baginya kerana perasaannya terhadap gadis itu masih ada.. masih wujud dan tertanam didalam hatinya.
"Dia bertunang dengan Haris atas permintaan keluarga kau untuk tutup malu.. Isha batalkan pertunangan dengan Haris sedangkan majlis akan berlangsung hanya beberapa hari saja lagi..Adha dijadikan kambing hitam dengan dicaturkan rumah bakti.. sebab rumah bakti tu lah Adha sanggup terima Haris.. kau tahu tak" marah Hajar. Aniq terkesima. Dia tidak tahu akan hal itu. Setahunya Adha menerima pinangan Haris kerana kecewa dengannya yang bernikah dengan Sharmine di Melbourne.
" Aku tak tahu.." Aniq gugup. Sangkaanya salah.
" memang kau tak tahu sebab Puan Khalida mahu rahsiakan dari kau..kau tahu tak lepas dia tahu kau dah berkahwin.. kehidupannya kacau..hanya rumah Bakti kehidupan dia.. lepas bertunang dengan Haris kehidupan dia lagi kacau bilau.. sebab tu dia nekad untuk putuskan pertunangan dia dengan abang kau si jerung jantan..ummi kau kena setuju sebab Adha pegang rahsia besar abang kau" Sekali lagi Haris tersentak.
" rahsia besar... abang aku buat apa.." soal Aniq ingin tahu.
" itu aku tak boleh bagitahu.. kalau kau nak tahu tanya Adha.. Kau balik Malaysia.. Adha lah orang yang paling gembira..tak sabar dia nak jumpa kau.. walaupun dia tahu kau suami orang dan hubungan korang mungkin tak macam dulu..tapi dia tetap happy dengar berita kepulangan kau" Hati Aniq sedikit terguris. Disangkakan gadis itu membencinya ternyata telahannya salah.
" kau karut apa hah.. bukan abang aku yang buat hal tapi dia.. dia yang buat hal sebab tu dia putuskan pertunangan dengan abang aku" Aniq cuba memadam percayanya terhadap kata kata gadis itu. Gambar Adhawiyah dan Emir berlegar dibenaknya.
" kau bagitahu aku sebab apa.. aku cepuk kau kejap lagi.. aku yang ada dengan dia time dia berduka.. kau apa tahu" Geram Hajar makin tidak dapat dibendung.
" sebab dia mengandungkan ank Emir" Tidak semena mena pipi pemuda itu ditampar Hajar yang menahan geram dan amarah dari tadi.
" kau gila ke" tengking Aniq. Diusap pipinya yang terasa perit.
" kau tu yang gila..berani kau tuduh dia macam tu..kau ingat dia semurah isteri kau.. " tengking Hajar. Aniq tergamam. Apakah telahannya kali ini masih salah.
Share this novel
pegi lah adha cari kebahagian kau jngn peduli jantan yg hina kau