21

Romance Series 67724

Aniq ke resort setelah seminggu berada dirumah. Dia berjalan melihat perjalanan operasi.
"Hajar" panggilnya
"eh Aniq.. walaweh bapa budak ni makin handsome dho" usik Hajar
" ish kau ni.. ada ada je.. eh.. aku nak tanya kau something" soal Aniq cemas.
" hah apa dia.. kau kenapa ni" Hajar mula cuak apabila tangannya ditarik pemuda itu ke tepi kolam.
" Adha stay kat rumah kau lagi ke" soal Aniq
" oh Adha.. aku ingat apa tadi.. " Hajaf melurut dadanya bagi melepaskan resah sebentar tadi.
" ish kau ni.. cepat la.. Adha stay dengan kau lagi ke" soal Aniq.
" tak.. dia dan pindah lepas dia bertunang dengan abang kau.. kau tak tahu ke" soal Hajar. Aniq menggeleng.
" ish pelik.. takkan kau tak tahu dia bertunang dengan abang kau" soal Hajar lagi.
" tak aku tak tahu.. aku baru dapat tahu dari Abi aku.. itu pun aku dah balik sini" ujar Aniq.
" hah.. weird.. aku terkejut bila dapat tahu dia nak bertunang dengan Haris.. tapi kau lagi aku terkejut.. why Sharmine sedangkan kau gilakan si Adha bagai nak rak aku tengok" Hajar megerang kecil apabila dahinya dijentik Aniq.
" hal aku dengan Sharmine itu cerita lain.. tapi dia dengan Haris.. Bertunang.. " Haris meluahkan kekecewaannya.
" apa nak peliknya.. kalau aku pun move on lepas tahu kau kawin dengan orang lain.. kau nak suruh dia jadi pak tunggul ke.. tunggu kau balik.. tengok kau bahagia ada family sendiri macam tu.. memang idok le aku" ujar Hajar. Aniq memandang Hajar tajam.
" apa salah ke aku cakap.. kau beri dia harapan.. kau main kan perasaan dia.. tup tup kau nikah dengan orang lain.. mau tak kecewa dia.. kau tahu tak lepas dia tahu kau dah bernikah.. hidup dia macam mayat hidup.. like a zombie.. termenung sana termenung sini.. hari grad dia pun dia tak pergi sebab tak nak bertembung dengan kau.. " cerita Hajar
" tapi aku tak balikkan" balas Aniq lagi. Dia mula rasa bersalah.
" ya.. tapi dia tak tahu pun yang kau tak jadi balik.. dia pencilkan diri dia dari semua orang sebab malu bila dapat tahu kau dah berkahwin.. student lain pakat mengata dekat dia.. apatah lagi dekat resort ni.. dia berhenti pun sebab malu.. " cerita Hajar.
" mana dorang tahu hal aku dengan Adha" soal Aniq.
" kau ingat staf dekat sini patung.. robot.. takde mata nak menengok.. takde mulut nak bercakap" balas Hajar. Aniq terdiam
" aku kesal dengan sikap kau dekat dia.. kau tahu tak sebab kau hidup dia macam melukut di tepi gantang.. kesian aku tengok" luah Hajar bagi pihak gadis itu.
" sorry aku tak tahu" ujar Aniq.
" maaf bukan untuk aku dan aku tak berhak untuk memaafkan kau sebab yang rasa yang sakit Adha.. bukan aku" ujar Hajar. Aniq terdiam.
" Haris control dia macam macam sampai dia stress then decide untuk berhenti dan pindah atas arahan Haris" Aniq hanya mendengar.
" tadi kau kata dia berhenti sebab aku" soal Aniq
" ya sebab kau.. kalau kau tak kawin dengan minah kekwat tu takkan dia terima pinangan Haris kan.. sebab kau juga lah yang staf pakat mengata dekat dia.. tak dapat adik abang pun jadi janji anak owner.. kalau kau tak sedih ke.. " soal Hajar
" yang dia terima pinangan Haris tu dah kenapa.. reject je la" Aniq mula berang.
" hoi.. senang je kau cakap.. kau tahu tak apa yang jadi dekat dia.. ayah saudara dia datang resort cari dia.. Isteri bekas tunang dia datang sini mengamuk pasal tahu mamat tu still ada hati dekat Adha.. dia dimalukan dekat lobi... mana kau waktu tu.. Haris yang banyak protect dia..kau.. kau apa kau buat" Nada Hajar mula berubah.
" aku tak tahu" Aniq terkesima
" memanglah kau tak tahu sebab kau dah bahagia dengan life kau lepas kau buang dia dari hidup kau tanpa apa apa kata... walau sepatah.. sedih aku tengok hidup dia.. kau tahu tak dia pernah nak terjun dari balkoni aku lepas ayah saudara dia selalu datang.. sama juga dengan apa nama jantan tu.. Emir.. Eman.. " Hajar cuba mengingatkan
" Emir" Aniq membetulkan.
" Hah Emir.. aku pun pelik mamat tu.. kau dah ada bini dengan anak anak kot.. apa lagi yang tak kena.. lagi berat kehidupan dia bila bunda dia meninggal sebab sakit kanser usus.. " Cerita Hajar.
" Hah.. bila bunda meninggal" soal Aniq terkejut.
" Dah nak masuk setahun dah.. sekarang abi kau jadi pemilik rumah anak yatim" Aniq makin hairan.
" macam mana pula abi aku jadi pemilik rumah anak yatim tu... " Aniq semakin hairan
" kau tanya abi kau.. mana aku tahu.. yang aku tahu abi kau pemilik baru rumah anak yatim tu.. kau nak tahu lebih tanya lah Abi kau sendiri" balas Hajar. Aniq terdiam. Dia cuba mencari kebenaran dalam realiti.
" Dah la.. aku banyak lagi kerja nak buat.. layan kau sampai bila pun tak habis" marah Hajar.
" tapi kat mana Adha sekarang" soal Aniq
" entah mana aku tahu.. aku try call dia pun tak dapat. " jawab Hajar. Aniq hanya diam. Hajar beredar meninggalkan pemuda itu termangu sendirian.

Aniq mencari kelibat ayahnya disetiap genap ruang resort. Dia termengah mengah
" kat sini abi rupanya" ujar Aniq apabila melihat lelaki itu sedang berdiri dihadapan tasik teratai yang mula mekar bunganya. Indah. Tuan Firdaus memandang anak terunanya sekilas sambil tersenyum. Aniq yang termengah mengah cuba bertenang. Dicari nafas perlahan lahan.
" ada apa cari abi.. " soal Tuan Firdaus
"macam penting je" seloroh Tuan Firdaus sambil tersenyum melihat keletah pemuda itu.
" Betul ke.. " Aniq masih tercungap cungap.
" betul apa.. rileks tenang.. ambil nafas dulu" seloroh Tuan Firdaus lagi. Aniq masih tercungap cungap cuba bertenang agar bicaranya lancar.
" Betul ke abi pemilik rumah anak yatim tu" soal Aniq. Tuan Firdaus tergamam. Dari mana anaknya tahu akan hal itu. Tidak mungkin dari isterinya kerana dia tahu isterinya tidak mhu mengeruhkan keadaan seandainya Aniq tahu akan hal itu, perang dunia akan meletus.
" Betul ke" soal Aniq tegas. Tuan Firdaus cuba mengumpul kata agar bicaranya tidak mencetuskan ketegangan.
" ya" balasnya pendek.
" untuk apa.. sejak bila abi terlibat dengan kerja amal ni.. setahu Aniq.. Firda Managing tak pernah join any society or kerja kebajikan.. Firda hanya utamakan perlancongan dan hospitality.. "Aniq tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya.
"saja.. Nak ubah angin.. why.. takkan abi tak boleh nak buat kerja amal" Tuan Firdaus cuba bertarik tali.
" bukan tak boleh.. cuma pelik.. dengan tiba tiba.. dan kenapa rumah anak yatim tu.. " soal Aniq lagi.
" abi rasa itu takkn jadi satu isu yang patut dibahaskan atau dipertikaikan" Tuan Firdaus cuba mematikan perbincangan.
" tapi kenapa rumah anak yatim tu.. kenapa rumah tu.. Aniq tak rasa abi sengaja ambil alih melainkan ada kena mengena dengan Adha" Tuan Firdaus tercengang. Dia gugup. Tekaan Aniq benar benar tepat mengenai sasaran.
" Abi tak nak cakap lagi pasal ni.. " Tuan Firdaus beredar dari tempatnya. Aniq hanya memandang dengan penuh curiga.

Aniq menuruni anak tangga rumah itu. Zehra yang berada diruang tamu berlari mendapatkan ayah saudaranya.
" Ngah.. " tempiknya lalu berlari ke dakapan pemuda itu.
" ye sayang.. " dikucup dahi anak kecil itu lama.
" Zehra.. papa mana" soal Aniq.
" papa keluar" balas Zehra lalu turun dari dakapan pemuda itu dan berjalan menuju ke meja dimana mainannya berada. Aniq menghampiri anak kecil itu lalu dia duduk disebelahnya. Dia cuba mencuri perhatian anak kecil itu.
" Zehra.. Papa keluar dengan siapa.. Dengan kak Adha ke" soal Aniq
" nope.. " balas Zehra cepat. Dahi Aniq berkerut.
" habis keluar dengan siapa" soal Aniq
" mama.. " Aniq makin hairan.
" cepat benar berubah panggilan.. serius kah dorang" soal Aniq sendiri.
" Zehra.. dah lewat.. pergi tidur" suruh Puan Khalida. Zehra hanya menurut perintah nendanya. Anak kecil itu berjalan terkedek kedek bergandingan dengan wanita itu. Aniq hanya berdiam.

"Emir.. tolong jangan biadap.. " tengking Adhawiyah. Fail fail yang dipegangnya dihempas ke atas meja.
" kenapa tak boleh.. Kita bukannya orang asing.. kita pernah ada hubungan.. hubungan yang hamya kita kita je tau" Emir menghampiri Adhawiyah yang berdiri di rak. Adhawiyah cuba melarikan diri namun gagal apabila dia teperangkap didalam rangkulan pemuda itu.
" Emir.. lepas lah.. jangan biadap.. hormat sikit.. Adha penyelia rumah ni" tengking Adhawiyah.
" so.. " Emir cuba mengucup leher gadis itu.
" Emirrr..!!!" tempik Adhawiyah.
" baba.. " Suara anak kecil yang baru bangun dari tidur menjengah pintu. Sofea mengesat matanya yang baru terjaga.
" Hai princess.. " Emir melepaskan rangkulannya lalu mendapatkan anak kecil itu. Adhawiyah melepaskan keluhan lega. Seakan mahu runtuh jiwanya dengan kelakuan pemuda itu. Dikesat airmatanya kasar. Dilepaskan keluhan berat. Sofea ditinggalkan disitu kerana Diana meninggalkan anak kecil itu sendirian sejak dia dan Emir berperang besar. Diana hilang entah ke mana dan tiada khabar berita. Emir tidak mahu menjaga anak itu dengan alasan dia tidak punya waktu untuk anak itu kerana sibuk dengan urusan kerja. Jadi, Adhawiyah tidak sanggup membiarkan anak itu terkontang kanting lalu dijaga anak kecil itu dengan penuh kasih sayang tetapi diambil kesempatan oleh Emir untuk terus bertemunya.
" Baba.. Sofea lapar" rengek anak kecil itu. Emir memandang Adhawiyah dengan pandangan galak sebelum beredar bersama anaknya. Adhawiyah duduk dikerusinya lalu menangis semahunya.

Adhawiyah termenung memandang keluar jendela. Berat rasa beban di dadanya. Menguruskan sebuah rumah untuk anak anak kecil bukan satu perkara yang mudah. Jika tidak kerana permintaan Bundanya dia tidak mahu terlibat dalam pengurusan apatah lagi dia terpaksa mengadap hampir setiap hari wajah lelaki yang dibencinya. Dan jika tidak kerana perjanjian dia dengan Datin Khalida sudah tentu dia tidak berada disitu. Terasa penat. Penat berperang dengan emosi sendiri.
" Kak Adha ada orang datang" sapa seorang anak kecil. Adhawiyah menghapuskan airmatanya yabg dari tadi ditahannya agar tidak mengalir. Dirapikan pakaiannya lalu dia menuju ke ruang tamu.
" Dato.. kenapa datang tak bagi tahu" Adhawiyah berbasi basi.
" saja uncle singgah sekejap. Uncle ada urusan dekat kawasan sini.. Adha sihat" soal Datuk Firdaus.
" alhamdulillah.. Dato duduk dulu.. Adha buatkan air.. budak budak tak balik sekolah lagi" Ujar Adhawiyah gugup.
" eh tak pa.. uncle datang nak bagi duit untuk perbelanjaan bulan ni.. oh ya.. bil utiliti bulan ni nanti Adha mesej uncle ya.. " pinta Datuk Firdaus. Sampul berwarna coklat sudah bertukar tangan.
" baik dato' " Adhawiyah seakan telat. Banyak jasa lelaki itu dalam pembangunan dan operasi rumah anak yatim itu. Sejak dari dulu lagi lelaki itu memberi sumbangan cuma sekarang dia semakin aktif kerana lelaki itu adalah pemilik mutlak rumah anak yatim itu. Dia hanya pemegang amanah untuk menguruskan rumah anak yatim tersebut.
" Adha.. uncle nak sembang sikit boleh" soal Dato Firdaus. Adhawiyah kaget. Dadanya berdebar. Nada pertanyaan lelaki itu sepertinya ada sesuatu yang serius mahu di bicarakan.
" Ada apa Dato" soal Adhawiyah lembut.
" apa sebenarnya yang berlaku antara Adha dan Haris.." Adhawiyah mula resah. Tidak tahu dari mana mahu di mulakan bicara.
" ada kena mengena dengan aunty ke" soal Dato Firdaus lagi.
" eh takde.. apa yang berlaku antara kami takde kena mengena pun dengan aunty... Adha yang buat keputusan sendiri sebab Adha rasa Adha perlu beri lebih perhatian pada adik adik ni.. Adha takut ada terlepas tanggungjawab" balasnya. Dato Firdaus menatap wajah polos itu. Jelas tampak keikhlasan hati gadis itu.
" atau mungkin sebab Aniq" Tekaan lelaki itu tepat mengenai sasaran. Adhawiyah tersentak.
" tak Dato.. Aniq dah berstatus suami orang.. mana mungkin ada kaitan dengan Adha" Balasnya gugup sedangkan hatinya mengiyakannya. Jarinya digenggam kemas.
" tapi lelaki boleh kawin lebih dari satu asalkan ada yang mahu" uji Dato Firdaus.
" Adha tak sangkal kata kata Dato.. andai berkemampuan.. apa salahnya.. tapi mungkin pada orang lain dan tidak pada Adha.. sedangkan tunang di ambil orang untuk mengikhlaskan saja bertahun inikan pula suami.. orang yang berkongsi segalanya.. Adha tak sanggup.. meruntuhkan sebuah masjid itu mudah tapi untuk membina bukan perkara yang senang.. apatah lagi seni binanya takkan sama" luah Adhawiyah. Kecewa.. ya dia kecewa setelah mendapat tahu bahawa Aniq Imran lelaki yang berjaya menambat hatinya sudah bernikah.
" tapi Adha tahu ke kenapa dia berkahwin dengan Sharmine sedangkan Sharmine pernah curang dengan Aniq" Dato Firdaus menguji lagi. Dia tahu bahawa ada perasaan yang terpendam antara anaknya itu dengan gadis dihadapannya. Dan dia juga mengakui bahawa dia mahu menjodohkan gadis itu dengan Aniq dan bukannya Haris kerana perjanjian antara dia dan arwah sahabatnya sudah di meterai lama.
" tak perlu Adha tahu asbab dan musababnya. Pernikahan mereka sah itu sudah cukup Adha terima sebagai amaran bahawa Aniq bukan lagi untuk Adha.. " Nadanya sedik sebak. Airmatanya mula bergenang namun ditahan dari terus menitis.
" ermm.. uncle tak tahu nak cakap apa dah.. keputusan itu hak Adha.. uncle hanya mampu bertanya dan berharap.. selebihnya terpulang pada Adha... Uncle minta diri dulu lah ya.. apa apa masalah.. Adha boleh call uncle ya" ujar Dato Firdaus lalu berjalan keluar dari rumah itu. Adhawiyah hanya membisu.
" sorry Aniq.. abi dah cuba.. tapi itu hak dia.. Aniq dengar sendirikan" Bahu pemuda itu ditepuk berkali kali. Aniq yang berdiri diluar rumah itu mendengar setiap butir bicara gadis itu. Hatinya seakan luluh. Langkahnya terasa berat. Percaturannya silap memberikan rasa penyesalan yang teramat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience