Adhawiyah bersiap siap untuk ke tempat kerja. Dirapikan dirinya dihadapan cermin. Foto dia dan Bunda ditatap lama. Diusap foto itu lama.Terbit rasa rindu didalam hatinya. Tanpa disedari airmatanya berlinang.
" Bunda..bantu Adha.. Adha tak kuat" Rintihnya. Ditekap foto itu didadanya lalu disedut nafasnya dalam dalam dan dihembus perlahan lahan. Diletak semula foto itu ditempatnya. Dia mencampai beg sandangnya lalu berjalan keluar. Rumah setinggan di pinggir kota tidak jauh dari tempat kerjanya di redahnya setiap hari. Dek kerana itu kawasan yang di diami oleh pekerja sosial dan juga pendatang asing, dia juga terpalit dengan kegiatan tidak senonoh mereka. Tetapi apakan daya dia hanya mampu menyewa disitu selain dari sewa yang murah dia juga dapat berjimat kerana tidak perlu menaiki pengangkutan untuk ke tempat kerja. Lagi pula walaupun mereka pekerja sosial dan pendatang, mereka tidak pernah mengganggunya malah beberapa kali mereka membantunya yang diganggu ayah saudaranya.
" Kerja petang hari ni Adha.." sapa wanita Indonesi yang sudah bertahun bermastautin disitu.
" ha ah mbak.. mbak paip rumah air dekat luar rumah bocor.. Adha dah panggilkan tukang paip..nanti mbak tolong tengokkan dia buat kerja ya.. " pintanya.
" pantas banjir disitu..ya ya.. nanti mbak tengok tengokkan... hati hati dijalan ya" nasihat wanita berusia separuh abad itu. Adhawiyah meneruskan perjalanannya. Landasan lrt yang berada diatas kepalanya kedengaran bising gerabak yang sedang bergerak menuju ke stesen. Adhawiyah masih menapak.Sesekali dikesat manik manik jernih yang menyeringai diwajahnya dengan hujung lengan bajunya.Panas terik yang memancar tepat ke wajahnya menyilaukan pandangannya. Bunyi kenderaan yang lalu lalang bergema di gegendang telinganya.Kepulan asap kenderaan menerobos ke hidungnya. Kedengaran batuk batuk kecil daru tekaknya. Dia berhenti di lampu isyarat menantikan isyarat untuk menyeberang ke sebelah sana. Dia menanti dengan penuh tenang. Gadis itu melangkah tenang kerana garisan belang kuning itu hanya miliknya.
" Adha.." Gadis yang menyeberang jalan itu ditatap Aniq tepat. Dibunyikan hon keretanya. Adhawiyah terkejut. Dia menoleh cuba mencari apakah kesalahannya namun dia terpana apabila melihat Aniq yang sudah berdiri di luar keretanya. Adhawiyah mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu bertemu dengan pemuda itu.Dia harus lari bersembunyi.
" Adha.." tempik Aniq cuba mengejar namun isyarat yang sebentar tadi merah sudah bertukar hijau.Keretanya yang berada dihadapan menghalang pergerakan kereta yang lain segera dialihkan apabila kenderaan lain sudah mula bising. Dia segera beredar. Matanyaasih tercari cari sosok gadis tadi.
" Adha..aku tahu itu kau" bisik hatinya kesal.
Adhawiyah termengah mengah. Jalannya terhenti dihadapan tempat kerjanya.Dia cuba merebut oksigen dari semua manusia yang berjalan disitu.
"Adha..kau dah kenapa macam tak cukup nyawa je aku tengok" ujar teman sekerjanya.
" tak ada apa..saya lari takut terlambat..jalan jammed kan hari ni" alasannya.
" tapi kau jalan kaki kan..apa kena mengena dengan jammed plak.. kau kenapa sengal..kau bagitahu aku..si pervert tu kacau kau lagi ke" Gadis itu tercari cari kelibat yang dimaksudkan.
" tak tak.." Adhawiyah masih menarik udara ke kerongkongnya.
" saya ok la ira.. jam saya dah rosak..so saya ingat kan dah lambat" ditunjukkan jam tangannya yang sudah kehabisan bateri.
" haishh...kau ni.. sempat lagi kalau kau nak pergi tukar bateri.." ujar gadis tinggi lampai itu.
" tak pe lah esok esok je lah saya pergi" Adhawiyah memberi alasan.Bukannya dia tidak mahu tapi dia tidak punya wang untuk berbelanja lagi.Wang sakunya sudah diberikan kepada tukang paip.
" kau beli lah baru..jam baru..tali tu dah mereput aku tengok.." tegur gadis tinggi lampai itu.
" jam ni amat bermakna buat saya..jam paling saya sayang..semua kenangan tentang jam ni saya rindu" Dia sebak.Jam kepunyaan Aniq yang diberi pemuda itu sebelum perpisahan mereka yang merubah kehidupan secara total diusap lembut. Perpisahan yang membuatkan mereka seakan manusia asing yang saling tidak mengenali. Perpisahan yang mengubah kehidupan Aniq dari seorang bujang kepada suami orang. Seakan meragut kegembiraan gadis itu yang menantinya dengan harapan. Janji yang telah diberikan pemuda itu kepadanya terlerai tatkala pemuda itu mengangkat akad dihari pernikahannya.
" Owh..sentimental value added rupanya..ok ok aku faham..tapi tali tu..mereput dah Adha.." Ujar Ira. Adhawiyah tersenyum sendiri.Tali kain yang mengikat jam itu dengan tangannya. Jam yang ditempah khas pemuda itu dijaga baik. Pada talinya tertera nama pemuda itu Aniq Imran.
" aku boleh jadi gila dengan kau..dah lah jom masuk... panas weh" Ira keliru dengan emosi gadis dihadapannya. Ira berlari anak memasuki premis dan diikuti Adhawiyah yang berlari memasuki premis yang sama.
"Aku yakin dia" Aniq tetap dengan pendapatnya.
" bro..aku tahu kau nak cari dia sangat sangat..tapi tak mungking dia akan berada dekat kawasan macam tu..kawasan setinggan tu kau pun tahu macam mana..tak mungkin tak mungkin" Hajar berpendapat. Kawasan yang dikatakan Aniq itu amat terkenal dengan aktiviti gelap seperti persundalan dan penagihan dan rata rata dihuni oleh warga asing. Hanya beberapa kerat saja rumah didiami oleh penduduk tetap negara itu pun di pinggir muara sungai kerana mereka adalah nelayan dikawasan itu. Kawasan yang sedang membangun berhampiran kawasan setinggan itu juga terkenal dengan deretan kelab malam dan pusat hiburan. Sudah beberapa kali tempat itu menjadi tumpuan negara kerana kes gaduh dan pencerobohan kawasan oleh samseng samseng geng konsi gelap. Hajar berpendapat tidak mungkin gadis naif seperti Adhawiyah akan berada di kawasan itu.
" tapi aku tahu tu dia..kalau aku salah tengok kenapa dia nak lari waktu nampak aku" Aniq masih bertegas. Dia tahu matanya tidak silap.
" dah kau tempik macam orang gila..sapa tak lari" Hajar mencelah. Aniq semakin kusut. Hatinya mengatakan iya tapi jika difikir mengikut logik akal ada benar kata kata Hajar.
" dah la..sabar la..nanti kita akan jumpa juga dia.." pujuk Hajar. Dia tidak mahu mengecewakan pemuda itu.
" Korang cari siapa" Sharmine mencelah dengan tiba tiba. Aniq yang tadi bersandar ditingkap membaiki dirinya. Dia berdiri dihujung mejanya.
" kalau encik Aniq dah tak ada apa apa saya keluar dulu ya.." Hajar bertutur formal kerana dia tidak mahu diseranah kerana tidak berlagak formal dengan bos sendiri.Sharmine tidak suka akan itu. Baginya antara majikan harus ada batasnya walaupun bersahabat.
" wait.. korang cari siapa..kenapa takde jawapan" Sharmine masih bersoal. Hajar meninggalkan pasangan itu tanpa menoleh. Aniq diam. Dia malas melayan kelakuan isterinya yang semakin aneh aneh.
" Please answer me" Sharmine menyoal lagi.
" apa" Aniq semakin tidak selesa.
" you dengan Hajar cari siapa" soal gadis itu lagi.
" nothing and nobody" dalih Aniq
" I tak rasa itu jawapan yang I nak.." Sharmine masih tidak berpuas hati.
" up to you..I tak paksa you untuk percaya.." Aniq mahu beredar.Baginya suasana itu terlalu menekan jiwanya.
" babe..sorry..ok I takkan tanya lagi.." Tidak semena mena Sharmine merangkuk tubuh sasa dihadapannya.
" You nak apa lagi..I ada banyak kerja I nak buat" ujar Aniq. Dilarikan pandangannya dari gadis itu.
" you tahu tak Haris upah someone untuk cari his lover" Dahi Aniq berkerut. Dia tidak faham.
" Adhawiyah..dia hired someone untuk cari perempuan tu.. You tak rasa ke Haris terlalu beria.." Ujar Sharmine.
" maksud you" soal Aniq
" ye lah dengan apa yang berlaku dengan hubungan dorang..I rasa Haris deserved better then her.. perempuan macam dia tu bersepah dekat chow kit.." Aniq tidak semena mena menyeringai. Didorong gadis itu ke tepi.
" dia bukan perempuan macam tu..watch out your mouth.." marah Aniq tiba tiba
" betul apa I cakap.. dia tak ubah slut yang sedang cari mangsa..Then now Haris mangsa dia.." sebaris senyuman sinis terukir pada bibir gadis itu.
" you tak tahu apa apa tentang dia better you diam..Adhawiyah.. you tak berhak menilai dia sebab you tak punya keutamaan untuk itu" marah Aniq.
" why..you tahu tak Aniq.. dia tu tikam kawan baik dia sendiri..Diana..girl yang membesar dengan dia di rumah bakti tu..suami dia pun Adha kebas..betapa gilanya dia dengan lelaki..dia terlalu obses dengan lelaki..now Diana macam orang gila bila exhusband dia larikan anak dorang atas bantuan Adha..memang seram perempuan tu" ujar Sharmine lagi. Aniq merenung gadis itu tajam lalu berlalu pergi. Malas dia bertekak dengan gadis itu. Sharmine terkedu kerana ditinggalkan begitu sahaja.
" babe..Aniq..Aniq Imran!!!" tempik Sharmine namun tidak diendahkan pemuda itu.
Adhawiyah duduk ditangga. Pohon sena yang mula mengeluarkan bunga gugur satu persatu memenuhi jalan.
" cantik" pujinya.
" apa yang cantik.." soal pemuda disebelahnya.
" bunga tu lah.. agaknya macam ni lah salji turun kan." soalnya lagi.
" kau memang tak boleh beza ke warna kuning dengan putih..mana ada salji warna kuning.." rungut pemuda itu.
" ye saya tahu salji warna putih..saya kata macam.. seakan.. saya tahu lah saya tak pernah pergi negara bermusim" pandangannya ditundukkan.Kegirangannya direntap tiba tiba. Pemuda disebelahnya gugup.
" yelah yelah aku minta maaf.. " segera diucapkan maaf kerana baginya airmata gadis itu terlalu mahal untuk dibazirkan.
" jom aku bawa kau pergi main salji" ujar pemuda itu. Adhawiyah menoleh memandang pemuda disebelahnya. Stereng keretanya dipulas kekiri dan kereta itu bergerak ke kiri membelok berpatah semula ke jalan sebelumnya.
" awak nak bawa saya ke mana ni Aniq Imran.." Adhawiyah gugup.
" kau ikut jelah aku.." arah Aniq.
" awak bagitahu saya mana kita nak pergi" Adhawiyah makin gugup. Dia memeluk tubuh.
" aku nak bawa kau pergi main salji lah.." seloroh pemuda itu.
" Malaysia mana ada salji.." Adhawiyah semakin takut.
" kau diam boleh tak..ikut je aku" pinta Aniq. Adhawiyah cuba membuka pintu namun Aniq lebih segera mengunci pintu.
" kau sabar kejap boleh..aku tengah drive ni" rungut Aniq.Adhawiyah hanya mengikuti perintah pemuda itu.
Hampir setengah jam pemanduan akhirnya mereka tiba disebuah pusat beli belah terkemuka.
" jom.." ajak pemuda itu.
" kita nak buat apa dekat sini" soal Adhawiyah.
" main salji" ujar Aniq. Adhawiyah kehairanan. Nak dikatakan krismas sambutan tahun baru cina baru saja berlalu. Tidak mungkin dekorasi tahun baru cina punya semburan salji. Adhawiyah hanya mengikut pemuda itu.
" dua orang" dua pasang kasut luncur diberikan dan wang bernot seratus bertukar tangan. Aniq menghulurkan kasut luncur kepadanya. Adhawiyah menerima sambil kehairanan. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat itu. Sejuk digin mula menebar ketulang belulangnya.
" mari aku pakaikan" Aniq melutut dihadapan gadis itu.Disarungkan kasut luncur kepada kaki gadis itu. Adhawiyah hanya diam. Hatinya seakan berbunga namun di hapus dengan segera apabila pemuda itu berdiri dihadapannya.
" jom.." ajak Aniq
" hah.." Adhawiyah cuba menggerakkan kakinya tapi kakinya menggeletar.
" hei.." Aniq menghulurkan tangannya. Adhawiyah kaget. Ditelan airliurnya berat.
" come.." Aniq mengenggam erat jari gadis itu. Adhawiyah akhirnya berada di tengah lautan ais. Genggaman tangan pemuda itu tidak dilepaskan. Aniq terpana buat pertama kalinya dia melihat gadis itu tersenyum dan tertawa lepas sebegitu.
"awak awakkkk..." tempik Adhawiyah apabila Aniq melepaskan genggaman tangannya. Adhawiyah terhuyung hayang lalu jatuh ke bumi. Aniq kalut. Gadis itu hilang didalam kerumunan manusia.
"Adha...Adhaaaaa!!!!" tempik Aniq. Dia cuba mencari disekeliling namun gagal.
" Adhaaaaa......" tempiknya lagi..Risau mula menjengah. Dia mula cuak.
" hah.." tiba tiba dia disergah dari belakang. Aniq berpaling.
" Adha" Dipeluk gadis itu erat. Airmatanya jatuh tanpa disedari.
Adhawiyah kaku. Kaku bukan kerana beku tetapi kaku akan tindakan drastik pemuda itu yang memeluknya secara tiba tiba.
" awak jangan buat macam ni lagi..saya boleh hilang nyawa" ujar Aniq. Adhawiyah terkedu. Airliurnya terekat dikerongkong.
" ya..sssaayaaa janjjji.." balas Adhawiyah gugup. Aniq mengucup ubun ubun gadis itu lama. Terasa hangat didahinya. Aiamata pemuda itu menitis ke dahinya.
" Awak tolong jangan hilang lagi.. saya risau..saya takut hilang awak lagi.." ujar Aniq.
" awak..." Airmata gadis itu mula bergenang.
" saya sayang awak Adhwiyah..saya sayang awak sangat sangat..saya cintakan awak.. saya tak nak kehilangan awak lagi.." dipeluk gadis itu erat.
"Aniq..tenang tenang... saya ok je ni.." Adawiyah cuba melupakan kata kata pemuda itu
"Adawiyah.. tolong jangan hilang..saya tak nak hilang..saya sayang awak lebih dari diri saya..tolong.." airmata pemuda itu makin laju
"Aniq..." Adawiyah tergamam
"saya sayang awak Adha.." Ulang pemuda itu lagi. Degup jantungnya seakan terhenti. Hanya kedengaran esakan tangis pemuda itu.
" Aniq..awak tak main main kan.." Soal Adhawiyah ingin kepastian.
" Ye..saya nak awak jadi pendamping saya..saya nak awak tetap dengan saya" ujar Aniq. Mata mereka saling bertatapan. Adhawiyah tersenyum gembira. Perasaannya kini bukan lagi bayangan tetapi realiti mereka punya rasa yang sama.
"terima kasih" Aniq memandang gadis itu pelik.
" for what" soal Aniq
" sebab bawa saya main salji.." ujar Adhawiyah. Aniq hanya mengangguk.Jarinya bermain dengan stereng keretanya.
" terima kasih.." Adhawiyah gugup.
" ha.." Aniq memandang gadis itu tepat. Dibaiki tudung gadis itu agar rapi.
" sebab berterus terang dengan saya.." ujar Adhawiyah gugup. Dahi pemuda itu sedikit berkerut.
"terima kasih sebab berterus terang tentang perasaan awak.." ujar Adhawiyah lagi. Kedengaran pemuda itu berdehem. Malu barangkali.
" Saya ingat perasaan saya hanya dongeng.." ujar Adhawiyah
" habis kenapa kau tak luahkan" Adhawiyah tersentak. Seketika tadi pemuda itu begitu lembut dengannya.. kini pemuda itu seakan singa garang.
" saya takut saya bertepuk sebelah tangan" ujar Adhawiyah gugup.
" kenapa dan apa yang buat kau fikir macam tu" soal Aniq.
" hah..errrmmmm..errrr.." Adhawiyah tidak keruan. Jari gadis itu digenggam erat.
" saya dah lama sukakan awak..maafkan saya sebab lambat bagitahu isi hati saya..maafkan saya sebab buat awak tertunggu tunggu" jari gadis itu dikucup lembut. Adhawiyah membiarkan saja perasaannya dibuai.
Hari harinya seakan ditaburi kelopak sakura yang bertaburan indah. Setiap pergerakannya dipantau dan dijaga Aniq. Aniq sentiasa bersamanya walaupun dalam hal yang remeh.
" Ada apa apa lagi nak beli ke" soal Aniq. Troli yang berisi barang keperluan gadis kesayangannya ditolak perlahan sementara gadis itu terintai intai barangan lain.
" Adha.." panggil Aniq. Adhawiyah yang meralit berpaling.
" ye.." balasnya pendek. Aniq menarik muka ketat. Dia merajuk kerana gadis itu tidak memberi perhatian kepadanya.
" dah habis dah..saya nak bayar.. lepas tu kita pergi makan ya" Adhawiyah memicit pipi pemuda berkali kali. Dibiarkan pemuda. Aniq hanya mengikut. Mereka beriringan keluar dari pasaraya menuju ke sebuah restoran.
" awak nak makan apa.. saya belanja hari ni" seloroh Adhawiyah.
" nak makan awak" Adhawiyah tersentak. Ketawa Aniq mula berderai.
" tahu pun takut..awak order je lah apa apa..saya nak pergi kedai jam tu sekejap.." ditunging jari kearah kedai jam yang berada dihadapan mereka. Adhawiyah hanya mengangguk. Pesanan dibuatnya sendiri manakala Aniq sudah hilang ke dalam kedai jam yang disebutkan. Adhawiyah menanti penuh sabar.
" awak..la kenapa tak makan lagi" soal Aniq apabila melihat makanan masih belum disentuh gadis itu.
" tunggu awak lah.." ujar Adhawiyah.
" sorry sorry..jom makan" ajak pemuda itu. Adhawiyha hanya mengikut.
" Adha.." panggil Aniq lembut.
"ermmm.." Adhawiyah hanya menjawab sepatah kerana mulutnya sudah dipenuhi makanan.
" hulur tangan awak" pintanya. Adhawiyah hanya mengikut. Tangannya dihulurkan lalu seutas jam tangan dipakaikan ditangannya. Adhawiyah terkedu.
"Awak.." Adhawiyah terharu. Jam yang selama ini diingininya kini sudah berada dipergelangan tangannya. Terukir namanya disitu.
" Awak.. mana awak tahu saya suka jam ni" soal Adhawiyah.
" oh ya.. lega saya awak suka" ujar Aniq.
" awak mahal ni..custome made kan?" Adhawiyah memerhati perincinan jam tangan itu. Aniq meletakkan tangannya merapati tangan gadis itu.
" eh sama" Adhawiyah semakin teruja. Aniq tersenyum lebar. Suka benar dia melihat keletah comel gadis dihadapannya.
" awak mahal ni" ujar Adhawiyah cuak apabila melihat harga sepasang jam tangan itu.
" takpe..janji awak suka.." ujar Aniq lembut.
" gila tak suka..mau takde duit nak makan boleh gadaikan" mata Aniq terbeliak mendengar gurauan gadis itu. Adhawiyah tertawa besar.
" awak..saya janji saya akan balik semula..awak tunggu saya ya" rayu Aniq dilapangan terbang.
" ya saya tunggu awak..awak belajar.. bawa balik ijazah.. " pesan gadis itu sambil menahan airmatanya yang mula bergenang. Aniq perasan akan hal itu lalu dipeluk erat gadisnya.Dikucup ubun ubunnya berkali kali untuk kali terakhir.
"saya janji..dua tahun je tak lama..nanti grad dekat sini saya balik..kita naik pentas sama sama ya" pujuknya untuk dirinya dan gadis itu. Dibuka jam tangannya lalu ditukar jamnya dengan gadis itu.
"mana tahu kot kot rindu" selorohnya
"jaga baik baik jam ni..jangan bagi hilang..saya sayang jam ni..nanti saya balik saya tuntut semula" dia berseloroh lagi. Adhawiyah mencebikkan bibirnya. Ditahan airmatanya yang hampir gugur.
" jaga diri jangan nakal nakal.." pesan Aniq untuk terakhirnya sehingga dia hilang tanpa berita.
" hoiii" Adhwiyah tersentak. Lamunannya hilang bersama kenangan.
" ish dia ni..kalau saya ada lemah jantung macam mana" Ira tertawa melihat wajah cemberut gadis itu.
"mengelamun apa hah" soal gadis itu lalu menghulurkan sebotol air kepada Adhawiyah.
" teringat kenangan lama.." ujarnya
" awak yang berjanji awak yang mungkiri..penantian saya sia sia..awak bahagia dengan dia" bisik hatinya. Diseka airmatanya yang tiba tiba mengalir.
" hei kenapa ni.." Ira resah melihat perubahan wajah gadis itu. Dipeluk gadis genit itu erat.Kedengaran esak tangisnya walaupun sayup.
" Adha..kenapa ni.." soal Ira yang bersimpati.
" saya rindu dia" luah gadis genit itu.
" siapa???" Ira ingin tahu. Selama ini gadis itu banyak berahsia tentang kehidupannya. Apa yang dia tahu gadis itu anak yatim piatu, dibesarkan dirumah Bakti dan hanya punya seorang ayah saudara yang dianggapnya tidak berguna. Cuma sejak sebulan kebelakangan ini lelaki itu tidak kelihatan. Jika tidak boleh dikatakan hari hari lelaki itu datang ke kedai serbaneka itu untuk meminta wang. Takkan lelaki itu yang dirinduinya.
" kau jangan kata kau rindu pakcik kau tu" Ira cuba meneka.
" tak..dia ada dengan saya" Ira tersentap
" hah dia ada dengan kau.." Adhawiyah mengangguk perlahan.
" maksud kau dia tinggal dengan kau ke apa" Nada gadis itu sedikit nyaring. Adhawiyah mengangguk lagi.
" macam mana dia boleh stay dengan kau.. bukan kau tinggal sorang ke" soal Ira lagi masih tidak berpuas hati.
" dia takde rumah untuk berlindung.. jadi saya tumpangkan dia dirumah saya.." Ira yang tadinya tenang tiba tiba membara.
" Adhawiyah... kenapa la kau ni sengal sangat..dengan apa yang dia dah buat pada kau..kau still lagi nak simpati dekat dia.." Ira memegang kepalanya kemas. Seakan berpinar benaknya dengan perangai bendul gadis dihadapannya.
Share this novel
bila la nk update