36

Romance Series 67724

Aniq tersenyum lebar. Gadis impiannya kini sah menjadi isterinya. Walaupun pernikahan mereka hanya dihadir ayahnya dan sahabat baiknya dan Damia selaku wakil gadis itu,dia tetap bersyukur kerana impian dan niatnya untuk memperisterikan gadis itu sudah tercapai. Adhawiyah tidak kelihatan usai selesai pernikahan mereka. Dia mencari disekitar pejabat agama namun tidak ke temu.
" Mia..Adha mana" soalnya tatkala melihat wakil isterinya berjalan menuju ke kereta.
" balik la..dia nak kena lapor diri dekat tempat baru hari ni" balas Damia. Aniq tersentak. Baru sahaja dilafazkan akad,dia sudah ditinggalkan.

"kenapa balik sini..kenapa tak balik rumah sana..hah pengantin" perli Sharmine. Aniq membuka bajunya lalu dicampak ke dalam bakul. Sorot mata Sharmine tidak terlepas dari memerhati gerak geri pemuda itu.
" you kalau setakat balik nak tunjuk yang you dah kawin dengan dia..baik tak payah.." marah gadis itu lagi.
" you kenapa.. you dah lupa ke you yang bagi kebenaran untuk I kawin lain.." Aniq mengingatkan.
" ye..I bagi kebenaran..sebab I nak selamatkan you dari ditangkap..you lupa apa yang you dah buat dekat dia.." Sharmine cuba mengungkit.
"ya.. I tahu salah I dan I akan bertanggungjawab atas tindakan I..dan I tak perlukan you untuk jadi penyelamat I.." Balas Aniq sinis.
" kalau I tak tolong you..you dah meringkuk dalam lokap..you dah terterap dalam penjara Aniq Imran" marah Sharmine.
"kalau I meringkuk dalam penjara sekali pun apa masalah you..I dah kata I akan bertanggungjawab atas kesalahan I..you tak perlu nak jadi penyelamat..even dia minta I pancung diri pun I sanggup.." Aniq memandang gadis hadapannya. Sharmine sudah tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Geram dengan kata kata suaminya..
" you..kalau betina tu..apa pun tak apa..jadi buta pun you sanggup..jadi bodoh pun you rela..you lah jantan paling naif disebabkan seorang perempuan yang pernah I kenal" marah Sharmine akhirnya terhambur. Aniq ketawa kecil.Baginya kata kata isterinya itu umpama bahan jenaka.
" like you dengan Yusof..you sanggup tinggalkan I yang sayang you separuh mati..then bila you dah hilang dia..you patah balik cari I merayu dekat I minta maaf semua bagai.." Dirapati gadis itu.Pipi gadis itu dilirik lembut.
" now you baru tahu ke macam mana sakitnya rasa dipermainkan.." nada Aniq tinggi seoktaf.
"one more thing..nama dia Adhawiyah..jangan sesekali panggil dia betina or something else..kalau you tak nak terima akibat dia.. panggil nama dia dengan hormat"dicengkam pipi gadis itu kemas. Sharmine meronta minta dilepaskan. Ditepuk tangan pemuda itu kuat. Aniq melepaskan cengkamannya kasar. Sharmine cuba mencari nafas.
" sebab perempuan tu you nak bunuh I..I isteri you Aniq" tempik Sharmine
" then.. she also my wife Sharmine." Ujar Aniq tegas. Matanya dijengkil membulat.
" you dah melampau Aniq.." rungut Sharmine bentak.
" baru you tahu ke perangai I.. so you nak apa..nak I lepaskan you ke?" sindir Aniq. Sharmine terkesima.Dia seakan tertampar dengan kata kata pemuda itu.
" I takkan mengalah dengan mudah..I akan pastikan you melutut merayu dekat I" Ugut Sharmine.
" really..Tak sabar rasanya nak tunggu saat tu kan..Lambat lagi tak..agak agaknya bila" Ugutan gadis itu seakan candaan baginya. Sharmine merengus lalu beredar.Dipegang pipinya yang masih terasa perit.Aniq duduk dikerusi. Hatinya mula risau. Ugutan Sharmine bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah apatah lagi dia bersengkokol dengan ibunya. Risau hatinya jika Adhawiyah diapa apakan.

Adhawiyah pulang ke rumah.Dia kehairanan kerana lampu rumahnya terang bendenrang.
" Mia kot.." dia cuba menyedapkan hatinya. Dibuka pintu rumahnya alangkah terkejutnya apabila rumahnya dihiasi dengan lilin serta taburan kelopak mawar yang memenuhi lantai.Dia berjalan menuju ke meja makan. Matanya hampir terbeliak melihat hidangan dan hiasan yang berada dimeja.
"congratulation..congratulation..congratulation.." Aniq keluar dari dapur lalu mennyanyi riang.
" awak buat apa ni.." Marah Adhawiyah. Senyumnya yang baru ingin diukir terhapus tatkala melihat wajah pemuda itu.
"tahniah..awak dah naik pangkat..huhu.." trompet mini ditiup pemuda itu. Tiba tiba pipi pemuda itu terasa perit.
" Awak.." Aniq terkejut apabila gadis itu tiba tiba menamparnya.
" apa awak buat dekat sini..ini..ini apa semua ni" marah Adhawiyah
" oh..ini sambutan untuk kenaikan pangkat awak sekaligus menyambut hari pertama kita as husban and wife" Perit pipinya seakan hilang. Dia tersenyum.
" awak pergi balik..dan jangan datang sini lagi.." ujar Adhawiyah lalu menaiki anak tangga meninggalkan pemuda itu.
" kenapa saya nak kena balik..saya nak duduk dengan wife saya..lagipun ni kan malam pertama kita..ahaksss" Aniq membuat muka nakal.
" malam pertama..awak dah lupa istilah malam pertama dah tak ada untuk kita lepas awak ragut tanpa saya rela" ujar Adhawiyah. Aniq terdiam. Dia menunduk kesal.Benar kata gadis itu, kesilapannya telah membunuh emosi gadis itu.
" awak pergi lah balik..isteri awak sedang tunggu" ujar Adhawiyah.
" tapi awak pun isteri saya.." ujar Aniq.
" saya hanya isteri simpanan..dan saya tak mahu apa apa dari awak.." ujar Adhawiyah lalu meneruskan langkahnya.

" macam mana agaknya dorang malam ni..malam nikah pula tu..sakan lah Aniq..lupa dunia terus" Haris bersuara. Sharmine yang duduk disebelahnya memandangnya geram.
"betul apa aku cakap..kalau tak takkan dia tak balik lagi..dah pukul dua belas dah..tengah sedap diulit dakapan hangat." Haris cuba memanaskan keadaan.
"Stop it Haris" marah Sharmine.
" kenapa..kau tak dapat terima hakikat yang kau dah bermadu..kau yang setuju kan.." perli pemuda itu.
" you rasa kalau I tak sign surat tu..Aniq dengan ummi akan selamat ke..dengan apa yang ada pada perempuan tu dah cukup untuk dakwa dorang tau..silap silap dengan you sekali kena angkut" ujar Sharmine geram.
" apa h aku pula...korang yang punya rencana aku tak ada kena mengena ok.." ujar Haris menidakkan kata kata gadis itu.
" you lupa apa yang pernah you buat dekat dia dulu..then sebelum ni pun you upah orang intip dia..dan you cuba aniaya dia dengan harapan dia akan balik pada you..tapi sayang Adha bukan gadis lembik seperti you sangka.." sinis Sharmine. Haris tidak senang duduknya.
" lembik tu kauu.." Haris bersuara.
" I.. " Sharmine geram apa bila dikatakan perempuan lembik.
"sebab kau tak boleh hidup dengan kaki sendiri..kau perlukan lelaki untuk teruskan hidup..kalau tak takkan kau perlukan Aniq untuk kau lahirkan Aqish.." Sharmine terkesima.Satu persatu kehidupannya dilondeh keluarga ini.
" kalau tak sebab ummi aku tak rasa kau still dekat sini" ujar Haris lagi
" ini semua salah ummi..kalau tak sebab idea bodoh ummi..semua ni takkan jadi.." Sharmine berang.
" apa Shar cakap..idea bodoh..Shar kena ingat ye..ummi buat semua ni sebab Shar..nak pertahankan rumah tangga Shar..Shar jangan jadi menantu tak sedar diuntung ye" tegas Puan Khalida. Sharmine tersentak apabila wanita itu tiba tiba muncuk dari belakang. Haris terdiam. Dia dan Puan Khalida agak canggung selepas mengetahui cerita sebenar. Haris memandang kearah lain.
"cuba ummi fikir kalau kata ummi tak robohkan rumah anak yatim tu semua ni takkan jadi..dan Sharmine takkan bermadu" Lontaran suara gadis itu semakin tinggi.
" so sekarang ni Shar nak salah kan ummi lah..semua salah ummi lah sekarang ni.." Puan Khalida mula menyinga.Tidak di sangka kebodohan gadis itu memerangkap dirinya.
" habis tu..ummi nak salahkan Shar ke..ummi yang robohkan rumah tu..bukan Shar...oh..sekarang Shar faham..sebelum ni Ummi tak tahu yang Aniq tu anak kandung ummi..dan ummi dengan yakinnya ingat Haris ni anak ummi..tapi bila Abi ceritakan hal sebenar..ummi malu dengan tindakan ummi yabg aniaya anak sendiri then nak letak semua kesalahan atas Shar..no way.." Tegas Sharmine. Puan Khalida terdiam.Ada benar dari kata kata gadis itu. Menyesal..ya ada sedikit kesal dengan tindakannya kerana menyisihkan anak kandungnya sendiri..tetapi untuk menganiaya anaknya tidak sampai ke tahap itu.Dia hanya benci dengan golongan kelas bawahan kerana dendamnya pada madunya masih belum terhapus waima madunya sudah tiada.
"ummi buat semua untuk Shar..sebab ummi tak nak perempuan tu ada dalam keluarga kita..ummi nak jaga reputasi keluarga kita..kalau orang tahu siapa Aqish yang sebenar agak agaknya siapa yang malu.."Puan Khalida pulangkan semula kata kata hingga membuatkan Sharmine terdiam.
" Kenapa dengan Aqish" semua terdiam apabila kedengaran suara Tuan Firdaus.
" tak ada apa apa Abi..Aqish tak sihat sikit" dalih Sharmine.Takut dia andainya bapa mertuanya mengetahui akan hal itu.
" Dah tu..dah bawa ke klinik" soal Tuan Firdaus.
" dah..tu yang dia tidur tu..tapi tu lah..kalau tak sihat macam ni dia cari papa dia.." Sharmine cuba menagih simpati.
" pandai pandailah kamu pujuk dia..kamu kena serasikan hidup kamu dan dia berkongsi" ujar Tuan Firdaus lalu hilang tanpa bayang. Sharmine hanya mampu berdiam Tuan Firdaus agak sukar diracunnya.
"kamu yang nak kan..kamu hadaplah..ummi tak nak masuk campur" ujar Puan Khalida sebelum bangun untuk beredar.
" ummi..tolong Shar" pinta gadis itu. Puan Khalida hanya menoleh tanpa memberi jawapan. Sharmine buntu.Dia tidak mahu berkongsi tamaknya makin menggila.

Adhawiyah turun ke bawah untuk mengisi perutnya yang sidah berkeroncong. Pijama berseluar pendek yang disarungnya dibaiki rapi. Dicapai komputer ribanya dan beberapa kertas laporan yang harus dia teliti dibimbit bersama. Lantai dan meja makannya sudah dikemaskan. Dia menarik nafas lega. Aniq sudah pulang. Terasa aman dunianya. Dia membuka lampu kalimantang agar pencahayaannya jelas.
" Oh mak kau.." Adhawiyah terkejut melihat Aniq tertidur disofa.
" ada lagi dia dekat sini.." bisik hatinya.
" awak..bangun..kenapa tidur sini..kenapa tak balik lagi.." ujarnya.Namun tiada jawapan.Pemuda itu masih kaku.
" awak..Aniq Imran..." kejutnya. Diam.
" ish dia ni..kang kalau aku tempik kang kata aku biadap pula..tak cium bau syurga pula..haishh..si Sharmine pun..tak reti nak kutip laki dia ke" dia mengomel sendiri.
" Aniq...Aniq..bangun..dah lewat ni..pergi balik" ujarnya. Aniq masih diam.
" aku lah dia ni.." rungutnya.
" awak..pergi naik atas tidur..sakit badan lah tidur kat sini" ujarnya lembut. Tidak semena mena Aniq bangun dari baringnya lalu berlari naik ke tingkat atas.
"Aniq Imraaannnnnnnnn" tempiknya geram.

Aniq mengunci pintu bilik dari dalam. Dikeluarkan pakaiannya dari bagasi yang diletakkan dibawah katil. Disusun semuanya didalam almari gadisi tu. Pintu yang diketuk bertalu talu tidak diendahkan.
" Aniq..buka pintu ni..Aniq..awak buat apa kat dalam bilik ni..Aniqqqqqq" kedengaran suara gadis itu menjerit dari luar. Aniq hanya diam.Dicapai tuala lalu dia masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Seharian dia menyiapkan kejutan untuk gadis itu, keringat sudah melekat ditubuhnya.

Adhawiyah menantinya di sofa. Geram masih bersisa. Ditenung televisyen yang tidak bernyawa itu sedalam dalamnya. Bantal kecil disofanya digenggam kemas. Sesekali dia menoleh ke arah tangga,menanti kelibat pemuda itu turun dari tangga. Aniq yang memerhati reaksi gadis itu dari atas teragak agak untuk turun. Dia tahu gadis itu akan menerkamnya seperti singa kelaparan. Tiba tiba telefonnya berdering. Mesej dari Sharmine dibacanya.

YOU..AQISH DEMAM..BALIK PLEASE

Rayu gadis itu.Aniq duduk ditangga. Harus bagaimana.Dibiarkan saja gadis itu menguruskan anaknya atau ditinggalkan isterinya yang baru saja dinikahi. Aniq diam.Dipegang telefonnya kemas.
" kat sini awak ye..."balingan bantal kecil itu mengenai tepat kepala pemuda itu. Aniq hanya diam.Tidak membalas.Adhawiyah menaiki anak tangga dengan geram.Ditarik telinga pemuda itu lalu dibawa turun ke ruang tamu.Aniq hanya diam.Hatinya masih berbolak balik. Aqish,walaupun anak kecil itu bukan zuriatnya tapi sayangnya pada anak kecil itu melebihi segalanya. Andai anak kecil itu tersakiti, pelaku harus mengadapnya.
" awak buat apa dekat sini..kenapa tak balik lagi..kan saya suruh awak balik..kenapa tak faham sangat hah"marah Adhawiyah. Aniq memandang gadis itu dengan wajah sugul.
" awak ni...dah..kenapa.."nada gadis itu yang dari tadinya nyaring kini mendatar. Raut wajah pemuda itu membuatkan amarahnya terhenti. Wajah pemuda itu tampak kusut.
" awak..kenapa ni..sakit ke kena bantal tadi..sakit dekat mana.." Adhawiyah menggosok dahi dan pipi pemuda itu.
"awak..saya kena balik..Aqish.." ujar Aniq sebak.
" Aqish...sapa pula dah..awak ni kan banyak sangat la perempuan" tubuh pemuda itu didorong ke tepi.
" anak saya.." langkah Adhawiyah terhenti.Dia berpaling memandang pemuda itu.Dia menanti penjelasan.Anak..
" anak saya tak sihat..Dia perlukan saya.." ujar Aniq sebak.
" kalau macam tu pergi lah balik..dia lebih perlukan awak" cemburukah atau ikhlaskah.Adhawiyah bermain dengan hatinya sendiri.Malam perkahwinannya dia ditinggalkan kerana ada insan yang lebih penting darinya.
" tapi saya nak stay sini dengan awak"ujar Aniq.
"awak balik la..dia lebih perlukan awak" arah gadis itu.
"tapi ni malam pernikahan kita..saya dah lama tunggu saat ni.." rungut pemuda itu.
"tapi dia anak awak..dan awak kena beri perhatian pada dia.." suruh gadis itu.
" kenapa awak tak boleh fikir kan diri awak dulu dari orang lain..kenapa tak diberi keutamaan pada diri awak saja" soal Aniq.Adhawiyah berdiri dihadapan pemuda itu.Dipeluk pemuda itu erat.
" dia anak awak..lebih perlukan perhatian awak dari saya..kalau jadi apa apa pada dia..saya takkan maafkan diri saya andainya sikap penting diri saya anak kecil tu jadi mangsa" ujar Adhawiyah. Hati kecil pemuda itu tersentuh.Dirasakan pilihannya kali ini adalah tepat.Adhawiyah cuba menyembunyi duka.

Sharmine tersenyum melihat kelibat suaminya tiba dirumah.Aniq segera mendapatkan anaknya yang sedang ketiduran dibilik.
" sayang papa" ujar Aniq dipintu bilik lalu berjalan pantas menghampiri anak kecil itu.
"papa..Aqish demam" rengek anak kecil itu.
" ye..papa tahu..papa ada ni..papa teman Aqish ya"ujar Aniq. Sharmine yang berdiri dipintu menghampiri mereka.
" dia demam rindukan papa dia..mana taknya papa dia asyik dengan betina lain..sampai tak ada masa dengan anak."herdik gadis itu.
" Aqish dah makan ubat?" soal Aniq. Sharmine hanya membisu
"I tanya you Aqish dah makan ubat ke belum" nada pemuda itu tinggi seoktaf.Anak kecil itu terperanjat. Sharmine segera memeluk anaknya lalu ditenangkan.
" you kalau balik nak marah marah baik tak payah balik..anak tak sihat..you takde rasa kesian ke kat anak.."ujar Sharmine.
" Aqish..papa minta maaf ya..papa tak sengaja..Aqish tidur ya..papa nak cakap dengan mummy ok sayang" Dibaringkan anak kecil itu lalu diselimutkan dan dikucup ubun ubun anak kecil itu lama.
"you ikut I"arahnya. Sharmine tersenyum.Singa sudah masuk perangkap.
" you dah kenapa nak cakap macam tu depan anak.." marah Aniq.
"apa..tak betul ke apa I cakap..you cuba ingat balik..bulan ni ada you bawa dia keluar jalan jalan..ada you pergi pick up dia di taska..ada you spend masa dengan dia..semua masa you dihabiskan kejar perempuan tu..you pun tahukan Aqish sayang sangat dekat you..antara I dengan you dia lebih pilih you dari I..bila you dah menjauh dari dia..you ingat dia tak terasa ke..dia manusia Aniq..bukan patung.." ulas Sharmine. Aniq terdiam. Ada benar kata gadis itu.Dia terlalu sibuk dengan hal peribadinya sehinggakan diabaikan anak kecil itu. Aniq tidak mampu berkata apa apa.
" I tahu you tak sayang or cintakan I tapi I tahu you sayangkan Aqish seperti darah daging you..dan dia pun sayang you lebih dari I..I cuma nak you jangan abaikan dia..itu saja" ujar Sharmine lembut. Aniq diam.Dicapai bantalnya lalu dicampak ke sofa.
" you nak air.." soal Sharmine. Aniq diam. Sharmine keluar dan masuk semula ke dalam bilik dengan segelas air kosong.
" nah.." disua gelas berisi air kosong itu kepada suaminya. Aniq meneguk minuman itu hingga licin dan kembali berbaring.
" I minta maaf" ujar Aniq.Sharmine tergamam.Sepanjang perkahwinan merekadan sepanjang hubungan tidak seteru mereka Ani tidak pernah mengucapkan maaf.
" I tahu I dah abaikan Aqish..I tahu dia perlukan I..perhatian I..tapi I lupa sebab I sibuk dengan dunia I..you rehat lah I jaga Aqish malam ni.." ujar Aniq. Sharmine tersenyum.
" thanks you sebab terima Aqish dalam hidup you even I you dah buang jauh jauh" Ujar Sharmine.Aniq hanya diam. Dia bangun lalu berjalan menuju ke bilik anak kecil itu.

Adhawiyah membuka peti aisnya. Dilihat hidangan yang terhidang sebentar tadi tersimpan rapi didalam peti. Diambilnya satu persatu lalu dipanaskan dan dihidang diatas meja. Dia tersenyum sendiri. Hatinya tersentuh dengan usaha pemuda itu untuk menarik perhatiannya.
" No..no..no...yah..jangan lemah yah..ingat apa yang dia dan keluarga dia dah buat dekat kau..."dia mengomel sendiri. Beberapa keping gambar hidangan diambilnya lalu di muat turun kedalam laman instagramnya sebagai kenangan.

LATE DINNER,SEKALI SEKALA BERMEWAH APA SALAHNYA..TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI

Adhawiyah menikmati hidangannya. Puas dirasakan nikmat hidangan mewah yang disediakan pemuda itu.

Share this novel

Zai Zai
2024-09-04 14:36:08 

lagi

Zainabzety
2024-09-03 02:18:15 

cis kata nk ajar 3 ekor tu tp siap peluk jantan yg rogol kau tu..kau kena ajar mereka cukup2 jngn bg muka


NovelPlus Premium

The best ads free experience