Adhawiyah pulang seperti biasa. Hari yang sudah larut, hiruk pikuk kenderaan yang berderetan dijalan kerana malam hujung minggu tidak di endahkannya. Dia seakan sudah terbiasa. Langkahnya diteruskan walaupun ada beberapa pemuda membunyikan cencorot melalui bibir mereka.Adhawiyah melajukan langkahnya.
" sombongnya.." pemuda pemuda itu mengekorinya. Adhawiyah mula cuak. Langkahnya laju.
"hoiii..." Adhawiyah terkejut mendengar jerkahan kuat dari seseorang. Adhawiyah menoleh.
"Aniq.."Dia berasa lega apabila melihat pemuda itu yang menghampirinya.
"awek aku ni..kau jangan salah orang nak main kacau" Ujar Aniq pada kelompok pemuda itu lalu terus bergandingan dengan gadis itu. Tali beg sandang gadid itu dipegangnya kemas. Adhawiyah masih cuak dengan kejadian sebentar tadi. Aniq diam. Tiada sebarang respon dari gadis itu. Tiba tiba langkah gadis itu terhenti lalu berdiri dihadapannya.
" terima kasih sebab tolong saya.. saya rasa cukup sampai sini saja awak hantar saya." pinta Adhawiyah lembut.
" mana rumah kau..aku hantarkan sampai ke rumah." pinta Aniq. Dia mahu tahu di mana gadis itu tinggal dan dengan siapa di bersama.
" eh takpe takpe..saya tinggal dekat area sini" Adhawiyah cuba mengelak. Aniq merapati gadis itu. Mata mereka bertentang. Adhawiyah cuak. Ditelan airliurnya kesat. Dia mengundur kebelakang perlahan lahan.
" kau sembunyikan sesuatu ke dari aku" soal Aniq lembut.
"mana..mana ada..." Adhawiyah gugup.
" ok..aku percaya kau.." seloroh Aniq. Adhawiyah ke hairanan melihat tingkah pemuda itu yang berubah secara tiba tiba.
" kau jalan dulu aku tunggu sini" pinta Aniq. Adhawiyah akur. Dia menyelusuri jalan yang hanya di limpahi lampu jalan.
" aku akan dapatkan semula kau Adha..aku janji kau akan aku miliki.." dia mengomel sendiri.
Adhawiyah merapikan cadar kamarnya. Dia melabuhkan pinggulnya ke tilam keras yang sudah lusuh. Di perhatikan sekeliling biliknya. Terasa sebak. Dinding yang diperbuat dari papan plywood berlubang sini sana ditampal dengan pita pelekat. Bumbung zink yang sudah berkarat terlihat tampalan timah menampung dari bocor. Tiang seri yang melihatkan lorong bubuk yang memakan kayu menanti untuk rebah.
" InsyaAllah kau mampu lebih daripada ini..kau mampu buat yang terbaik." bisik hatinya. Dibuka tingkap biliknya. Direnung rembulan yang bersinar terang. Angin malam menghempas lembut wajahnya. Dingin.Dia memejamkan matanya untuk menikmati ketenangan malam. Hatinya tiba tiba sebak. Wajah yang dirinduinya meniti diingatan.
"mak..abah..bunda..Awi tak kuat..pada siapa untuk Awi luahkan..Awi rindukan pelukan abah..rindukan pelukan Bunda..tiada siapa nak peluk Awi dan beri kata kata semangat dekat Awi..Awi rindu mak..Awi rindu abah..Awi Bunda..Awi tak kuat saat ini..Awi tak kuat" Airmatanya berlinang dari tadi meniti benteng matanya. Esak tangis kedengaran.Tanpa disedari luahannya didengari ayah saudaranya yang berdiri di daun pintu biliknya. Rasa bersalah mula bersarang dihati pemuda itu. Dia masuk kebiliknya lalu mencari seusatu yang disimpannya.
" ok...dah jumpa" Dia keluar semula dari biliknya lalu menuju ke bilik anak saudaranya. Di ketuk pintu bilik gadis itu perlahan lahan. Adhawiyah segera menghapuskan airmatanya lalu bingkas bangun dan mendapatkan ayah saudaranya. Daun pintu dibuka perlahan lahan.
" Ada apa paksu.." Soal Adhawiyah. Dihulurkan sebuah beg plastik yang terbalut rapi. Adhawiyah mengambilnya. Dia tertanya tanya dan juga hairan dengan perilaku ayah saudaranya. Tidak pernah dia sebegitu rupa.
" apa ni paksu" soal Adhawiyah.
"itu hak kau..paksu patut pulangkan semula" ujar lelaki itu. Adhawiyah kaget. Dia membuka bungkusan plastik itu dengan cermat. Sekeping geran dan sebuah buku bank berserta sepasang anak kunci didalamnya.
" apa ni paksu" soal Adhawiyah.
" ini hak kau..geran rumah yang arwah abah kau belikan untuk korang sekeluarga tapi sayangnya belum sempat rumah tu korang duduk..dorang dah tak ada.." Lelaki itu mula sebak. Sesal rasanya dengan tindakan lampaunya terhadap keluarga kakaknya.Kakaknya yang berniat untuk berhijrah ke kota tetapi dibiarkan niatnya keranaahu menjaga ibu mereka yang sedang sakit.Selepas kematian ibu mereka kakaknya membatalkan niatnya hanya kerana tidak mahu dirinya kesepian tetapi apa yang dilakukannya terhadap kakaknya amat kejam. Dia jadikan kakaknya sebagai cagaran untuk membayar hutang hutangnya. Akhirnya kakaknya mengandungkan anak luar nikah akibat diperkosa oleh pemiutangnya. Tetapi untuk menutup cerita mulut mulut puaka dia diperisterikan oleh seorang lelaki yang baik. Akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki tapi sayang anak itu tidak bertahan lama akhirnya meninggal dunia dua minggu selepas dilahirkan.kakaknya mengalami kemurungan yang teruk kerana tidak dapat menerima kematian anaknya.Mujur sahabatnya yang baik mahu memberikan anak mereka kerana masalah kewangan. Adhawiyah di ambil dan dijaga.Tapi malangnya kakaknya terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi kerana kemurungan yang dihadapinya tidak dapat dikawal. Adhawiyah tidak pernah dihiraunya. Apatah lagi disusukan. Hanya susu formula diberikannya walaupun susu badannya membasahi baju kerana terlalu banyak. Tidak lama kemudian abang iparnya pula menyusul tatkala anak kecil itu berusia 5tahun.
" tapi paksu..bukan ke paksu dah jual" Soal Adhawiyah kehairanan. Setahunya lelaki itu telah mencagarkan rumah mereka.
" tak..paksu tak jual..sebab paksu tak sampai hati..ini satu satunya kenangan paksu yang ada untuk ingatkan mak Adha..rumah ni dia yang pelankan.. dia yang deko sendiri..tapi sayang dia tak sempat duduk pun..sebab paksu.." sebak yang ditahan sebentar tadi di ungkap dengan airmata. Adhawiyah pelik.Tidak pernah ayah saudaranya berbicara dengannya sebegitu apatah lagi dengan tidak semena mena meluahkan kesal dihati.Dia tahu akan kisah hidup keluarganya dan sejarah kehadirannya didalam keluarga itu. Dia tidak menyesali hadir didalam keluarga yang kucar kacir apatah lagi diperlakukan sebegitu rupa oleh lelaki dihadapannya. Dia tidak mengetahui siapa keluarga kandungnya kerana tidak pernah diceritakan kepadanya. Bundanya menutup rapat kisah kehidupannya.
" tapi kenapa paksu bagi dekat Awi" soal Adhawiyah. Dihatinya bersarang sebak yang ditahan agar tidak terluah.
" sebab ini hak Awi..paksu tahu tak pernah jaga Awi dengan baik..paksu tak pernah kisahkan kehidupan Awi..maafkan paksu" Airmata lelaki itu bercucuran. Digenggam jari jemari gadis itu kemas. Dipohon kemaafan diatas segala dosa dan khilafnya terhadap gadis itu. Sifat rengusnya berpunca rasa bersalahnya terhadap kisah lampaunya.Rasa bersalah terhadap kakaknya masih mengganggu keamanan jiwanya.
" paksu.." nada Adhawiyah sudah bertukar.Sedikit galau
" Awi..paksu nak Awi pindah dari sini..pergilah tinggal dekat rumah tu..paksu dah kemaskan rumah tu untuk Awi.. Awi bina kehidupan Awi sendiri ya..Paksu takkan ganggu Awi.." Pinta lelaki itu.
" paksu..paksu nak pergi mana..paksu kenapa..ada Ahlong cari paksu lagi ke.." teka Adhawiyah.
" takde lah..Paksu cuma nak Awi enjoy usia remaja Awi macam yang Awi cakap tempoh hari..Awi bina kehidupan sendiri..lakarkan perjalanan Awi sendiri...maafkan paksu sebab dah ragut sebahagian kehidupan Awi" Luah lelaki itu lagi. Matanya kemerahan dek kerana airmatanya.
" Tapi paksu..." Soal Adhawiyah lagi. Genggaman tangannya dibalas. Ditatap wajah lelaki itu.Tampak penyesalan diwajah keruh itu.
" pasal paksu Awi tak perlu risau..Awi teruskan kehidupan Awi..paksu dengan kehidupan paksu.Dah sampai masanya paksu lepaskan Awi dari genggaman paksu.. Awi pergi ya nak" Pinta lelaki itu.Adhawiyah mula tersekak esak.
" paksu..kalau kata kata Awi hari tu buat paksu terasa hati..Awi minta maaf..tapi Awi masih perlukan paksu dalam hidup Awi..Awi hanya ada paksu dalam hidup Awi..Awi dah takde sesiapa lagi..kita tinggal sama sama ya" pujuknya.
" itu hak Awi..paksu tak berhak walau sebesar zarah..apatah lagi paksu punca semua ni berlaku..Maafkan paksu Awi..paksu betul betul menyesal dengan apa yang berlaku" rayunya.
" paksu..." Adhawiyah tidak dapat menahan sebak didadanya lagi.Dipeluk lelaki itu erat.
" Awi sayang paksu" ujarnya
"paksu pun sayang Awi sebab tu paksu nak Awi pergi dari sini dan bina kehidupan baru tanpa paksu...Awi pergilah..jangan balik sini lagi..tempat ni tak sesuai untuk Awi.." pinta lelaki itu.
" paksu...paksu..jangan macam ni paksu..Awi hanya ada paksu je.. kalau paksu dah tak ada..siapa nak jaga Awi..siapa nak teman Awi..siapa nak dengar cerita Awi..paksu...paksuuuu..paksu buka pintu ni paksu...paksu..Awi minta maaf... kalau kata sebab Awi paksu dapat susah.. kalau kata paksu perlukan duit kita jual rumah ni..Awi sanggup paksu..asalkan paksu dengan Awi..paksu.. paksu...Adhawiyah meraung diluar daun pintu bilik lelaki itu namun tidak diendahkan.
" hello..aku dah buat apa yang kau suruh..janji dengan aku..jaga dia baik baik..Aku sayang dia" panggila. dimatikan.Pemuda itu menangis semahunya apabila mendengar raungan anak saudaranya.
Adhawiyah bangun dari tidurnya.Dia bergegas mencari ayah saudaranya.Dijengah bilik lelaki itu namun tiada. Dibuka almari baju lelaki itu tetapi baju masih disitu.Kali ini tersusun rapi. Bilik juga kemas rapi. Adhawiyah risau. Risau ditinggalkan lagi. Dia menelefon lelaki itu tetapi malangnya telefon lelaki itu berada didalam bilik. Adhawiyah risau dan mula berputus asa. Dia ke dapur dengan harapan dapat menemui lelaki itu namun hampa. Dibuka tudung saji yang menutup meja. Terhidang makan kesukaannya. Mee goreng serta ketayap. Sekeping nota diselitkan disitu.
AWI MAKAN YA..PAKSU BUAT KHAS UNTUK AWI..PENAT PAKSU KUKUR KELAPA BAK BUAT INTI SEMATA MATA NAK BUAT KUIH KEGEMARAN AWI..MAKAN TAU..MUNGKIN INI HIDANGAN TERAKHIR PAKSU UNTUK AWI.
Adhawiyah duduk dikerusi lalu ditatap hidangan dihadapannya dengan juraian airmata.
"paksu.." rintihnya. Dijamah hidangan itu perlahan lahan.Hidangan iti terasa lain.Terasa sungguh istimewa.
Adhawiyah sugul.Tidak seceria selalu.Rakan sekerjanya bertanyakan akan keadaannya namun mereka tidak dapat membantu kerana dikunci rapi gadis itu. Adhawiyah termenung jauh.
"TAK TAK TAK" Kaunter ditempat dia berdiri diketuk.
"maaf..nak buat bayaran ke" diseka airmatanya yang mengalir.
" hei kenapa ni" Adhawiyah memandang wajah pelanggan dihadapannya.
"awak buat apa dekat sini..kalau nak bergaduh dengan saya maaf saya takde mood" ujar Adhawiyah lalu berjalan keluar dari kaunternya denga sebatang bulu ayam lalu disapu habuk habuk di rak dihadapannya.
" kenapa nangis..awak ada masalah ke" soal pemuda itu
" Aniq Imran tolong faham kalau saya kata saya tak ada mood untuk bergaduh dengan awak" marahnya. Aniq tercengang.Tidak pernah gadis itu berkelakuan sebegitu.
" saya bukan nak bergaduh dengan awak.. saya cuma rindu awak" ujarnya sambil tersenyum. Adhawiyah tidak mengendahkan pemuda itu lalu meneruskan kerjanya.
" Adhawiyah..." panggil Aniq. Tiada tindak balas dari gadis itu. Diekori gadis itu ke mana saja dia pergi.
"Adhawiyah..dengar tak saya panggil " Aniq meninggikan suaranya sedikit takut kalau gadis itu tidak mendengarnya. Diseru nama gadis itu berkali kali sehingga gadis itu menerima satu panggilan yang membuatkannya berdiri kaku dan tiba tiba menangis.
" hei kenapa ni" Aniq berdiri dihadapan gadis itu yang sudah berlinang airmata. Telefon gadis itu seakan mahu jatuh dari genggamannya disambut Aniq.
" hello.." Aniq menjawab panggilan itu.
" hello.. ni siapa" soal Aniq.
" saya Ikhwan dari Hospital Raja Bainun..mohon cik Adhawiyah datang ke hospital untuk pengecaman satu mayat disini" ujar pemanggil itu. Aniq memandang Adhawiyah yang masih dalam tangisan.
" baik..kami akan ke sana sekarang" ujar Aniq lalu dimatikan talian.
" Awak.." Aniq tidak tahu bagaimana harus ditenangkan gadis itu. Adhawiyah mencapai rak tatkala kakinya terasa lemah untuk berdiri.
" Awak..jom saya bawakan awak ke hospital" ujar Aniq lalu dipapah gadis itu perlahan lahan. Adhawiyah hanya mengikuti. Tiada kata kata yang dapat keluar dari bibirnya. Mulutnya seakan dikunci.
Aniq memandu keretanya. Sesekali dipandang gadis disebelahnya yang dari tadinya menangis tanpa henti. Matanya mula bengkak kerana tangisan yang menderu. Aniq tidak tahu mahu berbicara apa. Hanya suara radio kedengaran berselang dengan esak tangis gadis itu. Kereta itu membelok memasuki perkarangan hospital. Dipimpin Adhawiyah ke bilik pengurusan jenazah.
" Cik Adhawiyah..sila ikut saya" pinta seorang kakitangan hospital. Adhawiyah mengekori dari belakang. Lemah. Tidak lama kemudian gadis itu keluar dengan sebungkus plastik ditangan yang berisi pakaian. Gadis itu rebah dihadapannya lalu menangis semahunya.
" awak..." Aniq cuba memujuk tetapi dia terkejut apabila gadis itu tiba tiba memeluknya.
"paksu...paksu dah takde" ujar Adhawiyah. Sekali lagi pemuda itu tersentak. Dibalas pelukan gadis itu lalu ditepuk perlahan bahu gadis itu untuk menenangkannya. Tangisan gadis itu membasahi dadanya. Dibiarkan gadis itu bersama tangisannya. Simpati..ya simpati singgah dihatinya. Kehidupan gadis itu seakan misteri yang penuh duka.
Adhawiyah sugul.Matanya bengkak. Hidung dan pipinya kemerahan kerana airmatanya tidak berhenti dari tadi. Dia bersandar pada kerusi menantikan jenazah dibawa pulang.
" paksu.." hatinya bersuara. Dia tidak menyedari perubahan lelaki itu mungkin kerana bencinya dengan kelakuan jelik lelaki itu terhadapnya sehingga perubahan positif lelaki itu tidak dilihatnya. Dia menyesal dengan tindakannya yang tidak menghiraukan lelaki itu sejak akhir akhir ini. Ayah saudaranya meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah kereta ketika dalam perjalan pulang dari masjid berhampiran rumah mereka. Lelaki itu dikatakan terkena serangan jantung lalu rebah di atas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak. Ramai kariah masjid hadir bagi menguruskan jenazah. Adhawiyah hanya mengikut.Dia tidak punya daya untuk melakukan apa apa. Ketika itu pelbagai kisah yang baik didengarinya tentang arwah ayah saudaranya. Tahulah dia akan lelaki itu selalu menghilang kerana mengikuti kelas agama dan berkiyamulai di masjid. Sangkaannya sebelum ini meleset.
" Awi..jenazah dah boleh bawa balik untuk disolatkan..Awi balik naik apa" soal salah seorang kariah masjid.
" Awi ikut van jenazah saja.." pintanya
" awak naik dengan saya lah..saya hantarkan" pelawa Aniq.
"tak apa..saya naik van jenazah saja" tolak Adhawiyah lembut.
"awak balik la dulu.. " suruh gadis itu.
"tapi...."belum sempat Aniq menghabiskan ayatnya gadis itu terlebih dahulu menaiki van jenazah dan berlalu pergi meninggalkannya yang terpinga pinga. Adhawiyah terus menatap keranda yang menempatkan jenazah ayah saudaranya. Tangisnya hanya tnggal esakkan keras tanpa ditoleh kepada pemuda yang menatapnya dari tadi.
Adhawiyah duduk diruang tamu. Rumahnya sudah dipenuhi kariah kampung yang menanti untuk jenazah disolatkan.
" sabar ya Awi.." pujuk bibik tatkala gadis itu seakan lesu tidak bermaya. Adhawiyah mengelap airmatanya yang tidak henti mengalir. Rasa bersalah yang dari tadi bersarang menimbulkan penyesalan yang tidak dapat diluahkan.
Aniq mundar mandir. Tidak keruan hatinya memikirkan keadaan gadis itu. Diketap kuku jarinya hingga nipis.
" arghh" terasa perit apabila kulit jarinya mula merah.Dilihat jam ditangannya. Sudah pukul sembilan malam. Hatinya berat untuk membiarkan gadis itu sendiri.
" ngah..nenek panggil" tempik Zehra yang berlari kearahnya yang berdiri di laman.
" ok" balasnya pendek lalu masuk ke dalam rumah yang semakin asing baginya.
"ada apa ummi panggil Aniq" soal Aniq lembut. Dilabuhkan pinggulnya ke sofa bersebelahan isterinya. Sharmine cuba bermesra. Diletakkan tangannya keatas peha pemuda itu. Aniq bungkam.
" ni untuk Aniq dengan Sharmine" sekeping sampul surat diletakkan diatas meja. Sharmine mengambil sampul surat itu lalu dibuka. Aniq tertanya tanya.
" what.. Turki..Ummi..macam tahu tahu je Sharmine nak pergi sana.." Nada Sharmine gembira digambarkan dengan raut wajah teruja. Dirangkul lengan suaminya lalu dikucup bahu pemuda itu berkali kali. Aniq hanya diam.
" ummi dengar hari tu Sharmine sembang dengan Aqish..kata nak pergi Turki..so Ummi percepatkan saja..present anniversary korang" seloroh Puan Khalida.
" tapi anniversary kami next month ummi" soal Sharmine. Aniq hanya diam. Malas dia menyampuk.
" alah lagi dua minggu kan.. tak pelah..korang boleh prepare awal..tapi tiket hanya untuk korang berdua saja..Aqish tinggal dengan ummi.." ujar Puan Khalida lagi.
" ummi..." nada Sharmine terharu. Dia amat terkejut akan tindakan mertuanya yang seakan mengetahui niatnya untuk bersama dengan pemuda itu berdua.
" dah sampai masanya Aqish tu ada adik.. so take your time kat sana..enjoy..hope balik sini ada lah berita baik ya"seloroh Puan Khalida sambil tertawa.
" ummi.." Sharmine pura pura malu sedangkan hatinya tidak begitu. Bunga dihatinya dikawal.
" tak menyusahkan ummi ke" soal Sharmine. Aniq semakin kurang selesa. Ditarik lengannya lalu dialihkan sedikit duduknya. Fikirannya masih Adhawiyah. Bagaimana keadaannya. Ok kah dia. Dia keseorangan ke..Serabut fikirannya dengan seribu pertanyaan.
" Aniq..sekarang winter dekat sana..nanti you temankan I beli jacket ya.. tak sabarnya nak main snow" Sharmine kegirangan keterujaan. Digenggam jarinya kemas lalu menoleh ke arah suaminya yang dari tadi membisu.
" you kenapa..tak sihat ke" soal Sharmine.
" I ok je" balas Aniq acuh tidak acuh.
" Aniq tak suka present ummi" soal Puan Khalida.
" Aniq suka..thanks ummi..sorry ummi Aniq ada urusan dekat luar." Aniq bangun lalu beredar.Sharmine geram namun dipendam sakit hatinya.
Share this novel