34

Romance Series 67724

Aniq duduk diruang tamu menantikan gadis itu turun dari biliknya. Diraup wajahnya menyesal. Dia mahu ke atas tapi langkahnyaati dia anak tangga.Duduknya tidak senang. Begitu juga hatinya.

Adhawiyah menggosok badannya dengan kasar. Air pancuran menutup bunyi tangisnya. Terasa jijik dirinya yang terlalu lemah dengan manusia bernama Aniq Imran.Badannya kemerah merahan akibat digosok kasar.Adhawiyah menjerit sekuat hati. Aniq yang mendengar jeritan itu bingkas naik ke bilik gadis itu. Di cari gadis itu tiada. Dia cuba membuka pintu bilik air gadis itu namun tidak berjaya. Diketuk pintu bilik air itu kuat. Adhawiyah tersentak. Dia tidak menyangka bahawa pemuda itu masih dirumahnya.
" kau buat apa dekat sini.." marah Adhawiyah. Dia segera membaluti tubuhnya dengan tirai kamar mandinya agar bahagian yang terdedah tidak kelihatan.
" saya dengar awak menjerit tadi.." Ujar Aniq gugup.Dipalingkan wajahnya ke arah lain.
" kalau aku menjerit sekali pun apa kena mengena dengan kau" balas Adhawiyah bengang.
" saya risau kalau jadi apa apa pada awak.." ujar Aniq. Tidak sanggup dia melihat wajah bengis gadis dihadapannya. Rasa bersalahnya terhadap gadis itu membebankannya.
" kau berambus..berambussss" tempik Adhawiyah.
" Adha..Adha.." kedengaran suara Damia menaiki anak tangga.
" Adha....haaaoooppp..Aniq..Adha...apa korang buat ni..kenapa kau ada dekat sini..Adha..mana baju..oii apa semua ni" Damia terkesima apabia melihat Aniq berada di kamarnya dan Adhawiyah didalam bilik air tanpa baju hanya bertuala dan berbalut tirai.
"Mia.. nanti saya cerita..bukan seperti apa awak sangka ok.." Adhawiyah cuba menenangkan sahabatnya.
" tak sekarang ni apa yang kau buat dekat sini..korang dah kenapa..tu kat bawah tu orang dari pejabat agama datang.. apa semua ni..Adha..Aniq.." marah Damia. Aniq dan Adhawiyah berpandangan.

Sharmine resah. Kelibat suaminya masih tidak kelihatan.Penerbangan mereka hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi namun pemuda itu masih tidak muncul. Bagasinya dan Aniq diletakkan dimuka pintu.
" takkan dia tak bagitahu mana dia pergi semalam" soal Puan Khalida.
" tak ummi..dia kata dia keluar dengan Wan tapi tak tahu pergi mana" ujar Sharmine.Hatinya tidak tenang. Puan Khalida menelefon seseorang.
" dia off fon"bentak Puan Khalida.
" tu yang Shar risaukan..Shar call dia pun tak dapat..macam mana ni ummi..kalau betul betul dia batalkan macam mana" soal Sharmine.Puan Khalida termangu.

"yang awak ni dari mana..awal pagi dah keluar.." soal Puan Khalida tatkala melihat suaminya memasuki rumahnya.
" saja ambil angin lepas solat subuh di masjid tadi.." Balas Tuan Firdaus.
" aik..tak pernah pernah ambil angin sorang sorang kali ni tiba tiba je..awak jangan.."Puan Khalida serkap jarang.
" saya pergi ziarah kubur Anisah..kenapa tak boleh..dah lama tak pergi..apa salahnya..kubur isteri saya.." balas Tuan Firdaus endah tak endah.
" sayang lagi awak dekat dia ya..kenapa tak ikut masuk kubur sekali.."balas Puan Khalida.
" awak ni kalau dah tak ada perkara baik untuk bercakap baik diam Khalida" Tuan Firdaus sudah tidak dapat menahan marahnya lagi.
" apa tak betul ke saya cakap" Sinis Puan Khalida.
" awak..semakin saya layan semakin menjadi ego awak.." Tuan Firdaus bangun dari duduknya lalu masuk ke bilik.
" nak ke mana pula tu" tempik Puan Khalida.
"nak ke resort..nak release tension..duduk dekat rumah asyik dengar awak membebel je" Balas Tuan Firdaus sinis. Puan Khalida memandang suaminya penuh geram. Dilirik kearah suaminya sehingga kelibat itu hilang di daun pintu.

Haris termenung dijendela. Jiwanya terasa kosong. Hidupnya semakin tidak terurus. Hadir di lubuk hatinya rindu akan arwah isterinya. Wanita yang dia cintai sepenuh hati tapi malangnya dia gagal menjadi suami yang baik hingga mengabaikan hati dan perasaan isterinya. Foto arwah isterinya di tatap. Diusap perlahan.
"sayang..abang rindu..abang dah tak kuat macam dulu..abang tak tahu harus hidup macam mana..abang dah hilang separuh kehidupan abang..sayang dah bawa pergi.." Airmatanya menitis mengenai foto wanita itu. Disapu airmatanya yang menitis agar tidak tercemar wajah wanita kesayangannya.

"you pergi mana..lagi dua jam nak fly baru balik.."leter Sharmine apabila melihat kelibat Aniq.
" I tanya you ke mana.." soal Sharmine lagi. Dihidu pakaian suaminya.
" you minum ye..bau arak kuat ni.." soal Sharmine. Aniq tidak mengendahkan leteran isterinya. Dicapai tuala lalu dia masuk ke kamar mandi.Di cuci tubuhnya sehingga hilang rasa sesal di dadanya. Dilepaskan geram diatas tindakan bodohnya ke dinding bilik air.
" you..you dah kenapa?..you.. you ok tak" soal Sharmine. Aniq masih didalam bilik mandi. Sharmine tidak sedap hati. Diperiksa pakaian suaminya namun tiada apa apa yang dijumpai hanya bau arak yang melekat pada pakaian itu.
"you..hei kenapa ni.." Sharmine memegang pipi suaminya lembut. Mata pemuda itu kemerahan dan bengkak.
" you..kenapa ni..cerita dengan I..you tak sihat ke..nak kita cancel ke" soal Sharmine.
"boleh ke you cancel trip ni.." soal Aniq. Sharmine terdiam.
" dah you tak sihat.." soal Sharmine. Entah mengapa matanya tertangkap kesan gigitan dileher suaminya. Begitu juga di dada pemuda itu terdapat kesan calar dan gigit yang masih merah.
" you ke mana semalam.." Sharmine mula berang.
" I tanya you..you ke mana..ni..merah merah ni..kenapa..betina mana gigit you.." soal Sharmine. Dia makin geram apabila suaminya bertindak untuk mendiamkan diri.
"ummi.." belum sempat dia menghabiskan ayat mulutnya diterkup dan tubuhnya dirangkul pemuda itu. Tubuh tinggi lampai itu dihempas ke katil.
" kalau kau bagitahu ummi..aku tak teragak agak untuk batalkan trip ni.." ugut Aniq.
" cancel la kalau kau berani..kau tengok la apa ummi buat dekat betina kesayangan kau tu" marah Sharmine. Sakit hatinya apabila ada wanita lain yang berjaya menakluki tubuh pemuda itu selain dia.
"jadi apa kat Adha..kau sentuh dia..tercalar dia..kau akan menjanda..ingat tu" ugut Aniq lagi. Sharmine terdiam. Digenggam sarung tilamnya kemas.
"kau jantan tak guna Aniq.." tempik Sharmine.
" kau yang nak kan kehidupan macam ni..bukan aku yang paksa..tapi kehendak kau.." Disarung baju yang tergantung didalam almari. Dia bersiap.Diperkemaskan dirinya dihadapan cermin. Sorotan mata gadis itu menghala padanya.Aniq hanya tersenyum sinis.

Puan Khalida meninjau proses pemindahan anak anak yatim Rumah Bakti. Rumah itu harus dikosongkan segera kerana pemaju sudah mula maju menjalankan perobohan bangunan itu untuk dibina sebuah chalet disitu. Kawasan dihujung kampung berlatar belakangkan sungai dan kebun sawit sangat cantik,tenang dan akan menarik perhatian pelancong.
" Puan..Kalau tuan tanya apa saya nak jawab.." soal pembantu peribadi wanita itu.
" you suruh dia tanya saya..biar saya yang jawab." Tanpa ada rasa belas,dipisahkan anak anak itu kepada beberapa buah rumah anak yatim yang lain dan ada juga yang dipulangkan kepada keluarga masing masing semula atas faktor tiada tempat untuk diisi. Puas hatinya kerana dendamnya terbalas. Rumah yang dibina atas hasil titk peluh madunya dan dua lagi sahabatnya itu kini tinggal abu.

Sharmine teruja apabila dapat menikmati pemandangan indah dibumi asing. Suasana pagi yang dingin menusuk tulang belulangnya. Aniq yang masih lena dihampirinya.
"you..bangun..dah pagi.."kejut Sharmine.
"kau nak apa pagi pagi ni..aku nak tidur la.." Marah Aniq.
"you kita dekat sini nak honeymoon tau..you tak boleh ke layan I macam orang lain layan isteri dia..I bukan patung cendana Aniq Imran..I pun ada perasaan..I pun mahukan perhatian.. susah sangat ke you nak faham..kenapa you butakan mata dan hati you untuk I" tengking Sharmine.
"sebab you tak layak..." ujar Aniq sinis. Dia bangun dari baringnya mahu menuju ke kamar mandi. Dicuci mukanya lalu kembali ke dalam bilik. Sharmine meragut tangannya dan Aniq berpaling.
" kau nak apa lagi..kau nak datang sini aku ikut..apa lagi kau nak.." Soal Aniq lembut.
" I nak you..I nak jadi isteri di hati you.. bukan isteri diatas kertas..." keras luahannya.
" aku dah kata dari awal..untuk aku sayang kau semula seperti dulu..maaf..aku tak boleh..tapi untuk aku jadi peneman kau.. sahabat kau..ya aku sanggup" Aniq mengingatkan. Dari awal permintaan gadis itu dia sudah menerangkan bahawa hatinya sudah berpunya dan perjanjian telah dibuat. Perkahwinan mereka sekadar untuk menutup aib anak kecil yang tidak berdosa. Namun semakin hari Sharmine semakin tamak dan sudah melanggar perjanjian. Aniq yang sebelumnya cuba untuk bersabar dan melayannya seperti ratu sudah mula muak dengan lakonan penuh pura gadis itu.Dia cuba memberi peluang namun pernah disia siakan gadis itu tetapi disaat nama Adhawiyah menjadi perbualan hangat didalam keluarganya Sharmine mula menunjukkan belang.
" tapi I nak you layan I sebagai isteri bukan sahabat.." tengking Sharmine.
" jangan melampau Sharmine" Tegur Aniq.
"I melampau atau you yang melampau..Ni.. leher you ni merah kenapa..kena sengat tebuan..I isteri you..you jijik untuk bersama tapi dengan betina lain you layan pula..Ada yang halal yang haram you cari.." tempelak Sharmine.
" jadi..??" soal Aniq
" I nak you layan I..layan nafsu I layan I sebagai isteri..I mahu dibelai sama seperti perempuan lain Aniq.." Luah Sharmine kasar.
" kalau itu yang you nak.." Didorong gadis itu ke katil.Direntap pakaian gadis itu kasar. Sharmine terpinga pinga.
" you nak buat apa ni..Aniq..lepaskan I"Sharmine cuak.
" kau nak kan tubuh aku kan..kau nak aku layan nafsu kau..sekarang aku turut kan..." Diratah tubuh gadis itu kasar.Seperti mana dia perlakukan Adhawiyah malam itu begitu juga Sharmine. Bayangan rontaan Adhawiyah bermain dibenaknya.
" Aniq sakit..jangan buat I macam pelacur Aniq..I isteri you.." Sharmine mengingatkan.
" aku peduli apa..dah kau nak sangatkan." Herdiknya. Setiap inci tubuh gadis itu diterkamnya. Sharmine yang dari tadi meronta kini lemah dalam keasyikan. Desahannya membuatkan nafsu Aniq bergelodak.
"Adha..." tempik Aniq disaat benihnya dikeluarkan. Aniq terbaring disisi gadis itu. Sharmine tersentak apabila nama gadis itu disebut.Dilap percikan benih suaminya yang diludah keluar.
" I bukan Adhawiyah Aniq.." Ditumbuk tubuh itu berkali kali. Airmatanya tidak terbendung lagi.
" aku peduli apa..janji aku dah tunaikan hasrat kau..puas??" soal Aniq.Lalu dicapai seluarnya dan disarungkan. Dibiarkan gadis itu menangis sendirian dikatil.
" jantan sial.." tempik Sharmine. Tempikan itu tidak diendahkan Aniq yang sudah masuk ke kamar mandi.
Harapannya untuk mengandungkan anak pemuda itu terhapus.Sharmine menangis semahunya.

Adhawiyah termenung jauh. Kisah hidupnya direnung satu persatu. Segala aturan kehidupannya diingati satu persatu.
" Tuhan..apakah aku tidak berhak untuk bahagia disini" bisik hatinya. Tangisnya diseka.
" Hoi..." sergah rakan sekerjanya. Adhawiyah mencebik wajahnya. Terkejut dia bukan kepalang.
"kalau saya ada lemah jantung macam mana.." marahnya. Pemuda itu tertawa besar.
"ambulans kan ada..neno neno neno.." canda pemuda itu. Adhawiyah merenung pemuda itu melalui hujung matanya.Akhirnya diukir senyuman dibibirnya.
" buat apa dekat sini.." soal pemuda itu.
" rehat..ni ni..tak nampak" ditunjukkan pass rehatnya.
" sorry tak perasan.." ujar pemuda itu.
" tahniah..dah naik pangkat..lepas ni dah tak boleh kacau kau dah la.." Nada pemuda itu sedih.
" alah..macam takde orang lain yang dia boleh kacau..Ira ada..Zana ada..Kak Su ada..tu abang Zam tu..buli la dia"seloroh pemuda itu.
" tapi tak sama macam kau" Pemuda itu menundukkan wajahnya.
" Ish dia ni..ni..awak jangan nak mengada ye..takde tak samanya..semua sama ja..lagipun biarlah kita renggang sebab saya takut timbul fitnah nanti..Awak suami orang..nanti apa orang cakap..hati isteri awak kena jaga" nasihatnya
" dia ok je..sporting..open minded.." ujar pemuda itu tersenyum.
" takde maknanya..awak tahu ke perasaan dia..apa yang ada dalam hati dia..perempuan ni jenis pendam..tapi bila dia terlalu terluka..mula lah..saya takut dia akan jadi mati rasa..waktu tu apa pun awak buat dia tak kisah..so selagi dia ambil tahu jaga lah dia.." Adhawiyah bermonolog.
" bravo bravo..cik Adha kita berfalsafah..saya sungguh kagum" seloroh pemuda itu.
"khai..saya cakap berdasarkan pengalaman saya..saya bukan mengada adakan cerita" nada gadis itu sedikit kendur. Sebak hatinya kembali semula.
" la kau dah kenapa..tiba tiba moyok je" Adhawiyah menggeleng.
" kat sini kau ye"Adhawiyah tersentak. Haris berdiri dihadapannya. Adhawiyah tidak keruan.
" kau kenal dia ke.." soal rakan sekerjanya.
" ex tunang saya" ujar Adhawiyah perlahan.
"la kau ingat lagi..ingatkan dah lupa" sinis Haris.
" apa awak buat dekat sini" soal Adhawiyah gugup. Khai melihat perubahan gadis itu disedari seakan tidak ada yang kena. Dia yang tidak mahu mengganggu perbualan mereka membatalkan niatnya apabila hujung bajunya dipegang kemas gadis itu. Dia duduk kembali di anak tangga.
" boleh bagi kami privacy." pinta Haris. Khai memandang Adhawiyah yang memandang pemuda dihadapan mereka dalam keadaan ketakutan.
" smoking bro" dinyalakan sebatang rokok lalu disedut asap sedalam dalamnya lalu dihembus ke wajah Haris. Haris menepis asap yang mengenai wajahnya.
" puas saya cari awak..rupanya awak kerja dekat sini" Dahi pemuda itu sedikit berkerut. Pelik dengan perubahan bahasa yang ditukar secara mendadak dari kau..aku kepada awak saya. Bajunya masih tidak dilepaskan gadis itu.
" awak rehat?..dah makan?..jom saya bawa awak pergi makan..awak mesti laparkan." pelawa Haris.
" saya dah makan..saya masuk dulu waktu rehat saya dah tamat...jom khai" diheret pemuda itu bersamanya.
" Adha..wait.." lengan gadis itu dipautnya.Khai hanya menyaksikan drama antara dua hati dihadapannya.
" saya tengah kerja.." ujar Adhawiyah sehaya melepaskan pautan pemuda itu. Khai membontoti gadis itu.
" Haris.." Adhawiyah menoleh. Haris tersenyum
" tolong jangan cari saya lagi..antara kita dah lama berakhir..bagi saya hadap kehidupan saya dengan aman" ujar Adhawiyah.
" tapi saya ada perkara nak cakap dengan awak" ujar Haris.
" awak tunggu sini"bisiknya pada Khai. Pemuda itu akur.
" apa dia..cakap lah..dekat sini saja..saya tak nak ke mana mana" tegas gadis itu. Haris diam
" awak dah buang masa saya Haris." bentak gadis itu.
" saya rindu awak" ujar pemuda itu. Adhawiyah mengeluh kesal.Kesal dia menunggu apa yang mahu diwar warkan pemuda itu. Dia berpaling dan melangkah masuk ke permis.
" Rumah Bakti dah dijual ke pemaju"tempik Haris. Adhawiyah tersentak. Dia berlari mendapatkan Haris.
" apa..apa awak cakap" soal Adhawiyah.
" ummi..ummi dan Sharmine dah berpakat untuk jualkan Rumah Bakti kepada pemaju...dan sekarang rumah tu dah jadi debu..sudah dirobohkan sebahagiannya." jelas Haris. Adhawiyah terduduk. Lemah jiwanya mendengar kata kata pemuda itu.
" Adha..kau ok ke" Khai mendapatkan rakannya itu.

Dia menelefon Puan Khalida namun sayangnya panggilannya tidak diendahkan. Begitu juga Sharmine. Dia mendail nombor Aniq, hasilnya masih juga sama.Tiada jawapan. Adhawiyah duduk ditanah. Sedihnya melihat tempat dia dibesarkan kini hanya tinggal rangka.Dia risau akan keadaan anak anak yang menghuni disitu.
" sialllllll" tempiknya.

" Akak..akak tahu tak Aniq pergi mana.."soalnya pada Hajar ketika dia hadir ke resort untuk mencari pemuda itu dan isterinya.
" Aniq..dia pergi Turki dua hari lepas..honeymoon katanya" seakan tamparan hebat mengenai dirinya. Adhawiyah mula hilang arah.
" Puan..puan mana" soal Adhawiyah lagi.
" oh puan dia bercuti di Perlis...ada apa Adha..kenapa cemas ni" soal Hajar.
" Tuan..Adha nak jumpa tuan" pintanya.
" Tuan ada dekat office kalau tak silap..mari akak bawakan..." Adhawiyah mengikuti gadis itu.

Daun pintu pejabat Tuan Firdaus ditolak perlahan.
" Tuan.. Adhawiyah nak jumpa tuan" ujar Hajar.
" ermmm..masuk lah" suruh Tuan Firdaus.
" Tuan sibuk ke..saya mengganggu tuan ke" Adhawiyah berbasi basi.
" panggil abi sudah..tak perlu tuan tuan..abi tak sibuk pun..duduk Adha.." pelawa Tuan Firdaus.
"Adha sihat.." soal Tuan Firdaus sopan.
"sihat..Tuan.." balas Adhawiyah gugup.Figura dihadapannya yang tenang itu membuatkannya gugup.Insan yang tidak pernah memandang serong terhadapnya bahkan ditatangnya seperti anak sendiri.
"abi..abi" Tuan Firdaus membetulkan panggilannya.
" abi..abi.." ujar Adhawiyah perlahan.
"Ada apa Adha nak jumpa abi" soal Tuan Firdaus lagi.
" Adha nak tanya tentang Rumah Bakti" soal Adhawiyah.
" kenapa..Adha dah ready nak jaga Rumah Bakti tu semula ke" soal Tuan Firdaus.
" tak bukan..errr..ermmm" dia tidak tahu bagaimana harus dimulakan.Dari soalan lelaki itu dia tahu bahawa lelaki itu tidak mengetahui akan perobohan Rumah Bakti.
"Adha.."panggil Tuan Firdaus. Adhawiyah memandang lelaki itu.Matanya berlinang.
" Ada apa Adha..apa yang tak kena dengan Rumah Bakti" Tuan Firdaus mula risau melihat mata gadis itu digenangi mutiara jernih.
" abi tahu tak Rumah Bakti tu dah dirobohkan" Tuan Firdaus tersentak. Di mengucap panjang.
" mana Adha dengar cerita ni..siapa bagitahu Adha..Rumah Bakti tu kan masih beroperasi" soal Tuan Firdaus. Adhawiyah mengeluarkan telefonnya.Ditunjuk foto Rumah Bakti yang diambilnya semalam. Tuan Firdaus meraup wajahnya kesal.
" Khalida apa yang dah awak buat ni" Tuan Firdaus bermonolog. Dicapai telefonnya lalu di dail nombor seseorang.

" hello.." Puan Khalida menjawab panggilan yang dari tadi berdering telefonnya.
" saya dekat Padang Besar ni..kami nak masuk sempadan Thai ni" ujar Puan Khalida.
" awak batalkan program awak dan balik sekarang" nada Tuan Firdaus tegas. Puan Khalida mula tidak sedap hati. Tuan Firdaus bukan seorang yang perengus. Namun apabila dia bertegas bermaksud ada sesuatu yang terjadi yang tidak disenangi lelaki itu.

" Aniq.. listen..Abi nak korang balik Malaysia hari ni..Abi ada perkara nak dibincangkan. Aniq akur. Dimatikan taliannya lalu segera naik ke bilik hotel dimana dia dan Sharmine menginap.
" you kenapa ni" soal Sharmine.
" abi suruh balik Malaysia sekarang" ujar Aniq. Sharmine yang baru sahaja naik dari kolam renang kehairanan. Dicapai telefonnya. Beberapa panggilan tidak berjawab tertera di skrinnya.
" Hello ummi.." ujarnya selepas panggilannya berjawab.
" Abi tiba tiba suruh kami balik..kenapa ummi? "soal Sharmine ingin tahu.
" ummi rasa tentang Rumah Bakti" ujar Puan Khalida ditalian.
" kenapa dengan Rumah Bakti ummi" soal Sharmine.Dia tergamam apabila mendapat tahu bahawa rumah anak yatim itu sudah dirobohkan.

Share this novel

Zai Zai
2024-09-02 12:21:26 

lagi

Zainabzety
2024-08-31 21:50:16 

Sanggup kau tido ngn betina tu aniq kesian adha


NovelPlus Premium

The best ads free experience