Sofea yang sememangnya rapat dengan Adhawiyah memeluk erat pinggang gadis itu. Lenanya kejap. Adhawiyah menepuk nepuk bahu anak kecil itu perlahan lahan. Matanya sukar dipejam. Perbualan diantara dia dan Dato Firdaus masih terngiang ngiang dikepalanya. Entah mengapa bayangan Aniq Imran mula berlegar di mindanya.
" Ya Allah.. hapuskan dia dari ingatan ku andai dia bukan untukku" Dipohon doa dari Yang Esa. Dia cuba melelapkan matanya namun gagal. Dia bangun perlahan lahan dari rebahannya. Dia berjalan terjingkit jingkit tidak mahu mengganggu lena si kecil yang sedang asyik beradu.
"Fuhhhh" Adhawiyah melepaskan keluhan. Terasa lega apabila dia berjaya meloloskan diri dari dakapan si kecil. Dia berjalan dalam kelam malam menuju ke dapur. Tidak mahu dinyalakan waima sebiji lampu sebagai penerang laluannya. Hanya lampu bilik air yang kelihatan. Sayup sayup cahayanya menerangi dapur. Tidak mahu diganggu penghuni yang lain sedang beradu. Dibuka peti ais lalu di capai sebotol air sejuk dan dibawa ke meja. Matanya tertacap pada bayangan hitam dijendela. Adhawiyah gugup. Dia mencapai periuk di rak lalu berjalan kearah jendela. Dia cuba meniliti akan kelibat itu.
" Ya Allah.. " Adhawiyah cuak melihat seorang lelaki cuba memecah masuk rumah itu. Adhawiyah segera ke pintu tatkala pintu itu dibuka dari luar.
" Iyahhhh" diketuk kepala dan tubuh lelaki itu berkali kali dengan kuat.
" Aduh..aduh... sakit la..sakittt.. " tempik lelaki itu lalu memegang tangannya kemas. Baru sahaja Adhawiyah mahu berteriak mahu meminta pertolongan mulutnya lebih awal diterkup. Adhawiyah terkesima. Matanya terbeliak seakan mahu terkeluar. Darahnya yang tadi membara kini terpadam tiba tiba.
" shuttt.. bising tau tak" ujar pemuda itu.
" apa awak buat dekat sini.. bila awak balik" Soal Adhawiyah. Tangan yang menerkup mulutnya dialihkan. Pemuda itu hanya tersenyum. Adhawiyah tidak tahu apakah perasaannya disaat itu. Pemuda yang dirinduinya kini berada dihadapannya. Dan pemuda itu juga sudah menjadi milik orang.
" Kau sihat" soal pemuda itu. Dilurut rambut gadis dihadapannya lembut. Kini kelihatan jelas wajah gadis itu. Mata redup itu ditatapnya. Ada genangan airmata ditebing mata itu.
" Aniq" sebut Adhawiyah gugup. Hatinya berdegup kencang. Seribu persoalan dan perasaan yang bercampur baur menyelubungi dirinya.
" ya.. aku.. Aniq Imran.. " Aniq mengukir senyuman. Adhawiyah tersedar bahawa dia tidak bertudung. Dia bergegas ke biliknya lalu disarung tudung dan sweaternya memandangkan dia memakai lengan pendek. Selesai itu dia keluar mendapatkan Aniq semula di ruang tamu.
Aniq masih berdiri dihadapan pintu. Dinyalakan sebiji lampu di ruang itu agar tidak terlalu gelap. Dia sabar menanti gadis itu. Dia tersenyum sendiri. Peristiwa sebentar tadi bermain dibenaknya.
"cantik" wajah gadis tidak bertudung itu dikunci difikirannya
" ikut saya" bisik Adhawiyah tegas. Belum sempat Aniq memberikan senyuman, Adhawiyah sudah melemparkan jelingan tajam. Aniq hanya mengikut.
"apa awak buat dekat sini" Langkah Aniq terhenti apabila Adhawiyah mematikan langkahnya. Wajah gadis itu tegang. Aniq menundukkan wajahnya.
" awak dengar tak " walaupun berbisik namun jelas tempikkannya.
" ishh.. nanti dorang bangun macam mana.. " Aniq cuba mengingatkan.
" jawab soalan saya Aniq Imran" Dahi gadis itu berkerut menahan marah. Aniq berpaling. Tidak berani dia melihat wajah yang sudah menyinga dihadapannya.
" Aniq Imran !! " nadanya sedikit tinggi.
" ye.. boleh tak jangan marah marah" Aniq cuba berbasi basi. Renungan Adhawiyah makin tajam.
" ye lah.. abi kata rumah ni black out.. dia minta aku tengok kan.. tu yang aku datang" jelas Aniq. Adhawiyah masih tidak berpuas hati dengan penjelasan pemuda itu. Dipeluk tubuhnya erat. Dipandang wajah pemuda yang gugup itu tajam.
" La betul la.. abi kata rumah ni black out.. so dia ada minta aku tengok tengokkan.. and.. aku ada dekat sini. " Jelas Aniq lagi.
" kau ada call abi aku ke" soal Aniq
" hah.. errr.. ermmmm.. ada tapi tadi la... petang tadi.. sekarang dah ada.. " balas Adhawiyah. Kali ini dia yang gugup. Dia seakan malu alah terhadap pemuda itu. Aniq menghampiri gadis itu perlahan lahan. Adhawiyah mula menggelabah. Dia kehilangan arah untuk meloloskan diri apabila dia semakin terhimpit diantara pagar dan pemuda itu.
" aaa.. aaawakk jangan buat kerja gila" ujar Adhawiyah gugup. Aniq tidak mengendahkan kata kata gadis itu. Dia semakin galak untuk mengusik gadis itu.
" habis kau ketuk kepala aku.. kau ketuk badan aku.. sakit tau tak" Ujar Aniq tegas.
" sssaaayaaa minta maaf.. mana saya tahu awak nak datang.." kata katanya mati disitu apabila jarak mereka hanya beberapa inci. Aniq memandang gadis itu dengan renungan seekor buaya.
"aku call kau kenapa tak angkat" soal Aniq. Dilirik tudung gadis itu lembut. Adhawiyah bertambah gugup. Dia tahu pemuda itu mampu bertindak lebih dari jangkaannya.
" hah.. awak ada call ke.. maaf saya tidurkan Sofea.. phone saya letak dalam bilik" balas Adhawiyah. Dia memejamkan matanya saat wajah pemuda itu menghampiri wajahnya. Adhawiyah berpaling.
" aku.. kau tak nak tidurkan ke" soal Aniq. Adhawiyah berpaling semula kearah pemuda itu.
" awak kalau datang sini semata mata nak biadap.. sila balik.. saya tak nak kecoh dekat sini" jarinya digenggam kemas. Aniq tersenyum sinis. Dia menjarakkan dirinya dari gadis itu.
" kecoh.. aku datang bukan untuk buat kecoh.. tapi aku nak tuntut hak aku semula" ujar Aniq. Airliur yang ditelan Adhawiyah terasa kelat dan tersekat dikerongkong.
" hak awak.. aaappaa..ruamah ni" Adhawiyah semakin gugup. Aniq kembali menghampiri gadis itu. Didekatkan bibirnya ke telinga gadis itu.
"kau masih berhutang dua puluh ribu dengan aku..kau lupa" Aniq tersenyum sinis. Adhawiyah terkesima. Dadanya terasa sesak. Dia seakan terluappa
Share this novel