Epilog

Romance Series 41999

SEMINGGU berlalu. Ayra menangis sambil berdiri di tanah perkuburan. Kubur di hadapannya di tatap dengan penuh hiba. Mulut wanita itu pula terkumat kamit membacakan beberapa potong ayat suci al-quran. Selesai membaca doa, Ayra kemudian berjalan meninggalkan kawasan perkuburan tersebut. Wanita itu sendirian memandu keretanya, menyusuri jalan raya.

Setelah beberapa ketika, Ayra menghentikan kenderaanya di kawasan parkir hospital. Ayra berjalan perlahan-lahan memasuki bangunan hospital sambil memegang perutnya. Wanita itu bersyukur kerana kandungan di dalam perutnya tidak mengalami keguguran akibat kemalangan yang menimpanya seminggu yang lalu. Ayra ingin menjaga janin di dalam kandungannya itu dengan sebaik mungkin. Itu adalah hadiah yang diberikan oleh suaminya. Satu tanda cinta yang pernah terjalin diantaranya dengan Harzan.

"Nanti lahir, jadi anak yang sihat ya sayang.. temankan ibu.." Ayra berbicara perlahan kepada anak di dalam kandungannya. Tangan wanita itu tidak berhenti dari mengusap perutnya sendiri. Ayra terus melangkahkan kakinya di lorong bangunan hospital tersebut. Tidak lama kemudian, dia tiba di bilik yang menjadi tujuannya.

"Assalamualaikum.." Ayra memberikan salam sambil mengukirkan senyuman.

"Waalaikumussalam.." Harzan menjawab dengan suara perlahan. Ayra segera merapati Harzan yang sedang terlantar di atas katil hospital. Tangan suaminya itu dipegang dan dikucup oleh Ayra. Harzan kelihatan masih lemah. hampir seluruh badannya berbalut. Kaki dan tangan kiri lelaki itu pula di baluti simen kerana patah setelah mengalami kemalangan tempoh hari. Walaupun mengalami kecederaan yang parah, namun Harzan masih bernasib baik kerana berjaya diselamatkan. Dia yang kekurangan banyak darah setelah kemalangan dapat di rawat dengan baik, tepat pada masanya.

"Sayang dari mana ni?" Harzan bertanya dengan suara yang lemah.

"Baru balik dari tanah perkuburan.. tadi pergi jenguk kubur mak ayah sekejap.." Ayra segera menjawab.

"Oh.. baguslah.. sentiasalah berdoa kepada kedua ibu bapa..walaupun mereka sudah tiada, tapi doa daripada seorang anak masih akan sampai kepada mereka.." Harzan memberikan nasihat kepada isterinya, Ayra pula mengangguk perlahan sambil mengusap tangan suaminya itu.

"Abang.. maafkan sayang.." Ayra memohon kemaafan. Dia benar-benar kesal dengan tindakannya tempoh hari. Disebabkan rajuknya, kini Harzan terlantar di rumah sakit. Syukur sahaja suaminya itu masih bernafas. Ayra sangat khawatir jika Harzan akan menghembuskan nafasnya yang terakhir demi menyelamatkan dirinya.

"Abang yang patut minta maaf.. selama ini abang tak berterus terang lebih awal kepada sayang.." Harzan membalas kata-kata isterinya. Lelaki itu melanjutkan ucapannya lagi.

"Sayang.. tolong, jangan tinggalkan abang.. jangan takutkan abang lagi.. abang taknak kehilangan sayang.."

"Sayang janji.. sayang takkan tinggalkan abang.. takkan sakitkan hati abang lagi.. I love you Mr. CEO.." Ayra lantas merapatkan bibirnya ke pipi Harzan yang sedang terbaring. Wanita itu mengulangi kucupannya beberapa kali terhadap suaminya yang sedang kesakitan itu.

"So, berapa pendapatan abang sebagai CEO yang memiliki beberapa buah syarikat tu?" Ayra bertanya untuk mengusik Harzan.

"Dah..dah.. tak payah cakap pasal gaji, pasal harta.. hmm.. kalau abang jatuh muflis macam mana? bukan susah pun kalau kesemua syarikat tu nak gulung tikar.."

"Apa pun yang terjadi, sayang tetap akan bersama abang.. kita susah senang bersama.. apa yang penting, kita hidup bahagia.. ikhlaskan cinta kita.." Ayra memeluk Harzan yang tergeletak di tempat tidurnya.

"Aduh..duh..duh.." Jangan peluk kuat sangat.. sakit la sayang." Harzan menyatakan rasa sakitnya.

"Sorry.." Ayra segera melepaskan rangkulannya terhadap Harzan.

"I love you sayang." Harzan menatap wajah isterinya.

"I love you too.." Ayra membalas.

"Amboi.. kemain i lap you, u lap me.." Tiba-tiba suara Hazirah mengejutkan Ayra dan Harzan. Mereka segera berpaling ke arah muka pintu bilik wad. Hazirah bersama ibu dan ayah Harzan muncul dan masuk ke dalam wad. Maryani pula terlihat menepuk bahu Hazirah yang tadinya mengusik Ayra dan Harzan yang sedang bermesra.

"Adik.. mak, abah.. masuk la.." Ayra segera berpelukan dengan Hazirah dan Maryani. Dia turut bersalaman dan mencium tangan bapa mentuanya, Haydar. Melihat ahli keluarga suaminya berkumpul, Ayra semakin merasa bahagia. Kini keluarganya sudah lengkap. Sebuah keluarga yang penuh kasih sayang, dambaan Ayra selama ini. Melihat gelak ketawa dan gurau senda Harzan sekeluarga, Ayra merasa senang hati. Harzan juga seolah melupakan kesakitan yang sedang dia alami. Ayra memandang setiap orang ahli keluarganya itu yang tertawa. Benarlah, bahagia itu di capai dengan redha dan keikhlasan dalam menyemai cinta. Cinta kepada pasangan, cinta kepada keluarga, itulah kunci kepada bahagia. 

-Tamat-

Share this novel

MS Fahmi
2024-08-09 15:48:13 

terima kasih atas sokongan.. plot asal terpaksa disingkatkan dan beberapa sub konflik terpakda dipotong utk elakkan cerita jd berjela-jela.. boleh baca karya trbaru saya Isteri Upahan Encik Adam untuk teruskan pembacaan.

siti
2024-08-09 15:21:31 

dah abis dah. pada awalnya ada dikubur ingatkan harzan . pandai author buat kita suspen. alhamdulillah pengakhiran yang bahagia buat ayra dan harzan. best cerita. Tahniah


NovelPlus Premium

The best ads free experience