Bab 43

Romance Series 41999

Imbas kembali...

HARZAN menghentikan kereta BMW yang dipandunya di tempat parkir, hadapan sebuah bangunan pejabat. Seketika kemudian, seorang gadis menuruni anak tangga di bangunan tersebut dan berdiri di hadapan kereta Harzan. Harzan yang berada di dalam kereta hanya memerhatikan gadis tersebut. Di sebabkan cermin keretanya yang terlihat gelap dari arah luar, gadis itu langsung tidak menyedari, dirinya sedang diperhatikan. Gadis itu adalah Ayra. Harzan hanya menatap Ayra tanpa sebarang perasaan. Namun kecantikan gadis tersebut membuatkan Harzan sedikit tertarik. Namun Harzan agak tidak suka dengan perempuan yang berpenampilan sedikit seksi dan tidak berhijab seperti gadis di hadapannya itu.

Tidak lama, Ayra pun berlalu dari tempatnya berdiri. Harzan juga sudah tidak mempedulikan gadis tersebut. Kemudian, Dato' Mustafa Kamal keluar dari pejabatnya dan segera menuju ke arah kereta Harzan. Lelaki yang sudah berusia lebih separuh abad itu langsung masuk ke dalam kereta BMW putih yang tersedia menunggunya di situ.

"Ada apa Pak Long nak jumpa saya?" Harzan bertanya kepada Dato' Mustafa Kamal.

"Ada la.. jom kita pergi tempat lain dulu.. Pak Long ada nak bincang benda sikit dengan kau." Dato' Mustafa Kamal menjawab. Tanpa membuang masa, Harzan segera menggerakkan keretanya dan meninggalkan kawasan tersebut. Setelah meluncur laju beberapa kilometer di atas jalan raya, Harzan akhirnya menghentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Harzan dan Dato' Mustafa Kamal langsung keluar dari kereta dan menuju ke restoran tersebut. Mereka memilih untuk masuk ke dalam ruangan tertutup dengan dinding kaca.

"Kenapa sampai kena masuk ke tempat tertutup macam ni?" Harzan menyoal bapa saudaranya itu.

"Hmm.. Pak Long nak bagitau benda sulit sikit.." Dato' Mustafa Kamal lantas menjawab. Harzan pula mengalihkan pandangannya ke arah luar restoran yang berdinding kaca itu.

"Macam ni.. Syarikat Pak Long sekarang ada masalah.. kewangan syarikat macam tak seimbang.. Pak Long rasa macam ada sabotaj atau kecurian dalam wang syarikat." Dato' Mustafa Kamal segera menyampaikan masalah utama yang ingin dibincangkannya bersama Harzan.

"Dah tu? Semak la dengan terpeinci.. buat audit.." Harzan memberi saran dengan serta merta.

"Hmm.. masalahnya, kami tak tahu siapa dan kat mana wang tu hilang atau di sembunyikan.. pakcik tak rasa ni kerja seorang je.. mesti ada komplotan daripada beberapa orang dalam..  kalau upah audit dari luar, puak penyamun tu pasti akan berjaga-jaga. Dah tentu mereka akan sembunyikan dan tampung kat mana lompong-lompong yang ada.. kita takkan tahu juga kecurian tu berlaku kat tahap mana.."

"Jadi, Pak Long nak buat macam mana? apa kena mengena dengan saya?"

"Kau kena tolong Pak Long, Zan.. kau masuk kerja kat syarikat Pak Long dan menyamar kat sana.. kau tolong cari bukti kat mana kecurian wang syarikat tu berlaku.."

"Hah? Kerja kat syarikat Pak Long? taknak lah.. dah tu, syarikat saya sendiri, siapa yang nak urus?" Harzan cuba menolak cadangan daripada Dato' Mustafa Kamal.

"Ala.. syarikat kau dah ramai pun pekerja.. apa nak kisah? lagipun, dalam keluarga kita, kau sorang je yang faham pasal bisnes ni.. sebab tu Pak Long nak minta tolong kat kau.."

"Tapi.. bisnes kita berbeza bidang la Pak Long.. mana la saya reti bab hartanah, bab development ni.." Harzan tetap memberikan alasan untuk menolak.

"Bisnes apa pun, asasnya sama je Zan.. kau jangan nak berlakon depan Pak Long.. kau tu CEO kat syarikat kau sendiri.. kau bukan kerani.. maknanya asas bisnes kau memang dah faham.." Dato' Mustafa Kamal tetap ingin mematahkan hujah Harzan. Lelaki itu benar-benar mendambakan bantuan daripada anak saudaranya itu.

"Pak Long bagi kau jawatan pengurus.. macam mana? senang sikit kau nak urus, nak tengok segala fail, dokumen kat sana.." Dato' Mustafa Kamal melanjutkan bicara. Harzan pula mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Permintaan bapa saudaranya itu dirasakan amat berat untuk diterima. Namun dia juga tidak sanggup untuk membiarkan syarikat bapa saudaranya itu terus bermasalah. Harzan kemudian melontarkan pandangan matanya ke arah luar restoran, melalui dinding kaca yang tebal. Tiba-tiba mata Harzan tertancap ke arah seorang gadis.

"Itu.. bukan ke perempuan yang kerja kat syarikat Pak Long?" Harzan menunjukkan ke arah Ayra yang sedang berjalan di luar restoran. Dato' Mustafa Kamal dengan pantas melihat ke arah gadis tersebut dan mengangguk.

"Ya.. rasanya, dia tu pembantu Rafiq."

"Pembantu?" Harzan memandang sejenak ke arah bapa saudaranya sebelum berkalih semula pandangan ke arah Ayra.

"Ya.. Rafiq tu pengurus besar kat syarikat Pak Long.. Pak Long rasa, dia antara suspek yang perlu diperhatikan.. Dia yang paling mudah dan ada kuasa kalau nak seleweng duit syarikat.. tapi masalahnya Pak Long takde bukti untuk tuduh dia.. sebab tu Pak Long perlukan bantuan kau.." Dato' Mustafa Kamal menjawab. Harzan pula terus leka memandang Ayra. Seketika kemudian, Harzan seakan tertarik hati apabila dia melihat Ayra membantu seorang wanita yang sudah berusia. Gadis itu juga menghulurkan wang kepada peminta sedekah dengan wajahnya yang penuh dengan senyuman. Tidak lama kemudian, seorang anak gadis yang kecil menangis di hadapan sebuah kiosk aiskrim.

Ayra terlihat membelikan anak kecil itu aiskrim malah menghulurkan wang kepada si ibu kepada anak kecil tersebut. Baru beberapa langkah berjalan, seorang wanita tua yang menjual kerepek pula menghampiri Ayra. Gadis itu membeli pula sebungkus kerepek dari wanita tua itu namun menghulurkan wang kertas lima puluh ringgit tanpa mengambil bakinya. Melihat sikap dermawan dan suka membantu orang itu, Harzan semakin tertarik kepada Ayra.

"Wah, dia bukan gadis biasa.. nampaknya saya silap dalam menilai dia tadi.." Harzan bersuara. Dato' Mustafa Kamal pula kehairanan dengan sikap anak saudaranya itu.

'nampaknya aku salah.. perempuan tu walaupun pakai pakaian seksi, tapi tak sangka dia suka membantu orang dan bersedekah.. hatinya sungguh baik. sayang sekali kalau biarkan gadis cantik dan baik hati macam tu terus hanyut dengan keduniaan.. aku mesti selamatkan dia.. tunggu! aku akan jadikan kau permaisuri hidupku dan didik kau dengan sebaik mungkin.' Harzan bermonolog di dalam hatinya. Lelaki itu kemudian mengetuk meja dan berpaling ke arah Dato' Mustafa Kamal.

"Baiklah Pak Long.. saya akan bantu Pak Long.. tapi dengan syarat." Harzan tersenyum lebar.

"Syarat? baiklah.. apa syaratnya.. Pak Long pasti akan tunaikan.." Dato' Mustafa Kamal tidak ragu-ragu untuk memenuhi syarat yang akan disebutkan oleh anak saudaranya itu.

"Yang pertama, Pak Long kena bagi bonus at least sebulan gaji kat perempuan tu tadi.."

"Hah?! Apa kaitan dengan perempuan tu pulak?"

"Pak Long nak ikut ke tak ni?" Harzan cuba mengugut bapa saudaranya itu.

"Ye la..ye la.. Pak Long bagi la bonus kat dia.. dua bulan gaji."

"Syarat yang kedua, saya hanya nak kerja jawatan rendah je.. tak payah la jadi pengurus.. bagi jadi budak pejabat pun tak pe."

"Aik.. kenapa nak jadi budak pejabat? jadi pengurus kan senang?" Dato' Mustafa Kamal tidak dapat mengerti permintaan Harzan itu secara logik.

"Macam ni Pak Long.. kalau jadi pengurus pun, bukan semua dokumen saya dapat ambil kan? mesti hanya dokumen yang melibatkan bahagian saya je.. dokumen kat bahagian lain, susah la saya nak tengok nanti.. tapi kalau jadi pekerja am, kan mudah untuk saya sentuh, tengok semua fail, semua dokumen kat pejabat tu.. orang lain pun takkan pelik.. orang kat bahagian ni ingat, orang bahagian tu yang arahkan pekerja am tu.. orang bahagian tu pulak, ingat orang belah sini yang arahkan.. so, takde la orang curiga sangat.. malah kalau ada pengurus baru yang dilantik, nanti orang lain pun aka curiga.. mesti akan ada yang akan lebih berhati-hati.. kalau dengan pekerja am, mereka akan pandang rendah je dan tak peduli pun kewujudan saya nanti." Harzan memberikan hujah yang dapat diterima akal. Dato' Mustafa Kamal mula mengangguk faham.

'aku juga boleh tengok, apakah kau akan terima jika ada pekerja am yang miskin dari kampung nak mengorat kau.. atau kau memang jenis perempuan yang hanya pandang pada harta..' Bicara hati Harzan terhadap Ayra yang dilihatnya sebentar tadi.

"Ada lagi syarat lain?" Dato' Mustafa Kamal meneruskan soalannya.

"Syarat yang ketiga.. kat pejabat nanti, Pak Long dan saya jangan bertegur sapa.. berlakon je seolah kita tak pernah kenal.. seorang pun tak boleh tahu pasal hubungan kita.. ini hanya antara saya dan Pak Long je.. ingat, orang lain, seorang pun tak boleh tahu.. termasuk kat mak abah saya.. Pak Long jangan bagitahu.." Harzan memberi peringatan dengan syaratnya.

"Baiklah.. Pak Long faham.. itu je? ada lagi syarat lain?"

"Cukuplah tiga tu je.. nanti saya akan cari rumah sewa dan motor untuk saya guna pergi kerja.."

"Kenapa sampai nak pindah ke rumah sewa?" Dato' Mustafa Kamal masih tidak mengerti tujuan Harzan berbuat sedemikian.

"Kena berwaspada la dari awal.. mana tahu, nanti kalau ada orang kat pejabat tu nak datang rumah saya macam mana? takkan la nak bawa pergi ke banglo.. kena la siap sedia cari rumah sewa.. rumah flat je.. baru la orang akan percaya saya ni budak pejabat.. kena la naik motor.. cari yang buruk-buruk sikit." Harzan tersenyum setelah menerangkan perancangannya. Dia bertekad akan membantu menyelesaikan masalah di syarikat bapa saudaranya itu. Namun misi lebih penting bagi Harzan sebenarnya adalah untuk memikat Ayra. Dia benar-benar tertarik kepada perwatakan gadis tersebut. Harzan merasakan dirinya beruntung kerana berpeluang mengenali gadis tersebut. Di hati Harzan, dia juga turut kesal dengan dirinya sendiri kerana membuat sangkaan yang tidak benar terhadap Ayra hanya disebabkan penampilan dan cara berpakaian gadis tersebut. Harzan ingin menebus kesalahannya itu dengan tekad untuk membimbing gadis tersebut ke arah jalan yang benar. Jalan yang diredhai oleh agama, agar kebaikan gadis itu tidak menjadi sia-sia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience