Bab 1

Romance Series 41999

HARZAN mematikan enjin motosikal setelah sampai ke destinasinya. Dirinya penuh bersemangat dan berjalan riang menuju ke arah pejabat. Dia baru sahaja memulakan kerjanya di sana pada beberapa hari yang lepas. Walaupun hanya menjawat sebagai pembantu am di pejabat tersebut, Harzan langsung tidak malu atau kekok dengan tugasnya. Malah dia sungguh bersemangat untuk bekerja apatah lagi, di pejabatnya ada seorang wanita yang berjaya menarik perhatiannya. Sesampainya di ruangan pejabat, Harzan melilau matanya melihat ke sekeliling arah, sepertinya mencari seseorang.

"Apa yang kau cari tu Harzan?" Seorang wanita menegur. Harzan segera mengalihkan pandangan kepada wanita yang menyapanya itu.

"Ayra tak sampai lagi?" Harzan tanpa berselindung dengan segera mengajukan pertanyaan.

"Kau ni.. baru berapa hari kerja kat sini, dah angau dengan si Ayra tu ke?"

"Takde la Kak Yan.. Saje je tanya.. biasanya dia kan datang awal.." Harzan cuba mengelak apabila perasaan hatinya berjaya dibaca oleh Azian yang bekerja sebagai pembantu tadbir di pejabat tersebut.

"Mana kau tahu dia biasa datang awal? Ni mesti sebab kau selalu perhatikan dia la kan? Tapi.. mana ada si Ayra tu datang awal.. selalu lambat ada la.. " Azian cuba mengusik.

"Eh.. dia biasa datang lambat ke? Tak tahu pulak saya.. haa.. mana ada saya duk perhatikan dia.. dia datang masa mana pun saya tak tahu."

"Pandai la kau.. padahal tadi beria duk cari si Ayra tu.. alah.. kau mengaku je la kau suka kat Ayra tu.. budak tu memang cantik pun, ramai lelaki duk tergilakan dia." Azian masih terus dengan usikannya terhadap Harzan.

"Ish.. Kak Yan ni.. dah kalau ramai lelaki yang suka kat dia, takde la peluang saya.. saya pun baru je kerja kat sini.. baru je kenal dengan Ayra.. lagipun, saya ni budak pejabat je.. kerja pun pembantu am je.. takkan la dia nak layan saya."

"Tapi kau pun apa kurangnya Zan.. hensem apa.. Nasib baik Kak Yan dah kawin je.. kalau tak mesti Kak Yan dah ajak kau couple." Azian berseloroh sambil menghamburkan tawanya.

"Perempuan zaman sekarang, tak kisah pun pasal hensem ke tak Kak Yan.. janji poket tebal.. budak pejabat macam saya ni, gaji pun berapa sen je.. dah la baru kerja je.. nak harapkan rupa je, tapi hari-hari makan megi, siapa yang sanggup." Harzan meluahkan isi yang terbuku dihatinya.

"Ish, kau ni.. bukan semua perempuan macam tu.. perempuan ni, kalau dia dah betul-betul sayang kat kau, kau susah macam mana pun, dia sanggup hadap bersama. Lagipun rezeki tu milik Allah.. bukan pada pekerjaan atau tingkat gaji. Kalau Allah berkehendak, bila-bila masa pun kau boleh jadi kaya.. dan orang yang kaya pun, bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat dan jadikan dia miskin."

"Hmm..betul tu Kak Yan.. bertuah suami Kak Yan, dapat isteri yang bijak." Harzan cuba memuji.

"Kak Yan yang bertuah sebab dapat suami yang faham agama.. suami Kak Yan pun kerja sama macam Kak Yan jugak.. jadi kerani je.. tapi bila seorang suami tu faham dengan agama, dia pasti dapat pimpin dan didik isteri dia dengan baik. Selalu je suami Kak Yan tegur kalau Kak Yan ada buat salah apa-apa.. tegur dengan hikmah, isteri pun akan dapat terima teguran tu dengan hati terbuka."

"Wah.. baguslah kalau macam tu.. memang suami Kak Yan tu seorang suami yang hebat. Berjaya didik isteri dengan baik."

"Alhamdulillah Zan.. Allah kurniakan Kak Yan suami yang bertanggung jawab. Walaupun pendapatan kami tak besar, tapi kami bahagia.. dengan gaji sebagai kerani, walaupun dua-dua bekerja, berapa la sangat untuk hidup kat kota ni.  Tapi dengan bersyukur atas nikmat yang Allah beri, insyaallah, segalanya cukup buat kami."

"Betul tu Kak Yan.." Harzan tersenyum mendengar tazkirah pagi dari kerani pejabat tersebut. Ketika itu juga, kelihatan Ayra berjalan memasuki ruang pejabat dan mendekati Harzan dan Azian yang sedang berbual.

"Ha..tu Ayra dah sampai.." Azian segera menyampaikan hal tersebut kepada Harzan. Lelaki itu dengan pantas memalingkan badannya untuk melihat sosok yang dikatakan oleh Azian.

"Kenapa Kak Yan? Ada apa cari saya?" Ayra lantas bertanya apabila mendengar namanya disebut.

"Takde apa.. ni si Harzan dari tadi duk cari kau." Azian tanpa berselindung cuba menyampaikan hasrat hati Harzan kepada Ayra.

"Eh, saya pulak.." Harzan cuba menyangkal. Dia benar-benar malu apabila Azian membongkar rahsia hatinya terhadap Ayra.

"Alah.. mengaku je Zan.. tak perlu malu pun kalau kau suka kat Ayra.. Jatuh cinta tu bukan satu kesalahan. Kalau kau tak bagitau, sampai bila Ayra ni nak tahu perasaan kau?" Azian tanpa segan silu menyampaikan pendapatnya. Harzan pula segera menundukkan wajahnya yang sudah berubah menjadi merah. Azian hanya menatap seketika tingkah laku Harzan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Ayra. Ayra pula meneruskan langkah kakinya sambil tersenyum sinis melewati Harzan dan Azian. Gadis itu langsung tidak menoleh ke arah Harzan dan hanya memakukan pandangannya terus ke arah hadapan. Setelah gadis itu sudah beredar agak jauh, Harzan sempat mengerlingkan matanya sebelum melanjutkan penglihatannya ke arah Azian.

"Apa ni Kak Yan.. malu la saya Kak Yan cakap macam tu." Harzan mula bersuara kembali.

"Ish kau ni.. apa yang nak dimalukan? Kalau kau tak bagitau isi hati kau kat dia, sampai bila pun dia takkan tahu perasaan kau kat dia.. tapi kalau kau berterus terang, cuma akan ada dua kemungkinan je.. sama ada dia terima kau, atau dia akan tolak kau.. tak menjadi kesalahan pun untuk mencintai dan tak perlu rasa malu kalau tak di cintai kembali. Cinta tu suci.. Kalau kau betul-betul sukakan Ayra, lama kelamaan, dia pun pasti akan suka juga kat kau Zan. Yang penting, jangan putus asa." Panjang lebar Azian memberi syarahan.

"Tapi.. kalau ditolak, mana saya nak letak muka ni? Dah la duk kerja satu pejabat.. hari-hari duk berjumpa.. mana saya nak lari sorokkan muka." Harzan seakan berputus asa.

"Zan.. kan Kak Yan dah bagitau, tak perlu malu kalau cinta kau di tolak. Kalau kau betul-betul ikhlas cintakan dia, kau pasti hanya nak tengok dia bahagia kan? Cinta yang ikhlas tak mengharapkan balasan.. dapat lihat orang yang kita cintai tu bahagia pun, dah cukup membahagiakan hati kita.. cuma kau jangan tukarkan perasaan cinta yang ikhlas tu kepada obses.. Orang yang obses terhadap seseorang, itu bukannya cinta sebenar tapi hanya perasaan yang ingin memiliki.. Kalau dah obses, kita hanya nak orang tu jadi milik kita, sampaikan ada yang sanggup bunuh diri dan membunuh orang lain kerana tak berjaya memiliki orang yang dia suka. Itu cinta gila namanya.. Jangan sampai diri kau jadi obses terhadap Ayra.. cukuplah kau ingin bahagiakan dia dan ingin lihat dia bahagia." Azian melanjutkan kata-katanya. Harzan terpana apabila mendengar ucapan Azian kepadanya. Kata-kata tersebut benar-benar menjentik hatinya dan membuka fikiran Harzan untuk memahami erti sebenar cinta.

"Betul kata Kak Yan.. terima kasih dah bagi nasihat yang sangat berguna kat saya." Harzan kembali tersenyum.

"Jadi, jangan malu.. terus perjuangkan cinta kau. Walau apa pun keputusan Ayra, kau jangan sesekali berubah hati. Nanti luahkan je perasaan kau kat dia." Azian terus melanjutkan nasihatnya berulang kali.

"Baiklah Kak Yan.. saya akan ingat kata-kata Kak Yan ni sampai mati. Eh, saya lupa nak punch card lagi.. padahal dari tadi dah masuk pejabat.. saya pergi dulu Kak Yan.." Harzan segera bergegas meninggalkan Azian. Wanita yang bertugas sebagai pembantu tadbir itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali apabila melihat tingkah laku Harzan. Lelaki yang baru bekerja sebagai pembantu am pejabat itu terlihat lurus bendul dan jujur dalam tindakan dan tutur katanya. Pandangan mata Azian kemudian melihat Ayra yang duduk agak jauh dari situ. Gadis itu seolahnya tidak mempedulikan kata-kata yang diucapkan oleh Azian mengenai Harzan tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience