Bab 6

Romance Series 41999

BERTEMANKAN hati yang dimamah kecewa, Harzan hanya diam termenung dengan wajah yang sugul sambil bertenggek di atas motosikalnya. Rasa kecewa yang membaluti hatinya sukar untuk dilepaskan. Beberapa minit kemudian, Harzan mula menyedari dirinya yang sedang termangu ibarat orang gila. Dia dari tadi membuang masa dengan termenung di atas motosikal setelah keluar dari pejabat. Harzan mula sedar, dia tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu hanya kerana cintanya ditolak. Kini lelaki itu mula menghidupkan enjin motosikalnya dan segera berlalu meninggalkan bangunan pejabat tempatnya bekerja. Beberapa detik selepas Harzan berlalu pergi, Fiza dan Ayra pula muncul setelah menuruni tangga pejabat. Mereka terlihat sangat rancak berbual dan sesekali diiringi dengan gelak ketawa.

"So, kau tak balik dengan Encik Rafiq ke?" Fiza memandang ke wajah Ayra.

"Taklah.. katanya hari ni ada hal. dari tadi dah keluar dari office." Ayra segera menjawab.

"Kalau macam tu, apa kata kau temankan aku jap.."

"Ke mana pulak? baru balik kerja dah nak merayap?" Ayra merasa pelik dengan permintaan temannya itu.

"Eh, kau ni..merayap apanya.. aku nak jumpa abang sepupu aku jap.. dia baru balik lagi England.. esok flight dia ke Terengganu.. so, hari ni dia ada kat sini sekejap.. tu yang dia ajak jumpa.. Aku taknak la pergi sorang-sorang. Kalau ada kau, boleh la bagi alasan kau tak boleh lama-lama.. so, kita boleh balik cepat." Fiza menyatakan rancangannya.

"La.. abang sepupu kau kan.. kenapa taknak jumpa lama pulak.. pergi je la.."

"Taknak la aku jumpa lama-lama.. bosan la dia tu.. kalau ada kau, boleh la buat alasan nak balik cepat.. please la Ayra.. temankan aku.."

"Hmm..ye la.. tapi sekejap je Okay.. Dah la baru balik kerja ni.. malam ni tak boleh ke jumpa?"

"Dia dah tunggu aku tu.. awalnya memang dia nak jumpa malam. Aku sengaja cakap malam ni busy.. petang ni je la. Kalau malam, susah pulak nak bagi alasan nak blah cepat." Fiza melepaskan tawa. Mereka kemudian menuju ke arah kereta milik Fiza. Sebelum memasuki perut kereta, mereka membuka pintu kereta dan membiarkan pintu itu ternganga luas terlebih dahulu bagi mengurangkan udara panas yang terperangkap di dalam kereta yang seharian diparkir dibawah terik mentari. Setelah enjin kereta dihidupkan, pendingin hawa langsung dibuka dengan kuat. Fiza kemudian mengemudi keretanya merentasi jalan raya. Setelah memasuki jalan utama, trafik mulai terlihat sibuk dengan banyak kenderaan lain yang lalu lintas.

Setelah tiba ke destinasi tujuan, Fiza segera masuk ke ruang parkir apabila melihat satu ruang yang kekosongan. Dua sahabat itu kemudian keluar dari kenderaan dan menuju ke arah sebuah restoran. Fiza memaklumkan, abang sepupunya sudah pun menunggu di restoran tersebut hampir sejam yang lalu. Memandangkan mereka sudah agak terlambat, langkah kaki kedua mereka digerakkan dengan tergesa-gesa. Baru sahaja memasuki ruang restoran, Fiza segera mencari-cari keberadaan abang sepupunya. Namun berbeza pula dengan Ayra. gadis itu terkejut dan terkaku apabila melihat Rafiq sedang berdiri membuat pembayaran di kaunter juruwang restoran tersebut. Yang mengejutkannya bukanlah kehadiran Rafiq di situ tetapi kehadiran seorang wanita yang tidak kalah cantik dengan dirinya. Wanita tersebut terlihat sangat berketerampilan dan berdiri rapat di sisi Rafiq. Ayra yang terpukul oleh kejutan hanya membungkam diri sambil terpana. Matanya tidak berkedip memandang ke arah Rafiq dan wanita yang berdiri di sebelahnya itu. Fiza yang baru menemui kedudukan abang sepupunya cuba menarik Ayra untuk bersamanya menuju ke arah lelaki yang sedang menanti mereka itu. Namun Fiza juga turut terdiam apabila menyedari Ayra sedang membisu menatap Rafiq. Rafiq yang selesai membuat pembayaran kemudian beralih untuk keluar dari restoran bersama wanita disisinya itu. Kini Rafiq pula yang terkejut besar apabila menyedari Ayra dan Fiza sedang menatap dirinya yang sedang bersama seorang perempuan lain. Rafiq cuba mengawal perasaan dan riak wajahnya agar tidak terlihat terlalu kekok dan terkejut dengan kehadiran Ayra di sana. Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke arah Ayra yang sedang berdiri di hadapan muka pintu restoran. Baru sahaja Rafiq dan wanita disebelahnya mendekati Ayra dan Fiza, Ayra segera membuka mulutnya.

"You buat apa kat sini? Siapa perempuan ni?" Ayra cuba menahan perasaan. Matanya masih tidak berkedip sama sekali di saat menatap wajah Rafiq dan wanita disebelah lelaki tersebut.

"Ah.. Ayra.. i datang meeting dengan pengurus Rimbun Holding pasal projek kat Sungai Udang tu. Ini Shima, pengurus projek dari Rimbun.. Shima, ini P.A i.. Ayra.." Rafiq saling memperkenalkan mereka diantara satu sama lain.

"Kenapa tak ajak i sekali untuk meeting? kan urusan kerja?" Ayra ingin tahu.

"La.. kan Dato' Mustafa dah pesan, jangan libatkan you dalam kerja kalau dah lepas waktu kerja.. I janji dengan Shima pun dah lewat, dah nak habis waktu kerja, sebab tu i taknak ganggu you. You hanya akan ikut I kalau dalam waktu kerja je." Rafiq memberikan alasan yang munasabah. Namun hati Ayra masih memberontak, Dia tidak ingin menerima alasan sebegitu. Ayra terus mendiamkan diri. Dia cuba menahan api yang sedang menyala di dalam dadanya. Jelas, Ayra sangat cemburu. Dia benar-benar sakit hati apabila melihat Rafiq bersama wanita lain selain dirinya, malah tanpa pengetahuannya.

"You pulak kenapa datang sini?" Rafiq pula bertanya. Soalan dari Rafiq langsung tidak dijawab oleh Ayra. Gadis itu terus menatap tajam ke arah Rafiq. Matanya ingin sahaja menggenangkan air jernih namun cuba ditahan oleh Ayra. Sepertinya kemarahan akibat cemburu lebih besar berbanding kesedihan yang bergelumang di dalam hatinya. Fiza yang menyedari keadaan tersebut segera bertindak untuk memulihkan keadaan agar tidak terjadi lebih teruk. Dia terpaksa mengambil peranan untuk menjawab pertanyaan dari Rafiq bagi mewakili Ayra yang masih mendiamkan diri.

"Kami datang untuk berjumpa sepupu i.. I yang minta Ayra temankan.."

"Okaylah kalau macam tu.. i pergi dulu la. Jom Shima." Rafiq segera berlalu dari sana dengan ditemani wanita bernama Shima.

"Kenapa P.A you tengok you semacam je..  ke korang ada apa-apa?" Shima cuba mengusik Rafiq.

"Eh, you ni.. jangan nak mengarutlah.. Dia tu cuma P.A i je.." Rafiq cuba berdalih.

"Tapi lawa je perempuan tu.. takkan la you takde apa-apa dengan dia selain jadi P.A." Shima terus menggali rahsia Rafiq dengan pertanyaannya.

"I ni profesional la Shima.. urusan kerja, cukup setakat kerja je la.. jangan duk bawa lebih-lebih."

"Tapi dengan i, bukan ke kita kenal atas dasar kerja?"

"Hmm.. you lain la.. lagipun kita bukan satu pejabat.." Rafiq berusaha bermain kata-kata. Di dalam restoran, Ayra masih berdiri kaku, langsung tidak berganjak atau menoleh. Fiza yang memahami perasaan sahabatnya itu segera bertindak untuk memujuk. Tangan Ayra dirangkul dan ditepuk lembut berkali-kali.

"Rileks la.. kau jangan duk fikir bukan-bukan.. kan Rafiq tu dah bagitau, mereka berdua ke sini atas urusan kerja."

"Kau rasa boleh percaya ke? Aku tengok rapat semacam je mereka tadi. Takde nampak macam orang meeting pun." Ayra yang mendiamkan diri tadinya kini mula bersuara.

"Hmm.. kau tu yang terlalu cemburu.. jangan la duk ikutkan sangat perasaan kau tu.. terlalu sangsi dalam hubungan ni susah nanti.. dalam perhubungan, biar ada kepercayaan. Kau kena yakin dia betul-betul sayangkan kau.." Fiza memberikan nasihat.

"Macam mana la aku nak yakin Fiza.. dah la hubungan kami pun dia nak rahsiakan dari orang ramai.. tengok la, tadi pun dia perkenalkan aku sebagai P.A dia je.. " Ayra meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya selama ini.

"Jangan la fikir lebih-lebih.. mungkin dia taknak nanti orang mengata, kau sebagai P.A, nak ambil kesempatan untuk goda dia.. Dia buat untuk kebaikan kau juga.. lagipun perempuan tu tadi pun bersama dia atas urusan kerja.. so, better la dia kenalkan kau sebagai P.A dia.."

"Tapi itulah masalah utama bagi aku.. apa jaminan dia akan terus bersama aku? Takde Za.. takde.. Hubungan kami, hanya kami je yang tahu.. dan kau je la yang selalu menjadi tempat aku meluah.. orang lain langsung tak tahu.. kalau dia buang aku bila-bila masa pun, aku ni tak ubah macam jadi kain buruk je la.."

"Ayra.. jangan duk bersangka buruk sangat.. dah la.. jom la pergi kat sana.. abang sepupu aku dah lama tunggu tu.." Fiza mula menarik tangan Ayra untuk mengikutinya. Dengan perasaan yang berbelah bagi, Ayra terpaksa melangkah menuruti Fiza. Dia terpaksa menunaikan tujuan asal mereka ke sana. Walaupun sudah bertemu abang sepupu Fiza dan mereka duduk bersama di satu meja, namun Ayra tetap mendiamkan diri. Fikirannya masih terhanyut jauh. Dia mula memikirkan kembali hubungannya bersama Rafiq. Selama ini dia sangat bahagia bercinta dengan bosnya itu. Rafiq pandai mengambil hati dan sangat menyenangkan. Ayra tidak pernah merasa sangsi dengan keikhlasan Rafiq terhadapnya. Cuma dia sering merasa terkilan kerana Rafiq tetap berkeras untuk merahsiakan perhubungan mereka dari pengetahuan umum. Ayra cuba menerima alasan yang diberikan oleh lelaki itu malah Fiza juga turut bersetuju dengan alasan Rafiq tersebut. Namun sebagai pasangan yang bercinta, Ayra ingin sekali menyatakan hubungan dan kebahagiaannya kepada orang lain. Dia sebolehnya ingin semua orang tahu dengan hubungan romantik yang dimilikinya bersama Rafiq. Walaupun selama ini Ayra mendiamkan diri dan cuba bersetuju dengan kehendak Rafiq, namun pertemuannya dengan Rafiq bersama wanita lain kini mula menggugat keyakinannya. Dia takut akan kehilangan cintanya. Dia takut, cintanya akan dikhianati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience