Bab 35

Romance Series 41999

KERETA BMW yang dipandu oleh Harzan berhenti di depan rumah. Harzan kemudian segera turun dari kereta dan memapah Ayra untuk masuk ke dalam rumah. Sampai di ruang tamu, Ayra perlahan-lahan meletakkan punggungnya ke sofa. Semalaman dia berada di hospital dan hari ini dia sudah dibolehkan untuk pulang. Ayra sudah mula merasa lebih sihat. Malah yang lebih penting, dia mula mengecap bahagia. Kini Ayra dan Harzan sudah kembali sebagai suami isteri dan lebih membahagiakan adalah kerana mereka sekarang sudah saling mencintai.

Seketika berada di rumah tersebut, Ayra memerhatikan ke segenap ruang rumah. Kehairanan yang pernah singgah di fikirannya semalam kini muncul kembali. Wanita itu kemudian memandang ke arah Harzan dengan pandangan yang penuh pertanyaan.

"Kenapa Ayra?" Harzan mula merasakan perubahan pada riak wajah isterinya itu.

"Awak kata, awak ni orang kampung.. tapi macam mana rumah awak ni nampak mewah? rumah kayu ni bukan kayu biasa.. ini kayu berkualiti tinggi..  perabot dalam rumah pun mewah.. malah kereta tu.. awak bawa kereta BMW.. awak bukan orang susah?" Ayra meluahkan pertanyaan. Harzan tersentak. Dia terdiam seketika sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Memang la saya ni orang kampung.. kan kita kat kampung ni.. lagipun rumah ni.. semua barang-barang kat sini.. ini bukan milik saya.. ini rumah keluarga saya.. saya memang la susah.. tapi saya tak pernah kata pun keluarga saya orang susah.." Harzan menjawab sambil tersengih. Ayra tercengang mendengar jawapan suaminya itu.

"kalau dah keluarga awak bukan orang susah, kenapa pula awak jadi orang susah?" Ayra pelik dengan penjelasan Harzan.

"Laa.. harta ini semua milik keluarga saya.. bukan milik saya.. saya tak nak berharap kat harta keluarga. Sebab tu saya ke kota untuk bekerja."

"Padahal keluarga awak kaya je.. tapi kenapa awak perlu jadi pekerja am kat sana?" Ayra meneruskan pertanyaan. Wanita itu masih curiga.

"Emm.. kan saya dah kata, saya taknak bergantung kepada keluarga.. lagipun saya kerja kat sana pun untuk cari pengalaman. Nak cari pengalaman, tak semestinya kita kena belajar untuk hidup macam orang kaya.. jadi pembantu am pun satu pengalaman.. saya nak merasa kehidupan di kota.. saya nak berjaya dengan usaha saya sendiri." Harzan menjawab dengan tenang.

"Keluarga awak buat apa?" Ayra masih ingin tahu.

"Keluarga saya? kami buat kebun je.. tanam sayur.. kan dulu saya pernah bagitahu, saya pernah buat kebun sendiri." Harzan jujur menjawab.

"Tanam sayur? takkan tanam sayur boleh kaya macam ni?" Ayra masih tidak percaya.

"Laa.. kenapa pula? lagipun, mana ada keluarga saya kaya.. tanah tu ada la.. awak jangan tengok rumah macam ni, terus kata orang tu kaya.." Harzan tertawa.

"Tapi.." Ayra masih tidak puas hati.

"Keluarga saya memang buat kebun je.. kami tanam sayur.. awak jangan ingat bertani tu lekeh sangat.. berapa ramai yang berjaya hanya dengan menjadi petani.. lagipun kami ni bukan la kaya.. cuma kehidupan kat kampung ni senang.. kos hidup jauh lebih murah berbanding kat bandar.. nak makan ulam, petik je kat tepi laman.. nak makan ikan, pergi je kat sungai.. nak makan ayam, ada dalam reban.. telur ayam pun, kutip je kalau nak makan.. jadi duit yang ada sikit-sikit tu boleh la simpan.." Harzan terus memberi penjelasan. Ayra semakin tercengang. Kata-kata Harzan memang masuk akal. Kehidupan di kampung jauh lebih tenang dan senang mencari makan. Kos sara hidup jauh lebih rendah berbanding dirinya yang hidup dan membesar di bandar.

Seketika kemudian, seorang wanita separuh umur muncul di ruang tamu. Wajah jernih dan tenang itu mengukirkan satu senyuman kepada Ayra. Ayra segera membalas senyuman wanita tersebut. Matanya kemudian menjeling ke arah Harzan, seolah meminta suaminya itu memberi penjelasan mengenai sosok wanita tersebut.

"Ayra.. ini mak saya.." Harzan tanpa berlengah, memperkenalkan ibunya kepada Ayra. Ayra yang terkejut segera bangkit untuk bersalaman.

"Duduk je.. tak  payah la banyak bergerak.. kamu tu tak sihat lagi."  Maryani menyantuni menantunya dengan suara yang lembut. Namun Ayra tetap berdiri dan bersalam dengan ibu mentuanya sambil mencium tangan wanita tersebut. Mereka kemudiannya saling berpelukan sebelum Maryani mendorong Ayra untuk kembali duduk di tempatnya. Maryani turut melabuhkan punggungnya di sofa, rapat di sisi Ayra.

"Cantik betul menantu mak ni.. tengok dalam gambar dah cantik.. tengok depan mata, rupanya lebih cantik." Maryani memuji Ayra sambil mengelus pipi menantunya itu. Ayra pula tertunduk malu. Dia bahagia mendapat pujian dan diperlakukan dengan baik oleh mentuanya.

"Harzan balik baru ni, mak tengok dah macam orang tak siuman.. termenung, menangis tak berhenti.. sekarang dah elok pula." Maryani sengaja ingin mengusik anak lelakinya di depan Ayra.

"Mak..." Harzan sedikit merasa malu. Maryani hanya mengulum senyum setelah berjaya mengusik anaknya itu.

"Haa.. nanti kita buat majlis kenduri.. mak taknak korang terus menikah secara diam-diam macam ni.. sebagai menyambut menantu pertama keluarga kita, mak nak buat kenduri besar sikit."

"Mak.. kami dah berapa bulan pun kahwin.. Ayra dah mengandung pun.. majlis apanya lagi?" Harzan seakan ingin membantah.

"Eh, kalau kau dah kahwin bertahun pun, mak tetap nak buat kenduri kesyukuran menyambut menantu.. ini menantu pertama mak tau.. Mak taknak nanti orang mengata kau duk bawa anak dara orang ke hulu ke hilir pulak.. biar semua orang tahu kau tu dah kahwin.. Apa kau ingat, mak nak biarkan menantu mak ni datang rumah ni macam orang asing? Mak nak Ayra pun dihargai dan dialu-alukan ke sini.." Maryani memegang tangan Ayra yang sedang duduk di sampingnya. Perlahan-lahan tangannya merangkul lengan Ayra. Wanita itu kemudian menyambung ucapannya.

"Kau pun satu.. dalam hal ni, kau yang bersalah.. dah kahwin tapi tak bagitahu awal-awal.. ni, sampai bergaduh, lari balik kampung.. kalau kau tak bergaduh, mungkin sampai mati mak tak tahu, mak ni dah ada menantu."

"Mak..maaf.." Ayra memegang kembali tangan Maryani yang sedang merangkul lengannya. Harzan pula mengerutkan dahi sambil menggaru-garukan kepala.

"Ini bukan salah Ayra.. tak perlu nak minta maaf.. yang salah, ni.. budak ni.." Maryani menghalakan jari telunjuknya ke arah Harzan. Ayra menguntumkan senyum.

"Hmm.. Abah kat mana?" Harzan lantas menukar topik perbualan dengan bertanyakan tentang ayahnya.

"Abah kau kat mana lagi kalau masa ni.. kat kebun la tu.. tak pun, kat kedai kopi.." Maryani menjawab.

"Abah berkebun? masih larat dia.." Ayra memandang ke arah Harzan. Walaupun belum bertemu bapa mentuanya, namun Ayra kagum mendengar lelaki yang sudah berusia masih mampu berkebun. Walaupun tidak tahu usia lelaki tersebut, Ayra menjangkakan, bapa mentuanya itu setidaknya pasti sebaya ibu mentua yang sedang berada di sebelahnya.

"Ah.. abah selalu kat kebun.. dia bukannya buat kerja berat pun.. tengok-tengok je.. semuanya dah upah orang je." Harzan memberi penerangan.

"Oh, macam tu.." Ayra mengangguk faham. Dia tidak menyangka keluarga suaminya itu mampu menggajikan orang untuk menjaga kebun. Dia cuba membayangkan, seluas apa kebun yang dibuat oleh keluarga Harzan sehingga terlihat mewah sebegitu. Namun persoalan tersebut tidak dia luahkan memandangkan Maryani masih ada di sisinya.

'mungkin dalam seekar tanah kot kebun dia..' bisik hati Ayra. Benaknya masih cuba berkira-kira mengenai kekayaan keluarga Harzan. Tapi pada masa yang sama, wanita itu agak kagum dengan suaminya. Harzan terlihat mempunyai pendirian dan tidak ingin bergantung kepada kemewahan keluarganya. Lelaki itu benar-benar mampu berdikari dan sanggup merantau ke kota hanya semata-mata untuk mencari pengalaman kerja walaupun hanya sebagai pekerja am. Padahal Harzan mampu sahaja terus berada bersama keluarganya di kampung dan menjaga kebun keluarganya. Setidaknya, bapa mentuanya tidak perlu mengupah orang lain untuk mengerjakan kebun mereka. Cukup sahaja Harzan sendiri yang mengerjakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience