Prolog

Romance Series 41999

MATAHARI yang memancar terik dirasakan membahang kepanasannya. Di  pinggir jalan sebuah kota, kelihatan beberapa orang sedang berjalan lalu lalang dengan tujuan masing-masing. Suasana yang agak hingar bingar dengan pelbagai bunyi kesibukan kota itu kemudian turut diisi dengan suara tangisan seorang anak kecil. Terlihat seorang gadis kecil sedang menangis dengan raungan kencang terhadap ibunya. Si ibu cuba menenangkan anaknya itu namun tidak berhasil memujuk sang anak yang sedang merajuk.

"Sayang.. mak takde duit sekarang.. nanti lain kali la mak belikan aiskrim tu." Wanita itu cuba memujuk anaknya yang sedang menangis sambil matanya dikerlingkan ke arah sebuah kiosk yang menjual aiskrim. Hati wanita tersebut tersangat resah dan kecewa kerana gagal memenuhi keinginan anaknya yang terlalu menginginkan aiskrim dikala kepanasan. Dia benar-benar buntu kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan aiskrim dari kiosk yang diingini anaknya itu.

"Kenapa dengan anak kak ni?" Tiba-tiba si ibu itu di sapa oleh seorang wanita muda yang berpenampilan cantik dan bergaya.

"Takde apa la dik.. anak akak ni nak sangat aiskrim tu.. tapi akak tak cukup duit. Maaf la kalau suara menangis anak akak ni dah mengganggu." Si ibu itu melihat sejenak ke arah gadis yang menyapanya sebelum menjatuhkan pandangan wajahnya ke tanah. Dia merasa malu kerana kekurangan dirinya apabila terpaksa berterus terang dengan gadis yang datang menyapa.

"Oh macam tu.. takpe la kak.. biar saya yang belikan aiskrim tu untuk anak akak." Gadis itu meluahkan keinginannya untuk membantu.

"Eh, tak payah la dik.. akak taknak susahkan sesiapa." Si ibu yang merasa malu itu cuba menolak bantuan yang ingin dihulurkan.

"Takde susahya kak.. saya ikhlas je nak tolong akak dan anak akak ni.. adik.. jom kita beli aiskrim.. adik nak aiskrim yang mana?" Gadis muda itu segera menarik tangan anak kecil yang sedang menangis. Anak itu segera menghentikan tangisannya dan menuruti perempuan yang sedang menuntun tangannya  menuju ke arah kiosk aiskrim. Setelah menerima pesanan aiskrim yang diinginkan, Gadis muda itu segera menghulurkan aiskrim yang dibelinya kepada si anak dan juga ibu yang berada di sebelahnya.

"Akak pun makan la sama aiskrim ni. Buat teman anak.." Gadis itu tersenyum sambil melihat sang ibu menyambut aiskrim pemberiannya.

"Terima kasih dik.. akak tak tahu nak balas kebaikan adik macam mana.." si ibu itu menitiskan air mata, terharu dengan bantuan yang diberikan kepadanya.

"Takde apa la kak.. saya ikhlas.. ni ada sikit bantuan untuk akak, kalau akak perlu beli apa-apa nanti." Gadis itu menghulurkan pula sekeping not lima puluh ringgit kepada si ibu. Tangisan si ibu itu semakin kencang setelah menerima pemberian gadis muda tersebut.

"Akak tak tahu nak balas budi adik macam mana.. semoga adik dimurahkan rezeki oleh Allah.. boleh akak tahu, siapa nama adik?"

"Tak perlu balas pun kak.. saya betul-betul ikhlas.. nama saya Ayra.. Ayra Arissa." Gadis muda itu tersenyum sambil menatap wajah si ibu.

"Terima kasih Ayra.. Terima kasih banyak-banyak.."

"Ye kak.. sama-sama.." Gadis yang menggelarkan dirinya dengan nama Ayra itu kemudian segera berpaling punggung dan berjalan meninggalkan dua beranak yang masih diam ditempat mereka berdiri. Baru beberapa langkah membuka kakinya, Ayra kemudian dihampiri oleh seorang wanita pertengahan usia yang terlihat kusut sambil membimbit dua plastik besar di kedua belah tangannya.

"Nak.. tolong beli kerepek makcik.. makcik jual kerepek..insyaallah sedap.. tolong beli nak.. makcik nak cari duit buat makan.." wanita pertengahan usia itu sepertinya merayu supaya dibelikan kerepek jualannya. Wajahnya yang sayu menyebabkan hati Ayra tersentuh.

"Berapa sebungkus makcik jual?" Ayra seakan menunjukkan minat untuk membeli. Dia sebenarnya merasa kasihan apabila melihat seorang wanita tua yang sepatutnya sudah berehat dirumah dikala usia sebegitu, namun wanita tersebut masih berjuang mencari nafkah buat dirinya.

"Lima ringgit je nak.. banyak ni makcik buat, satu bungkus besar.."

"Makcik buat sendiri ke kerepek ni?" Ayra menjadi teruja dengan ketekunan wanita tua dihadapannya itu.

"Ye nak.. makcik buat sendiri je semua kerepek ni." Si wanita tua membalas dengan jujur.

"Saya beli la satu.. banyak-banyak pun tak habis saya makan." Ayra cuba ingin membantu wanita itu dengan membeli barang jualannya. Setelah mengambil sebungkus kerepek ubi, Ayra segera menghulurkan wang not lima puluh ringgit.

"Bakinya makcik ambil.. tak perlu bagi baki tu.." Ayra tersenyum manis.

"Eh, banyak ni nak.. kerepek tu lima ringgit je makcik jual." Wanita tua tersebut memaparkan riak wajah terkejut.

"Takpe la.. baki tu makcik simpan je.. buat makan nanti. Makcik pun tak makan lagi kan? Ambil je baki duit tu.. saya ikhlas."

"Ya Allah.. kau murahkanlah rezeki anak muda ini.. terima kasih nak.. makcik minta halal ye.."

"Ye makcik.." Ayra segera berlalu meninggalkan wanita tua itu dengan tergesa-gesa sambil membimbit bungkusan kerepek ubi ditangannya. Wanita penjual kerepek itu hanya tersenyum sambil memerhatikan Ayra yang berjalan semakin menjauh darinya. Gadis muda itu terlihat anggun dan mempesonakan lebih-lebih lagi apabila rambutnya yang sedikit berterbangan ditiup angin lembut  menambahkan keayuan gadis tersebut. Ayra yang mengenakan skirt diparas lutut menampakkan betisnya yang putih gebu dan menarik perhatian beberapa orang lelaki di sekeliling.

"Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anak ini.. berikanlah dia hidayahMu dan Kau berkatilah hidupnya dengan seorang lelaki yang akan membimbingnya ke jalan yang diredhai olehMu." Wanita itu terus menatap Ayra yang semakin menjauh dan mendoakan gadis tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience