Bab 3

Romance Series 41999

CAHAYA lampu yang berpusing-pusing dengan rancak menghiasi suasana berbalam di dalam ruangan kelab malam, beriringan dengan irama muzik yang terpasang. Nada muzik yang membingitkan telinga serta menyesakkan dada itu sedikit pun tidak mengganggu para pengunjung bahkan mereka begitu teruja dan bersemangat untuk menari dengan pasangan masing-masing. Di kalangan pengunjung yang menari terkinja-kinja itu, turut kelihatan kelibat Ayra yang berpakain yang agak mencolok mata. Setelah keletihan dengan tarian rancak yang terlompat-lompat, Ayra kemudian duduk di sebuah sofa untuk menghilangkan lelahnya. Temannya, Fiza turut mengikuti pergerakan Ayra dan mereka masing-masing mencapai gelas air yang sedia terhidang di atas meja. Kegembiraan jelas terpapar dari riak wajah mereka yang tertawa walaupun diselubungi kepenatan selepas rancak menari.

"Semangat betul kau hari ni Ayra.." Fiza memulakan bicara setelah meneguk air beberapa kali.

"Kena semangat sikit menari hari ni.. biar berpeluh banyak sebab nak buang kalori.. siang tadi aku makan nasi arab.. kalau tak guna kalori tu, nanti gemuk la pulak." Ayra tertawa memberikan balasan.

"Ala.. takdenya nak gemuk pun kau tu.. selalu maintain je cantik body.."

"Sebab nak bagi maintain la aku kena keluarkan peluh.." Ayra meleretkan senyuman sebelum meneguk lagi air dari gelas yang berada dipegangan tangannya.

"Nak keluarkan peluh, nak body cantik, orang pergi ke gym.. yang kau pulak terkinja kat clubbing." Fiza pula melepaskan tawa.

"Itu hobi dan minat masing-masing.. asalkan berpeluh dah la.. lagipun, esokkan cuti.. malam sabtu, ahad je aku terkinja kat sini.. kalau aku tak datang sini, kau pula takde kawan nanti."

"Pandai la kau.. Aku pula yang kena jadi alasan.." Fiza yang duduk di sebelah Ayra dengan pantas mencucuk pinggang temannya itu dengan jari telunjuk.

"Weh, kau tengok lelaki tu.. hensem gila.. kau tak nak try ke? Nampak macam kaya je.." Fiza melirikkan matanya ke arah seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempat duduk mereka. Gadis itu tersenyum sendiri apabila memandang lelaki yang menarik perhatiannya.

"Tak minat la aku nak layan jantan-jantan ni.." Ayra menyandarkan belakang badannya ke sofa yang empuk didudukinya itu.

"Hmm.. Ayra.. kau betul-betul ke bercinta dengan Encik Rafiq?" Fiza tiba-tiba mengubah topik perbualan mereka.

"Kenapa pula? Kalau betul pun, salah ke? tak salah kan?"

"Jadi, betul la?" Fiza menginginkan kepastian dari sahabatnya itu.

"Hmm.. tapi kau jangan bagitau orang lain pula.. nanti kecoh pula cerita aku dengan Rafiq kat pejabat." Ayra cuba memberi peringatan.

"Huh.. kau ni.. dengan aku pun nak berahsia.. ala..cerita kau berskandal dengan Encik Rafiq tu dah ada pun yang duk bercakap kat pejabat.. cuma tak kecoh je..Lagipun kau tu P.A dia.. sebab tu orang tak bercakap sangat.. bagi orang kat pejabat, setakat nampak kau berduaan dengan Encik Rafiq tu biasa la.. dah nama pun P.A.. kena selalu ada dengan bos. Tapi.. aku nak ingatan kau.. hati-hati sikit.. Kau jangan sampai tangkap cinta mati dengan dia.." Giliran Fiza pula yang memberikan peringatan kepada Ayra.

"Kenapa pula? Kau tahu apa-apa ke pasal dia? Dia ada perempuan lain?" Ayra menjadi ingin tahu dengan pesanan yang diberikan oleh temannya itu.

"Takde la.. aku cuma ingatkan je.. lagipun, Encik Rafiq tu hensem, segak, bergaya, berkerjaya.. mesti ramai perempuan yang nak dekat dengan dia. Aku takut nanti kau terkecewa je."

"Ish kau ni.. Memang la ramai perempuan yang tergilakan dia.. tapi aku yakin dia tak melayan perempuan-perempuan tu semua.. Selama aku duk ikut dia, jadi P.A dia, tak pernah la tengok dia melayan perempuan.. dulu pun ada client kita yang cuba nak goda dia.. memang dia tak layan pun.. dia profesional bab kerja.." Ayra cuba memuji bosnya yang juga merangkap kekasihnya itu.

"Kalau kau betul-betul yakin takpe la.. aku taknak nanti kau menangis tak berlagu je.. tapi memang bertuah la kau kalau dapat encik Rafiq tu.. muda-muda lagi dah berjaya.. ada karisma.. berjawatan besar.."

"Takkan jadi la macam tu.. kau ni jangan nak mengada-ngada.. Ah, kau kenal tak dengan budak pejabat yang baru tu?" Ayra membetulkan duduknya dan menarik belakang badannya dari terus bersandar di sofa.

"Budak baru? Si Harzan tu ke?"

"Ha'ah.. Harzan tu la.." Ayra mengiyakan.

"Kenapa dengan dia? Kau suka kat dia pulak ke?"

"Ish kau ni.. agak-agak la.."

"Dah tu kenapa? Kenapa dengan dia?" Fiza melepaskan ketawa apabila melihat reaksi Ayra.

"Hmm.. aku rasa dia suka kat aku.. pagi tadi Kak Yan ada bagitau aku, Harzan tu duk cari aku.. lepas tu, dia siap ajak aku keluar makan sama lagi masa rehat. Sehari dua ni memang aku perasan, Harzan tu macam nak dekat dengan aku.. setiap hari dia tegur aku."

"Dia tu memang suka menegur orang la.. baik je dia tu.. hensem pun boleh tahan.. habis tu kau tak nak la kat dia?"

"Haishh kau ni.. habis tu si Rafiq tu aku nak campak kat mana?" Ayra cuba memberikan jawapan.

"Sejauh mana dah tahap serius hubungan kau dengan Rafiq? baru ke dah lama?" Fiza ingin mengorek rahsia hubungan temannya dengan bos mereka.

"Itu bukan urusan kau, okay? tak perlu kau ambil tahu.. hal tu biar aku dan Rafiq je yang tahu." Ayra tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.

"Jadi kau taknak terima Harzan tu sebab dah ada Rafiq la? Ke sebab si Harzan tu cuma bekerja sebagai pembantu am kat pejabat je? Kau taknak terima sebab gaji dia kecil?"

"Hmm.. kau ni.. mungkin sebab kedua-duanya la.. Aku bukan nak hina pekerjaan Harzan.. Dia memang nampak rajin je.. tapi faham-faham la.. dunia sekarang ni, tambah-tambah hidup kat kota macam ni, aku perlukan maintanance yang tinggi.. kalau cari laki yang gaji kecil macam tu, nanti aku nak makan apa? tak nak la aku hari-hari hadap nasi dengan kicap, lauk telur mata je.." Ayra mula berterus- terang.

"Tapi, macam mana la nanti kalau jodoh kau, dapat laki macam tu?" Fiza masih ingin menduga sahabatnya.

"Kalau dah jodoh, nak buat macam mana.. nak taknak, kena hadap je la..  Macam yang aku kata, aku tak hina pun pekerjaan dia.. selagi lelaki tu rajin bekerja, ada usaha untuk cukupkan nafkah untuk keluarga dia, itu dah cukup bagi aku.. tapi tu la.. keperluan hidup kat bandar ni perlukan banyak duit. Kalau cuma dengan gaji sebagai pembantu am tu, memang takkan cukup la untuk tampung keperluan aku nanti." Ayra mengulangi kata-katanya.

"Jadi, andai kata la si Harzan tu pinang kau, kau akan terima ke tak?"

"Ish kau ni.. tak mungkin la akan berlaku.. taknak la aku terima. Habis tu Rafiq aku nak lempar kat mana?" Ayra sedikit geram dengan pertanyaan Fiza yang dianggapnya sebagai mengarut dan tidak mungkin akan terjadi.

"Aku kata andai kata je.. misalnya.. kalau benda tu berlaku... aku takde la cakap akan berlaku.." Fiza seakan memujuk Ayra.

"Kau ni tak habis-habis dengan Harzan.. kalau kau suka sangat kat dia, kau je la pergi try dia." Ayra pula ingin mengusik temannya itu.

"Hello.. i takde masa la nak try budak pejabat, okay.."

"Dah tu.. yang kau beria bercakap pasal dia tu kenapa?"

"Eh, kan kau yang mula-mula buka cerita pasal dia.. aku dengar je."

"Tapi kau yang duk heret nama dia sejak dari tadi.. tak habis-habis Harzan.. Harzan.. Harzan.."

"Aku tanya je.. mana la tahu kot-kot kau pun ada hati kat dia.."

"Dah la sebut nama dia.. jom la sambung menari.. lagu best pulak ni." Ayra segera berdiri dan lantas menarik lengan Fiza untuk turut bersamanya. Sebelum berdiri, Fiza sempat meneguk sekali lagi air minumannya. Dua gadis itu kemudiannya melanjutkan aktiviti mereka di kelab malam tersebut dengan penuh girang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience