Bab 28

Romance Series 41999

Enjin motosikal dihidupkan oleh Harzan. Lelaki itu ingin segera pulang ke rumah setelah habis waktu bekerja. Seharian dia merasa tidak enak badan. Seperti demamnya masih belum sembuh sepenuhnya. Setelah topi keledar dipakaikan dikepala, Harzan mula meluncurkan motosikalnya perlahan-lahan.

'Hmm.. kalau pekena pisang goreng best juga.. Ah, Ayra suka pisang goreng kat sekolah tu. Baik aku beli kat sana je la..' Harzan monolog sendiri. Dia kemudian menukar laluannya untuk menuju ke gerai yang menjual pisang goreng. Begitulah Harzan, setiap keputusan yang akan diambil, dia pasti akan memikirkan Ayra. Walaupun hubungan mereka belum terlalu rapat dan mesra, namun Harzan perlahan-lahan cuba memahami  dan belajar setiap hal yang disukai atau tidak oleh Ayra.

Tidak lama kemudian, Harzan tiba ditempat yang dituju. Setelah membeli pisang goreng yang difikirkan akan disukai oleh isterinya, dia bergerak semula untuk pulang ke rumah. Harzan tidak ingin berlengah. Namun dipertengahan jalan, pandangannya terlihat ke arah sebuah kereta perodua Myvi yang sedang diparkir di hadapan sebuah bangunan. Harzan tahu, itu adalah kereta Ayra. Dia segera memperlahankan motosikalnya. Matanya melilau ke sekeliling arah.

'Apa yang dia buat kat sini? dia tak pergi kerja ke? ke balik awal?' Harzan tertanya-tanya.

Sementara itu, di dalam sebuah restoran, Ayra yang dikuasai oleh emosi sedang duduk bersendirian. Tidak lama kemudian, Rafiq muncul dan duduk di meja yang sama dengan Ayra. Lelaki itu hanya tersenyum apabila melihat Ayra yang sedang menunggunya. Rafiq turut merasa pelik, tadi Ayra tiba-tiba menghubunginya dan mengajak untuk berjumpa dengan segera. Padahal dalam beberapa hari yang lepas, biasanya Rafiq yang akan memujuk Ayra agar bertemu dengannya.

"Kenapa muka masam ni? Apa yang jadi kat you? Haa.. ni pun, kenapa tiba-tiba ajak i jumpa.. petang lagi..kenapa tak tunggu malam je?" Rafiq mula menegur Ayra yang sudah pun menunggunya sejak tadi.

"I ada something nak tanya you." Ayra berwajah serius.

"Apa dia?"

"Kenapa you berhutang dengan ahlong tapi gunakan nama i?" Ayra tanpa banyak bicara segera berterus terang akan tujuannya untuk berjumpa.

"Berhutang guna nama you? apa yang you cakap ni?" Rafiq seolah tidak memahami maksud pertanyaan Ayra.

"Dah.. tak payah nak buat-buat tak tahu.. you berhutang 30ribu dengan Tiger Lee. Sekarang sekali dengan bunga, dah jadi 40 ribu.. tapi you gunakan nama i. Kenapa?" Ayra bersuara dengan tegas.

"I..i.. i bukan berhutang guna nama you.. i just gunakan nama you as penjamin i je.." Rafiq cuba memberikan penjelasan namun masih ingin mengelakkan diri.

"Ye.. itulah maksud i.. kenapa i perlu jadi penjamin you tanpa pengetahuan i sendiri?"

"Hmm.. itu.. i.. i sebenarnya tak bermaksud nak gunakan you.."

"Tak bermaksud gunakan i? habis tu apa?" Ayra semakin mengeraskan suaranya. kesabarannya semakin menipis. Dia semakin beremosi apabila melihat Rafiq masih cuba untuk mengelak dan tak nak mengaku.

"I.. memang i yang pinjam.. cuma mereka minta seseorang untuk jadi penjamin.. masa tu i cuma terfikirkan you seorang je. I memang nak bayar dan jelaskan semua hutang tu.. i tak nak pun diri you terkait dalam hal ni." Rafiq cuba menyusun kata. Dia perlu berhati-hati agar tidak membuatkan emosi Ayra meletup pada ketika itu.

"Habis tu, kenapa you tak bayar? satu sen pun you masih tak bayar.." Ayra menatap Rafiq dengan matanya yang cerlung. Wanita itu seakan berubah seperti singa yang sedang kelaparan. Bila-bila masa sahaja dia akan menerkam mangsanya.

"I.. i memang nak bayar.. tapi, i kan dah tak bekerja.. semua perancangan i musnah sebab kena dakwa pasal kes tu.." Rafiq masih ingin berhelah demi menyelamatkan diri.

"Habis tu, you nak i yang tanggung semua hutang you tu? you tahu tak, ahlong tu dah hantar orang untuk cari i? dah serang i kat pejabat.. malukan i depan orang ramai.. sampai i kena paksa ambil cuti. silap-silap, dengan i sekali hilang kerja nanti gara-gara you." Ayra meluahkan perasaannya. Air matanya mula gugur membasahi pipi. Dia benar-benar kecewa dengan tindakan Rafiq yang mengheret dirinya ke dalam masalah tersebut.

"I minta maaf OK.. i taknak semua ni berlaku.."

"Cakap perkataan maaf tu memang senang.. masalahnya sekarang, mereka nak i bayar 40 ribu tu.. mana i nak cari duit sebanyak tu? dah la mereka hanya bagi masa cuma dua hari.." Ayra memejamkan mata sambil menundukkan wajahnya. Kepalanya digeleng beberapa kali. Melihat keadaan Ayra, Rafiq mula kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk Ayra agar bertenang. Rafiq tahu, kata-katanya sekarang sudah tidak bermakna. Ucapannya sahaja tidak akan menenangkan Ayra yang sedang menangis kencang dikuasai emosi. Lelaki itu segera bangkit dan beralih tempat duduk. Dia meletakkan punggungnya dikerusi sebelah Ayra seraya memeluk perempuan tersebut.

"Tenang.. kawal diri you.. jangan terlalu ikutkan perasaan OK.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.. I betul-betul minta maaf sebab dah libatkan you dalam masalah.. I janji Ayra, i akan cari duit tu secepat mungkin.. I takkan benarkan mereka terus ganggu you lagi." Rafiq memeluk erat Ayra yang sedang lemah jiwanya. Ayra pula hanya diam membisu sambil menangis. Dia hanya membiarkan sahaja Rafiq memeluknya. Semakin lama, Ayra semakin tenang. Perlahan-lahan dia cuba menghentikan tangisannya. Seketika kemudian, Ayra mengangkat kembali wajahnya. Tangisannya sudah pun berhenti. Rafiq pula masih tidak melepaskan pelukannya. Sebelah tangannya mula menyeka air mata yang tersisa dikelopak mata Ayra.

"You jangan bimbang.. i janji dengan nyawa i sendiri.. walau apa pun yang terjadi, i akan langsaikan semua hutang tu dalam masa dua hari ni. Believe me.." Rafiq masih memujuk. Pada masa yang sama, dia tetap ingin mengambil peluang untuk merapatkan dirinya dengan Ayra. Pelukannya masih kemas  merangkul badan Ayra.

"Oh, disini rupanya kalian bersandiwara.." Suara Harzan mengejutkan Ayra dan Rafiq. Ayra segera menoleh. Harzan sedang berdiri tepat di hadapan Rafiq. Tanpa di sangka, satu tumbukan keras dilepaskan oleh Harzan, mengenai muka Rafiq. Rafiq rebah terlentang ke belakang. Ayra tergamam. Rafiq cuba bangkit berdiri. Sekali lagi tumbukan dari Harzan hinggap ke muka Rafiq. Ketika itu, pisang goreng yang berada di tangan Harzan sudah bertaburan di atas lantai.

"Jantan tak guna.." Harzan melayangkan pula satu tendangan ke perut Rafiq.

"Sudah.. hentikan.. Harzan, awak jangan salah faham." Ayra tiba-tiba berdiri dan berada di tengah-tengah, di antara Harzan dan Rafiq. Dia cuba menghalang suaminya itu dari terus memukul Rafiq.

"Salah faham? awak duk berpelukan dengan dia tadi, saya yang salah faham? mata saya tak buta lagi Ayra!" Harzan bersuara kuat. Dia sudah tidak menghiraukan orang di sekeliling yang sudah memperhatikan mereka. Tiba-tiba Rafiq menolak Ayra ke tepi dan membalas pukulan ke muka Harzan. Tidak ingin mengalah, Harzan melepaskan pula tumbukan sauk ke dahu Rafiq. Tanpa menunggu, Harzan melepaskan satu lagi tumbukan dan mengenai bahagian mata kiri lawannya itu. Rafiq tersembam ke lantai. Harzan baru bercadang untuk meneruskan serangan namun Ayra tiba-tiba menghalang.

"Hentikan Harzan! Hentikan semua ni.." Ayra terduduk di samping Rafiq sambil menahan tangannya agar Harzan tidak terus menyerang. Hati Harzan ibarat ditusuk pisau berkali-kali. Sakitnya sungguh tidak terperi. Baru sebentar tadi dia melihat Rafiq memeluk isterinya. Kini Ayra pula cuba melindungi Rafiq seolah-olah sedang berpihak kepada lelaki itu.

"Jadi, awak nak bela lelaki tu dari suami awak sendiri?" Harzan bersuara perlahan. Suaranya sarut seolah terlekat di halkum. Dia kecewa dengan tindakan Ayra yang melebihkan Rafiq berbanding dirinya.

"Awak jangan salah faham! kan saya dah kata, hentikan! kenapa susah sangat nak faham?!" Ayra menangis dan menjerit ke arah Harzan. Wanita itu kemudian beralih pandangan kepada Rafiq yang terbaring di lantai. Muka lelaki itu penuh dengan darah. Hidungnya patah dan bibirnya turut pecah. Matanya juga lebam akibat menerima tumbukan dari Harzan.

"Jadi awak duk keluar selama ni, berjumpa dengan jantan ni la?" Harzan sekadar menyoal tanpa memerlukan jawapan. Dia sudah pasti jawapan dari Ayra. Isterinya itu pula hanya terdiam sambil melihat ke arah Rafiq. Dia tidak berani untuk bertatapan mata dengan suaminya yang sedang berdiri.

"Jangan ingat kau dah menang.. aku pasti akan rampas balik Ayra daripada kau.." Rafiq tersenyum sinis sambil mengesat darah pada hidung dan bibirnya. Darah dari hidungnya keluar seolah tidak mahu berhenti. Ayra dan Harzan hanya diam mendengar kata-kata Rafiq.

"Kau ingat budak pejabat.. anak dalam kandungan Ayra ni pun belum tentu anak kau.. kemungkinan ini anak aku." Rafiq menghamburkan tawa. Dia sengaja ingin merendah-rendahkan Harzan agar lelaki itu merasa terhina. Harzan yang tidak dapat menahan diri, melepaskan satu lagi sepakan ke arah muka Rafiq. dua batang gigi lelaki itu patah.

"Sudah!! jangan duk bertengkar lagi!" Ayra bertempik. Harzan berundur beberapa tapak ke belakang.

"Betul ke apa yang dia kata?" Harzan bertanya. Ayra tertunduk lagi. Dia tidak berani untuk melihat Harzan. Dia juga tidak ingin menjawab pertanyaan daripada suaminya itu. Dia benar-benar malu. Namun tindakan Ayra yang berdiam diri itu membuatkan hati Harzan semakin hancur. Harzan mengepal tangannya sekuat hati. Seluruh badannya menggeletar. Emosinya hampir meletup dan Harzan masih menahan diri daripada mengamuk dengan gila. Sejenak kemudian, Harzan berpaling punggung dan segera beredar dari situ. Dia langsung tidak ingin menoleh.

Manakala Ayra pula terus menangis. Dia merasakan, hari tersebut adalah hari paling malang dalam hidupnya. Matanya memandang ke arah Rafiq yang sedang mengerang kesakitan. Seketika kemudian, Ayra melihat pula pisang goreng yang berselerakan di atas lantai. Pisang goreng pembelian Harzan seolah turut menangis. Layu dan lenyek di jalanan. Menjadi rezeki yang terbuang dan disia-siakan. Satu pembelian yang dicari untuk orang tersayang, namun akhirnya terpinggir tidak dimakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience