Bab 5

Romance Series 41999

LANGKAH kaki Harzan menginjak dengan teratur menaiki anak tangga. Setelah masuk ruangan pejabat, lelaki itu segera dipanggil oleh Azian yang berada tidak jauh dari muka pintu masuk pejabat. Harzan tanpa berlengah segera menghampiri wanita yang bertugas sebagai kerani itu.

"Kenapa Kak Yan?" Harzan melabuhkan kedua tangannya di atas meja Azian seraya bertanya.

"Kau ni dari mana Zan?" Azian mula bertanya.

"Ah, saya dari Syarikat Chempaka Samura..  pergi hantar surat kat sana.. tadi Fiza yang minta saya hantar surat tu ke sana.. katanya urgent." Harzan segera menjawab.

"Jadi mat despatch pula kau." Azian sedikit tertawa.

"Biasa la kak..budak pejabat macam saya ni, kena la buat macam-macam.. ikut orang suruh je la."

"Tak kisah la kerja apa pun Zan.. janji kau buat kerja halal.. cari rezeki halal.. yang penting, kita nak keberkatan dalam rezeki yang kita dapat tu."

"Kak Yan panggil saya ni kenapa?" Harzan yang tidak lokek dengan senyuman sentiasa mengukirkan senyuman kepada Azian yang sudah dianggap seperti kakaknya.

"Ha.. Kak Yan ingat nak minta tolong kau fotostatkan semua dokumen ni.. itu pun kalau kau tak sibuk la.. sebab Kak Yan nak kena siapkan surat dan dokumen untuk projek kat Kemunting lagi ni.. Kau boleh tolong tak?" Azian segera menyampaikan permintaan kepada Harzan sambil tangannya menepuk fail di atas mejanya.

"Boleh je Kak Yan.. berapa banyak nak fotostat?" Harzan segera menyuarakan kesanggupannya.

"Ini.. Ha.. semua ni.. kau buat lima salinan semuanya. Nanti kau asingkan terus setiap salinan, buat jadi lima set. Dah siap, nanti bagi kat Kak Yan." Azian menghulurkan beberapa helai dokumen yang berada di dalam sebuah fail.

"Wah, banyak juga ni.." Harzan sedikit terkejut.

"Kau boleh tolong tak? kalau tak boleh takpe la."

"Boleh je Kak Yan.. lagipun memang dah tugas saya untuk bantu tugas orang kat pejabat ni.. Kak Yan buat je la kerja Kak Yan tu.. Yang ni biar saya yang buat." Harzan segera mengambil fail dari tangan Azian. Lelaki yang menjadi pembantu am pejabat itu segera berlalu meninggalkan Azian di mejanya. Ketika berjalan melintasi meja Ayra, kelihatan Ayra sedang berbual dengan Fiza. Melihat kehadiran Harzan, Fiza dengan pantas menyapa lelaki tersebut.

"Ha, Harzan.. kau dah hantar surat yang aku bagi tadi kat Syarikat Chempaka Samura?"

"Ah, saya baru balik dari sana.. dah settel dah." Harzan menjawab sambil tersenyum. Mata lelaki itu sempat juga mengerling ke arah Ayra yang sedang duduk di kerusi, menghadap Fiza yang sedang berdiri di hadapannya.

"Harzan.. nak pergi mana?" Ayra pula bersuara.

"Nak pergi fotostat dokumen yang Kak Yan minta.." Harzan segera menjawab sambil menunjukkan fail yang berada ditangannya.

"Kalau macam tu, tolong fotostat yang ni sekali.." Ayra menghulurkan beberapa helaian kertas yang dikepilkan bersama.

"Nak berapa helai?" Tanya Harzan sambil menyambut kertas yang dihulurkan oleh Ayra.

"Hmm.. dalam sepuluh salinan semua."

"Baiklah.." Harzan segera melanjutkan langkak kakinya untuk menuju ke arah mesin fotostat. Fiza dan Ayra yang masih kaku ditempat mereka hanya memandang ke arah Harzan yang sudah semakin jauh meinggalkan mereka.

"Boleh tahan juga hensem Harzan ni.." Fiza bersuara sambil mengalihkan pandangannya ke arah Ayra. Ayra yang melihat Fiza segera mengangkat kedua belah keningnya kepada sahabatnya itu.

"Kau taknak cuba dekat dengan dia?" Fiza sekadar ingin mengusik.

"Harzan? Hmm.." Ayra mencebikkan bibirnya.

"Kalau tengok dari penampilan dia, aku rasa dia ni lelaki yang baik.. bertuah siapa yang dapat jadi isteri dia.. tapi kalau perempuan macam kau, tak sepadan kot dengan dia.. kau perangai pun macam setan." Fiza menghamburkan ketawanya dan turut diiringi oleh hilaian dari Ayra.

"Ah, kau pun sama mengalahkan setan.." giliran Ayra pula turut memerli Fiza.

BEBERAPA ketika kemudian, Harzan kembali mendekati meja Ayra. Kelibat Fiza sudah tidak kelihatan di situ. Harzan yang tidak kekok untuk terus tersenyum menghulurkan beberapa helaian kertas yang sudah sudah disalinnya kepada Ayra.

"Ini dokumen yang asal tadi.. semua ni pula yang dah di fotostat." Harzan memberi penjelasan.

"Okay, terima kasih." Ayra menghadiahkan senyuman kepada lelaki yang sudah membantunya itu.

"Hmm..takde apa la.. dah memang tugas saya pun." Harzan membalas senyuman.

"Ah, sekejap lagi dah nak masuk waktu rehat.. nak makan dengan saya? Saya belanja.." Harzan memberanikan diri untuk mempelawa Ayra keluar makan dengannya. Ayra terdiam sejenak. Matanya tepat dihalakan ke arah wajah Harzan.

"Emmm.. hari ni.. emmm.. boleh la.." Ayra mencuba untuk tidak terus menghampakan Harzan. Mendengarkan kata persetujuan dari Ayra, hati Harzan mula mekar berbunga. Dia hampir melompat kegembiraan namun ditahan tingkah lakunya agar terus bersikap sopan.

"Kalau macam tu, sekejap lagi saya tunggu awak kat bawah." Harzan yang masih tersenyum segera berjalan menuju ke arah Azian untuk menyerahkan segala dokumen yang sudah di fotokopinya. Ayra pula masih tetap menatap lelaki itu dari pandangan belakang. Setibanya di meja Azian, Harzan langsung meletakkan segala dokumen yang diinginkan oleh pembantu tadbir itu.

"Dah siap Kak Yan.. semua saya dah asingkan, buat lima set."

"Baiklah.. terima kasih Zan." Azian tidak lupa untuk berterima kasih kepada lelaki muda itu.

"Sama-sama Kak Yan.." Harzan masih tersenyum lebar dengan wajah yang ceria. Riak wajah Harzan itu memberikan perasaan aneh kepada Azian yang menatapnya.

"Kau ni kenapa Harzan? gembira semacam je Kak Yan tengok.. Selalu pun kau senyum je.. tapi senyum kau kali ni lain macam.. ceria je. Ada apa-apa ke?" Azian penasaran dengan lelaki muda dihadapannya itu.

"Hmm.. Kak Yan.. saya ajak Ayra keluar makan jap lagi.. dan dia setuju.." Harzan menyampaikan berita gembira tersebut kepada Azian. Ikutkan hati, Harzan ingin sahaja menjerit untuk meluahkan betapa gembiranya hati dia dikala itu. Dia ingin semua orang mendengar jeritan kegembiraan yang sedang bergelora di dalam dirinya.

"Wah..baguslah kalau macam tu.. So, nanti kau ambil la peluang ni untuk luahkan perasaan kau kat dia." Azian cuba menyemangati Harzan. Dia tahu lelaki muda itu sedang dilambung kegembiraan kerana berjaya mendekati Ayra. Dalam diam, Azian turut mendoakan kebahagiaan Harzan. Dia ingin sekali melihat jejaka tersebut berhasil mendapatkan gadis yang dia sukai. Malah Azian juga mengenali Ayra sebagai perempuan yang baik walaupun kadangkala gadis itu berpakaian agak seksi dan tidak menutup aurat. Namun Azian langsung tidak pernah memandang serong kepada kekurangan Ayra itu. Dia sangat berharap suatu hari nanti Ayra akan diberikan hidayah untuk berubah ke arah lebih baik.

"Tapi.. saya malu la Kak Yan.. nak cakap macam mana yang saya suka kat dia." Harzan memperlahankan suaranya. Semakin memikirkan hal tersebut, Harzan menjadi ragu-ragu untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayra.

"Zan.. kan Kak Yan dah bagitau.. buang rasa malu kau tu.. tak rugi pun kalau kau luah perasaan kau tu.. kalau dia terima, kau juga yang untung.. kalau dia tolak pun, kau tak rugi apa-apa.. nanti anggap je la korang berkawan macam biasa. Ayra tu pun perempuan baik.. kalau dia tolak kau pun, takdenya dia akan hina kau, pukul kau.. dah hati kau suka kat dia, dia takleh nak salahkan kau.. hati tu bukan benda yang kita boleh kawal.." Azian masih meneruskan kata-kata semangatnya buat Harzan. Dia tidak mahu lelaki itu mengalah sebelum berjuang.

"Nanti.. saya cubalah.." Harzan menurunkan sedikit pandangan wajahnya.

"Kau kena buat.. kalau kau tak buat, nanti Kak Yan taknak kawan dengan kau.. Kak Yan tak suka orang yang mengalah sebelum berbuat apa-apa.. Ingat Zan, paling penting kau kena ikhlas.. luahkan perasaan kau dengan penuh keikhlasan.. Takkan ada apa pun kat dunia ni yang dapat menghalang kepada cinta yang ikhlas." Azian menyampaikan kata-katanya dengan penuh bersemangat sambil matanya tidak berkedip menatap Harzan yang berdiri di depannya.

"Kak Yan ni betul-betul hebat la.. dah macam pakar motivasi.." Harzan ketawa perlahan setelah melihat semangat yang ditunjukkan oleh Azian.

"Untuk kau, Kak Yan boleh jadi apa je Zan.. Kak Yan nak kau hidup dengan bahagia dan mendapat cinta hati kau tu.."

"Terima kasih Kak Yan.. nanti saya akan cuba buat yang terbaik.. doakan saya." Harzan tanpa menunggu lama terus memulakan gerak langkah kakinya dan meninggalkan meja Azian. Dengan penuh girang, Harzan sedikit terlompat-lompat apabila menuruni anak tangga. Fikirannya tidak putuss-putus memikirkan keadaannya yang bakal makan bersama Ayra sebentar lagi. Oleh kerana kurang berhati-hati, Harzan akhirnya tergelincir dan jatuh di tangga. Punggungnya terhentak kuat di tangga tesebut dan jatuh menggelungsur beberapa anak tangga.

"Aduhh.. padan muka kau Harzan." Harzan kembali berdiri sambil menepuk-nepuk punggungnya yang kesakitan. Lelaki itu kemudian menyapu-nyapu debu yang melekat di seluarnya. Di hatinya, Harzan memanjatkan kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Nasib baik takde orang nampak.. kalau tak, free je dapat malu.. sakit dapat, malu pun dapat.." Harzan mengomel sendirian mengenangkan sikap sambil lewanya sebentar tadi ketika menuruni tangga. Sambil berdiri di kaki lima bangunan, Harzan masih menyapu dan merapikan seluarnya.  Sesekali, dia melihat ke arah cermin sisi pada motosikal yang diparkir dikawasan tersebut. Rambutnya ditolak beberapa kali dengan tangan agar terlihat lebih rapi dan tidak berserabut. Harzan masih ingin mengumpulkan kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan Ayra sebentar lagi. Dia perlu memastikan dirinya terlihat serapi mungkin dan kemas penampilannya.

"Ayra.. mahukah kau terima lelaki yang menjadi pekerja am ni?" Harzan bermonolog sambil melihat wajahnya pada cermin sisi motosikal. Baru sahaja Harzan selesai merapikan rambut buat kesekian kalinya, Ayra kemudian muncul setelah menuruni tangga. Ayra yang tersenyum manis itu langsung membuatkan Harzan menjadi gugup serta-merta. Kecantikan gadis yang menjadi pujaan hatinya itu benar-benar membuatkan Harzan dibius rasa cinta. Lelaki itu seakan menjadi bisu dan hanya berdiri kaku memandang Ayra. Bagi Harzan, masa seolah terhenti dan disekelilingnya seakan kosong. Di dunia ini hanya ada dirinya dan Ayra sahaja. Dia ingin saja keadaan itu terus berkekalan.

"Harzan.. awak okay tak? Kenapa tengok saya macam tu?" Ayra mula menegur apabila melihat keadaan Harzan yang diam terpaku. Teguran gadis itu serta merta mematikan lamunan Harzan.

"Ah..takde apa-apa.. jom la.. awak nak makan kat mana?" Harzan mula tersipu malu. Dia tidak menyangka dirinya akan menjadi kaku sebentar tadi setelah melihat Ayra yang tiba-tiba muncul di depannya. 

"Makan dekat-dekat ni je.. Kedai mamak kat depan tu pun okay.. saya tak kisah pun." Ayra menuding jarinya ke arah sebuah restoran di seberang jalan yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Harzan menganggukkan kepalanya seraya tersenyum.

"Okay, jom.." Harzan langsung membuka langkah kakinya dan segera dibuntuti oleh Ayra. Mereka beriringan berjalan melintasi jalan raya untuk menuju ke blok bangunan di seberang jalan. Tidak lama berjalan, mereka berdua pun memasuki restoran yang dituju dengan segera membuat pesanan makanan dan minuman masing-masing. Harzan yang duduk berhadapan dan semeja dengan Ayra sudah tidak mampu menggambarkan kegembiraannya. Bagi lelaki itu, inilah waktu paling indah yang pernah berlaku dalam hidupnya. Seumur hidupnya, Harzan tidak pernah bercinta dan keluar berduaan dengan gadis yang dia sukai. Walaupun Harzan pernah diminati oleh beberapa orang perempuan, lebih-lebih lagi ketika zaman persekolahan, namun lelaki itu sama sekali tidak pernah bercinta atau mendekati mana-mana wanita. Kini, dia mula tertarik kepada Ayra malah langsung keluar makan, berduaan dengan gadis tersebut. Mata Harzan tidak pernah jemu dari memandang Ayra. Sesekali, pandangan matanya di alihkan apabila Ayra memandang ke arahnya. Harzan masih agak malu untuk bertentangan mata dengan gadis berkenaan.

"Harzan, awak sekarang tinggal dengan siapa? masih bersama family ke?" Ayra memulakan bicara untuk memecah kecanggungan.

"Hmm.. saya tinggal sorang je kat sini.. family saya duk kat kampung." Harzan segera menjawab. Tanpa menunggu lama, lelaki itu segera bertanya kembali.

"Awak pun tinggal sorang? ke dengan family?"

"Saya tinggal sorang juga.. cuma bezanya saya dengan awak, saya ni memang hidup sebatang kara.. tiada family dah.. adik beradik takde, mak ayah dah lama meninggal."

"Oh, maaf.. saya tak tahu pasal tu.."

"it's okay.. saya takde masalah pun.." Ayra mengeluarkan senyumannya. Harzan pula seakan semakin mencair hatinya apabila melihat senyuman manis dari gadis pujaannya itu. Harzan kemudian sedikit menundukkan wajahnya. Lelaki itu mendiamkan diri seketika sambil menatap kakinya di bawah meja makan. Kemudian nafas panjang ditarik. Udara yang disedut ditahan sejenak di dalam paru-parunya sebelum dihembuskan semula perlahan-lahan.  Harzan kini sedang mengumpul kekuatan untuk meneruskan kata-katanya. Mindanya terus menerus memikirkan ucapan Azian kepadanya. Sekali lagi nafasnya ditarik dan dihembus dengan sedikit kuat dari rongga mulut. Ayra hanya memerhati tindakan Harzan yang dianggapnya sebagai aneh. Baru sahaja Ayra ingin membuka mulut untuk bertanya, namun sebelum mulutnya sempat berbicara, Harzan terlebih dahulu melafazkan ucapannya.

"Ayra.. saya.. sebenarnya.." Harzan tiba-tiba mematikan kata-katanya. Dia seakan hilang kekuatan untuk meneruskan ayatnya. Ayra semakin pelik dengan tingkah laku lelaki dihadapannya itu.

"Awak kenapa?" Ayra bertanya agar Harzan menghabiskan ucapannya sebentar tadi.

"Saya.. saya.. sebenarnya.. saya sukakan awak.. Saya tak tahu macam mana nak cakap.. tapi saya nak awak tahu, saya sebenarnya sangat sukakan awak.. kalau boleh.. boleh ke awak.. bagi saya peluang...untuk.." Harzan akhirnya berjaya meluahkan isi hatinya kepada Ayra walaupun dengan suara yang tersekat-sekat. Selama ini Harzan tidak pernah berbicara soal hatinya kepada wanita. Ini adalah kali pertama dia berani meluahkan perasaannya walaupun masih agak kurang keyakinan. Namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ayra pula segera mencelah.

"Harzan.. saya tak nak kecewakan awak.. tapi saya minta maaf.. sebenarnya saya dah ada boyfriend.." Ayra bersuara dengan nada yang tegas. Ucapan gadis itu terasa ibarat halilintar yang menyambar hati Harzan. Tiba-tiba Harzan merasa seolah ada satu tusukan yang amat menyakitkan di dadanya. Dia kecewa. Kekuatan yang dikumpul olehnya sebentar tadi kini terasa sia-sia. Darah pula terasa deras mengalir dan berkumpul di wajahnya. Harzan merasakan mukanya semakin menebal dan terus menebal.

"Ahh.. kenapa la aku bodoh sangat.. kalau tahu sakit begini, baik aku tak bagitau je." Hati Harzan mula bermonolog. Dia menyesal dengan tindakannya yang sudah menyatakan perasaannya kepada Ayra sebentar tadi. Namun, seketika kemudian, seakan suara Azian kedengaran terngiang di telinga Harzan.

"Kau tak perlu rasa malu kalau kena tolak.. setidaknya kau dah mencuba. Itu lebih baik dari tak buat apa-apa."

"Awak jangan terlalu kecewa.. saya cuma berterus terang supaya awak tak terus berharap.. setidaknya awak boleh cari perempuan lain yang lebih baik dari saya.." Ayra mula bersuara apabila dia menyedari perubahan diri Harzan. Dia tidak berniat untuk menyakiti lelaki itu. Namun dia terpaksa juga untuk berterus terang agar Harzan tidak terus berharap kepada dirinya.

"Emm.. tapi kita tetap boleh berkawan kan?" Harzan kembali berbicara.

"Ya.. kita boleh je berkawan baik.. kita boleh terus berhubung.. cuma saya tak nak awak terus meletakkan harapan supaya saya membalas perasaan awak. Nanti awak sendiri yang akan terseksa.." Ayra cuba bersikap jujur. Harzan kembali mengukirkan senyuman. Fikirannya kembali mengingatkan kata-kata Azian. Dia kini percaya, ucapan Azian kepadanya sebelum ini ada benarnya. Dirinya tidak harus malu untuk mengungkapkan perasaannya. Cintanya ditolak, bukan bermakna dia harus menjauhkan diri terus dari Ayra. Cinta itu harus ikhlas dan tidak terlalu mengharapkan pembalasan. Hati yang menyimpan rasa cinta dan hati juga senang berbolak balik. Kita sendiri tidak mampu untuk mengawal hati. Sebagai manusia, kita hanya mampu mengawal pemikiran dan tindakan kita. Rasa cinta itu bersemi tanpa kita menyemai. Hasilnya pula barulah tindakan kita, untuk dituai atau diabai. Harzan kini mulai mengerti. Walau pun sekarang dia patah hati, namun dia tekad, perjuangannya tidak akan terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience