Bab 13

Romance Series 41999

PANCURAN air dari paip membasahi tubuh Maya. Air yang dingin itu terasa begitu menyegarkan. Di tambah lagi dengan cuaca yang sedang panas pada petang itu, Ayra benar-benar menikmati kenyamanan yang menyaluti seluruh tubuhnya. Air paip yang mengalir di halakan pada kepalanya dan serta merta membahasi rambut hitam pekatnya. Ketika Ayra sedang asyik membersihkan dirinya di dalam bilik air, Harzan pula baru tiba dipekarangan rumah. Lelaki yang baru pulang dari kerja itu terlihat sedikit lesu dan kurang bermaya. Kesibukan di pejabat sudah menguras banyak tenaganya. Apabila enjin motorsikal dimatikan, Harzan masih termenung di atas kenderaannya itu. Topi keledar keselamatan dilucutkan dari kepala. Harzan kemudian menggaru-garu kepalanya dengan kasar. Seolah ada sesuatu yang sangat mengganggu fikirannya. Sejenak kemudian, lelaki itu melanjutkan sesi termenungnya. Beberapa minit kemudian, Harzan meluahkan hembusan keluhan. Tidak ingin terus membuang masa, dia mula mengalihkan punggungnya dari tempat duduk motosikal. Kakinya melangkah mengarah ke pintu rumah.

"Assalamualaikum.." Harzan memberikan salam sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Tiada jawapan balas yang kedengaran dari Ayra. Harzan segera menuju ke arah ruang dapur apabila mendapati isterinya itu tiada di ruang tamu. Matanya melilau ke segenap penjuru mencari kelibat Ayra. Alang-alang sudah berada di dapur, Harzan pun mencapai gelas dan mengisi air putih ke dalam gelas tersebut. Air yang dituang segera diminum dalam beberapa tegukan.

"Mana pulak bini aku ni? takkan tidur kot petang-petang macam ni.." Harzan semakin tertanya-tanya akan keberadaan Ayra. Tanpa berlengah, dia segera menuju ke bilik tidur. Kelibat Ayra masih tidak terlihat.

"Ke dalam bilik air? tapi takde bunyi air pun.." Harzan bermonolog. Kakinya menuju pula ke arah pintu bilik air yang berada di dalam bilik tidur itu. Baru sahaja Harzan mendekati, pintu bilik air tiba-tiba terbuka. Harzan dengan segera menghentikan langkah kakinya. Ayra yang hanya mengenakan tuala pada badannya keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah. Mereka masing-masing terkejut apabila pandangan mereka saling bertentangan. Harzan seolah menjadi kaku. Ayra pula mula cemas. Hampir seminggu perkahwinan mereka, Ayra sama sekali tidak pernah berpenampilan sebegitu di hadapan Harzan. Setiap kali ingin mandi, Ayra akan memastikan Harzan tidak berada di dalam bilik tidur dan Ayra akan mengunci pintu biliknya dari dalam bagi mengelakkan Harzan melihat dirinya yang baru selesai mandi. Tapi tadi dia langsung terlupa untuk mengunci pintu memandangkan Harzan masih bekerja dan tidak berada di rumah. Ayra kini tidak tahu harus bertindak bagaimana. Harzan kini berdiri di hadapannya yang hanya mengenakan tuala menutupi badannya. Mukanya mula merona seperti udang yang dimasak.

"Tolong.. keluar.." Ayra bersuara perlahan sambil menundukkan wajahnya. Namun permintaan Ayra itu sepertinya tidak diendahkan oleh Harzan. Lelaki itu masih terpaku ditempatnya, asyik melihat keindahan tubuh milik Ayra. Tuala yang melilit tubuh badan Ayra hanya menutupi bahagian dada dan separuh pahanya. Kulit putih gebu milik Ayra benar-benar telah merasuk Harzan. Ayra tidak ingin terus diam berdiri begitu. Dia cuba tidak mengendahkan Harzan dan mula melangkah keluar dari bilik air. Baru sahaja melangkah keluar, Ayra tiba-tiba tergelincir. Harzan yang dari tadi menjadi kaku seperti patung dengan pantas menyambut isterinya yang hampir rebah ke lantai itu.

"Hati-hati.." Harzan memeluk erat Ayra ke dalam pangkuannya.

"Ahh.." Ayra kehilangan kata-kata. Jantungnya berdegup kencang apabila tubuhnya dipeluk rapat ke badan Harzan. Apatah lagi kini matanya bertentang dengan mata Harzan yang bercahaya coklat cerah. Muka mereka begitu rapat dan hampir bersentuhan. Sejenak kemudian, Ayra serta merta menjerit. Perempuan itu terkejut apabila tubuhnya diangkat dan digendong oleh Harzan. Lelaki yang agak sasa itu tanpa menunggu lama terus berpusing dan berjalan membawa Ayra di gendongannya. Ayra pula secara refleks menggerakkan kedua tangannya memaut leher Harzan yang sedang menampung seluruh tubuhnya.

"Awal mandi hari ni?.." Harzan bersuara perlahan. Ayra segera menundukkan wajahnya dan tidak berani untuk terus menatap suaminya itu.

"Emm.. mandi junub.." Ayra menjawab dengan jujur. Dia tidak ingin berselindung dari suaminya. Harzan tersentak. Matanya memandang wajah Ayra tanpa berkedip. Ayra pula semakin merasa malu.

"Jadi, dah boleh solat?" Harzan menginginkan kepastian. Ayra tidak langsung menjawab pertanyaan tersebut melainkan hanya sedikit menganggukan kepalanya. Isyarat sedemikian sudah cukup untuk menjadi jawapan kepada pertanyaan Harzan. Setelah tiba di sisi katil, Harzan perlahan-lahan meletakkan Ayra di atas tilam empuk yang terhampar di situ.

"Ahh.. jangan tengok!" Ayra sekali lagi menjerit apabila tuala yang melilit tubuhnya terlucut ketika Harzan melepaskan tubuhnya di atas katil. Dia benar-benar malu jika Harzan melihat tubuhnya yang kini terdedah tanpa seurat benang pun.

"Kenapa tak boleh tengok? Kan saya ni suami awak? kita sudah halal.. dari hujung rambut.. sampai hujung kaki.." Harzan berbisik lembut. Ayra merasakan darahnya berderau seluruh badan apabila mendengar kata-kata Harzan. Namun dia kini sudah mati kutu. Ayra hanya mampu pasrah. Walaupun dirinya belum bersedia, namun dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Melihatkan Harzan semakin merapatkan wajahnya, Ayra mula memejam mata.

"Bismillah.." Kedengaran suara bisikan Harzan mengucapkan kalimah suci sebelum menyentuh isterinya. Tiba-tiba Ayra merasakan lehernya hangat dan basah. Bibir Harzan sudah pun singgah ke leher Ayra dan meniti ke segenap arah. Ayra menggenggam erat kedua belah tangannya. Nafasnya menderu kencang dengan suara mendesah. Walaupun awalnya tidak bersedia, namun Ayra sendiri kini sudah tidak mampu menahan gelora perasaannya. Akhirnya mereka berdua hanyut dibawa arus bahagia di samudera cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience