Bab 76

Romance Completed 10910

 ”Maira yang beritahu saya semalam. Dia cakap kepten sayangkan dia” usik Juna lagi. ”Maira ni pun satu, pergi bagitahu Juna kenapa?” desis di dalam hati Roz yang buat tidak layan dengan usikkan Juna.

”Kau nampak Maira dekat mana?” tanya Roz prihatin selepas tidak melihat gadis itu daripada semalam. ”Saya terserempak dengan dia dekat depan jeti. Dia macam nak jalan-jalan dekat pantai kot” jawab Juna tidak acuh.

Tuk..tuk..tuk..tuk.”Tolong, tolong” jerit suara perempuan tua dengan ketukan pintu bertalu-talu. Roz dan Juna yang sedang bersantai-santai di sofa terus bangkit tergesa-gesa dari tempat duduk untuk membuka pintu.

”Cik pah. Kenapa ni, nampak kelam kabut” tanya Juna pelik dengan kelakuan mak cik ini. ”Maiiraaaa. Aku tak tahu nak buat apa dah” cik Pah melolong-lolong menyebut nama Maira. Roz yang memandang cik Pah pelik terus bertukar cemas mendengarkan nama Maira disebut.

”Kenapa dengan Maira cik Pah?cik Pah cari dia ker? Juna nampak di dekat depan jeti tadi kan?. Dia pergi jalan-jalan dekat pantai kot. Carik dia dekat situ” laju Roz mententeramkan perempuan tua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience