Bab 27

Romance Completed 10909

Gadis itu mencapai tanggan Roz lalu tersenyum gembira sambil menyerlahkan lesung pipitnya itu.  Jari-jari Maira yang kecil, runcing dan lembut amatlah berbeza dengan tanggan lelaki yang kasar.

Dia kini berasa seperti di awang-awangan. Juna yang berada di sebelah Maira terlopong dengan perlakuan keptennya yang pelik itu. ”Maira mana kedai tebing tu” tanya Roz yang cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

Maira yang tersedar dengan tujuan mereka lantas menuding ke arah deretan kedai-kedai makan yang berada di atas tebing tanah tinggi itu. ”Itu dia. Jom” ajak Maira yang berjalan ke depan. Juna menenung lama Roz yang seperti tidak mahu mengendahkannya.

Mereka bergerak ke kawasan tebing itu tanpa berbicara. “Kita kena siasat tentang ayah Ena” ujar Roz selepas kembali dari kedai makan bersama Maira. Dia dan Juna kini sedang berada di dalam bilik motelnya berehat di atas sofa. Juna bersetuju dengan arahan Roz.

”Bekas polis di pulau ini sahaja tetapi mampu untuk mempunyai kekayaan seperti persis ahli perniagaan. Kita pasti akan memulakan misi kita dengan ayah Ena dulu” ujar Juna fasih menganalisa maklumat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience