Bab 44

Romance Completed 10910

”Macam mana kepten? Kita memang nak teruskan ikut gerak geri pak cik Ja atau cari culprit lain” Juna mula berbincang tentang misi mereka seperti tidak sabar untuk merungkai misi mereka ini.

”Aku yakin pak cik Ja ada benda yang dia simpan dan aku yakin benda itu ada kena mengena dengan misi kita nie” ujar Roz penuh yakin. ”Juna kau akan ikut gerak geri pak cik Ja selepas subuh nie kau mula.

Pastikan kau tidak diketahui oleh pak cik Ja. Jangan sia-siakan latihan penyembunyian yang kau dah belajar dekat markas tu. Gunakan apa yang kau dah belajar dekat markas.

Terakhir sekali berhati-hati, jika memang pak cik Ja yang bertanggungjawab dalam kes penyeludupan senjata ini maka dia sanggup buat apa sahaja termasuklah membunuh sesiapa sahaja yang ingin membongkarkan kegiatan dia” Roz memberi arahan dan amaran siap kepada Juna.

”Aku akan goda anak pak cik Ja untuk bawak aku dekat kawasan sekitar rumah dia.  Harap-harap ada petunjuk atau jejak yang boleh kita gunakan untuk bongkarkan misteri penyeludupan senjata di pulau ini” ucap Roz penuh dengan harapan. “

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience