Bab 64

Romance Completed 10910

Roz yang berdiri tegak sambil dipaut erat pehanya oleh budak perempuan itu kelihatan teragak-agak untuk melaksanakan arahan keptennya. ”Tiada pilihan” desis di dalam hatinya.

Roz terus mengeluarkan pistol di dalam poketnya lalu menembak tepat ke jantung dada encik Habibi. Bunyi ledakan das pistol itu kuat menyelubungi rumah kayu itu. Encik Habibi jatuh dari tembakkan itu dan  terduduk di sofa ruang tamunya dengan tangannya menekup dadanya yang memancutkan darah tidak henti-henti.

Roz yang melepaskan tembakkan itu menutup matanya sejurus tembakkan kerana dia tidak sanggup melihat reaksi anak perempuan encik Habibi yang sudah berhenti merayu. Pelukkan di pehanya dilepaskan dan budak perempuan itu merangkak bergerak ke sisi ayahnya yang sudah mencungap-cungap mengambil nafas terakhir.

Mata budak perempuan itu tajam menikam ke dalam sanubari Roz dengan sumpahannya. ”Kau jahat. Kau bunuh ayah aku. Aku sumpah kau tak akan bahagia dalam hidup kau. Pegang kataku kau tak akan jumpa bahagia dalam hidup kau...BAHAGIA.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience