Bab 19

Romance Completed 10910

Besen yang dipenuhi dengan baju-baju kotor telah diletak sabun Fab buku di dalamnya. Lincah tangan Maira menyental baju-baju kotor tersebut. Dia duduk di atas bangku dengan memakai kain batik yang sedikit terangkat menyerlahkan betisnya yang putih mulus itu.

Baju t-shirt lengan pendek berleher bulat berwarna kuning cair kelihatan cantik di tubuh badannya. Warna kuning sungguh sepadan dengan kulitnya yang putih mulus. Rambut lurusnya diikat pony tail menyerlahkan leher jinjangnya.

Kini matanya yang bundar tidak lagi bengkak kerana menangis. Hidungnya yang comel juga tidak lagi merah seperti tadi. Dia bangun menghalakan getah paip itu ke dalam besen untuk membilas baju-baju.

Badannya yang kurus langsing itu digerak-gerak untuk menghilangkan rasa sengal kerana duduk lama di bangku. ”Maira dah habis belum basuh baju tu” jerit cik Pah di dalam bilik.

”Dah, Maira nak sidai” jawab Maira bersahaja. ”Kejap lagi kau pergi dekat pemuda berdua tu. Tanya dia lapar tak? Kalau dyorang lapar, kau pergi bawak dyorang dekat kedai makan tebing tu” jerit cik Pah lagi.

Maira yang tengah cuba mengangkat besen itu untuk keluar terus berasa ceria. ”Baik cik Pah” jawabnya tersenyum lebar hingga ke telinga. ”Boleh la keluar...Yahoooo” bisik di dalam hatinya. Dia mengangkat besen itu sedaya upaya lalu bergerak ke ampaian kain di luar rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience