Bab 32

Romance Completed 10909

”Maira. Tunggu kejap” jerit Ena secara tiba-tiba. Dia memakai seliparnya tergesa-gesa sambil membetulkan rambut ikal mayangnya yang kelihatan kusut lalu berdiri di depan mereka.

Maira bepusing kembali kepada Ena dengan senyuman ceria”Kau panggil aku”tanya Maira seperti tidak percaya dengan panggilan Ena terhadapnya.

”Ni saper?” tanya Ena sambil tersenyum manja dengan mereka. Jika diteliti semula, Ena sebenanya tersenyum manja kepada Roz.”Owh,  ni encik Roz dan encik Juna. Boleh panggil abang Roz dan abang Juna” jawab Maira yang gembira mengenalkan Ena kepada mereka.

”Ena” ucap Ena mengenalkan dirinya dengan menghulurkan tangan kepada Roz tanpa segan silu. ”Roz menyambut tangan gadis itu. Dia memberi senyuman yang paling manis. Jika ini adalah peluang untuk dia rapat dengan Ena. Dia akan buat apa sahaja untuk mendekati gadis ini termasuklah menggoda gadis ini.

Selepas itu,dia akan cuba mendapatkan informasi tentang ayah Ena ini sama ada terlibat dengan kes penyeludupan senjata api atau tidak. Juna sedar dengan taktik keptennya itu terus menyambung perkenalan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience