Bab 38

Romance Completed 10909

”Anak berdua ni datang ke pulau ni bercuti ker?” tanya pak cik Ja lagi yang tidak mahu berhenti menyiasat mereka. ”Iya pak cik, saja nak amik ketenangan pulau ni” jawab Juna mengiyakan telahan lelaki tua ini.

”Pulau ni dekat dengan sempadan perairan Thailand yer pak cik?” Roz memulakan penyiasatannya dengan licik sekali. ”Mm...memang. Tapi nak ke sempadan Thailand tu jauh jugak dari sini dalam beratus batu jugak naik bot sederhana besar” jawab pak cik Ja tidak bersungguh-sungguh menerangkan tentang pulau ini.

”Maira cakap pak cik ni bekas polis dekat pulau ni. Betul ker pak cik?” tanya Juna pula. Makin berkerut-kerut dahi lelaki tua ini yang memakai kopiah putih di kepalanya mendengarkan dakwaan Juna.

Maira yang leka meneliti cawan yang dihidang kepadanya hanya tersenyum riang mendengarkan namanya disebut oleh Juna. Roz memandang tepat kepada riak wajah Pak cik Ja yang ternyata ada amarah di dalam dirinya. ”Kenapa dia marah Maira sebut pasal kerjaya dia yang lepas. Apa yang dia cuba sembunyikan?” gumam Roz di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience