Bab 5

Romance Completed 10910

Mereka berundur beberapa langkah ke belakang. Semua orang di kampung ini tahu yang cik Pah sedikit meroyan. Dia ditinggalkan oleh suami selepas beberapa hari melahirkan anak.

Sudahlah ditinggalkan suami, selepas itu anak yang dilahirkan pula mati dalam perut. Maira merupakan anak buah kepada cik Pah sebelah bapa. Maira mempunyai seorang ayah yang suka berjudi setelah kematian ibunya sejak kecil lagi jadi cik Pah menjaganya sehingga kini.

Semua orang bersimpati dengan Maira yang selalu dimarah dan dipukul oleh cik Pah yang kadang-kadang sakit meroyannya datang kembali. Ena yang berada di tengah-tengah sedikit pun tidak berundur seperti Iza dan Ika.

Dia kelihatan sedikit pun tidak takut dengan cik Pah. ”Kami tak ajak pun dia berborak. Kami tegur dia bila nampak dia berbaring dekat pantai ni” ucap Ena dengan jujur dengan melirik matanya kepada Maira yang tidak keruan.

”B..betuul tu cik Pah.Kalau tak caya tengoklah dia pakai baju entah mana dia dapat” sokong Iza yang melangkah ke depan selepas kembali mendapat keberanian seperti Ena dan diikuti oleh Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience