Bab 43

Romance Completed 10910

Angin-angin sepoi bahasa meniup perlahan rambut hitam Roz yang leka melihat permandangan malam di kerusi batu depan bilik motelnya. ”Kepten Roz, sumpah saya tak boleh berpura-pura dengan imej bapuk yang kepten kasi dekat saya” ujar Juna meluahkan rasa hatinya.

”Sukahati la aku nak kasi ko imej apa-apa pun” balas Roz bersahaja tanpa memandang muka Juna. ”Kepten Roz, tercalar imej kelakian saya tau. Buat penat saya berlatih bersungguh-sungguh dekat markas untuk dapat urat-urat besi ni kalau akhirnya dicop bapuk” sambung Juna dengan menyelak kain di lenggan bahunya seperti mahu menunjukkan urat-urat besinya.

”Juna,,,,Juna...JUNAAAAA” sergah Roz yang mahu memberhentikan bebelan Juna yang tidak habis-habis dari tadi lagi. ”Yes kepten Roz” Juna akhirnya berhenti membebel dan kembali menjawab sergahan Roz dengan mood tenteranya.

”Chill la. Aku tahu kau lelaki sejati. Cuba sabar yer dengan imej baru kau ni sampai misi kita berjaya” Roz mententeramkan Juna dengan memujuknya untuk berlakon dengan imej palsu mereka sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience