Bab 74

Romance Completed 10910

Selepas sepuluh minit berjalan kaki di dalam ruang sempit itu baru saya nampak kotak-kotak senjata api pelbagai jenis di situ. Itu pun saya rasa pak cik Ja dah alihkan sebahagian untuk melupuskan bukti.

Akhirnya pak cik Ja melenyapkan dirinya apabila membuka pintu yang menyambungkan ke pintu belakang rumahnya. Ini sebab saya perasan dengan interior ruang itu yang seperti ruang di rumah pak cik Ja” Juna menghabiskan cerita.

Kamera digital berjenama Sony disuakan kepada Roz yang duduk di sofa sebelahnya. ”Mission completed kepten” ujar juna yang memberi maksud gambar-gambar bukti pak cik Ja terlibat dalam penyeludupan senjata di dalam kamera itu.

”Dalam perjalanan balik daripada tempat persembunyian itu saya sudah memaklumkan penemuan bukti ini kepada pihak atasan kita kepten.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience