Bab 40

Romance Completed 10910

”Pak cik, hump..Kk..kenapa” Juna mula mahu menanyakan soalan lagi kepada pak cik Ja. Roz yang sedar dengan keadaan ini cepat memintas Juna daripada bertanya soalan.

”Baiklah, kami minta beredar dulu. Terima kasih pak cik dan Ena sebab perlawa kami masuk rumah siap hidang kami air lagi” ujar Roz yang bangun dari tempat duduknya lalu bergerak ke arah Juna yang terpinga-pinga dengan Roz yang tiba-tiba memintas soalannya.

”Tapi, aku ada benda nak tanya pak cik lagi” pintas Juna yang tidak puas hati. ”Juna, takde tapi-tapi lagi. Bangun! Mari kita balik. Dah lama sangat kita duduk di rumah pak cik dan Ena.

Menyusahkan mereka sahaja” jawab Roz tegas. Dia menahan dirinya daripada memarahi Juna yang menghancurkan strateginya pada saat ini. Roz sempat lagi menjeling tajam kepada Juna untuk mendiamkan lelaki ini.

”Abang Roz, cepatnya nak balik. Abang nak pergi mana lepas ni?” tanya Ena yang nampaknya tidak senang dengan keputusan Roz yang ingin beredar tergesa-gesa dari rumahnya.

”Abang Roz nak jalan-jalan tepi pantai dengan abang Juna. Dia kata nak tengok lelaki sado dekat pulau ni. Betul tak Juna?” ujar Roz sambil menepuk-nepuk kuat dibelakang badan Juna seperti memberi amaran untuk Juna mengiyakan peryataannya di depan Ena dan pak cik Ja.
”Hahahahahah...Abang sado..I like” ucap Juna berpura-pura menjadi lelaki gedik lalu bangun dari tempat duduk untuk keluar dari rumah mewah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience