Bab 79

Romance Completed 10910

”Maira owh Maira. Abang Roz mintak maaf. Abang tak dapat lindung Maira. Semua ini salah abang Roz. Owh Maira salah abang Roz semua ini. Maafkan abang Roz. Banyak darah. Sakit Maira?” Roz bertanya seperti orang sudah hilang akal.

Darah Maira yang melekat di telapak tanggannya dipandang tidak percaya dan kembali memandang Maira yang hanya tersenyum melihat dirinya. ”Maira jangan tido yer. Sape nak temankan abang beli patung dengan baju Maira. Betul tak Maira sayang.

Jangan tinggalkan abang Roz okay. Janji yer” Roz berceloteh. Air mata lelaki itu tidak putus-putus tumpah di pipinya. Tubuh Maira pula dipeluk erat. Juna yang sudah sampai di sebelah Maira hanya terdiam sepi melihat keadaan Maira yang dipenuhi darah.

Dia juga sudah hilang akalnya kerana tidak percaya gadis yang dianggap sebagai adiknya sedang terkulai layu di sebelah keptennya yang sedang memangku tubuh lemah gadis itu

”Aaaaabang Roz?” ucap Maira yang cekal menggagahkan diri untuk bersuara. ”Iya Maira. Abang dekat sini” ujar Roz perlahan. Jari-jarinya mengelus lembut pipi gadis itu. ”Tuuuuunaiiikann permintaaaaan Maira” ujar Maira yang semakin tercungap-cungap mengambil nafas.

”Iya permintaan Maira. Abang Roz dah janji nak tunaikan. Apa dia Maira sayang?” Roz bertanya lembut sambil menenangkan gadis dengan  jawapan yang dia masih ingat dengan janji itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience